Milla Hana Pulut Kedah, Tikam Batu |
Dari Kuala Muda, sebelum sampai simpang tiga Tikam Batu (yang ada Balai Polis) kami belok ke kiri, kearah Market Tikam Batu (Pasar Awam Tikam Batu dalam bahasa bakunya). Dalam 200 meter disebelah kanan jalan dah ternampak Milla Hana Pulut Kedah terpampang besar. Paking saja kereta di kiri kanan jalan disitu.
Hadapan kedai terpampang buah durian dan mempelam. |
Dikedai ini, pelanggan boleh memilih duduk di dalam bahagian berhawa dingin atau pun di luar berteman kipas angin. Kami pilih duduk diluar sahaja. Duduk sebentar pelayan pun datang. Disini semua makanan berasakan durian dan mempelam sahaja dan beberapa jenis minuman. Ada pulut durian, pulut sekaya, bubur durian, serabai durian, cendol durian, pulut mempelam.
Menu yang simpel sahaja disini berasaskan durian dan mempelam. |
Kami oder pulut durian, cendol durian dan cendol biasa (untuk Mohd Ammar yang tak boleh bau durian 😅😅😅). Malang sedikit Durian yang ada nama D24 sudah habis. Yang ada cuma durian kampung. Oklah, durian kampung pun sedap kalau kena dengan pokoknya.
Disini, sesekali bau ikan dari market menerjah ke hidung, siapa suruh duduk kat luar. Tak berapa lama apa yang dipesan pun sampai. Haaa layan gambar kat bawah.
Cendol durian. Cendol sedap tetapi durian yang diletakkan tak berapa menjadi. |
Swafoto dulu baru makan 😩😩😩 |
Dalam usaha makan pulut durian dengan camca dan garfu. |
Orang yang kecewa berada di kedai ini. Tak boleh bau durian. Makan lah Cendol biasa saja, tak ada durian 😅😅😅. Pulut Mempelam kalau tak silap dah habis. |
Aiskrim durian. Yang ini memang sedap. Kalau datang kena cuba yang ini. |
Dah semua yang dipesan sampai apa lagi, balunnnn.
Keleluruhan makan di sini bagi aku biasa-biasa sahaja. Mengikut citarasa lidah aku, pulut bersama krim dan santan memang sedap tetapi durian tak berapa menjadi. Walau tak ada durian yang berjenama, kalau boleh pilihlah durian kampung yang sedap. Durian kampung pun ada yang cemerlang, kalau tak sedap masakan durian kampung pun dah dijual timbang kilo. Tempat makan pula memang selesa dan bersih tetapi jika duduk di ruang terbuka akan terhidulah bau dari market.
Cendol dalam pembuatan. |
Kepada yang mengidam pulut durian atau pulut mempelam boleh mai sini. Dibawah aku letakkan sedikit maklumat:
Alamat:
Milla Hana Pulut Kedah
Berhadapan Pasar Awam Tikam Batu
Sungai Petani
Waktu Buka:
Selasa hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
Tutup pada hari Isnin.
GPS:
5°35'17.6"N 100°26'22.4"E
5.588234, 100.439551
Lokasi dari Google Map:
No comments:
Post a Comment