20hb Disember 2016, Selasa. Beberapa kawaan sekitar Selangor masih tak ada air, termasuk kawasan Kemensah. Hari ini ada beberapa agenda di KL. Tapi air tak ada. Jadi selepas solat subuh kami sekeluarga gegas ke Masjid Nagara. Harap Masjid Negara ada air. Berpandukan Waze sampai kami disana.
|
Mencari air di Masjid Negara. |
Alhamdulillah laju air disini. Bolehlah bersiram puas-puas. Destinasi seterusnya ialah ke KLCC. Tuuu dia kalau sampai ke KL tak sampai KLCC maka tak sampai KL lagi lah tu. Macam tahun 80an datang KL mesti kena bergambar dengan Tugu Negara.
Sarapan pagi dulu di medan selera atas tu. Harga medan selera masih OKlah, jangan minta benda pelik-pelik sudahlah. Selepas kenyang. Perjalanan di teruskan ke lobi KLCC untuk ke menara.
Acara apa la pulak kat bawah nie... Acara ambil selipar Fatini jatuh dalam kolam depan KLCC.
|
Dah kena menyauk selipar Fatini. Sapa suruh lambung-lambung dia. |
Apa-apa pun sebelum naik kena beli tiket dulu. Bukan free. Maklumat tiket naik ke menara nie aku letak kat bawah. Apa yang menarik di Menara KLCC?? Tentulah Skybridge dan puncak KLCC.
|
Entahlah pasai pa serius sangat. |
Sebelum naik kena beratur dahulu dan di buat dalam kumpulan, kalau tak silap aku setiap kumpulan dalam 20 orang dan diberi pas gantung dengan warna tertentu. Supaya staf bertugas dapat mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu. Mana tahu sampai diatas terus tak nak turun kan.
|
Mendengar penerangan sebelum naik kemenara. |
Sebelum aku terlupa kepada yang nak naik menara ini ada pantang larangnya. Kat bawah nie aku letakkan pantang larang iaitu antaranya dilarang merokok (yang nie kalau tak paham lagi tak tahulah), dilarang bawa stroller, makanan dan minuman, chewing gum, beg besar. Yang manariknya dilarang juga membawa tripod kamera dan kayu selfie, jadi kaki-kaki kamera tak dapatlah nak letak kamera dan lens yang bagak punya besar.
|
Antara barangan yang tidak dibenarkan dibawa ke atas. |
Selepas itu kami diberi penerangan secara digital sebelum melangkah ke dalam lif. Dalam pendakian ini ada dua tempat persinggahan iaitu di Jejantas dan juga di puncak. Setiap lokasi diberi masa sekitar 15 minit.
Destinasi pertama setelah menaiki lif ialah Jejantas atau Skybridge yang menghubungkan 2 menara berkembar. Sekejap sahaja berada dalam lif dah sampai ke tingkat 41. Tingkat yang adanya Skybridge tu. Berapa tinggi dari aras tanah... cari sendiri aku tak ukur.
Kami diberi masa dalam 15 minit untuk berada di atas jejantas ini. Boleh lah berselfie dan mengambil gambar skitar KL. Dibawah antara gambar yang dapat dilihat dari Jejantas KLCC
|
Pemandangan dari Skybridge. |
Dah cukup masa. Kami dipanggil semula ke lif. kali ini kami dibawa ketingkat 86 iaitu tingkat yang dikhaskan utuk pelancong dari keseluruhan 88 tingkat KLCC ini. Layan saja gambar dari aras 86 KLCC.
Ditingkat ini diletakkan segala macam info KLCC dan juga Petronas. Ada juga replika KLCC dan sekitarnya dan juga TV Interaktif.
|
Ada benda yang boleh di lupakan dan ada yang tak boleh di padam. |
|
Dah lama berada kat atas nie, pakat-pakat jemu. |
Kali ini katanya kami boleh berada dalam 15 minit sahaja tetapi tak dipanggil-panggil. Ada dalam 45 minit kami berada disitu. Alhamdulillah dapat berada di lama sampai ada yang dah jemu.
Kepada yang hendah menaiki menara KLCC ini dibawah aku bagi sedikit info:
Alamat:
Tak payah bagilah, nanti sampai KL kau tuju saja bangunan 2 ketul tu sampai jumpa.
Lokasi kaunter tiket:
Aras Concourse KLCC
Hari lawatan:
Dibuka hari Selasa hingga Ahad
Tutup hari Isnin.
Masa lawatan:
9 pagi hingga 9 malam.
(Tutup antara 1 tgh hingga 2.30 petang setiap Jumaat)
Harga tiket:
Dewasa: RM30.00
Kanak-Kanak (3 tahun hingga 12 tahun): RM 15.00
Warga Emas (61 tahun keatas): RM 15.00
Lawan Web:
https://www.petronastwintowers.com.my/