Baru saja balik dari perjalanan yang jauh dan Sabtu lepas, 16 November 2013 anak-anak yang berada di Pra Tahfiz Iman telah hadiri Hari Ihtifal Rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra Tahfiz Iman 2013. Kali ini ihtifal diadakan di Dewan ILP Kepala Batas pula.
Kami sampai dalam jam 8.30 lebih, ibu bapa dah ramai datang. Kali ini majlis ihtifal diadakan dalam dewan kuliah, kami ambil kerusi antara barisan teratas. Acara dimulai dengan celoteh MC.
Ihtifal kali ini mulanya kami tak nak datang sebab Siti Sarah dan Muhammad Ammar beri tahu mereka tak dapat hadiah apa-apa, cuma Muhammad Ammar saja yang ada persembahan. Demi nak bagi sokongan kepada M Ammar kami hadir juga.
Gambar kali nie tak berapa cun sebab ambil dari jauh saja. Nak turun bawah nanti Nur Fatini dengan Ahmad Firas nanti nak turun sama, seronok la main tangga. Layan antara gambar yang sempat aku rakam.
|
Untuk mendapat keberkatan acara dimulai dengan bacaan doa oleh adik Mohd Nabil. |
|
Bacaan AlQuran dan terjemahan oleh Adik Nur Aimi dan Muhd Darwish. |
|
Persembahan dari adik-adik umur 3tahun, Chicken Dance ~ macam-macam gaya ada. |
|
Tanya Sama Pokok, adik-adik PG ~ kreatif cikgu-cikgu buat costume. |
Acara diselang-seli dengan penyampaian sijil.
|
Para penerima sijik K2 |
|
Coral Speaking oleh K1 ~ terbaik |
|
Acara M Ammar masuk, Di Pondok Kecil ~ cuba cari Ammar kat mana? |
|
Penerima anugerah penilaian akhir tahun. |
|
Budi Bahasa Budaya Kita ~ bicara berirama oleh Pra Tahfiz |
Selepas acara coral speaking diatas diadakan beberapa Penyampaian Anugerah. Tetiba sahaja M Ammar disuruh beratur sama untuk menerima anugerah. Kami pun tak tahu anugerah apa yang dia dapat. Sampai giliran dia, diumumkan penerima untuk Hafazan Terbaik. Ini kot yang selalu pengacara kata, kejutan demi kejutan.
|
Cikgu seronok, M Ammar masih lagi konpius dan terkejut dengan anugerah diterima. |
Sekali lagi kejutan, S Sarah pun disuruh berbaris sama untuk terima anugerah. Kali ini dibacakan sedikit sinopsis mengenai beliau antara yang aku ingat cita-cita menjadi seorang Ahli Arkeologi dan memasuki Tadika Khalifah Intelek ketika usia 5 tahun. Yang buat aku pun sedikit panik dijemput ibu dan ayah ke atas pentas untuk memberi hadiah kepadanya. Anugerah Khas. Kalut aku pi dukung M Firas dan isteri aku dukung N Fatini ke pentas.
|
Gambar dari atas pentas. Muka rasa tebai sedikit dok atas pentas. |
|
Bersama dua lagi penerima Anugerah Khas ~ terima kasih kepada brader yang tolong ambil gambar. |
|
Boria Ketaatan Ibu dan Bapa oleh Pra Tahfiz. |
|
Acara penutup oleh adik-adik K2 yang menyampaikan lagu Tegar beramai-ramai. |
Acara tamat lebih kurang jam 12 tengahari. Anak-anak Khalifah dibekalkan bekalan nasi ayam yang kami makan kat
warung Tok Long kat Paya Keladi.
Akhir sekali diucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mendidik anak-anak kami dan yang telah menjadikan acara ini meriah. Allah sahaja yang dapat membalas budi cikgu-cikgu.
Tahniah atas kejayaan anak-anak.
ReplyDeleteterima kasih lawat blog saya
DeleteSalam encik, kalau encik berminat nak jual baju Khalifah Intelek saya berminat nak beli. Untuk anak perempuan saya. Whatsapp +601136840085 - Syuhada
ReplyDeleteWsalam.. Maaf anak saya dah lama keluar dari tadika tu... Baju pun dah bg kat orang.
Delete