Taman Merdeka, Alor Setar

Selain dari Taman Rimba Jubli Perak, aku selalu bawa anak aku ke Taman Merdeka. Taman ini kecil sahaja tetapi bersih. Yang meneriknya taman ini dia ada tasik yang ditumbuhi kiambang.

Taman ini hanya ada trek sekeliling tasik, taman mainan kanak-kanak (anak aku dok main tuu), Tandas awam bersebelahan taman mainan kanak-kanak dan kerusi-kerusi sekitar taman dan yang penting suasana nyaman ditutupi pokok-pokok besar yang rendang.


Orang yang datang waktu pagi tidak ramai. Kemungkinan waktu petang ramai, disebabkan gerai menjual makanan di sebelah tasik hanya beroperasi sebelah petang.


Kalau datang waktu petang aku suka makan mee kuah ketam ( lama dah aku tak makan mee ni, nanti kena pi- mabeles )

Lokasi taman ini ialah bersebelahan Stadium Darul Aman, temapat pasukan hijau kuning menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak la.

No comments:

Post a Comment