Masa aku sampai orang tak berapa ramai lagi. Kami tanya pelayan makanan istimewa kat situ. Diberitahu makanan Sarawak. Seperti ayam panggang Sarawak dan berbagai lagi lah. Yang paling istimewa sup ayam dinamakan ayam pansuh. Dicerita ayam pansuh ini di masak di dalam buluh seperti lemang. Aku lihat menu harga dia RM 20.00. Tetapi masa aku pi tu dah habis. Dia kata nak makan ayam tu kena datang awal, sebab dimasak tak banyak lebih kurang 3 batang sahaja sehari. Penat la kalau nak berebut 3 batang saja. Nie mesti kena booking sehari sebelum pi sana. Nak memasaknya pun lama.
Aku pesan nasi ayam, nasi goreng ayam panggang, tomyam dan maggi goreng. Masakan yang dipesan datang cepat dan layanan memang baik.
Rasa nasi ayam macam biasa saja. Nasi goreng ayam panggang, ayam dan nasi goreng sedap.
Dihadapan kedai ini ada satu stall yang diguna untuk memanggang ayam. Kira ia menjadi daya penarik ke kedai ini. Brader yang memanggang ayam kata, ayam tu terpaksa dipanggang selama 2 jam sebelum betul-betul masak dan tak boleh lalai nanti hangit.
Suasana kedai pun selesa walau cuma ada sebuah TV buruk kat dalam kedai tu. Nanti kena datang sekali lagi ni, nak rasa ayam pansuh.
Restoran ini dibuka dari pagi hingga malam, dari 6.30 pg hingga 12 tgh malam. Waktu pagi disediakan makan pagi seperti yang biasa seperti nasi lemak, mee dan sebagainya. Waktu malam ada goreng-goreng, masakan Thai dan yang istimewa masakan Sarawak.
Lokasi berhampiran Asiatica Organic House atau Bank Rakyat.
Update:
17/3/2014: Restoran Bafana telah ceria kembali dengan menu terbaru. Dibuka dari pagi sampai petang. Sarapan pagi, disediakan nasi lemak, moi, nasi dagang, roti canai dan macam-macam lauk disediakan. Makan tengahari pun macam-macam jenis lauk penuh meja disediakan. Aku dah pi sarapan kat situ, tak sia-sialah, banyak pilihan.
Update :
15/6/2012 : Restoran ini tak seceria seperti aku tulis kat atas dah. Sekarang Dibuka untuk makan pagi dan tengahari sahaja.
Update:
No comments:
Post a Comment