Vietnam - Hari 1: up up and away

Kali nie cerita jalan-jalan ke Vietnam pulak. Macam lawat satu Vietnam, kalau nak pusing satu Vietnam rasanya kena berhenti keja dulu kot. OK lah lebih tepat ke Ho Chi Minh, tempat rakyat Malaysia berkumpul di sana. Petang hari Rabu 25/12/2014 menggunakan penerbangan MAS kami bertolah ke Ho Chi Minh.
Baris elok-elok naaa...


Kami bertolak dalam jam 3 petang dan sampai dalam hampir jam 5 petang, lebih kurang memakan masa 1.40 minit saja. Tak sempat nak lapar pun. Di Vietnam aku muda sejam, kalau kat Malaysia jam 5 petang kat sini baru jam 4 petang.
Errr.. sesat ka nie?

Berkumpul sebelum menaiki bas.


Sampai saja di airport bas sudah menunggu. Sebut sekali lagi BUS, mini bas. Hanya mini bus saja yang boleh mengangkut semua sekali, maklumlah 20 orang. Disini kami akan di bawa jalan-jalan oleh 2 orang pemandu palancong iaitu En Hamid dan Cik Lin dan juga seorang driver. Destinasi pertama, dah petang apa lagi check in hotel dulu.
Nie dia bas yang akan menemai kami.

Ms Lin menemani kami ke setiap destinasi.


Nie pertama kali aku ke Vietnam. Jadi bila naik bas aku dok kat depan. Boleh lah tengok kiri kanan jalan, mana tau kot-kot tersesat kat sini. Jalan raya memang sesak dan motorsikal hampir menguasai jalanraya disini. Boleh kata semua jenis cub chai dan scooter. Motor besar memang susah jumpa.
Jangan cari super bike.


Perjalanan ke hotel lebih kurang setengah jam dengan kesesakan lalu lintas. Kami check in di Somerset Service Residence. Appartment nie memang luas dan serba serbi lengkap. Mempunyai 3 bilik dan sepenuhnya air cond dan wifi yang laju. Nie gambar kat dalam appartment sebelum di noda oleh tangan-tangan kami.
Ruang tamu yang luas.



Dapur pun lengkap dengan peti ais, dapur, microwave, pinggan mangkuk dan pisau. Pisau tu jangan buat main, Victorinox.
Urusan basuh membasuh biar saya yang selesaikan. Tempat menjemur baju pun disediakan.

TV3 pun ada dalam senarai stesyen TV.


Selepas mandi-manda dan rehat sebentar. Destinasi lawatan pertama di sini ialah mengisi perut dulu, perut dah berbunyi. Naik bas semula. Suasana malam di Ho Chin Minh memang bercahaya. Mungkin menyambut kedatangn kami ~ macam bagus. Cik Lin cakap lampu-lampu nie bukan hari-hari ada, cuma untuk perayaan-perayaan tertentu seperti sambutan krismas dan juga tahun baru yang bakal datang.
Lampu-lampu menyambut kami.


Dah sampai ke destinasi pertama ke Restoran Halal Saigon. Restoran yang menyediakan masakan Vietnam dan Malaysia yang halal. Layan sajalah gambar kat bawah nie. Aku pun tak tau makanan apa, janji halal.
Restoran Halal Saigon menyediakan makanan halal citarasa Malaysia dan Vietnam.
GPS :10°46'47.7"N 106°42'02.4"E atau 10.779915, 106.700672  

Kat sini pun ada kari ayam.


Daging masak apa entahlah aku pun tak tau.


Jangan risau ada sijil halal dari Islamic Community Of HCMC VN untuk Restoran Halal Saigon.



Seusai makan, perut dah kenyang. Destinasi kedua malam ini ialah tempat berhimpunnya rakyat Malaysia di Ho Chi Minh, iaitu ke Pasar Malam Ben Thanh. Ada banyak gerai-gerai di kaki lima jalan bersebelahan Kompleks Ben Thanh. Kat sini bolehlah dapatkan berbagai barangan seperti pakaian, beg, makanan, permainan, cenderahati dan sebagainya. Seperti Up Town kat Malaysia, tapi lagi murah.
Pasar Malam Ben Thanh terletak dikaki lima jalan, jadi berhati-hati terutama kalau bawa anak kecil.

Jangan malu-malu minta kurang. 

Kalau nak beli tu bolehlah tawar menawar serendah mungkin sampai tokey tu pening. Bahasa jangan bimbang sebab peniaga disini ramai yang boleh berbahasa melayu. Maklumlah kawasan nie menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Tag harga pun siap di convert ke RM.

Baju kanak-kanak perempuan memang banyak. Bebudak lelaki ermmmm....



Untuk makluman kat sini menggunakan matawang Dong ~ apa kepunca statement nie, dah negara mereka mestilah guna matawang sendiri. Tapi matawang USD dan RM pun diterima juga ~ kenyataan ini hanya diguna pakai ketika aku lawat kesana tahun lepas, ketika nie aku tak pasti dengan kejatuhan nilai RM. Diingatkan kadang-kadang bayar menggunakan RM lebih murah berbanding Dong. Jadi pandai-pandailah congak tukaran matawang. Nak mudah download saja Apps Currency Converter kedalam handphone.
Sebelum sampai sini aku dah download XE Currency Converter, nampak mudah. Rate diatas bukan rate ketika aku kesana tahun lepas.

OKlah cukup dulu, rakyat Vietnam pun nak tidor juga. Balik rehatkan kaki, esok nak jalan lagi.


[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]

1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay


Kuliah Ilmu Oktober 2015

Jom ke kuliah agama sekitar Bertam Kepala Batas.


Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:



Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al Husna Bertam Perdana:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Nasi Kandar Kg. Malayu Air Itam

Kalau tanya orang Penang kat mana nasi kandar yang sedap pasti akan tersenarai dalam carta Nasi Kandar Kampung Melayu yang terletak di Air Itam.

Aku pertama kali sampai ke sini. Orang kata Nasi Kandar nie di buka awal pagi dan tak sampai tengahari dah habis. Aku cari nasi kandar nie dah hampir tengahari. Harap-harap tak tutup lagi. Kalau tutup pun aku dah tahu lokasinya, nanti kalau nak pi sana taklah kesesatan yang amat melampau.
Nasi Kandar Kg Melayu Air Itam.

Boleh tahan pening juga jalan nak masuk, tersesat dua tiga kali. Nasi Kandar nie terletak ditingkat bawah rumah flat, suatu kawasan yang sesak. Parking amat terhad jadi pandai-pandailah kona sana kona sini cari parking.

Alhamdulillah, dengan bersusah payah dan bersungguh sampai juga dan masih beroperasi walau dah hampir tengahari.

Masa sampai orang dah tak ramai seperti yang di sebut-sebut, mungkin dah lewat. OKlah tak sesak sangat lagi bagus. Apa lagi pi beratur dulu.
Lauk tak banyak pilihan tapi sesuai untuk penggemar nasi kandar tegar. Kari ikan dan ayam, sambal sotong, daging hitam dan lain-lain.
Masa aku sampai ada lebih kurang 10 orang yang beratur depan aku. Tapi beratur tak lama sebab ada dua ke tiga orang bertugas ambil lauk. Pilihan lauk tak berapa banyak sehingga berderet-deret dan kebanyakan kuahnya pekat-pekat, menepatilah sebagai nasi kandar.

Apa yang aku makan memang sedap. Kuah terasa kelainan, tak seperti nasi kandar yang mempunyai rangkaian yang banyak tuuu. Selain dari nasi kandar, ada juga roti canai.


Yang menarik selain dari kesedapan nasi kat sini ialah nasi kandar nie menjadi tumpuan berbagai kaum, melayu, india, cina semua ada. #sehatisejiwa dengan nasi kandar.

Nasi Kandar Kg Melayu dibuka  dari jam 6.30 pagi hingga tengahari (lauk habis) dan hari tutup tak ditetapkan. Alamat di:

Block A1-29-31, Kg Melayu,
Air Itam Pulau Pinang.

Telefon:  019-575 5877, 012-583 9771

GPS : 5°24'01.5"N 100°17'03.7"E
           5.400410, 100.284350





KUP atau Hakiki Dimana Bezanya?

Kenyataan dari pegawai JPA mengenai jawatan KUP dan hakiki pasti membuat penjawat awam terkejut. Hahahahaa ayat biasa yang kita lihat kat FB. Saja nak bagi orang klik ramai-ramai.

OKlah, untuk penjawat awam yang tak naik-naik lagi pangkat walau bekerja berbelas tahun, kerajaan telah perkenalkan skim dimana sesiapa yang telah berkhidmat selama 13 tahun dinaikkan pangkat melalui skim KUP (Khas Untuk Penyandang) dengan memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Khas untuk penjawat awam biasa bukan GURU. Geng DG cerita lain, anak emas.

Walau bukan kenaikan pangkat hakiki tapi OKlah dari tak ada langsung. Bukan senang diujudkan jawatan kanan atau kenaikan pangkat. Berbagai faktor yang dilihat seperti kewangan yang mencukupi, keperluan terhadap jawatan tersebut dan juga kesungguhan ketua jabatan membuat justifikasi keperluan dan berbagai faktor lain.

Kebanyakan kekosongan kenaikan pangkat hakiki bergantung kepada kekosongan di jabatan sendiri atau jabatan lain, kalau bernasib baik dapat tempat yang sama. Jika permohon diterima menjawat kenaikan pangkat hakiki tersebut, penjawat tersebut perlu berpindah ke jabatan yang menawarkan kekosongan tersebut. Oleh itu jawatan KUP menjadi pilihan walau terpaksa tunggu 13 tahun. Jawatan KUP selalunya tidak ada pertukaran sebab ia sebagai penyandang saja.

Dulu-dulu sebelum ujud jawatan KUP ini, penjawat kanan hakiki menjadi ketua. Selepas diujudkan jawatan kenaikan pangkat secara KUP siapa yang nak jadi ketua?

Maka adalah suara-suara dari penjawat hakiki yang berkata apa yang membezakan kami dengan KUP. Maklumlah kalau dilihat dari segi gaji, kenaikan gaji, cuti dan segala elaun serupa saja. Begitu juga ada segelintir penjawat KUP yang telah mendabik dada, aku dah sama dengan penjawat hakiki, jadi apa perlu kami ikut cakap hakiki? Semua dah setaraf. Pakat semua nak jadi ketua dan tak mahu terima arahan.

Begitu juga untuk yang telah berkhidmat hampir 13 tahun, tunggu setahun saja lagi boleh pohon KUP, tiba-tiba jabatan keluarkan memo kekosongan jawatan Kanan Hakiki. Perlu lagikah memohon jawatan tersebut? Maklumlah selepas pohon akan diadakan temuduga. Ishhhh... bab temuduga nie memang fobia dan macam malas saja. Nak kena hafal itu dan ini, nak kena pakai smart tag lagi, nak kena mengadap bos-bos pulak tu. Stress ooooo. Kalau dapat berkemungkinan akan berpindah jabatan.

Apakah perbezaan seseorang itu memegang gred KUP atau HAKIKI dalam skim perkhidmatan awam?

Untuk mendapat maklumat aku telah masej pertanyaan ke portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti dibawah.


Asslamualaikum, 

Untuk makluman saya sekarang gred X29 dan telah berkhidmat 12 tahun dan setahun lagi saya boleh memohon KUP (mencukupkan 13 tahun). 


Ketika ini juga keluar iklan kekosongan kenaikan pangkat jawatan hakiki X36. 


Persoalan saya perlukah saya memohon untuk mendapat jawatan hakiki X36 dan apakah perbezaan antara jawatan hakiki dengan KUP dari segi tugasan, elaun, kemudahan-kemudahan, kesan jangkamasa panjang dan lain-lain? 


Terima kasih.


Ini balasan dari pihak JPA:


Nama: XXXXXXXXXX (BK)

Mesej:

Tuan,

Kenaikan pangkat secara hakiki bermaksud pegawai akan melaksanakan tugas di gred yang lebih tinggi berbanding KUP yang tanggungjawab dan deskripsi tugas adalah sama.

Selaras kecemerlangan prestasi, setiap pegawai awam perlu menunjukkan pretasi yang cemerlang dan berusaha menempatkan diri dalam pertimbangan kenaikan pangkat secara hakiki.

Pembayaran elaun pemangkuan diperuntukkan bagi pegawai yang memangku gred hakiki kerana pegawai perlu memangku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum layak dipertimbangkan pengesahan kenaikan pangkat

Berbanding KUP, tiada pemangkuan, pegawai terus dinaikkan pangkat.

Kemudahan, adalah sama bagi hakiki dan KUP kerana kemudahan-kemudahan dikira berdasarkan gred sandangan pegawai.

Kesan jangka masa panjang, kedua-dua ketegori (KUP dan hakiki) adalah layak dipertimbangkan bersama dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya. Walau bagaiamanapun, seharusnya pegawai yang berada di laluan hakiki akan lebih berpengalaman untuk dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan.

Pegawai KUP turut boleh diarahkan mengisi kekosongan hakiki apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan (urusan penempatan).

Sekian.

Setelah baca masej ini disimpulkan bahawa jawatan hakiki dan KUP tidak ada bezanya dari segi gaji, elaun, cuti, bersara dan sebagainya.

Walau nampak sama tapi ada sedikit perbezaan dimana jawatan kenaikan pangkat hakiki akan memegang tugasan gred tersebut tapi jawatan KUP masih memegang gred lama.

Apabila ada tawaran kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi, berkemungkinan jawatan hakiki diutamakan. Tetapi bergantung juga kepada penemuduga, kalau bernasib baik dan prestasi kita baik insyallah dapat juga jawatan tersebut.

Begitu juga jawatan sebagai Ketua diberi keutamaan kepada hakiki. Jadi kalau gila kuasa bolehlah mohon jawatan hakiki. Walau bagaimana pun keputusan tetap ditangan Ketua Jabatan untuk melantik. Geng KUP pun kalau ada daya kepimpinan dan mendapat kepercayaan Ketua Jabatan boleh saja dilantik.

Satu lagi perbezaan ialah ketika bersara, jawatan hakiki akan meninggalkan gred jawatan tersebut untuk diisi semula : Contoh sebelum bersara memegang jawatan hakiki J36, maka setelah bersara ia akan meninggalkan kekosongan J36 tersebut untuk diisi semula. Tetapi jawatan KUP ketika bersara jawatan yang ditinggalkannya kembali ke jawatan sebelumnya : Contoh jawatan asal J29 dan telah mendapat KUP menjadi J36, ketika bersara jawatan yang ditinggalkan ialah J29 (pesara tetap mendapat pencen J36).

Yang pastinya, apa-apa jawatan pun kena buat yang terbaik dan redha dengan ketentuanNya. Insyaallah setiap orang ada rezeki masing-masing, oleh itu jangan berdengki. Kurangkan kontroversi tingkatkan produktiviti ~ cadangan tema Hari Kebangsaan tahun depan.

Kepada yang nak maklumat lanjut mengenai KUP dan HAkiki boleh sahaja bertanya di sini http://jpa.spab.gov.my/. Dari pengalaman  aku bersoal jawab dalam talian ini maklumbalas yang diberikan amat pantas.


Al Kanz Hadramawt Bertam

Kali nie sambut birthday orang paling tua dalam keluarga, aku la tuuu. Cerita lama dah. Pusing punya pusing yang terbaik ialah yang dekat sajalah. Apa lagi ke Bertam Perdana Darul Makan. Kali nie pekena nasi arab. Restoran makanan arab yang baru buka kat sini (sekarang dah lama la). Ni dia Restoran Al Kanz Hadramawt. Jangan tersilap ada sebiji restoran yang nama hampir sama kat Kulim, Al Khanz.
Restoran Al Kanz Hadramawt Nasi Arab Bertam Perdana

Di sini boleh bersantap di luar kedai atau di dalam kedai. Restoran nie tiga tingkat, tingkat atas pun disediakan tempat makan. Kami makan kat tingkat bawah saja.

Kami oder set untuk 4 orang iaitu nasi madghout kambing sekilo ~ tengok kat menu di bawah. Biasalah anak-anak dah besar.... cover line. Set yang sungguh mewah dengan hidangan sampingan, ada hummus, roti lubnan, sos arab harrah, sup arab iddam, salatah, buah campur, air oren dua jug dan teh arab dua teko.

Restoran nie menyediakan masakan dari Timur Tengan, Yaman. Tak perlu ke Yaman, kat sini pun dah dapat rasa keenakan makanan Yaman. Sama atau tak dengan masakan di negara asal? Aku sendiri tak pernah kesana. Apa-apa pun janji kena dengan lidah aku, kira OK.
Menu set Nasi Arab Al Kanz


Selain menu di atas terdapat juga western food dan pasta. Untuk memudahkan pelanggan dan tak perlu cerita banyak-banyak. Setiap hidangan disediakan gambar, mudah nak oder.

Makanan boleh kata cepat juga sampai. Maklumlah semua bahan dah ada, tak seperti kedai tomyam yang perlu dimasak selepas di ketika di pesan. Layan gambar kat bawah.
Nasi Madghout kambing dengan salatah, sos harrah, sup iddam telupalah ada ka tak sup nie. Nasi macam biasa beras panjang, lembut. Kambing pun lembut, mudah cubit. Campur semua bersama cabai hijau memang terbaik.

Hummus dengan kambing

Roti Lubnan goreng
Teh arab.

Set yang kami oder nie bagi aku sesuai untuk 4 orang dewasa yang betul-betul dewasa. Selesai makan, nasi licin tapi hidangan sampingan berlebihan dan juga air pun berlebihan (dua jug air oren dan dua teko teh arab ~ kembung perut lah kalau habis).
Buah campur sebagai cuci mulut.

Akhir sekali terima kasih kat isteri aku sebab belanja kami sekeluarga yang sangat sedap dan terlebih kenyang.
Amboiii M Firas suap birthday boy.

Kepada penggemar makanan arab, restoran nie memang tak mengecewakan. Makanan sedap, servis cepat dan bersih. Kat luar restoran juga ada booth yang menjual burger dan kambing golek. Parking tak ada masalah, kat depan kedai berlambak tempat parking. Lagi satu yang menarik lepas makan boleh bersantai kat mini taman depan restoran bersama lampu LED.

Restoran Al Kanz Hadramawt nie dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 12 malam. Lokasi di belakang Mc Donalds Bertam.

Alamat :
No 2G, Lorong Dagangan 8,
Bandar Bertam Perdana.

Talifon: 04-5750126, 012-5299108

GPS: 5°31'02.2"N 100°27'02.0"E
          5.517285, 100.450544





Mak Cun - Full Drama

Mak Cun drama bersiri menceritakan usahawan yang cuba mengangkat produk kampung tapi jangan harap aku nak letak link download drama ni. Buat malu orang utara dan juga aku lah. Kenapalah drama nie menggunakan loghat orang utara? adakah orang utara perangai cam tu? entahlah. Tapi yang pastinya boleh menjatuhkan maruah orang utara.

OKlah, drama Mak Cun ni mempunyai jalan cerita yang bagus menceritakan jatuh bangun Mak Cun untuk menaik taraf produk tradisional kampung iaitu bedak sejuk keparingkat yang lebih tinggi. Digarapkan ide inovasi kepada produk yang biasa menjadi lebih bersesuaian dengan arus semasa.  

Untuk menambah cabaran dalam perniagaan diselitkan persaingan dikalangan masyarakat setempat. Diletakan watak Zennat Manisa yang memberi perkhidmatan suntikan kolagen sebagai pesain utama yang mempunyai sifat hasad dengki.

Untuk menyedapkan cerita di selit dengan watak Pak Akob yang di pegang Dato Rahim Razali dan juga anak Mak Cun iaitu Atol yang bercinta dengan anak Manissa.

Bagus cerita nie. Susah nak jumpa drama yang mengetengahkan usahawan yang bermula dari bawah. Mencari inovasi membangunkan produk. Drama yang banyak disogok sekarang asyik dengan drama usahawan-usahawan yang telah berjaya dengan kereta mewah, rumah besar sehingga dari episod pertama hingga terakhir kita tak tahu pun apakah produk yang menjadi teras perniagaanya.

Tugas di pejabat cuma sain dokumen dan kilik kertas dan fail kehulu kehilir. Bila tugasan di luar dikatakan berjumpa client atau lawat tapak projek. Untuk menampakkan syarikat sah maju adalah dialog seperti ini.

"Tahun ini kita akan buka cawangan baru di Dubai dan UK"

Tak mainlah buka cawangan di Vietnam atau Thailand.

Yang pasti anak usahawan atau usahawan muda nie asyik dok  bercinta saja. Kat pejabat cerita cinta, suka hati saja keluar waktu kerja jumpa kekasih. Kat rumah cerita tu juga. Mak bapa tak tanya perkembangan perniagaan tapi bagaimana hubungan cinta.

Anak dara dan tetuna boleh keluar siang malam sesuka hati janji mak bapa suka ~ ini drama Melayu bukan drama Islam, mak bapa suka dah kira beradab. Mungkin ini yang berlaku dalam masyarakat sekeliling. Macam mana nak bagi tauladan kepada penonton.

Nak kembangkan perniagaan mudah saja, kahwinkan anak kontraktor nie dengan anak kontraktor tu. Macam mana melayu nak maju. Sel otak tak berhubung, pemikiran aras rendah.

Berbalik kepada kisah Mak Cun. Cerita menarik, jatuh bangun usahawan dan kecekalan seorang janda untuk membangunkan perniagaan dan cabaran-cabaran yang di hadapi terutama dari Manisah sebagai pesaing. Tapi apa yang lebih ditonjolkan ialah duda gatal yang ingin mengorat usahawan janda. Cerita laila majnun nie telah mendominasi hampir 50% jalan cerita. Lebih sudu dari kuah.

Siang malam cerita bagaimana Pak Akob cuba mendekati Mak Cun. Sehingga boleh berdua-duaan dalam rumah. Terlampau banyak adengan nie sehingga naik muak. Moral apa yang nak tunjukkan? Dua orang tua menunjukkan teladan.

Ada yang kata sekadar hiburan, bergelak ketawa dengan anak beranak. Tak terfikirkah moral yang ditunjukkan sedikit sebanyak boleh diserap oleh masyarakat.

Cerita-cerita lain seperti percintaan Atol dan lain-lain juga ditambah menjadikan perisa dalam drama ini.

Aku sangat mengharapkan drama melayu yang boleh mengangkat cerita-cerita yang bermoral dan membuat sel-sel otak berhubung. Nak tambah perisa boleh tapi jangan sehingga perisa menjadi hidangan utama.

Biar drama-drama ini menjadi wadah  atau agen-agen perubahan dalam pemikiran masyarakat. Bukannya menjadi pak turut saja. Kalau boleh menjadi contoh dan motivasi kepada penonton. Menjadi pendorong untuk melahirkan usahawa berjaya dan mendidik akhlak mulia.


Kuliah Ilmu September 2015

Jom ke kuliah agama. Biar kat luar jerebu tapi hati tak jerebu.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:



Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:




Surau Al-Muttaqin Badar Putra Bertam:





Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.