Radix Fried Chicken, RFC Sungai Petani


Hari ini aku buat lawatan sambil makan ke RFC, Radix Fried Chicken. Ini lawatan aku yang ke berapa entah. Aku rasa inilah produk kedai makan ayam yang boleh dibaggakan dan berjaya dan yang penting sekali ia produk bumiputra dan dijamin halal. Yang lain tu bukan tak halal tetapi jika ada pilihan kita cari yang terbaik dan yang penting biarlah jenama kita sendiri. Walau produk sendiri tetapi masih mengagungkan bangsa lain buat apa kan..kan..kann.....

Kunjungan kali ini pelanggan ramai, isteri aku kena menempek tepi meja sesiapa yang nak abis makan dah. Dibanding masa baru buka, orang lagi ramai siap ada rombongan kak Kiah lagi. Servis charge juga dah dikenakan mungkin pendapatan telah melebihi kuoto yang menyebabkan mereka mengenakan cukai.

Setiap kali aku ke RFC ni mesti bila order ayam herba kena tunggu. Tak pasti kenapa, mungkin periuk tak cukup atau ayam nie bila nak goreng kena procedure tertentu. Harap dapat dipertingkatkan dan ayam herba rasa masin sikit (bagi lidah aku la) dan diharap dikurangkan sikit ( kesihatan dalam dan luaran mesti jaga ). Koslow ( betul ka ejaan aku....yang kubis cincang) kali ni kira OK dari dulu, masa dulu aku pi koslow nie dia punya cincang tak cantik. Kebersihan OK dari dulu mungkin masa dulu pelanggan terlampau ramai disebabkan baru buka. RFC ini juga menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak, ibu bapa tak perlu risau pasti dapat makan dengan khusyuk sebab anak-anak tak kacau, semua pi main.

Kebanyakan makanan dan minuman disediakan keluaran Radix, mai secawan ada, mai sepinggan ada, mai sebucket ada dan mai nak bawak balik pun ada ( meja dah penuh).




Lokasi:
Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height,
Sungai Petani,Kedah Darul Aman
Sebelah Maybank Legenda Height)
No. Tel: 04-4254717(Restoran)




Nasi Lemak Royale



Nasi Lemak Royale sangat femous di Alor setar, dengar cerita ada 3 cawangan di sekitar Alor setar, tapi aku hanya tahu 1 cawangan sahaja. di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di panggil Nasi Lemak Royale Hijau kuning. Ini lawatan sambil makan aku yang kedua. Pertama kali aku datang adik aku bawa, dia belanja, siap guna GPS untuk tahu lokasi.


Hari ni aku datang bungkus saja, bawa balik makan dengan orang tua aku. Nasi lemak yang ditulis tu, rasa aku bukan nasi lemak macam kita makan pagi-pagi tu warna putih, tapi warna kuning, mungkin nasi lemak dari india kot, hantam saja la labuuu.



Lauk-lauk dia style mamak dan tak berapa banyak pilihan tapi ok la, ada ayam goreng/madu, limpa, sotong, telur rebus dll. Yang paling special aku rasa ialah kuah campur dia. Campur ada mathematik punya, bukan macam kedai mamak/bangla Penang yang campur taram ikut suka mak bapak dia ja. Rasa kuah campur tu ada pedas, manis, susah la nak cerita nanti pergi rasa sendiri.


Harga boleh tahan laaa. tapi aku konpius masa adik aku belanja murah ja, nasi 8 piring (piring ja....sebab pinggan kecil), ayam 3ketul, sotong sepiring(banyak), telur 5 biji, kuah campur baru RM 38.....tapi aku beli bungkus, ayam 2 ketul, sotong, kuah campur dah RM19, rasa hari tu dia kira silap kot.

Ramai orang makan, semua bangsa ada, siap beratur nak ambil order. Tapi yang tak best, gerai dekat dengan longkang, busuk dan sumbat pulak tu, tapi kerana sedap dah tak bau dah longkang tu.

Lokasinya dari pekan Alor Setar kearah Tandop menggunakan Lebuhraya Sultan Abdul Halim terus sehingga jumpa stesen minyak BHP disebelah kiri, gerai selepas stesen minyak tu. Akan nampak sign board Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Parking la tepi jalan atau ada sedikit tempat parking disebelah gerai tu. Gerai dibuka petang ke malam sahaja, jam berapa aku tak pasti.

Nak mudah lihat saja google map kat bawah.

View Nasi Lemak Royale in a larger map

Taman Jubli Perak, Alor Setar


Pagi-pagi kalau balik kampung dan tak ada apa-apa nak buat aku bawa anak-anak ketaman ini. Emak dia kena dera la kat rumah masak membantu mak mertua masak.


Nak bagi bebudak ni happy sikit bila balik kampung, sekurang-kurangnya ada benda menarik yang ada kat kampung. Tak la asyik jalan-jalan ke shoping complex ja.






Taman Jubli Perak yang baru aku pi nie dah di upgrade. Trak jalan kaki dah cantik. Dulu masa aku datang semak dan sistem perparitan tak elok jadi air bertakung. Ketika aku pi ni air tak ada mungkin musim kemarau kot.




Di Kedah ada dua Taman Jubli Perak, iaitu di Sungai Petani dikenali sebagai Taman Jubli Perak Sungai Petani dan yang aku pi ini dikenali sebagai Taman Jubli Perak atau Taman Rimba Jubli Perak terletak di Alor Setar



Kemudahan yang ada seperti trak, alat mainan kanak-kanak, alat bersenam, tempat jalan refleksologi, tempat makan dan yang penting sekali redup dengan kehijauan pokon.
Lokasi keluar tol Alor Setar Utara, jalan terus (Jalan Sultanah ) sehingga jumpa jalan keretapi selepas itu Masjid Sultanah Bahiyah disebelah kiri dan lebih kurang 200m akan jumpa simpang ke kanan ( Jalan Menteri ), masuk terus saja sampai simpang tiga belok kiri, disebelah kiri anda Taman Jubli Perak.

Nasi Lemak Cinta Sayang

Hari ini aku dan famili keluar dari rumah awal sikit untuk balik ke kampung. Kebiasaan jika balik kampung kami akan singgah untuk makan pagi di gerai Nasi Lemak Cinta Sayang di Sungai Petani.


Lokasinya jika keluar dari tol Sungai Petani Utara anda belok ke kiri menghala ke Pekan Sungai Petani (Jalan Badlishah) , anda akan dapat melihat TESCO hypermarket di sebelah kanan, anda akan melewati beberapa simpang dan lampu isyarat (abaikan), terus lagi sehingga anda bertemu disebelah kiri Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) dan selepas itu Institut Kemahiran MARA Sungai Petani (IKM) dan akan bertemu lampu isyarat dan belok kiri (Jalan Kelab Cinta Sayang).
Teruskan perjalanan anda tanpa pedulikan beberapa simpang dan lampu Isyarat lebih kurang dalam 3 Km anda akan bertemu pintu masuk Cinta Sayang Golg & Country Resort disebelah kiri (masuk jika anda berhajat nak main golf atau lepak kat situ), teruskan lagi dalam 200m anda akan nampak gerai disebelah kanan, dahhh sampai. apa lagi pi makan laaa. Jika anda terlajak anda akan bertemu dengan The Carnival (water park - masuk juga jika nada berhajat nak mandi kat situ).




Menu yang selalu aku pilih nasi lemak la, dah itu tajuk utama sign board kedai ni. Disamping nasi lemak dengan berbagai lauk, ada juga bihun, kuih-muih dan roti canai.


Masa kami sampai terjumpa bos lama, En Suharni, masa kerja dibawah dia di Imbasan Intelek S/B. Sekarang dia buka kompeni baru pula.










Aku mula-mula mengenali garai ni waktu aku mengajar di IKM-SP. Masa tu kedai ni kecil ja tapi manusia datang makan ramai, memang sedap. Dulu lauk-pauk akan dicedok oleh makcik-makcik kerja kat sini tapi sekarang cedok sendiri (kecuali nasi). Harga yang dikenakan pun berpatutan berbanding yang di sesediakan di Cinta Sayang Golf & Country Resort. Memang berbaloi.




Update:

3/10/2011 : Isnin lepas, kami ke gerai nasi lemak ini tetapi dah malang sekali tutup. Tutup setutupnya sebab tak ada lagi gerai tu waima lantainya sekali. Sebelum nie dok jalan-jalan kat Sungai Petani ada lihat sebuah Restoran Nasi lemak Cinta Sayang di Lagenda Heights, Sungai Petani tapi tak pernah masuk pun. Bersebelahan Nasi Kandar Nasmir. Olek kerana nak makan juga Nasi Lemak Cinta Sayang juga, kami ke restoran tu, tapi malang sekali tutup juga. Tak pasti tutup sebab apa, mungkin hari Isnin kot. Tak ada rezeki, nanti aku pi lain kali lah.

30/10/2011 :  Kami dah berkunjung ke Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di Lagenda Heights Sungai Petani. Tuan punya kedai kata Nasi Lemak cinta Sayang yang berada berhampiran Cinta Sayang Golf Resort berpindah ke rumah teres berdekatan.

Gelagat Kanak-kanak di Kantin SKPK

Walau kantin sementara dengan segala kekurangan, tetapi dari riak wajah mereka tidak ada yang kurang, hanya keceriaan menjamu selera bersama rakan.