Restoran Hameediyah


Hari ni aku ke Penang bawak famili jalan-jalan, dan sambut hari jadi anak aku Siti Sarah (dah lepas dah tapi baru nak celebrate). Walau aku kerja di Penang (pulau) jalan-jalan disini bukan aku biasa sangat. Panduan aku hanya KOMTAR, bangunan tertinggi di sini, kira tak berapa sesat. Jika sesat cari la menara KOMTAR tu.

Makan tengahari kat restoran terkenal di Penang, Restaurant Hameediyah di Jalan Campbell, yang ini bukan untuk anak aku tapi lebih kepada aku dan isteri aku. Buat macam mana ketagih. Ini bukan hadiah harijadinya tapi dah on the way nak pi tengok wayang Cicak Man jadi kami singgah ke restauran ni.

Parking disini amat sukar terutama waktu puncak, jadi kalau masuk ke jalan Campbell ni, drive slow-slow mungkin kalau nasib baik ada kosong atau kereta yang keluar dari parking.

Rastoran ni ada 2 tingkat, tingkat bawah ditempatkan nasi kandar dengan segala macam lauk, tempat buat murtabak/roti canai dan juga tempat makan. Ruang atas tempat makan sahaja berhawa dingin. Kalau naik tangga ke ruang atas pastikan berhati-hati sebab tangga licin dan sempit.

Makanan disini memang sedap, masakan mamak original mamak bukan air tangan Bangla atau Nepal. Masih mengekalkan kualiti citarasa turun-temurun. Sedap tak sedap nasi dan aluk yang sampai aku tak sempat ambil gambar, aku pulun dulu.


Aku makan tingkat atas, mamak nasi kandar ini bawa naik makanan/minuman keatas menggunakan kren ( pusing guna tanggan). Begitu juga pnggan/gelas kotor mereka menggunakan kren ni untuk bawa turun. Servis mereka pantas tetapi kadang-kadang mamak ni buat tak pandang kita ja waktu minta nasi/lauk, kena sabarr.


Alamat : Hameediyah Restaurant, No 184A Campbell Street, Penang

No comments:

Post a Comment