Milla Hana Pulut Kedah

Sekali lagi selapas kenduri rakan sejabatan di Kuala Muda. Masa balik singgah dulu tempat yang pernah di tularkan. Sebelum sampai kena janji dengan anak-anak, kita singgah untuk makan ringan-ringan saja. Mana tahu di mintanya benda pelik-pelik. Mana tahu kan, tak pernah sampai lagi kesitu. Lagi pun baru lepas makan kenduri.
Milla Hana Pulut Kedah, Tikam Batu

Dari Kuala Muda, sebelum sampai simpang tiga Tikam Batu (yang ada Balai Polis) kami belok ke kiri, kearah Market Tikam Batu (Pasar Awam Tikam Batu dalam bahasa bakunya). Dalam 200 meter disebelah kanan jalan dah ternampak Milla Hana Pulut Kedah terpampang besar. Paking saja kereta di kiri kanan jalan disitu.
Hadapan kedai terpampang buah durian dan mempelam.

Dikedai ini, pelanggan boleh memilih duduk di dalam bahagian berhawa dingin atau pun di luar berteman kipas angin. Kami pilih duduk diluar sahaja. Duduk sebentar pelayan pun datang. Disini semua makanan berasakan durian dan mempelam sahaja dan beberapa jenis minuman. Ada pulut durian, pulut sekaya, bubur durian, serabai durian, cendol durian, pulut mempelam.
Menu yang simpel sahaja disini berasaskan durian dan mempelam.

Kami oder pulut durian, cendol durian dan cendol biasa (untuk Mohd Ammar yang tak boleh bau durian πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…). Malang sedikit Durian yang ada nama D24 sudah habis. Yang ada cuma durian kampung. Oklah, durian kampung pun sedap kalau kena dengan pokoknya.

Disini, sesekali bau ikan dari market menerjah ke hidung, siapa suruh duduk kat luar. Tak berapa lama apa yang dipesan pun sampai. Haaa layan gambar kat bawah.
Ini dia Pulut Durian. Bagi citarasa aku pulut lembut (rasanya ditanak dengan santan) ditambah dengan krim manis bersama santan yang lemak-lemak masin menaikkan rasa pulut, memang sedap. Durian diletakkan dua ulas. Dari dua ulas itu hanya satu sahaja yang sadap (manis, pahit dan isi kenyal) yang seulas lagi tak berapa sedap, isi lembik dan tawar, entahlah aku nak cakap pun tak tahu. Diletakkan juga seteko santan, bolehlah tambah.
Cendol durian. Cendol sedap tetapi durian yang diletakkan tak  berapa menjadi.

Swafoto dulu baru makan 😩😩😩
Dalam usaha makan pulut durian dengan camca dan garfu.
Orang yang kecewa berada di kedai ini. Tak boleh bau durian. Makan lah Cendol biasa saja, tak ada durian πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Pulut Mempelam kalau tak silap dah habis.

Aiskrim durian. Yang ini memang sedap. Kalau datang kena cuba yang ini.

Dah semua yang dipesan sampai apa lagi, balunnnn.
Keleluruhan makan di sini bagi aku biasa-biasa sahaja. Mengikut citarasa lidah aku, pulut bersama krim dan santan memang sedap tetapi durian tak berapa menjadi. Walau tak ada durian yang berjenama, kalau boleh pilihlah durian kampung yang sedap. Durian kampung pun ada yang cemerlang, kalau tak sedap masakan durian kampung pun dah dijual timbang kilo. Tempat makan pula memang selesa dan bersih tetapi jika duduk di ruang terbuka akan terhidulah bau dari market.
Cendol dalam pembuatan.

Kepada yang mengidam pulut durian atau pulut mempelam boleh mai sini. Dibawah aku letakkan sedikit maklumat:

Alamat:
Milla Hana Pulut Kedah
Berhadapan Pasar Awam Tikam Batu
Sungai Petani

Waktu Buka:
Selasa hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
Tutup pada hari Isnin.

GPS:
5°35'17.6"N 100°26'22.4"E
5.588234, 100.439551

Lokasi dari Google Map:


Kuliah Ilmu Februari 2018

Jom tambah ilmu. Kuliah bulan Februari Januari 2018 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:



Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Bihun Sup Along Sg Petani

Satu lagi tempat makan yang di viral di Kedah. Kali ini di Sungai Petani lebih tepat lagi di Tikam Batu. Dah berapa kali dok sebut tempat nie tapi tak sampai-sampai. Hari ini lepas ke kenduri dan jalan balik akan melintas berdekatan kedai ini. Walau perut sudah kenyang tapi nafsu makan masih ada. Cuma nak rasa saja, maklumlah ramai yang kata sedap.
Bihun Sup Along Tikam Batu

Singgahah kami di Bihun Sup Along dihadapan Stesyen Minyak Caltex (dulu Petronas). Kami sampai dah petang dalam pukul 4 lebih. Masa kami sampai orang tak berapa ramai. Oleh kerana perut masih kenyang kami oder biasa-biasa saja. Nie dia apa yang di pesan.
Bihun sup  yang meriah dengan daging, perut dan lemak.Memang terbailk

Tuuu dia, sirap bandung dan teh ais yang meleleh.

Bihun sup disini memang sedap. Sup dagingnya memang sedap ditambah dengan dagingnya yang lembut ditambah dengan lemak (lemak lembik-lembik nie aku suka😁😁) dan juga perut. Kalau nak jaga badan jangan datang sini. Tapi aku tak berapa suka dengan sambalnya. Bukan tak sedap tapi aku lebih suka cabai melaka potong taruh kicap dengan asam limau.
Alhamdulillah jemput makan.

Kalau kereta terhentak lebih sikit tadi mungkin boleh oder bihun sup gear box. Dok tengok meja sebelah yang oder sup gear box, boleh tahan besar juga, boleh makan 3 orang.
Sebelum balik snap sekeping stok gear box yang ada kat situ.


Kepada yang nak pekena bihun sup yang power kat belah utara nie boleh datang ke Along Bihun Sup. Kat bawah aku beri sedikit maklumat.

Alamat:
Hadapan Stesyen Minyak Caltex Tikam Batu Sg Petani.

No Telefon
014-253 2800

Waktu dibuka:
Hari Rabu hingga Isnin jam 10.30 pagi hingga 8.30 malam dan tutup hari Selasa.

GPS:
5°35'05.3"N 100°26'25.3"E
5.584813, 100.440357

Lokasi dari Googel Map.


Koey Teow Kerang Iman, Alor Setar

Cerita lama tapi nak cerita juga kat sini. Kali ini jalan-jalan cari makan di Alor Setar. Bukan jalan-jalan tapi cari bahan nak bawa balik ke rumah bapak. Dah lewat petang, lalu di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Lintas di hadapan sederet kedai, lihat orang boleh tahan banyak ditambah dengan meja kerusi yang disusun memanjang di parking lot hadapan kedai. Mengikut ilmu yang aku ada jika kerusi meja pun banyak dan ditambah orang pun ramai maka sedaplah tempat itu.
Iman Koeyteow Kerang

Singgahlah kami disini, Iman Koeyteow Kerang. Ada meja didalam kedai, tapi tak menarik. Diluar lagi meriah berpuluh meja disusun sepanjang tepi jalan hadapan kedai. Tapi kena berhati-hati sebab nanti dalam makanan ada sayur-sayuran atau juga tahi burung singgah sebab disini tidak berbumbung hanya berbumbungkan rendang pokok pukul lima sahaja.


Kami pilih meja di luar baru syok.


Menu disini banyak juga pilihan seperti laksa, nasi ayam, nasi lemak bugkus, satey, makanan barat dan sebagainya. Tapi kalau dah papan tanda dengan terang-terang tampa selindung dan sebesar alam diletakkan Koey Teow Kerang takkan nak pilih yang lain pula. Kami pilih dua pinggan koay teow kerang telur. Yang membezakan pilihan aku dan isteri ialah aku nak telur mata yang matanya pejam hahahaaa. Aku tak boleh makan telur mata yang ada lembik-lembik tak masak tu.

Semakin petang semakin ramai orang yang datang. Pelayan pun sebok mengambil dan menghantar pesanan. Koey teow disini digoreng di sebuah gerai kecil ditepi jalan di hadapan kedai. Tukang masak ada 3 orang kalau tak silap dan pelayan pula boleh tahan ramai.
Gerai kecil untuk goreng koey teow 

Melihat orang yang ramai ingat pesanan kami lambat sampai. Tapi meleset. Sekejap sahaja koew teow kerang yang di pesan sampai. Nie dia layan gambar dibawah.
Ini aku punya koey teow kerang telur. Telur masak penuh aku letak sebelah nak tengok apa ada dalam koey teow. Koey Teow digoreng tak berapa kering dan didalamnya ada banyak juga kerang dan taugeh.

Ini isteri aku punya. Tapi telur mata dah pecah.

Dah sampai apa lagi, balun. Alhamdulillah memang sedap. Koey teow digoreng tak berapa kering tetapi bukan basah macam Char Koay Teow, kerang pun banyak. Taugeh yang dimasukkan terasa kesegarannya sebab rapuh lagi. Jadi orang ramai makan koey teow disini bukan gimik, tapi memang sedap. Nak cerita koey teow ni sedap macam mana aku tak tahu tetapi dari tekak aku memang sedap dan kena dengan selera.
Menu koew teow yang ada Iman Koeyteow Kerang.

Koey teow kerang disini disini ada beberapa pilihan seperti biasa, telor, udang super. Jadi pilihlah  yang mana berkenan di hati. Kepada yang hendak datang dimawah aku letakkan sedikit info.

Alamat:
Iman Koeyteow Kerang
Taman Pandan
Jalan Sultanah Bahiyah
Alor Setar

No telefon:
017-405 4241

Masa buka: Dibuka setiap hari tapi kena lihat kat bawah.
Isnin hingga Khamis : 8.30 pagi hingga 1 pagi
Jumaat : 6.30 petang hingga 1 pagi
Sabtu dan Ahad : 11 pagi hingga 1 pagi

GPS
6°08'36.9"N 100°21'53.0"E

6.143569, 100.364716
Lokasi dari google map:

p/s: Ejaan Koey Teow, Kuay Teow atau Koay Teow adalah salam. Ejaan yang betul dari DBP ialah kuetiau. Eja sekali lagi KUETIAU.

Kuliah Ilmu Januari 2018

Dah masuk tahun baru. Tak kisahlah Masihi ka atau tahun Hijrah. Jom tambah ilmu. Kuliah bulan Januari 2018 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas
Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:

Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Lebuh Union, Penang

Menyusuri Lebuh Union terasa seolah kembali ke zaman silam, di kelilingi dengan bangunan lama ala kolonial. Sebuah lorong sehala sempit yang terletaknya beberapa bank yang besar seperti Standard Charterd dan Maybank. Kereta-kereta yang lalu pun bergerak perlahan disebabkan lorong yang sempit dan juga ramai orang yang lalu lalang dan juga kenderaan yang parking di bahu jalan.

Perjalanan di lorong ini sebagai mengisi perut ketika menunggu proses membuat pasport di Jabatan Imigrasen berdekatan. Pagi, belum makan apa-apa lagi. Terasa nak sesuatu yang berat. Aku menyusuri Lebuh Union. Terjumpa sederet gerai tepi jalan. Ada tiga gerai, Kareem Pasembor Rojak, Mansoor Halia Cafe menjual roti bakar dan air dan gerai burger.

Parking awam dikawasan ini memang sukar dapat terutama yang berkereta. Jadi kalau nak mudah naik motorsikal atau parking sahaja di parking persendirian atau pun parking jauh sikit.

Perjalanan diteruskan sehinga ke hujung, di persimpanagn antara Lebuh Union dan Penang Street. Ada sebuah restoran nasi kandar dibawah Hotel Merlin. Dengar kata antara nasi kandar terfemes di Penang.
Nasi Kandar Merlin
Restoran nasi kandar ini tak ada papan tanda dan penduduk setempat memberi nama Nasi Kandar Merlin bersempena ia berada dibawah Hotel Merlin. Jadi pagi-pagi pekena nasi kandar dulu. Pertama kita usha menu apa yang ada. Nah tengok kat bawah.
Antara hidangan yang ada, kari ikan, ayam, telur dan sebagainya.

Yang femes disini, kari kepala ikan.


Menu yang ada tak banyak pilihan. Disini terkenal dengan Kari Kepala Ikan. Tapi aku sorang-sorang mana habis seketul lagi pun aku tak minat kepala ikan. Selain itu ada juga kari, sambal ikan, ayam, daging, sotong dan beberapa menu lain. Aku ambil ayam goreng dan bendi dan kuah campur. Ayam goreng besar - potong empat rasanya.
Yang aku pilih, ayam, bendi, kuah campur. Harga RM7

Masalah betullah nasi kandar sekarang ini, suka bagi pinggan kecil. Bagi aku ini bukan pinggan tapi piring. Susah nak gui.. tau dak apa tu gui? Gui tu gaul atau kau buatlah macam mana supaya nasi dan kuah campur sekata. Bila makan perghhh... memang sedap. Nasi kandar ini setaraf dengan Deen Maju dan juga Shariff Nasi Kandar.
Suasana kedai yang tenang dan bersih.

Kuah campurnya memang sedap dan terasa segala rempahnya (tak seperti nasi kandar yang berderet-deret cawangan). Harga pula bagi aku tak berapa mahal sebab ayam yang diberi besar, potong empat. Kebersihan restoran ini dari mata aku memang bersih.

Kepada yang nak merasai nasi kandar ini, dibawah aku letakkan maklumat:

Nasi Kandar Merlin
(Bawah Hotel Merlin)
1A, Penang Street,
Pulau Pinang

Telefon:
04-264 2826

Waktu buka:
Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad
8 pagi hingga 3 petang

GPS:
5°25'10.2"N 100°20'30.3"E
5.419494, 100.341740
Lokasi dari Google Map:

Buat pasport disini boleh kata lama juga. Dari giliran ambil gambar sehingga siap memakan masa. Jadi selepas separuh siap aku sekali lagi ke Lebuh Union. Pagi tadi aku lihat ada sebuah gerai pasembur. Hati meronta nak merasa pasembor Penang. Nampak longgokan cucur udang dia macam rapuh. Maklumlah bukan senang dapat cucur yang rapuh dan sedap. Jadi kali ini aku target pasembor pula.

Kareem Pasembor Rojak

Disamping cucur udang terdapat juga berbagai bahan lain seperti telur rebus, tauhu, fish kek, bebola ikan, hot dog, ubi dan sebagainya. Apa lagi, pilih beberapa bahan untuk pasembor termasuk cucuq udang rapuh. Selepas pilih, lihat dia potong satu persatu bahan yang dipilih dan terdengar kruk.. kruk.. kruk... bila dipotong cucur udang. Terbukti kerapuhannya.
Antara bahan yang ada. Aku paling suka cucur udang rapuh.


Taraaaaa dah siap.

Selepas di semua bahan potong diletakkan atas pinggan dan di tabur atasnya dengan timun dan sengkuang dan dicurah kuah pekat. Haaaa dah siap.

Aku pilih duduk di hujung sebuah meja panjang menghadap kejalan. Dapatlah melihat orang yang lalu lalang disekitar. Disini terlihat bertapa berbagai bangsa yang datang makan dan juga sekadar melintasi menuju pusat perbankan yang ada disitu. Boleh kata semua bangsa datang menjamu selera dan berbual. Tiada rasa ada perkauman disini.
Ada berbilang  bangsa makan disini.

Sambil melihat dipersekitaran gerai sambil menyuap pasembor ke mulut. Tak sedar dah habis sepinggan. Komen aku, pasembur disini memang sedap. Kuah manis-manis pedas dan cucuq udang pun rapuh (rapuh bukan keras) dan sedap dan tak berminyak. Bagi aku Pasembor di sini lagi sedap dari di Padang Kota.
Bila ambil bahan-bahan disini kena pandai-pandai congak hargalah. Mana tau terlebih bajet pula.

Orang Utara sebut pasembor sahaja tapi kalau belah KL di panggil Rojak Pasembor. Jadi kepada yang hendak datang sambil makan pasembur penang, memang aku cadangkan disini. Dibawah sedikit maklumat gerai ini:

Kareem Pasembor Rojak
(Berhadapan dengan Maybank)
Lebuh Union

Waktu buka:
Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad
11 pagi hingga 7 petang.

GPS:
5°25'07.2"N 100°20'34.6"E
5.418677, 100.342936
Lokasi dari Google Map:
Alhamdulillah tengahari sedikit, pasport pun siap. Sedikit maklumat kepada yang hendak membuat pasport, aku nasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan Imegresen di UTC sebab lebih cepat dan masa beroperasi pun panjang. Tak payah menunggu macam aku nie.

Nak Jimat Petrol?

Pada hari Sabtu lepas bersempena 11.11.2017 (nombor cantik kot) ada promosi atau jualan kat internet. Entah sebab apa aku tak semena mena terjebak dengan Lazada. Ketika tarikh itu Lazada buat jualan "Online Revolution". Dalam dok tekan sana tekan sini ternampak promosi Gift Card Petronas. Mula-mula tak berminat tapi dilihat balik macam menarik. Mahu tidaknya dengan harga minyak yang sudah dua minggu asyik naik saja ~ malam ini katanya naik 7sen lagi. Ini peluang nak jimat minyak.
Tawaran Gift Card Petronas. Ini bukan tawaran pada 11/11/2017.

Dalam promosi itu Lazada tawarkan Petronas Gift Card bernilai RM100 dengan harga RM89 sahaja. Siapa nak bagi kurang RM11 suka-suka. Mula-mula tak percaya tapi lihatkan reselernya Lazada sendiri maka cekalkan hati oder sekeping.

Order hari Sabtu, hari Isnin dah sampai kad itu. Bentuk seperti kad kredit. Jadi petang tu balik kerja terus ke Stesyen Minyak Petronas nak cuba kad itu ditambah pula minyak kereta pun dah tinggal dua bar.
Ini dia Gift Card Petronas yang aku dapat.
Masukan saja dalam slot kad kredit diberi dua pilihan sama ada nak isi penuh atau kita tetapkan nilainya. Bila guna kad ini masih lagi dapat kumpul mata Kad Mesra, ikut arahan yang diberi sahaja.

Ketika ini juga Petronas dan Lazada ada buat promosi dimana jika isi minyak RM50 kita dapat satu kupon Lazada. Kupon ini boleh digunakan untuk membeli-belah di laman Lazada dengan potongan 12% sehingga maksimum RM15.
Kupon diskaun Lazada yang diperolehi ketika mengisi minyak di Petronas. Nombor tu tak payah cuba, aku dah guna  hahahaaa.
Ini yang best. Setelah dapat kupon ini sekali lagi dapat buat penjimatan.  Hari Selasa aku masuk laman Lazada, tapi tawaran yang lepas sudah tamat. Tapi Petronas Gift Card ketika ini ditawarkan potongan 5%, RM100 dijual dengan harga RM95 sahaja. 

Aku beli juga tapi dengan dimasukkan kupon tawaran yang aku dapat tadi. Maka dapat lagi potongan menjadikan harga kad menjadi RM83.60. Perghhh.. penjimatan dua kali. Penghantaran juga percuma. Tapi kad yang kedua aku beli tak dapat lagi. Tapi dah terasa penjimatan yang bakal diperolehi.
Dua kali penjimatan setelah guna kupon Lazada. Penghantaran juga percuma.

Kalau tak ada kupon diskaun Lazada boleh saja guna kod-kod promosi yang ditawarkan. Hari ini aku cari di Lazada, tawaran kad Petronas dah tak ada. Tapi ada laman lain yang buat tawaran. Zaman yang hujan sahaja yang turun ini, jadi rajin-rajin senaman jari mencari. Sebelum aku terlupa, Gift Card ini boleh di tambah nilai di Stesyen Minyak Petronas seperti kad debit. Selamat berjaya.