Klinik Sejahtera

Dalam dok buat lawatan berpenyakit kat klinik-klinik, tak ada lagi klinik yang menyediakan kemudahan menunggu yang selesa.

Tambah menyakitkan jika klinik yang terkenal, maka berduyun orang datang melawat. Dah datang ramai-ramai kena lepak kat depan klinik. Hanya dapat lihat "Nombor anda akan dipanggil sebentar lagi, harap bersabar". Sakit hati punya pasai, demam boleh kebah. Lagi sakit hati kalau menunggu sebab doktor tak sampai lagi.

Cuba klinik-klinik nie sediakan kerusi Osim atau Ogawa, sambil duduk boleh urut.

atau paling busuk sediakan kerusi malas

haaaa baru selesa nak tunggu. Kalau kena tunggu 3 jam pun tak terasa, boleh lenaaa.

'Selesai karpet merah balik tidur di rumah PPRT'


Apa sumbangan mereka sehingga kerajaan perlu memberi keistimewaan ini kepada mereka. Menjadi seniman hanyalah satu kerjaya mencari rezeki sebagaimana posmen atau peniaga nasi lemak.


Semasa berlakon, mereka dibayar dan sekiranya kami ingin menyaksikan persembahan atau lakonan mereka, kami perlu membayar. Jadi apa jasa mereka. Mereka bekerja seperti orang lain juga, bukan membuat amal jariah yang masyarakat perlu kenang.


Persatuan seniman patut menasihatkan ahlinya agar jangan terlalu boros dengan pakaian mahal, hidup glamor, majlis kahwin mewah, dan pelbagai gosip yang membuatkan orang ramai benci.


Simpanlah duit untuk membeli rumah dan kos perubatan sebagaimana posmen dan penjual nasi lemak menyimpan duit. Janganlah nanti apabila sakit terpaksa merayu sana-sini. Kalau tak mampu masuk saja hospital kerajaan.


Malu sikit wahai para seniman. Ahli sehingga 5,000 orang, tetapi industri tak ke mana pun. Glamour saja yang lebih.


Kepada persatuan seniman mintalah kepada kerajaan untuk membina studio seperti Hollywood, bukan rumah PPRT. Mana layak seniman berkarpet merah tinggal di rumah tersebut.


Takkanlah selesai majlis karpet merah kemudian balik tidur di rumah PPRT. Ramai rakyat yang susah dan ibu tunggal yang lebih memerlukan rumah tersebut


FAUZI ASMARA

Puteri Bola-Bola

Nama pelik nie. Puteri raja mana nak main bola nie?? la nie orang pompuan pun main bola. Jangan hairan. Tapi sayang tak ada puteri main bola cuma sebuah restoran Galaksi Puteri Bola-bola.
Galaksi Puteri Bola-bola
Restoran ini di buka untuk makan tengahari dan malam. Aku nak tulis yang bahagian malam. Sebelah malam restoran nie menyediakan masakan ala Thai, goreng-goreng, western, Char koew teaw, satay dan sebagainya.

Restoran Puteri bola-bola berkonsep terbuka. Kawasan yang selesa tetapi kipas angin tak berapa cukup. Masa aku datang pelanggan boleh kata ramai juga.

Ada satu kiosk yang menyediakan berbagai jenis satay seperti satay kambing, rusa, ayam dan sebagainya.
Berbagai jenis satay
Aku oder satay kambing dengan ayam dan grilled black papper steak. Anak aku oder grilled black papper chicken ( kuah black papper asing ). Isteri aku oder char koew teaw saja.
Satay kambing dengan ayam. 
Grilled black papper steak, rasa OK sahaja. Persembahan menarik tetapi bahan sampingan sikit.
Grilled black papper chicken. Persembahan menarik tetapi bahan sampingan sikit
Char Koew Teow. Tak berapa sedap.
Keseluruhan apa yang aku makan kat sini OK sahaja. Tak cuba lagi seperti masakan ala Thai , goreng-goreng, ikan 3 rasa atau sebagainya.

Restoran ini juga menyediakan pekej set-set menu seperti gambar kat bawah.
Set-set makan untuk 2 ke 10 orang. klik untuk paparan besar.
Harga satay
Kepada yang hendak makan dengan sedikit terasing ada disediakan beberapa pagola di tepi restoran.
Pagola yang nak priversi
Aku biasa pi makan tengahari di restoran ini. Disediakan masakan ala kampung. Yang memang sedap ialah daging bakar. Kalau datang mesti daging bakar cicah air asam akan menjadi pilihan. Sup tulang pun sedap juga.
gelagat Ahmad Firas
Parking memang luas dihadapan restoran. Tak perlu risau. Lokasi restoran ialah di seblah kiri Jalan Bertam Indah sebelum sampai saimpang tiga Jalan Paya Keladi. Nak senang paham lihat Google map kat bawah.


View Puteri Bola-Bola in a larger map

SBPA : Apa Yang Dipelajari

SBPA dah batal, ambik SSM semula. Apa yang kita dapat pelajari dari peristiwa ini:

1- Biar lambat asal selamat. Guna otak dan kaji dulu sebelum buat pengumuman.
2- Yang lama bukan tak bagus tetapi perlu dibaiki. Bukan buang terus dan reka masalah baru.
3- Nak cepat popular supaya nama termasuk dalam sejarah perubahan yang dilakukan untuk penjawat awam. Akhir sekali dapat malu, tetapi popular juga lah.
4- Buang masa. Setelah diperkenalkan, berapa banyak agensi kerajaan buat taklimat ( walau yang beri taklimat sendiri tak paham ) dan berapa lama sembang kedai kopi berlaku sehingga membuang masa.
5- Buang tenaga. Kasihan AJK CEUPACS turun naik tangga Putrajaya membuat bangkangan dan penambahbaikan sistem baru.
6- Menjatuhkan diri sendiri. Harapkan orang akan hormati dan sanjung tetapi apa yang dapat menjatuhkan diri sendiri. Tambahan dekat pilihanraya nie, manarik nie.
7- Membazir. Banyak kertas perjanjian, kertas penerangan, kos memberi taklimat, bil talifon dan macam-macam lagi lah terbuang begitu sahaja.
8- Keadilan untuk semua. Segala keputusan yang dibuat mestilah merangkumi keseluruhan peringkat. Jangan dok jaga sebahagian saja.

Apa-apa pun jadi cikgu juga beruntung. Selamat pagi cik-gu.

A Doctor In The House

Hari nie sementara tunggu kereta siap di servis aku ke TESCO Sungai Petani. Ronda-ronda kat situ dan masuklah ke Kedai Buku Popular. Untuk menghabiskan masa. Boleh kata setiap rak buku aku lawat. Sampai ke bahagian buku-buku Cina pun aku lawat. Dalam dok belek buku ternampak sebuah buku biografi Tun Dr Mahathir, A Doctor In The House. Bukan aku boleh baca tulisan Cina, tapi gambar depan buku tu dah terkenal.
Tun Dr Mahathir : A Doctor In The House

Rupanya buku nie dah ada dalam tulisan Cina. Rasa ketinggalan pula sebab seorang pemimpin negara yang bahasa rasmi negaranya Bahasa Malaysia, tidak ada sesiapa yang dapat menerbitkannya dalam Bahasa Malaysia. Malukah jika tajuknya menjadi "Doktor Dalam Rumah"?

Kaum China telah menterjemahkannya. Kenapa??  Tentu ada sebabnya. Berkemungkinan dalam buku itu terdapat suatu nilai yang amat berharga dan mereka juga sedar bangsa mereka pun tak semua dapat menguasai Bahasa Inggeris. Jadi dengan menterjemahkannya boleh menyebarkan dengan lebih meluas dilingkupan bangsa mereka.

Mengikut laporan dalam bancian penduduk 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dilaporkan bangsa Melayu menguasai 63.1% berbanding Cina cuma 24.6%. Tetapi dalam menimba dan menyebarkan ilmu bangsa Cina telah terkehadapan. Perkara ini mungkin terjadi juga disebabkan faktor penguasaan bahasa dunia dimana bahasa Cina Kantonis sangat meluas penggunaannya.( sumber : http://anthro.palomar.edu/ethnicity/ethnic_5.htm ).

Disamping buku biografi Dr Mahathir ada buku biografi Steve Jobs juga dalam bahasa Cina. Begitulah cintanya ilmu oleh bangsa Cina.

Harga pun berbeza. A Doctor In The House ; Bahasa Inggeris RM 100.00, Bahasa Cina RM 79.00 . Steve Jobs ; Bahasa Inggeris RM 99.00, Bahasa Cina RM 85.00 ( ada diskaun lagi ). Dapat beri harga yang lebih murah. Kenapa jadi begini ?

Zaman global ketika ini penguasaan berbilang bahasa amat penting. Tak boleh diharap lagi bahasa ibunda.

p/s:  Aku masih keliru antara Cina, China dan Chinese dan bila penggunaannya

Bangkok Tomyam Bayan Lepas

Isnin lepas, waktu rehat tengahari sekali lagi buat program jalan-jalan cari makan bersama rakan sepejabat. Kali ini ke Bangkok Tomyam. Saja-saja buat untuk mengerat hubungan antara rakan-rakan setugas.
Bangkok Tomyam
Dalam jam 12.40 tengahari kami bertolak ke sana. Dalam 1 tengahari dah sampai. Kalau yang biasa ke Tabung Haji dari Bayan Baru melalui Jalan Sultan Azlan Shah pasti melalui jalan nie.  Parking terhad, jadi parking sahaja di bahu jalan hadapan restoran. Dari luar dah nampak keThailannya sebab bentuk bumbung yang berbucu-bucu.
Tiang berukir dan dekorasi siling dari kayu
Restoran ini berkonsepkan Thai dengan ukiran kayu di tiang dan siling. Luas, bersih dan selesa walau ruang makannya secara terbuka.

Masa tu orang dah ramai. Sampai saja, sambung meja dan oder makan. Kira tak sempat panas pungkok lagi makanan dah sampai. Servis yang memang hebat sebab masa kami datang tu pelanggan memang ramai.

Ini dia menu yang di oder
Udang masak pedas
Kailan ikan masin, rasa tak berapa naik.
Sotong cekup tepung, yang nie memang sedap.
Ayam goreng dengan gajus. Biji gajus memang banyak (orang utara cakap biji janguih)
Siakap 3 rasa, ikan boleh tahan besar juga. Rasa boleh tahan.
Som Tam
Siakap steam, ikan tu besar juga.
Tomyam campur, OK sahaja
Telur bungkus
Air biasa sahaja, sejug oren dengan tembikai. Dah sampai semua menu yang di oder, apa lagi, balunnn...

Restoran ini amat menarik sebab dapat menarik ramai kaum datang. Bukan setakat bangsa Melayu malah kebanyakan yang datang adalah kaum lain seperti Cina dan India. Ramai yang datang dalam kumpulan yang besar seperti mengadakan jamuan. Mungkin disebabkan restoran ini berada berdekatan kawasan industri. Macam nie baru boleh jadi restoran 1Malaysia.
Sekumpulan dari Robert Bosch. Teringat waktu aku bekerja
kat situ dulu-dulu.
Habis makan pakat-pakat tersandar.
Tak larat nak bangun
Harga untuk semua lebih kurang RM 140.00. Keseluruhan makan kat sini boleh kata sedap dan berbaloi dengan harga ditambah dengan persekitaran yang bersih dan selesa dan servis yang pantas.

Alamat Restoran Bangkok Tomyam :
3132, Jalan Mahkamah,
11900, Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
04 - 643 2205
012 - 425 9227
Waktu operasi 12 tengahari - 1 pagi

Lokasi dari Google map:


Terima Kasih The Star

Terima kasih dan tahniah kepada The Star kerana menyiarkan gambar seorang penyanyi Amerika, Erykah Badu. Gambar itu mungkin tersalah pilih oleh editor sehingga  menyebabkan konsert beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Februari 2012 dibatalkan.
Tulisan Allah di kiri dan kanan bahu Erykah Badu
Gambar tersebut terang-terang telah menghina Islam. Gambar itu juga barangkali boleh menyedarkan rakyat Malaysia berugama Islam terutama peminatnya. Tak payah nak jadi kan penyanyi tu sebagai model ikutan. Ada akai pakai.

Kalau kita lihat, yang beria-ia nak bawa penyanyi tu kat Malaysia tu siapa? rasanya dia pun orang kita juga. Kenapa jadi macam ini. Kalau gambar itu tak tersiar, pasti budaya penyanyi tersebut sedikit sebanyak dapat mengubah pemikiran kita.

Kepada penganjur terutama yang berugama Islam, bila nak bawa artis-artis luar tu cuba selidik dulu. Rasanya tulis saja nama mereka dalam Google atau Yahoo, berlambak maklumat akan keluar. Artis tempatan pun dah cacamarba, ini nak bawa artis luar pula.

Oleh kerana pengharaman konsert, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim terpaksa menjawab berbagai isu pula seperti mencemar nama negara di mata dunia. Apa kejadahnya nie. Urusan negara kita biar kita uruskan.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada The Star kerana menyiarkan gambar tersebut. Inilah tujuan akhbar. Membuka minda masyarakat.

p/s:
Cuba lihat gambar dibawah:
Salah satu rekaan baju untuk kaum mulimah
yang di pertontonkan ketika Islamic Fesyen
Festival. Terdapat simbol tertulis "Muhammad".
Macam mana pula dengan Islamic Fesyen Festival yang telah diadakan di negara kita suatu ketika dahulu ??? Siapa berani ambil tindakan???