Tawaran Gift Card Petronas. Ini bukan tawaran pada 11/11/2017. |
Dalam promosi itu Lazada tawarkan Petronas Gift Card bernilai RM100 dengan harga RM89 sahaja. Siapa nak bagi kurang RM11 suka-suka. Mula-mula tak percaya tapi lihatkan reselernya Lazada sendiri maka cekalkan hati oder sekeping.
Order hari Sabtu, hari Isnin dah sampai kad itu. Bentuk seperti kad kredit. Jadi petang tu balik kerja terus ke Stesyen Minyak Petronas nak cuba kad itu ditambah pula minyak kereta pun dah tinggal dua bar.
Ini dia Gift Card Petronas yang aku dapat. |
Masukan saja dalam slot kad kredit diberi dua pilihan sama ada nak isi penuh atau kita tetapkan nilainya. Bila guna kad ini masih lagi dapat kumpul mata Kad Mesra, ikut arahan yang diberi sahaja.
Ketika ini juga Petronas dan Lazada ada buat promosi dimana jika isi minyak RM50 kita dapat satu kupon Lazada. Kupon ini boleh digunakan untuk membeli-belah di laman Lazada dengan potongan 12% sehingga maksimum RM15.
Kupon diskaun Lazada yang diperolehi ketika mengisi minyak di Petronas. Nombor tu tak payah cuba, aku dah guna hahahaaa. |
Ini yang best. Setelah dapat kupon ini sekali lagi dapat buat penjimatan. Hari Selasa aku masuk laman Lazada, tapi tawaran yang lepas sudah tamat. Tapi Petronas Gift Card ketika ini ditawarkan potongan 5%, RM100 dijual dengan harga RM95 sahaja.
Aku beli juga tapi dengan dimasukkan kupon tawaran yang aku dapat tadi. Maka dapat lagi potongan menjadikan harga kad menjadi RM83.60. Perghhh.. penjimatan dua kali. Penghantaran juga percuma. Tapi kad yang kedua aku beli tak dapat lagi. Tapi dah terasa penjimatan yang bakal diperolehi.
Dua kali penjimatan setelah guna kupon Lazada. Penghantaran juga percuma. |
Kalau tak ada kupon diskaun Lazada boleh saja guna kod-kod promosi yang ditawarkan. Hari ini aku cari di Lazada, tawaran kad Petronas dah tak ada. Tapi ada laman lain yang buat tawaran. Zaman yang hujan sahaja yang turun ini, jadi rajin-rajin senaman jari mencari. Sebelum aku terlupa, Gift Card ini boleh di tambah nilai di Stesyen Minyak Petronas seperti kad debit. Selamat berjaya.
No comments:
Post a Comment