3 dah jadi 2

Hari ini Muhammad Ammar dah dapat naik basikal dengan 2 tayar. Setelah sekian lama menggunakan 3 tayar tiba dah masanya dia menggunakan 2 tayar. Selepas tengok dia naik basikal dua tiga kali dan dapat imbangkan badan, tayar ketiga tu pun kadang-kadang ja cecah tanah, jadi hari ini tayar basikal ditanggalkan satu.
Mula-mula sebelum naik basikal, aku kena pegang basikal tu dulu sebelum dia naik. Selepas Ammar naik dan dia kayuh dua ke tiga kali kayuhan baru dilepaskan dan dia terus dapat imbangkan badan. Dua tiga kali kena buat macam tu dia dah boleh naik sendiri. Kayuh macam ribut serupa nak pi lumba.

Wakaf Che Yeh

Hari ini aku berkesempatan melawat Wakaf Che Yeh yang amat popular di Kelantan. Ia merupakan suatu tempat perniagaan yang terletak di Jalan Kuala Krai iaitu lebih kurang 3 KM dari Kota Bharu. Dari makluamat dari internet dan cerita orang Pasar Wakaf Che Yeh ini beroperasi 24 jam dimana dibahagi kepada 2 segmen.

Dari jam 6 petang hingga 1 pagi merupakan pasar malam dan selepas itu merupakan pasar basah. Pasar malam Wakaf Che Yeh dikatakan meriah selepas jam 10 malam. Aku sampai ke Pasar Wakaf Che Yeh lebih kurang jam 10 malam. Orang memang ramai.


Pasar malam ini memang luas aku hanya pusing sebahagian sahaja. Dalam pasar ini ramai yang menjual pakaian bundle dari seluar jean, baju, jeket sehingga ke kasut. Harga tak tahu la aku tak tanya pun.

Gerai yang menjual kain batik dan tudung memang banyak. Berbagai jenama tudung dijual dari nama artis bertudung sampai artis tak bertudung sampai nama artis lelaki yang dah tentu tak bertudung.



Gerai-gerai yang memanjang ini sesekali diselang oleh meja-meja yang menjual CD / DVD. Gerai-gerai ini lah yang mengumandangkan lagu-lagu menjadi halua telinga para pengunjung pasar ini. Yang menariknya CD yang dijual merupakan artis-artis yang aku tak kenal.


Boleh dikatakan semua CD itu menampilkan lagu-lagu dikir barat. Dikir barat yang masih mengekalkan tradisi lama dan kebanyakan menampilkan dikirt barat yang sudah dimodenkan. Dapatlah aku lihat TV yang menayangkan VCD yang dimainkan dari player gerai tersebut. Ada juga dikir barat yang didendangkan oleh kumpulan wanita seksi yang mendendangkan dengan gaya melentok-lentok dengan loghat kelantan.

Bila aku melihat gerai CD ini baru aku tahu bahawa banyak artis-artis yang mendendengkan lagu-lagu loghat Kelantan. Patutlah waktu aku dalam perjalanan ke Kelantan, radio Kelantan hanya memainkan lagu loghat kelantan sahaja dan diselang seli dengan lagu Hindustan. Rupa-rupanya Kelantan ini banyak artis yang mengetengahkan lagu loghat mereka disamping DJ yang menggunakan loghar Kelantan dalam tugasan mereka. Tak seperti DJ radio negeri lain yang tak mengekalkan loghat negeri masing-masing.

Aku jalan rasanya tak sampai separuh pun lepas tu balik. Malas nak jalan dah kebanyakan barang-barang tu saja, pusing-pusing tudung, kain batik, pakaian bundel yang aku tak minat nak tengok kalau orang pompuan rasanya kena lawat sampai habis ni.

Four Seasons Restaurant

Semasa di Kelantan, member yang baru aku kenal Ab Fatah telah bermurah hati membawa kami ke sebuah restaurant yang aku rasa memang exclusive yang menyediakan makanan ala Chinese. Jika tak dibawa oleh member ni, aku rasa tak akan jejak kaki kat situ. Nama restaurant ini pun dah macam restauran China, Four Seasons Restaurant, walau ada logo halal dilekat didepan pintu rasanya tak tergamak juga aku nak masuk.


Bila masuk kat dalam restaurant ini suasana memang menarik dan bersih. Kelihatan ramai orang Melayu yang makan kat situ. Kadang-kadang serupa ada jamuan sebab ada yang datangnya dalam kumpulan yang besar. Menurut member ini tokeh saja yang China tetapi semua pekerjanya Melayu.
Menu yang disediakan ada dua bahasa, Bahasa China dan Melayu. Menu member tu pilih la. Aku tak berani nak pilih, tak reti. Layanan memang baik dan pantas.


Sementara menunggu makanan tiba aku lhat-lihat disekeliling dan ternampak kat dindingnya ada plaq Jalan-jalan Cari Makan, Maria Tuaku Sabri dah datang dah.



Makanan yang kami oder memang sedap dan tom yam putih yang diorder memang kuahnya bewarna putih tak macam kat sebelah utara kuah jernih. Kata pelayan tu mereka masukkan susu sebab itu bewarna putih. Harga yang ditawarkan pun memang berpatutan la dengan layanan dan suasana persekitaran restaurant tu.
Lokasi aku nak cerita pun tak tahu tapi nie alamat dia.
Four Season Restaurant
5670 B/2 & B/3, Jalan Sri Cemerlang
15300 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 609-7436666, 7437399

Jamuan Raya KKDS

Hari KKDS PTPM (Kelab Kebajikan dan Sosial) adakan jamuan Hari Raya dan Depavali di Hotel G Penang. Hotel nie kira bersebelahan Gurney Plaza lepas makan boleh pi shoping. Makanan yang disediakan best. Anak aku suka pasta kira tak mau makan benda lain dah.


Beli Baju Melayu Di Kedai Cina

Hari ini aku ambil cuti bawa isteri ke klinik. Dah terlanjur bercuti dan anak-anak bersekolah dan ke tadika, kami pi shooping untuk Hari Raya terus. Masa nie pun kalau shoping tak sesuai bawa bebudak, H1N1 bermaharaja lela. Ada la beberapa destinasi yang kami pi dan yang terakhir di sekitar Komplek Kailan Kepala Batas. Kat sini banyak baju kurung dan baju melayu.

Kami berdua pusing ke semua kedai kat situ. Aku cari baju melayu untuk aku dan Mohd Ammar. Pusing punya pusing last sekali jumpa yang berkenan ada kat kedai bangsa Cina, beli la.

Hairan aku kedai-kedai lain yang peniaganya Melayu ( ada orang kata mereka berketuruna Islam Kemboja) ada baju melayu tapi kualiti kain dan jahitannya amat mendukacita sekali. Jahitanya selang jauh-jauh dan jika diganding dengan kualiti kain yang rendah, kain mudah pecah jika tertarik. Kebanyakan kedai menjual kualiti yang sama, mungkin mereka mendapat stok dari pembekal yang sama. Harganya pun boleh tahan la....kebanyakan memberi harga yang hampir sama lepas tawar-menawar.

Sekarang ini, kita sebagai orang Melayu jika nak barangan Melayu berkualiti kena pi ke kedai Cina. Apa yang orang Melayu tinggal lagi, jika pakaian tradisi masyarakat sendiri orang lain yang buat. Bukan sekadar buat sahaja tetapi dapat memberi kualiti dari segi jahitan, kain, ada pilihan saiz dan kadang-kadang design yang menarik. Kedai cina yang aku beli baju melayu ini mempunyai banyak cawangan dan dalam kedai dia tersusun banyak baju melayu dan baju kurung seolah-olah sebuah kedai yang dimiliki oleh bangsa melayu. Mereka juga mempunyai jenama sendiri.

Ada juga tukang jahit cina menjadi tumpuan untuk membuat baju melayu disebabkan cara pembuatan yang kemas dan hasil yang selesa kepada pemakai.

Di Kepala Batas bukan tak ada tukang jahit Melayu, ada..Tetapi mereka ini tak mengkormesialkan jenama mereka, dan buat pengeluaran yang besar untuk pasaran. Mereka misih lagi mengekalkan tradisi lama menjahit baju mengikut tempahan sahaja. Pengeluarannya pun atas jahitan sendiri dan mengharapkan anak-anak untuk meneruskan usaha jahit baju. Jika si penjahit ini sudah tiada dan anak-anak yang tinggal tak kenai jarum, maka terkuburlah jenama mereka.

Aku lebih suka cari yang dah siap, maklumlah yang siap murah sikit. Cuba bayangkan kain 2 1/2 meter harga RM 30.00, upah baju sahaja RM 40.00 jadi RM 70.00 dah. Kalau beli siap dalam RM 40.00 sahaja, boleh cuba saiz yang sesuai. Lagi pun kalau upah, walau diukur tak tentu lagi selesa dipakai. Baju melayu banyak yang di jual di kedai sekitar Komplek Kailan Kepala Batas, tetapi yang berkualiti aku hanya jumpa di kedai bangsa cina sahaja. Apa boleh buat dah rezeki dia..kann...

Seperti juga baju batik, setelah kerajaan wartakan hari khamis penjawat jawatan kerajaan kena pakai baju batik, maka bersepah kedai dan supermarket keluarkan pakaian batik ( batik cetak, peduli apa janji batik dan harga berpatutan ), yang orang melayu masih lagi dok melukis mancanting ntah berapa lama baru siap sepasang baju dan harganya pun mahal. Bangsa lain dah buat bergulung-gulung. Kalau hari khamis kena pakai keris, aku agak dah lama depa buat keris.

Aku bukan anti bangsa Cina tapi aku cakap nie sebab barang yang aku cari sepatutnya jumpa kat kedai bangsa aku, tetapi sudah terbalik aku jumpa kat kedai bangsa lain.

TM dan Citibank

Beberapa bulan lepas aku dah potong line talipon rumah. Jimat sikit, talipon rumah bukan guna banyak sangat, dok guna handphone . Bayar sewa lebih dari guna. Waktu ke pejabat TM ( Telekom Malaysia Berhad ) dia bagi tahu duit deposit akan diberi semula lepas di periksa jika ada baki tertunggak.
Dok tak berapa lama dapat lah surat dari TM di sertakan cek. Yang meluatnya di berinya cek dari Citibank. Tak ada bank lain ka yang TM boleh guna. Bank jenama Malaysia tak boleh ka??. Aku bukan dok luar negara.

Dulu heboh pasal Israel dan Amerika dilaungkan boikot barangan kedua negara itu. Ini sebuah syarikat besar negara menggunakan Citibank sebagai bank pembayar kepada pengguna. Apa ke jadahnya. Tak ada bank lain kah??. Sudah la bank ini ada beberapa cawangan sahaja kat Malaysia nie.
Duit yang dipulangkan pun bukan nya besar sangat. Kalau masuk ke bank lain dah tentu kana komisyen kaya lagi bank. Nak buka akaun Citibank lagi susah bukan banyak cawangan. Hampehhhhh

Renew kad Touch 'n Go

Kelmarin aku dok tengah sembang-sembang dengan member maka keluar topik pasal Touch 'n Go. Dia kata kad Touch 'n Go di baru renew sebab dah 10 tahun. Aku tanya macam mana dia tahu kena renew. Dia kata waktu touch kad tu kat plaza tol keluar mesej suruh renew. Lalu dengan tebal muka kena reverse la. Kad tu dah tak boleh guna lagi, kena tukar baru. Duit baki dapat transfer ke kad baru.
Balik aku belek (perhati) kad Touch 'n Go aku, tak ada expired date pun macam mana aku nak tahu bila nak renew, dan aku pun dah tak ingat bila aku beli. Kad yang baru kawan aku dapat ada tertulis bila kad dikeluarkan dan bila tarikh tamat. Jadi aku guna la sampai kena reverse kat tol.

Touch 'n Go dulu tak terpikir nak buat perkara ni kot. La ni baru nak bagi pengguna susah.