Masakan Dalam Pantang : Ikan Masak Asam

Ini resepi kalau nak masak ikan masak asam. Mudah saja.
 
- Panasakan minyak
- Goreng ikan yang telah digaram kunyitkan
- Letak sebelah
 
- Guna minyak ikan tadi jangan membazir. Tapi kurangkan sedikit sebab orang berpantang tak boleh makan minyak banyak-banyak.
- Tumis bawang, bawang putih dan halia yang telah dipotong
- Setelah naik bau masukkan air asam jawa.
- Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan bawang besar ( tak bubuh pun tak apa) dan ikan goreng tadi.
Dah siap pun...
Maklumat dari isteri aku: Bawang putih baik untuk menambah susu jika menyusu badan.

Masakan Dalam Pantang : Ikan Masak Taucu

Ini salah satu hidangan yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang dalam pantang iaitu ikan masak taucu. Ikan yang boleh digunakan seperti ikan tenggiri, gelama, plata dan tanya sendirilah kat orang-orang yang berpengalaman. Cara buat lihat kat bawah.

- Panaskan minyak
- Goreng ikan (sebelum itu ikan digaul dengan garam kunyit)
- Selepas masak ikan tu letak sebelah

-Guna minyak ikan tu juga tapi kurangkan sikit ( orang dalam pantang tak boleh makan minyak banyak-banyak)
- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia (halia masukkan lewat sikit ) yang telah dipotong.
- Masukkan taucu 2 sudu dan kacau
- Masukkan air asam jawa
- Masak hingga mendidih
- Rasa dulu sebelum masukkan garam sebab taucu sudah masin
- Masukkan ika yang telah digoreng tadi.
Siap untuk dihidangkan....

Dah boleh balik...

Dah boleh balik, 3 hari 2 malam di Klinik Pakar Zainol Dan Ram. Legaaaaa.
Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan
Kepada yang nak datang sini, klinik nie terletak kat Lorong 17 Taman Petani Jaya Sg Petani. Nak mudah bersebelahan Pasaraya Econsave. No talifon 04-421 1288 dan 04-423 6639. Nie dibawah Google map lokasinya.

GPS : 5.631727, 100.488638
          5°37'54.2"N 100°29'19.1"E




Dah ada geng....

Setiap hari lebih kurang jam 7.30 pagi Dr Zainol akan melawat pesakit termasuklah isteri aku. Hari ini aku suruh doktor posing kejap aku nak ambil gambar. Dr Zainol ini lah yang telah menyambut kelahiran anak aku dan dia juga yang telah menyambut kelahiran aku 40 tahun dulu di Hospital Alor Setar.
Habis doktor melawat isteri aku, aku keluar melihat anak aku. Haaa... hari nie dia dapat ramai kawan dan bilik-bilik atas klinik ni pun dah banyak berpenghuni. Kembali meriah suasana.

p/s : nak tau lokasi klinik bersalin nie klik sini.


Dunia sepi

Hari yang anak aku lahir, dalam klinik ini ada seorang lagi bayi. Selepas tak berapa lama bayi tu pun keluar dah. Tinggal dia saja kat situ. Kira tempat tu dia punya la. Rasa macam anak aku ni keluar masa luar musim, sebab tak ada ibu yang datang lahir kat klinik ni masa ni.

Ampunilah aku...ibu

Setelah menanti begitu lama dan dalam persaan takut disebabkan tarikh due yang diberi telah melebihi dua hari. Dimulai dengan jam 10 mlm isteri aku sakit sekali sekala datang. Lebih kurang jam 12 mlm isteri aku turun tanda dan kami gegas ke Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan ( Klinik Pakar Zainol Dan Ram ) di Sungai Petani. Sampai jam 1 pg. Nurse telah periksa dan memberitahu telah buka 2 cm. Tunggu dulu sehingga 4cm baru doktor akan datang. Hampir jam 3.30 pg isteri aku dibawa ke dalam bilik operasi. Dan tak lama kemudian aku dipanggil untuk kedalam untuk memberi semamnag dan melihat proses kelahiran.

Aku dapat lihat betapa susah dan peritnya untuk melahirkan zuriat. Walau dalam keadaan berhawa dingin peluh boleh membasahi dahi. Kesakitan yang hebat terpaksa ditanggung. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Berusaha dan terus berusaha mengeluarkan zuriat yang dikendong. Insaf aku. Beginilah yang ditanggung oleh emak aku. Itulah kesakitan hebat yang terpaksa ditanggung nya semasa melahirkan aku. Tidak dikira sembilan bulan sepuluh hari menjaga aku didalam kandungan bagai menatang air yang penuh.

Kepada yang yang masih ada emak berbuat baiklah kepada mereka. Janganlah kecilkan hati mereka dan gembirakanlah mereka dengan kebaikan yang kita lakukan. Kepada emak mereka dah tiada berdoalah kesejahteraan roh mereka perbanyakkanlah beribadah dan sedekah dan sentiasa mengeratkan silaturrahim dengan saudara mara dan kenalan emak yang telah tiada.


Alhamdulillah...tepat jam 4 pagi keluarlah anak aku melihat dunia sementara yang perlu dia terokai pada 4hb April 2010 ( Ahad) bersamaan 19 Rabi'ul Akhir 1431. Seorang lelaki seberat 3.2 kg. Aku harap dia dapat mengingati bagaimana saat dia muncul kedunia ini dan bagaimanan kesakitan yang ditanggung oleh ibunya dan pengorbanan yang dibuat oleh ibunya semasa mengendongnya selama lebih 9 bulan.
Selepas dimandi dan dicuci dan dibedong nurse bagi kat aku baby untuk diazan dab diqamatkan. Aku beri semula kepada nurse untuk urusan dia selanjutnya. Isteri aku keluar bilik operasi tak lama kemudian.

Setelah isteri aku rehat dulu, baru ambil baby jumpa ibunya. Masa nie baru aku perasan kulit anak aku nie putih sikit. Mungkin masa dok mengandung ibunya suka makan nasi kampung saja, nasi kandar sorryyyy.

p/s : nak tau lokasi klinik bersalin nie klik sini.


Rojak Ammar

Kelmarin anak aku Muhammad Ammar telefon aku masa dalam perjalanan balik, dia nak buah apel dua biji sebab cikgu Tadika Khalifah Intelek suruh dia bawa esok. Jadi sebelum sampai rumah aku ke Komplek Kailan, Kepala Batas. Disitu ada sederet kedai buah. belilah buah yang dia nak.

Hari nie sebelum aku buka pintu dengan sengeh dia cakap cikgu buat rojak dengan timun saja, apel dia dah makan. Masuk ja kedalm rumah di suanya rojak yang dibuat dengan buah-buah yang dibeli dan juga buah-buah yang kawan-kawan dia bawa juga. Buah-buah tu dipotong oleh mereka sendiri. Ini lah dia rojak tu.


Kami sekeluarga di pelawanya makan, rasa boleh tahan. Kuah dia kata cikgu beli.
Bebrapa minggu yang lepas kat tadika dia buat sandwich. Nanti senang la ibu dia dalam pantang ada orang boleh masak.