Aidy's Cafe Bertam

Puasa tahun ini kira yang pertama berbuka kat luar. Tapi bukan berbuka pun sebab kami makan dulu kat rumah apa yang patut lepas tu baru pi kedai makan kat luar. Lepas saja berbuka kat rumah kami ke Aidy's Cafe Bertam, Kepala Batas. Sebelum itu kami dah ke kefe ini untuk buat tempahan. Jadi bila kami sampai tak perlu tunggu lama, makanan dah sedia untuk dihabiskan.

Aidys Cafe Bertam ni kira baru di buka sahaja sebelum puasa. Sebelum ini tempat tu dihuni oleh Restoran Simpang Maju kalau tak salah aku ( kalau lihat waktu malam, restoran ini warna hijau).

Aidy's Cafe Bertam ini merupakan cawangan kepada Aidy's Cafe Western Food di Telok Air Tawar. Kalau kat kefe di Teluk Air Tawar aku selalu order Western food tapi kat sini, ubah selera sikit, pekena ala-ala Thai pula. Maklumlah puasa, kalau western food mesti tak kenyang. Nak kena nasi juga.

Selepas berbuka kat rumah, kami sampai ke kefe lebih kurang jam 8 malam. Makanan belum tersedia lagi. Tunggu sekejap baru makanan sampai. mungkin mereka simpan dalam kot supaya tak kena habuk.

Sebelum kami datang malam ini , lebih kurang jam 6 petang kami dah sampi ke kefe ni untuk buat tempahan. Jadi bila sampai tak perlu tunggu lama. Lihat kat menu tu, jadi kami ambil pekej saja lah. Pekej untuk 4 orang makan. Dalam menu ditulis : siakap empat rasa, kangkong goreng, telur dadar, tom yam campur harga RM50.00. Siakap selalu dimasak tiga rasa tapi di sini dibuat empat rasa, rasa keempat ialah kari. Kami tukar ke rasa lain lah nanti tak kena selera pula, ditukar ke siakap sweet and sour. Kangkong ditukar ke kailan ikan masin dan ditambah udang celup tepung.

Ini dia udang celup tepung yang rangup, rasa ok lah tapi aku lebih suka sotong celup tepung.

Telur dadar dia memang garing dan rangup ( bukan rentung). Muhammad Ammar tanya mana dia telur sebab kebanyakan bahagian telur itu rangup. Feberet aku ni, kalau rangup.

Kailan ikan masin, sedap tapi kuantiti yang dihidangkan sedikit berbanding dengan pekej untuk empat orang, bagi pendapat aku la.

Tom yam campur, feberet Siti Sarah, pekat merah dimasukkan sotong, ayam, udang, tomato, cendawan. Rasa sedap tapi ada rasa hangit sedikit. Mungkin bulan puasa kot.

Nie dia siakap sweet and sour, ikan dia besar ( dalam gambar nampak kecil ) dan rasa sos dia pun sedap. Sos dimasukkan buah epel dan bawang saja ( yang selalu aku makan sos akan dimasukkan nenas, timun dan bawang).

Sambal belacan....

Untuk pekej ini tak termasuk air. Kami order air sirap bandung satu jug berharga RM 9.00 dan tambahan nasi tambah sepinggan. Keseluruhan harga dia RM 66.00.

Keseluruhan memang berbaloi makan kat sini. Nanti aku kena pi rasa western food pulak. Suasana dalam kedai memang selesa dan menarik ala-ala rumah kayu pun ada, ala-ala cow-boy pun ada.


Kepada yang nak membuat tempahan sila hubungi En. Abd Karim Tajudin : 109-4111564.
Lokasi di Pusat Bandar Bertam Perdana, bersebelahan dengan 7-eleven. Sila lihat peta dibawah ( klik imej untuk paparan lebih besar ).


Update:
1 Nov 2014 : Untuk makluman cafe nie telah lama dah di tukar nama ke Aida Cafe. Pengunjung boleh tahan ramai waktu malam.


Nasi Sila Lahar Kepar

Ini ntah kali keberapa kami pi makan kat Nasi Sila Lahar Kepar (orang utara sebut Lahaq Kepaq ) semanjak di buka kedai yang baru. Sebelum ini Nasi Sila ini beropersi berhampiran ini juga. Tapi aku tak pernah pi makan kat situ sebab terlampau padat. Manusia terlampau ramai dan cara mengambil pesanan yang kelam kabut. Kena barasak-asak baru dapat makan. Kedai lama tutup dan dibuka kedai baru yang lebih selesa dan teratur. Mulai ada kedai baru ni lah yang aku mula pi makan kat situ.

Dari cerita orang, kedai ini mendapat nama sebab cara makan di kedai ini waktu itu secara bersila ( tak guna kerusi ). Oleh kerana untuk mengekalkan nostalgia datangnya nama sila ini, kedai yang dibina di buat satu ruang khas yang dilapik tikar untuk pengunjung makan secara bersila.

Kedai ini dibuka malam sahaja dan yang menariknya menyediakan masakan kampung. Menu yang menjadi tarikan ialah Ayam goreng yang dimasak panas-panas ( gaya terkini, kebanyakan kedai masa ini mesti buat ayam goreng panas) dan gulai / kari ikan. Menu lain sotong sambal, daging masak hitam, kerabu perut, bawal goreng panas, sambal belacan / kicap, ulam-ulaman dan berbagai lagi masakan. Yang aku suka ialah ayam goreng dan kari dia walau bagi aku keseluruhan OK sahaja, tak ada yang excelent. Tapi yang menarik ialah lauk yang disediakan semua lauk baru dan panas-panas lagi sebab baru dimasak. Bukan macam kedai mamak yang buka 24 jam, lauk entah bila punya yang dihidangkan.

Disamping itu juga ada disediakan menu sampingan yang boleh di pesan seperti berbagai nasi goreng dan masakan western.

Yang menarik juga kedai ini dapat menarik berbagai bangsa menjamu selera. Masa aku berada di sini ada dua ke tiga keluarga atau kumpulan berbagsa Cina menjamu selera.


Ketika ini kat Kepala Batas waktu malam kebanyakan kedai mamak dan kedai tomyam sahaja yang beroperasi. Kalau dah bosan dengan kedai mamak dan kedai tomyam dan nak mencuba masakan kampung, rasa aku inilah kedainya. Kedai ini beroperasi jam 8 malam setiap hari kecuali hari Sabtu.

Lokasi sila lihat peta dari Google Map dibawah.


View Nasi Sila Lahar Kepar in a larger map

Jika Pandu PROTON Perdana...

Jika ada orang yang pandu kereta PROTON Perdana lintas depan aku, pasti terfikir:


1- Itu kereta kerajaan ( terutama warna hitam).

2- Pemandunya merupakan pengarah atau orang kuat dalam sektor kerajaan.

3- Ahli politik yang cuba menerapkan cinta Barang Buatan Malaysia ( walau kat rumah dia semua kereta import)

4- Jika pemandunya memakai uniform terutama warna putih mesti dia driver.

5- Jika kereta Perdana baru mesti pemiliknya sedang menjalankan kempen beli barangan Malaysia atau minat kepada bentuknya yang tak banyak berubah dari dulu lagi. Walau dengan harga yang sama dia boleh beli kereta import (cc kurang sikit tapi bank interest rendah).

6- Bila kereta Proton Perdana ni nak dibuat pembaharuan ? Jika lihat Honda Accord dah berbagai perubahan dilakukan dari segi injin, bentuk, alatan teknologi dan sebagainya. Bentuk tak banyak berubah dari 1995 lagi. Kira urban lagend.

p/s: saja-saja nak tulis juga

Terapan Pertama

Nie dia anak aku Ahmad Firas membuat terapan. Gambar ini merupakan kali kedua dia menerap selang beberapa minit setelah membuat terapan pertama. Yang pertama dia menerap tak sempat mabil gambar. Yang kedua isteri aku ambil gambar.

Restoran Bafana Roaster's

Hari ini jalan jem masa balik dari kerja, sampai bertam pun dah lambat. Mak cik yang aku selalu dok beli lauk pun lauk dah nak habis. Jadi makan luar la malam ni. Restoran Bafana Roasters jadi tumpuan. Restoran ini baru saja dibuka. Sebelum ini aku rasa dah dua tuan buka kedai kat situ, tapi tak bertahan lama. Kali ini restoran ini pula dibuka. Malam-malam tempat ni memang meriah. Nampak dari jauh ayam panggang dia.


Masa aku sampai orang tak berapa ramai lagi. Kami tanya pelayan makanan istimewa kat situ. Diberitahu makanan Sarawak. Seperti ayam panggang Sarawak dan berbagai lagi lah. Yang paling istimewa sup ayam dinamakan ayam pansuh. Dicerita ayam pansuh ini di masak di dalam buluh seperti lemang. Aku lihat menu harga dia RM 20.00. Tetapi masa aku pi tu dah habis. Dia kata nak makan ayam tu kena datang awal, sebab dimasak tak banyak lebih kurang 3 batang sahaja sehari. Penat la kalau nak berebut 3 batang saja. Nie mesti kena booking sehari sebelum pi sana. Nak memasaknya pun lama.


Aku pesan nasi ayam, nasi goreng ayam panggang, tomyam dan maggi goreng. Masakan yang dipesan datang cepat dan layanan memang baik.



Rasa nasi ayam macam biasa saja. Nasi goreng ayam panggang, ayam dan nasi goreng sedap.

Dihadapan kedai ini ada satu stall yang diguna untuk memanggang ayam. Kira ia menjadi daya penarik ke kedai ini. Brader yang memanggang ayam kata, ayam tu terpaksa dipanggang selama 2 jam sebelum betul-betul masak dan tak boleh lalai nanti hangit.

Suasana kedai pun selesa walau cuma ada sebuah TV buruk kat dalam kedai tu. Nanti kena datang sekali lagi ni, nak rasa ayam pansuh.

Restoran ini dibuka dari pagi hingga malam, dari 6.30 pg hingga 12 tgh malam. Waktu pagi disediakan makan pagi seperti yang biasa seperti nasi lemak, mee dan sebagainya. Waktu malam ada goreng-goreng, masakan Thai dan yang istimewa masakan Sarawak.

Lokasi berhampiran Asiatica Organic House atau Bank Rakyat.



Update:

17/3/2014: Restoran Bafana telah ceria kembali dengan menu terbaru. Dibuka dari pagi sampai petang. Sarapan pagi, disediakan nasi lemak, moi, nasi dagang, roti canai dan macam-macam lauk disediakan. Makan tengahari pun macam-macam jenis lauk penuh meja disediakan. Aku dah pi sarapan kat situ, tak sia-sialah, banyak pilihan.

Update :
15/6/2012 : Restoran ini tak seceria seperti aku tulis kat atas dah. Sekarang Dibuka untuk makan pagi dan tengahari sahaja.

Update:
12/8/2010 Dari Utusan Online