Penghujung tahun, 31hb Disember 2016 hari bersejarah buat Ahmad Firas. Hari Orientasi di SK Bertam Perdana. Awal pagi, bangun yang ceria nak pakai baju sekolah baru. Memang bersemangat maklumlah dah beberapa hari dok ulang nak ke sekolah pakai baju baru. Sarapan dahulu baru ke sekolah.
Bersemangat pakai sendiri. Stokin pun kena sama panjang. |
Sampai di sekolah, daftar dulu kehadiran pelajar. Semua pelajar diberi kelas sementara mengikut warna. Firas berada dalam kelas warna ungu.
Dah nak masuk darjah satu dah. |
Kami ibubapa berkumpul di dewan terbuka SKBP. Sementara anak-anak dipanggil oleh cikgu untuk ke kelas sementara. Nampak ceria dan bersemangat mengikut cikgu ke bilik darjah. Para pelajar akan dibuat ujian menentukan kedudukan kelas dan juga dibawa melawat ke lokasi-lokasi seperti kantin dan tandas.
Anak ceria, ibu bapa yang tak berapa ceria sebab nanti anak-anak akan menghadapi ujian pertama di alam persekolahan. Ujian yang akan menentukan kedudukan kelas. Jawab elok dapat kelas baik, jawab tak elok dapat kelas corot.
Sementara Firas menikmati ujian pertama di bilik darjah kami mendengar taklimat dari Guru Besar (GB). Antara yang aku dapat ingat apa yang GB cakap ialah peningkatan bilangan murid yang masuk tahun satu. Dimana bilangan asal untuk memnerima seramai 280 orang sahaja, tetapi oleh kerana permintaan yang tinggi menjadikan seramai 301 orang yang mendaftar. Tahun ini darjah satu terdapat 8 kelas. Tahun ini pelajar tahun satu hingga tahun tiga akan bersekolah sesi petang.
Para ibu bapa mendengar taklimat dari Guru Besar. |
Begitu juga dengan kaedah pembelajaran yang dilakukan penambahbaikan dimana menggunakan sistem kad trafik light. Kad hijau, merah dan oren. Murid-murid akan menggunakan kad-kad ini untuk menandakan kefahaman mereka.
Taklimat Guru Besar mengenai sistem Kad Trafik Light. |
GB juga menyatakan sistem penggredan di SKBP akan dinaikkan contohnya jika KPM meletakkan markah 80 - 100 sebagai A. SKBP mengambil inisiatif mejadikan 85 -100 sebagai A. Ini untuk manaikkan usaha pelajar untuk mencapai markah tertinggi.
GB juga menyatakan akan mengujudkan sabuah kelas Bahasa Inggeris dimana pembelajaran akan dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ini akan dipilih melalui satu ujian yang akan diadakan. Jika pelajar di terima memasuki kelas ini maka beliau akan berada di kelas ini sehingga tamat tahun enam. Jika berlaku perpindahan pelajar, beliau perlu meneruskan ke sekolah yang mempunyai program ini.
Kepada ibu bapa yang risau jika terlupa memberi duit belanja untuk anak-anak. Tak perlu kalut keluar dari tempat kerja untuk beri duit belanja sebab pihak sekolah menyediakan kupon makan. Pelajar cuma beritahu guru dia tak bawa duit belanja, dan pihak sekolah akan beri kupon untuk murid ini mendapatkan makanan di kantin. Esok bolehlah ibu bapa pulangkan kembali duit kupon tersebut.
Untuk kemasukan tahun satu pada 3hb Januari 2017, GB memberi kebenaran kepada ibu bapa untuk berada di kawasan sekolah sehingga hari Jumaat sahaja (6hb Januari). Lepas itu berilah peluang kepada anak-anak untuk berdikari.
Selapas GB beri taklimat ada beberapa Guru Penolong Kanan dan juga pihak klinik memberi taklimat pula.
Hampir selesai majlis. Ahmad Firas dah turun dengan ceria berjumpa kami. Bersemangat cerita kepada kami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Tanya ujian boleh jawab ka? Dengan senyum katanya boleh jawab. Apa-apa pun keputusan insyaallah itu yang terbaik untuk dia.
Ceria memanjang. |
Selesai sudah hari orentasi. Bersemangat Ahmad Firas.
No comments:
Post a Comment