7 Hari Lagi Aku Kayaaaa

Dibawah merupakan email yang aku dapat supaya menuntut duit USD $ 1,000,000.00 dalam masa 7 hari siap ada nombor geran. Tungguuuu nanti aku kaya. Hahahaaaaa.

Macam-macam buat nak bagi orang percaya, tapi ada yang termakan juga walau tak masuk akal.
*************************

Re: Tuntutan Geran Anda Sekarang
From: G.R.E.C

PUSAT GLOBAL kemelesetan PEMBASMIAN SURUHANJAYA PEMBERIAN USD $ 1,000, 000.00 KEPADA ANDA UNTUK PENDIDIKAN PERIBADI ANDA, DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN.

Ini adalah untuk memaklumkan bahawa anda telah dipilih Oleh Lembaga Pemegang Amanah PUSAT UNTUK kemelesetan GLOBAL PEMBASMIAN SURUHANJAYA satu gabungan GROUP BANK DUNIA sebagai salah satu penerima akhir Pemberian Tunai untuk peningkatan KESIHATAN DIRI anda, PENDIDIKAN PEMBANGUNAN DAN PERNIAGAAN. Dana ini bebas diberikan kepada anda untuk perniagaan anda, pembangunan pendidikan dan peribadi dan sekurang-kurangnya 30% akan digunakan oleh anda untuk membangunkan sebahagian daripada persekitaran anda, kerana ini adalah satu program tahunan, yang merupakan langkah strategi pembangunan sejagat, dan pembasmian kemiskinan. Nota: - yang, e-mel anda telah dipilih dari sama ada internet, atau invois tunai sebuah Kedai ini di sekitar kawasan anda di mana anda mungkin telah dibeli sesuatu dari seperti Invois Tunai Membeli-belah anda dari Giant, Seven-Eleven, Wall-Mart, Econ-Menjimatkan , KFC, McDonalds, Pizza Hut dan lain-lain

Anda dikehendaki secepat Hubungi Kewangan kami Antarabangsa dan Bertauliah & Geran Pengurus bawah dengan NOMBOR KELULUSAN GERAN anda (H-021-637-P-91-56) untuk memproses tuntutan anda;

Encik Jeffrey Louis Mazursky
Jeffrey & Associates LLC
Antarabangsa Bertauliah Geran & Pengurus Kewangan
E-mel: j.l.mazurky@live.com

Semua dana harus dituntut oleh waris masing-masing, tidak lewat daripada 7 hari selepas pemberitahuan, sebagai kegagalan akan membawa kepada pembatalan dan geran anda akan dikhaskan untuk penerima tahun depan.

Bagi pihak Lembaga sila menerima tahniah hangat kami

Salam Hormat,
Puan Helena Weiss

Restoran Minah, Gelugor

Nie cerita dua tiga minggu lepas sebab lama dah tak buat makan-makan dengan rakan setugas. Mula-mula ada rancangan nak pi ke Kayu Nasi Kandar ( boleh la kena kayu tengah belakang ) tapi dekat ujung-ujung dah pindah ke Restoran Minah. Aku OK ja, janji makan.
Restoran Minah, Gelugor Pulau Pinang
Dekat ja dengan tempat kerja, jadi keluar ramai-ramai untuk makan tengahari. Manu yang diambil:
Kari kepala ikan, oder 2 kepala. Gigi dah gosok.
Ayam goreng bersos.
Tak tau jangan dok malaysia

Dan tambahan sepring air asam. Susah nak cari yang jenis ada kerisik nie. Mangkuk yang diguna pun klasik.
Piring antik.
Restoran Minah menyediakan masakan ala kampung. Macam-macam ada. Yang terfemes kari kepala ikan, rasa boleh tahan la ( aku bukan reti makan kepala ikan). Menu lain ikan bakar, kari, masak lemak, berbagai jenis kerabu seperti kerabu mempelam dan togeh, ulam ulaman dan sambal belacan dan banyak lagi lah.
Ikan bakar, ulam, sambal, kerabu
Suasana dalam restoran selesa, luas dan bersih. Yang kurang sikit ialah tempat parking yang terhad dan sempit kat depan tu. Jadi kalau sampai sini pandai-pandailah cari parking samaada ditepi jalan besar atau berhadapan deretan kedai kat situ.

Keseluruhan makan kat sini boleh kata sedap dan pilihan makanan ala kampung yang berbagai. Kalau hari kerja, waktu rehat boleh kata penuh kat sini masa makan tengahari
Dah lengang, pakat-pakat balik pejabat.
Restoran Minah terletak bersebelah Maybank Gelugor, 362S Jalan Gelugor, Penang. Nak mudah tengok lokasi dari Google map kat bawah.

View Restoran Minah in a larger map

Restoran Arabian Mendy, Sungai Petani

Lama tak tulih pasai makan-makan. Nie cerita dua minggu lepas. Lama tak kena nasi arab ( nasi arab, "arab" dikira kata nama khas atau umum ? ). Search kat internet ramai yang tulis Restoran Hadramawt kat Bandar PERDA. Cadang nak kesitu tapi jauh la pulak.

Bersempena dengan cuti peristiwa Hari Sukan SK Bertam Perdana kami pun cuti juga. Jadi menghala ke Sungai Petani membeli belah apa yang patut kat TESCO. TESCO Sungai Petani Utara. Oleh kerana berada Sungai Petani jadi ada sebuah restoran nasi arab kat area tu. Adalah satu waktu dahulu ternampak restoran nie, tapi tak masuk pun. Jadi kali ini restoran nie menjadi mangsa.
DSC_0200
Restoran Arabian Mendy, Lagenda Height Sungai Petani.

Haaaa nie dia Restoran Arabian Mendy. Ramai juga kat internet yang tulis mengenai restoran nie. Muka depan terbentang tulisan arab, jangan silap tuuu bukan bismilah tapi rasanya nama restoran tu dalam bahasa arab kot ( hantu syaitan tak lari tengok benda nie).

Masa kami datang tak ramai orang mungkin dah lebih jam 2 petang, tambahan pula hari bekerja. Menu dah sampai.
DSC_0191
Menu Nasi Mendy. klik untuk paparan besar.

Kami pilih nasi dulu, maklumlah dah jam 2 petang tak makan tengahari lagi. Pilih nasi mendy kambing ( mendy atau mandi yang mana betul ?). Set mendy kambing seorang RM 12.00 kalau kombo RM 45.00 ( jimat RM 3.00). Pilih kombo untuk empat orang. Rasanya anak-anak aku makan boleh tahan juga ( cover line).
DSC_0192
Menu lain.

Lepas tu pilih pula shawarma, tapi tak ada. Adik yang ambil oder kata, sharwarma di sediakan waktu malam sahaja dengan beberapa menu lain. Tengahari menu nasi sahaja. OK lah.

Minuman kami oder biasa-biasa sahaja kecuali M Ammar oder air Barbican strawberry. Air karbonat la tu, nama sahaja arab. Nie dia dah sampai.
DSC_0183
Nasi Mendy Kambing combo setalam.

Close-up. Lupa nak close-up nasi yang panjang.
Nasi mendi combo dihidangkan dalam talam, boleh makan terus dalam talam ~diberi juga pinggan jika nak hidang. Rasa dia memang sedap dan beras yang digunakan panjang dan lembut, kambing pun lembut. Set nasi mendy dihidangkan dengan salatah arabiah ( salad arab seperti timun, tomato, capsicum ), sup dan air asam ( yang nie buat sedikit konpius, kat arab ada air asam ka?).
DSC_0188

Kambing boleh tahan banyak tetapi nasi kena tambah sepinggan lagi, tak cukup.

DSC_0187
Air jenama Barbican nie rasa tak berapa sedap.
Yang jaga duit cakap, mula-mula buka restoran ini tukang masaknya pak Arab original tetapi sekarang dah balik. Sekarang tukang masak Melayu ambil alih tetapi dah menuntut habis dari pak Arab tu ( dah dapat black belt). Rasa masakan tak lari dari air tangan pak arab.

Suasana dalaman tak nampak macam ala-ala arab. Kaunter dengan pintu masuk sahaja yang nampak arab. Hiasan pun macam restoran biasa sahaja. Ishhh apa yang merepek nie. Nak jadi ID pulak ka? Tapi kena juga untuk mengambarkan ciri-ciri arab bagi disesuaikan dengan menu yang dihidang. Kadang-kadang sedapnya datang dari mata. Susun atur dalaman kedai kemas dan bersih.
DSC_0189
DSC_0195

Keseluruhan apa yang kami oder memang sedap. Restoran nie dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam kecuali hari Jumaat dibuka 3 petang hingg 11 malam. Nak tau lanjut boleh hubungi telipon 019-5998631 atau 017-4357519. Lokasi di Jalan Lagenda Height 9, berhampiran TESCO Lagenda Height, Sungai Petani Utara. Mudah lihat Google Map kat bawah.


View Restoran Arabian Mendy in a larger map

Nanti nak datang malam pula nak rasa menu lain.

Masjid Abdullah Fahim : Pembukaan

Pembukaan Masjid Abdullah Fahim : Masjid Daerah Kepala Batas. 
Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas
Mula Solat Fardhu : 11/10/2012 (Khamis) Solat Zohor
Mula Solat Jumaat : 12/10/2012

Senarai qaryah dibawah Masjid Abdullah Fahim:
- Surau Al Ridhuan Penang Golf Resort
- Surau Al Muhtadin Bertam Perdana
- Surau Ar Rayyan Bertam Perdana
- Surau Al Husna Shahbandar  Bertam Perdana
- Surau Al Muttaqin Bandar Putra Bertam
- Surau As Salikin Bandar Putra Bertam
- Surau Al Falah Bandar Putra Bertam

Lokasi:


View Masjid Abdullah Fahim in a larger map
***********JOM MAI RAMAI-RAMAI************

Kenapa Masuk Restoran Non-Muslim

Dok jalan-jalan kat komplek beli belah pasti akan melintasi kedai-kedai yang diusahakan oleh non-Muslim. Ada restoran non-Muslim yang kalau kita lintas pun tak mau tengok restoran tu. Ada juga restoran non muslim yang kita masuk. Kenapa ya?? Dari apa yang aku rasa dalam kepala otak aku nie, maka terbitlah sebabnya dibawah.

1) Nama Kedai :
Yang ini penting. Untuk menarik orang Islam masuk makan, nama kedai mesti diambil berat. Nama tu biarlah tak ada unsur-unsur sesuatu bangsa atau ugama yang ketara. Tak mau lah nama Restoran Tong San, Maniam Banana Leaf Restaurant, nama macam nie conpom depa tak masuk punya. Letak nama Arab atau letakkan nama orang putih haaaaa baru depa tak pikiaq dua tiga kali nak masuk. Tambah kalau ada ala-ala Perancis kat depan tu lagi best. D'Banana Leaf baru kelasss.
Gambar hiasan
2) Sign Board :
Tanda nama kedai. Nama dah cantik ada ala-ala orang putih sikit Perancis sikit. Papan tanda pula kena betul. Tulisan mesti guna Bahasa Kebangsaan kalau nak guna bahasa lain pastikan guna Bahasa Inggeris sahaja atau kedua-duanya. Kadang-kadang tulisan mengambarkan ugama. Tulisan Tamil merujuk kepada agama Hindu, tulisan Cina merujuk kepada agama Budha. Reka corak atas papan tanda pun jangan ada unsur-unsur agama dan peribadatan pemilik kedai.

3) Muka Pintu :
Sangat penting. Selepas tengok tanda nama pasti mata akan tertumpu ke pintu kedai pula. Kalau nampak pokok pisang kiri kanan kedai atau ada patung-patung kompom orang Islam tak masuk punya. Cermin kat depan pun jangan la dok sangkut banda-banda haram seperti dok susun botol arak kat depan tu. Elakkan ada banda-banda macam tu.

4) Suasana Kedai :
Kalau nak makan mesti suasana menarik. Ada landscape, air terjun, kolam....dah la tuuuu. Suasana menarik disini adalah reka susun dalam restoran dan keadaan sekeliling. Tak naklah bila masuk sahaja ada bau colok masuk lubang hidung. Jangan ada reka bentuk landscape yang menjurus kepada agama tertentu atau ada tokong atau disangkutnya gambar-gambar yang tak sesuai dan lain-lain. Suasana juga, janganlah biar anjing berkeliaran dalam kedai.

5) Makanan :
Makanan amat penting. Jangan dok tayang dan hidang benda-benda yang orang Islam tak makan seperti babi dan arak. Ada benda nie konpom orang Islam tak jejak. Benda-benda haram nie kena letak kat belakang ( kalau kat hotel macam tak kisah pula ).

6) Pekerja :
Yang ini amat penting. Pekerja kaunter sebolehnya disulam dengan orang Melayu. Kalau pekerja perempuan pastikan ia bertudung. Dok nampak banyak restoran buat macam nie.

7) Sijil :
Teramat penting antara semua diatas. Sangkutkan sijil SPM, PMR, SKM, NIOSH, ijazah ?? apa kebenda aku taip nie. Semua tu salah, tentulah sijil halal dari JAKIM bersama logonya. Yang ini akan dicari olah semua orang Islam kat Malaysia untuk masuk makan. Ada sijil nie boleh masuk makan tanpa ragu-ragu. Tampallah sijil nie kat muka pintu bersama dengan logonya. Jadi apa lagi, pastikan makanan yang disediakan halal dan pohon dari JAKIM sijil Halal.

Sekarang nie yang aku nampak ada umat Islam masuk kedai-kedai yang was-was atau tak ada Sijil Halal JAKIM tetapi melihat kepada yang no.6 iaitu pekerjanya. Kalau ada pekerja yang Islam maka secara automatik boleh bedal.

Sama-sama beringat.

SKBP - Kejohanan Sukan Kali Ke-3

Pada 29 September 2012, seawal jam 7.45 pagi aku hantar Ammar ke SK Bertam Perdana . Mereka berkumpul sebelum ke Komplek Sukan MPSP Kepala Batas untuk acara Kejohanan Sukan Kali Ke-3. Lepas hantar dia, dalam jam 8.30 pagi kami ke Komplek Sukan.
Komplek Sukan MPSP Kepala Batas
Kami cuma dok kat bawah pokok berhampiran alat permainan. Teduh sikit walau tak ada kerusi. Tangga ayam komplek ( betul ka tangga stadium tu orang panggil tangga ayam ) menghadap matahari, panassss.

Acara dimulai dengan perbarisan rumah-rumah sukan melakukan lintas hormat depan VIP dan memasuki padang.
Lintas hormat
VIP
 
Rumah Merah
Rumah Biru
Rumah Hijau

Rumah Kuning
Lagu Negaraku, Negeri Kita dan Lagu sekolah berkumandang. Diikuti dengan ikrar pelajar.
Ikrar
Seterusnya bacaan doa oleh ustaz dan diikuti oleh ucapan Pengetua Tn Hj Ahmad Baker dan dirasmikan oleh aku terlupa pulak.
Ucapan pengetua.
Acara dimulai dengan lari 50M lelaki. Ammar masuk acara nie.
Sedia....
Pecutttt....

Lepas acara Ammar tamat, isteri aku balik dengan Firas dan Fatini. Tak larat nak kena dukung saja.

Hari ini dipertandingkan acara lari dan juga acara untuk pra-sekolah sahaja. Acara-acara lain seperti lompat jauh, lontar peluru telah di pertandingkan di sekolah. Cuma hadiah di sampaikan ketika ini. Kat bawah nie gambar-gambar untuk beberapa acara.
Opa gangnam style
Muhammad Ammar terima hadiah untuk lari berganti-ganti yang telah diadakan di sekolah. Tempat ketiga.
Lari berganti-ganti darjah satu.
Lagiiiiii....


Muhammad Ammar dengan medal.

Kakak pun nak posing juga.

Kami tak tunggu acara tamat. Dalam jam 12 kami balik. Kelmarin anak aku kata Rumah Biru menjadi juara keseluruhan seperti tahun yang lepas, klik sini.

Rasanya tahun lepas lagi meriah, ibu bapa pun ramai. Apa-apa pun terima kasih kepada cikgu-cikgu yang menjayakan acara ini.

Gambar-gambar lain klik kat sini.

Demontrasi Bukan Budaya Aku

Baru-baru ini umat Islam dikejutkan dengan tersiarnya Filem Innocence Of Muslims yang menghina Islam dan nabi Muhammad selepas itu karikatur pula. Maka kacau bilau umat Islam. Berbagai dibuat untuk menunjukkan bangkangan dan tidak puas hati terhadap filem tersebut. Demontrasi sana demontrasi sini. Maka berlaku pembunuhan, rusuhan dan letupkan diri dan sebagainya. Dalam dok berbunuh tu rasanya yang banyak mati orang Islam juga. Siapa untung???

Apa pengajaran dari video ini? Memang tak ada pengajaran. Tapi kita dapat pengajaran dari kesan video ini. Bagaimana umat Islam bangun menentang penghinaan terhadap agama dan nabi. Ternampak umat Islam bangkit dan bersatu untuk menentang sesuatu isu. Dalam dan luar negara membuat tindakan yang sama.

Lama kelamaan penentangan ini di lihat beralih arah, berbagai pihak menonjolkan diri untuk menunjukkan bahawa merekalah yang amat menentang. Sudah menjadi satu medan untuk menunjukkan siapa yang jaguh. Masing-masing menunjukkan bahawa merekalah yang terperihatin. Dikumpul ahli-ahli membuat demontrasi. Semua bermain dengan angka. Pengikut aku yang ramai membantah. Bendera aku yang banyak ketika demontrasi dan sebagainya.

Pada mulanya bangkangan terhadap filem tersebut dah menjadi medan politik. Kita bukan nak bersatu menentang, tapi mengambil peluang menunjukkan siapa yang lebih berkuasa. Harapnya bangkangan yang dibuat atas dasar Islam Agama Ku dan Nabi Muhammad Nabi ku tidak ada agenda lain.
Kata-kata seorang pemimpin Yahudi "Hanya apabila bilangan orang Islam yang menunaikan sembahyang subuh sama seperti bilangan mereka ketika menunaikan sembahyang Jumaat , maka hanya pada ketika itu mereka akan menang dan dapat mengalahkan kita"

Kita selalu menunjukkan bantahan terhadap perkara yang jelas sahaja seperti filem, kartun dan gambar yang menghina. Itu adalah perkara yang jelas. Benda yang jelas ini akan datang sekali-sekala. Dan setiap kali datang kita akan mengambil tindakan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Bagimana pula yang samar-samar.

Terfikirkah kita dakyah yahudi telah lama menyelinap kedalam kehidupan kita. Tak ada bantahan dibuat. Menyokong ada. Pernah dengar dengan strategi 3S. Dah tentu rasanya sebab benda nie dah diketahui. Banyak ustaz-ustaz menceritakan mengenai 3S iaitu startegi yahudi merosakkan umat Islam dengan melekakan kita.

S= Song / Screen : merujukkan kepada hiburan samaada nyanyian, filem, pesta, konsert dan sebagainya. Mereka membuat benda-benda itu suatu yang menarik untuk ditonton dan mengambil bahagian.

S= Sex : Menggunakan unsur-unsur sex dalam hiburan seperti babak-babak berahi dalam filem, adengan cium, pakaian yang menjolok mata tak kiralah dalam filem atau nyanyian. Unsur-unsur sex ini juga masuk kedalam permainan video yang menonjolkan hero perempuan atau lelaki yang pakai ala kadar sahaja. Begitu juga berlaku kepada animasi. Kanak-kanak telah didedahkan dengan watak-watak yang menghairahkan ( dulu ingat lagi kartun She Ra and He Man, kedua-dua hero tu pakai baju dalam ja ). Unsur-unsur sex ini juga menyelinap dalam sukan seperti acara gimnastik dan renang. Dalam sukan permotoran walau yang memandu motor atau kereta tu berpakaian litup tapi yang jadi pengiring bawa payung ( paddock girls ) boleh tersasar.

S= Sport : yang nie bukan saja yang ahli sukan, kaki masjid pun boleh terbabas. Sukan di jadikan suatu yang berprestig dan berpengaruh. Sukan bukan  lagi untuk kesihatan tetapi menunjukkan penguasaan terhadap dunia. Sesiapa yang ketinggalan seolah-olah ia telah terkebelakang.

Unsur-unsur diatas dah lama menyerap dalam nilai hidup kita. Sehingga dalam rumah semua itu dah ada. Tak payah pi konsert nak dengar lagu atau nak lihat artis-artis melompat-lompat, tak payah pi panggung wayang nak tonton filem dan tak payah ke stadium nak lihat aksi sukan. Siaran TV ada, berbayar dan tak berbayar. Boleh tonton semuanya. Nak kata produk dari penerbit kafir, produk penerbit yang mengaku muslim pun dah tak dapat nak dibezakan. Ada sesiapa yang buat demontrasi melihat adengan-adengan panas di kaca TV atau artis yang berpakaian menjolok mata ? Ada sesiapa yang buat bantaham terhadap animasi yang menonjolkan super hero/heroin yang pakai pakaian dalam dan ketat?

Ketika melihat aksi sukan gimnastik atau renang, atlit berpakaian menjolok mata. Ada sesiapa buat demontrasi? Minat sangatkah nak lihat aksi gimnastik terlompat terlipat atas gelanggang atau nak lihat ahli renang terjun masuk air atau minat nak lihat atlit tu pakai baju dalam.

Sekarang kalau nak promosi barangan IKS pun nak kena buat konsert, jemput artis. Tak buat konsert orang tak datang. Itu tak lagi dengan pesta / fun fair yang dianjurkan oleh syarikat media  dan telekomunikasi. Jemput menteri rasmi pun nak kena buat persembahan baru meriah dan orang datang. Ada sesiapa yang buat demontrasi??

Memang benar kita sayang kepada Nabi dan agama Islam, tapi sayang kita dimana? Adakah sayang kita melalui demontrasi jalanan dilakukan sekali sekala jika berlaku penghinaan sacara nyata oleh orang kafir? Sekadar itu sahajakah untuk ditunjukkan kasih sayang ?

Apa sangat dengan mendemontrasi, membakar bendera, membakar patung. Orang kafir tidak gerun dengan demontrasi yang dibuat. Yang ada cuma kepuasan dihati kita sahaja. Mereka pun tahu selepas sebulan dua perkara ini akan hilang diangin lalu. Boleh jadi sahabat baik semula. Umat Islam akan berpecah belah kembali. Mereka pun buat hal lagi sekali.

Selagi umat Islam tak bersatu dan mengamal segala ajaran Islam selagi itulah kita di tindas dan permainkan.  Selagi kita takut untuk melaksanakan undang-undang Islam, selagi itulah orang kafir tak takut dengan kita.

Fikir-fikirkan.

p/s: Peringatan untuk aku sendiri.