Oklah selepas melawat Bandar DiRaja Kuala Kangsar perjalanan diteruskan ke Syamille Agrofarm & Resort. Terasa jauh juga perjalanan yang berliku-liku mengikut arahan Waze. Resort ini berasa ke dalam sedikit, tak nampak dari luar. Untuk masuk ke dalam resort kena melalui jalan kampung dan dusun/hutan yang sempit. Apa-apa pun Alhamdulillah sampai juga.
Etika berpakaian ketika berurusan di Syamille Agro Farm dan Resort. |
Masuk kedalam kami disambut dengan suasana yang hijau dengan rumah-rumah kayu. Binaan pertama sekali jumpa ialah surau. Ternampak beberapa pelajar tahfiz berjubah putih berada di dalam surau. Parking kereta dan ke kaunter resort. Bersebelahan tempat parking kereta terdapat papan tanda meminta pengunjung berpakaian sopan.
Resort yang dihadapan lebih mirip kepada rumah kayu dan kami dapt resort yang di belakang sedikit yang berbentuk rumah biasa. Resort ini mempunyai kemudahan yang minima. Disini lebih kepada untuk menikmati suasana dalam hutan. Dalam resort hanya disediakan keperluan asas seperti katil, kipas angin, TV kecil dan dah tentu bilik air. Jangan harap untuk menikmati air cond. Air masak juga kena ambil di restoran. Wifi cuma boleh didapati di restoran.
Berjalan menuju penginapan kami. |
Timing kami datang sini memang tak berapa baik sebab cuaca panas disebabkan el nino maka dalam bilik berhabalah siang dan malam. Kena tidur betul-betul di bawah kipas. Memang konsep resort ini begitu lebih kepada penghayatan alam semula jadi.
Oklah kita lihat suasana luar resort. Landskap memang cantik disini, dengan denai jalan kaki seperti dikampung-kampung. Ada air mengalir masuk kedalam kolam ikan. Sejuk mata memandang.
Resort yang berkonsepkan kayu. |
Restoran bersebelahan Kolam ikan. Boleh makan sambil tengok ikan. |
Disamping melihat suasana yang hijau disini juga ada kandang rusa dan juga sarang-sarang kelulut disekitar resort. Rusa ini aku tak pasti mereka jual atau tidak tapi madu kelulut dari resort ini ada dijual, Madu Kelulut Syamille. Sesiapa yang menginap disini diberi potongan harga.
Rusa yang diternak. |
Sangkar madu kelulut. |
Takkan nak lihat hijau sajakan? Perut pun nak kena isi. Dalam resort ini juga disediakan restoran. Sebelum datang ke sini, tanya juga mengenai makan di dalam resort. Sebab resort ini terpencil, kalau nak makan di luar macam jauh sangat. Diberitahu makan disini harga seperti kedai biasa. Bukan seperti resort yang selalunya mengenakan harga yang tinggi. Betul ka??? Setelah datang disini terbukti makan disini memang harga kedai biasa atau restoran tom yam biasa.
Makan sambil tengok kolam ikan. |
Suasana dalam restoran yang bersih dan menarik. |
Disini boleh makan secara ala cart, ada tukang masak yang akan masak panas-panas. Juga disediakan nasi campur. Dibawah aku letakkan menu ala cart yang ada di sini. Harga pun tak mahal. Harga amat berpatutan.
Menu makanan dengan harga yang berpatutan. |
Kepada yang nak makan nasi campur disediakan untuk makan tengahari dan juga makan malam. Berbagai menu disediakan seperti kambing kurma, kari ikan, asam pedas, kerabu, sayur, ulam-ulaman, ikan-ikan bakar dan berbagai lagi. Kadang-kadang kalau makan tengahari atau malam boleh jumpa dengan anak-anak tahfiz yang makan disini juga. Masakan disini memang sedap. Yang aku paling suka ialah masakan kambing, tak kiralah masak apa pun memang sedap.
Nasi campur. Pilih saja lauk mana suka. |
Makan pagi disediakan mengikut permintaan. Jadi jangan harap pagi-pagi ada disediakan makan. Untuk yang hendak sarapan pagi, bolehlah membuat tempahan awal kepada pihak restoran untuk mereka sediakan esoknya.
Diluar pagar resort ini terdapat anak sungai yang mengalir. Mungkin air dari atas bukit, air jernih. Nak mandi pun boleh tapi air tak dalam. Air ini juga rasanya yang mengalir ke dalam kawasan resort.
Mandi di sungai bersebelahn resort. |
Berhampiran dengan Syamile Agro ini terdapat sebuah air terjun iaitu Air Terjun Lata Perahu. Dari yang update mengenai Lata Perahu ini dikatanya dekat sahaja dengan resort. Memandangkan jalan yang sempit aku tak bawa kereta untuk kesana. Kami jalan sahaja. Boleh tahan jauh juga, berpeluh sampai ke tumit, tu pun tak sampai lagi. Maka ambil keputusan balik saja. Dah tak larat nak daki anak bukit.
Dah letih tapi tak jumpa juga air terjun Lata Perahu |
Menurut penduduk disitu yang kami jumpa, untuk ke Lata Perahu boleh bawa kereta. Aku tak berani sebab jika berselisih, menakutkan juga ~ jalan sempit. Tak apalah kami balik berendam dalam anak sungai disebelah resort cukuplah.
Syamille Resort ini juga menyediakan sebuah surau yang serba lengkap dan diimarahkan oleh pelajar -pelajar Maahad Tahfiz Nuri. Sekolah tahfiz yang diusahakan oleh Syamille Agrofarm. Jadi disamping kita berbelanja dapat juga hasil itu disalurkan kepada Maadhad Tahfiz ini. Moga usaha Syamille diberkati.
Surau yang luas dan cantik. |
Kepada yang hendak merasai berada di sekitar yang hijau dan jauh dari bunyi kereta bolehlah ke resort ini. Diminta pengunjung berpakaian sopan di kawasan Syamille ini sebab bukan sekadar resort tetapi juga ada Maahad Tahfiz yang berada disini. Untuk tempahan sila hubungi nombor dibawah.
Alamat:
Syamille Agrofarm & Resort
Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu,
Kampung Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah,
33020 Kati, Kuala Kangsar, Perak
Telefon : 05-752 0209
Fb: www.facebook.com/Syamille-Agrofarm-Resort-Sdn-Bhd
GPS:
4.899270, 100.896348
4°53'57.4"N 100°53'46.9"E
Lokasi dari Gologel Map:
[ Pautan jalan-jalan ke Taiping dan Kuala Kangsar pada 12-14hb Mac 2016 ]
1. Kota Ngah Ibrahim Matang
2. Mee Tulang Mak Jah dan Kilang Arang Kuala Sepetang
3. Medan Selera Belakang Bomba Taiping
4. Bandar Diraja Kuala Kangsar
5. Syamille Agrofarm And Resort Kuala Kangsar
6. Bengkel Labu Sayong & Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar