Ahmad Firas Tahun Satu SK Bertam Perdana

3hb Januari 2017 hari Selasa, dalam jam 7 pagi Ahmad Firas melangkah buat pertama kali ke kelas KAFA di Baitul Ummi dan adiknya Nur Fatini masih lagi di Tadika Pra Tahfiz Baitul Ummi. Kelas KAFA dan Tadika Baitul Ummi berada di blok yang sama di Bertam Putra. Senanglah hantar kedua-duanya waktu pagi.
Ahmad Firas ke Kelas KAFA Baitul Ummi

Hari ini kami akan ambil Ahmad Firas selepas kelas KAFA. Tak bagi dia naik Van ke sekolah lagi. Nak bagi dia belajar pakai baju sekolah dulu di rumah. Dalam Jam 11 pagi kami ambil dia dari kelas KAFA. Makan tengahari dulu dirumah dan selepas itu bagai dia buat sendiri pakai baju sekolah.
Dah bersiap untuk ke sekolah.

Dalam Jam 12.45 tengahari kami bawa dia kesekolah. Macam biasa ceria memanjang. Sampai ke sekolah dah jumpa geng. Apa lagi belari kesana sini dalam kawasan sekolah. Hari pertama sebelum masuk kekelas, semua pelajar diminta berkumpul dan berbaris di Dewan Terbuka mengikut warna seperti Hari Orientasi yang lepas bersama pelajar tahun dua dan tiga.
Semua pelajar tahun satu berbaris mengikut warna kelas.
Pantang jumpa kawan, nak bersembang.

Selepas pelajar sesi pagi keluar, baru mereka diminta masuk kekelas masing-masing. Aku biar dulu mereka dalam kelas. Tentu masih sebok pelajar-pelajar nak masuk kekelas. Kami lepak-lepak dikantin sekolah dulu.

Rasanya semua pelajar dah masuk kekelas, aku pun naik cari kelas Firas, kelas warna ungu. Haaa jumpa pun. Lihat dari jauh dia dah pandai berkawan. Bersembang tak berhenti. Tak tau lah cikgu nak layan mereka macam mana. 
Seronok dok dalam kelas.

Lepas lihat dia dalam kelas aku balik dulu. Dalam Jam 3 petang akan datang semula sebab nak tengok dia keluar rehat, membeli belah di kantin.

Dalam  jam 2.40 kami sampai disekolah semula. Tunggu di kantin. Dalam jam 2.50 pelajar dah turun. Turun ramai-ramai, susah juga nak cam anak aku nie. Nampak semua sama saja.
Makanan  di kantin, nasi lauk ayam.


Antara kuih yang di jual di kantin.

Dalam dok cari dia, boleh kata lihat setiap pelajar yang turun dari keals. Masih tak jumpa dia, nampak semua sama saja. Tak lama dia yang jumpa kami dulu.
Mana Ahmad Firas ni? Tunggu dia rehat.

Dah sampai terus ke kantin. Dibantu abangnya Muhammad Ammar. Beratur nak beli nasi. Pening juga bebudak ini beratur. Tak tahu barisan yang mana nak di ikut ditambah dengan ibu bapa yang masuk barisan juga. Alhamdullillah dapat juga beli walau masih kurang cekap dengan harga makanan dan juga duit yang perlu diberi dan juga baki jika ada.
Berbaris membeli belah di kantin.

Dia beli koey teow tomyam. Masa nak makan baru sedar lupa beli air. Abangnyalah bantu hari ini tolong beli. Dia makan koey teow nampak biasa sahaja, tapi bila dia makan sayur sekali yang ini aku hairan. Mungkin bila guna duit sendiri baru dia tahu hargai duit.
Berselera makan koey teow tom yam. 

Makan tak habis lagi dah berhenti, katanya dah kenyang. OKlah lepas tu mulalah bercerita macam-macam apa yang dia buat kat bilik darjah.
Habis saja makan, mula bercerita apa yang berlaku dalam kelas.

Loceng berbunyi cepat-cepat semua pelajar gegas ke bilik masing-masing. Kami balik dulu nanti tunggu dia balik petang nanti di pintu masuk. Alhamdulillah tamat hari pertama. Balik sahaja dari sekolah berbagai cerita tentang kelasnya, jenuh dengar.

~~~~~~***~~~~~~

Hari kedua aku dah kerja. Isteri aku yang uruskan hari ini. Kali ini Firas kami hantar ke Kelas KAFA bersama dengan beg sekolah dan juga persalinan ke sekolah. Kali ini biar dia ke sekolah bersiap sendiri dan naik van.

Hampir jam 11 pagi isteri aku spy dia dari jauh, nak tengok dia naik van. Berlari seronok naik van, baju pun dia pakai OK. Isteri aku pun ikut ke sekolah dari jauh. Sampai sekolah lalu terjumpa ibu dia terus dengan muka sengeh minta tolong ke KAFA nak ambil beg sekolah, dia tersilap bawa beg, dibawanya beg KAFA. Hari ini mungkin terlampau seronok nak kesekolah dengan van maka tersilap bawa beg. Bergegas isteri aku patah balik ke kelas KAFA ambil beg sekolah. Alhamdulillah masih awal jadi sempat balik ke KAFA dan tukar beg.

Hari ini dah ramai kawan dan rehat pun dah pandai beli walau tak berapa cekap lagi. Hari ini murid-murid tahun satu telah di buat rombakan berpandukan keputusan ujian kemasukan pada hari orentasi. Ahmad Firas berada di kelas Permata. Bila dia bercerita kelas baru beliau suara seperti tak ceria sebab tak dapat kelas depan. Tapi tak apa masa masih panjang, berusaha bersungguh-sungguh insyallah tahun depan naik kelas yang lebih baik.

~~~~~~***~~~~~~

Hari ketiga kami hantar ke Kelas KAFA seperti biasa. Dalam jam 11 aku spy dia pula. Selepas dia naik van aku cepat-cepat pandu kereta ke sekolah, tunggu dia di pintu masuk. Tunggu punya tunggu hairan dia tak ada, tapi van dah sampai. Masuk dalam sekolah baru nampak, rupa-rupanya dia berlari dari van masuk ke dalam sekolah. Hari ini semua OK, beg tak silap lagi. Dah cekap. Dari jauh kami lihat dia berlari kesana sini dengan kawan-kawan.

Sementara menunggu Ahmad Firas masuk ke kelas kita lihat dulu antara kemudahan yang disediakan pihak sekolah untuk kemudahan pelajar dan juga meningkatkan keseronokan belajar.
Book Cafe, disediakan buku-buku dan kerusi meja untuk pelajar membaca secara santai.
Ini satu lagi sudut bacaan, boleh duduk bersila.
Kemudahan telefon syiling.

Surau untuk kemudahan pelajar bersolat, terutama untuk pelajar sesi petang.

Tak berapa lama, cikgu memanggil pelajar berkumpul di Dewan Terbuka. Hari ini sebelum masuk kelas pelajar perlu berbaris mengikut kelas masing-masing. Bukan lagi mengikut warna. Setiap barisan ada pelajar yang memegang nama kelas. Penat cikgu memberi arahan di hadapan supaya mengikut baris yang telah disediakan.
Hari ketiga alam persekolahan, anak-anak tahun satu disusun kelas mengikut ujian yang telah dilakukan.
Firas bersama kawan-kawan dalam kelas Permata.

Cikgu juga memberi tahu pelajar bahawa minggu ini tak perlu bawa buku teks. Minggu hadapan baru bawa buku mengikut jadual yang akan diberikan. Ibu bapa pakat ramai-ramai ambil balik buku-buku dalam beg anak masing-masing. Selesai berbaris, semua pelajar dibawa ke kelas masing-masing.
Aiiik.. dok dalam kelas pusing sana pusing sini depan cikgu. Beraninya engkau.

Nasi dan air dia beli sendiri.
Rehat apanya, makan dan minum tak habis lagi, terus berlari dengan kawan-kawan. Ini dunia aku.

Hari ini bermulalah sesi pembelajaran di kelas sebenar. Ya Allah ya Tuhanku memudahkan Ahmad Firas dan kawan-kawannya menuntut ilmu dan mudahkan mereka fahami dan ingati segala ilmu yang cikgu-cikgu ajar dan jadikan Ahmad Firas dan kawan-kawannya anak yang taat kepada perintah Allah dan Ya Allah berilah kekuatan, kesabaran dan keberkatan kepada guru-guru mencurahkan ilmu kepada Ahmad Firas dan kawan-kawannya.

No comments:

Post a Comment