House Of Murtabak Bertam Perdana

PERHATIAN:

26hb Mac 2019 : Untuk makluman House Of Murtabak ini telah di tutup.

**** 6/7/2015****

Jalan-jalan cari makan kat Bertam Perdana Darul Makan. Kali nie ke rumah murtabak, Al Harraz (macam arab) House Of Murtabak terletak di belakang stesyen minyak Petronas Bertam Perdana.
P_20150201_174502_HDR
Al Harraz House Of Murtabak Pusat Bandat Bertam Perdana
P_20150201_171841_HDR
Nak makan ringan-ringan saja waktu petang. Walau nama rumah kepada murtabak tapi macam-macam ada. Layan menu kat bawah nie
P_20150201_171224_HDR
Menu yang menjadi nama restoran. Berbagai jenis murtabak sedperti ayam, daging, kambing, rusa, sardin, telur dan sayur. Terapat tiga saiz iaitu single, double dan triple.

P_20150201_171240_HDR
P_20150201_171141_HDR
Kat House Of Murtabak juga ada menu nasi lemak, nasi briyani kabing, ayam dan daging, mee, koey teow dan lain-lain.
Oleh kerana nak makan petang saja jadi kami pilih yang nama kedai. Dua jenis murtabak, kambing dan ayam saiz biasa saja. Hidangan boleh kata pantas juga datang.

Nie dia murtabak saiz kecil, datang dengan kuah dalca (kalau tak silap) dan bawang jeruk. Walau saiz kecil tapi boleh tahan juga tebal dan besarnya. Kuah dan jeruk bawang sedap tapi dari citarasa aku murtabak nie tak berapa menjadi. Isi murtabak seolah-olah telah dibuat siap cuma menunggu pelanggan oder dan akan dibalut dan di masak.
Restoran tak macam restoran mamak yang selalunya serabut dan tak berapa menarik hiasannya. Tapi restoran ni memang bersih dan sedap mata memandang. Mungkin tak ada nasi campur dengan kuah campur.

P_20150201_172417_HDR

Boleh makan kat luar dan juga kat dalam. Walau murtabaknya tak kena dengan selera aku tapi rasanya lain kali kena datang lagi nak rasa nasi briyani kambing pulak.
P_20150201_174411_HDR
Dalam restoran berkonsep moden, bersih dan selesa.
Kepada yang nak datang sini, House Of Murtabak terletak di Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas (belakang stesyen minyak Petronas) dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 11 malam dan tutup hari Jumaat. No telefon 04-5770689, 014-2266689. Kat bawah lokasi dari Google map.

GPS:   5.516803, 100.449919
           5°31'00.5"N 100°26'59.7"E




1 comment: