Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK

[ 8hb Disember 2012, Sabtu - Pagi ]

Setelah habis shoping kat Pasar Basah, kami berhimpun semula dengan geng-geng masak kat depan pasar sayur-sayuran. Ada barang terlupa nak dibeli iaitu pinggan polystrin dan juga kopi. Apa lagi ambil kesempatan membeli belah kat Pasar Besar Kota Kinabalu.
Pasar Besar Kota Kinabalu. Gambar : http://hiphiphoorey.blogspot.com/
Pasar ini bersebelahan dengan Pasar Ikan KK. Pasar Besar KK ini dibahagikan kepada dua bangunan. Satu untuk Pasar Basah dan satu lagi Pasar Kering lah kot, sebab yang tadi dah basah tentu yang ini kering pula. Aku taruh sajalah apa kenamanya.

Pasar Basah :

Komplek pertama yang berhampiran Pasar Ikan di khususkan untuk segala mak nenek hasil laut. Kalau kat Pasar Ikan, segala hasil laut di letakkan ikut suka hati di kiri kananan jalan. Tapi disini tersusun ikut ruang-ruang yang disediakan.

Seperti Pasar Ikan, Pasar Basah ini juga menjual ikan-ikan yang segar dari laut. Masa perniagaan mula waktu pagi jam berapa tak pastilah tapi harga kat pasar ini lebih mahal dari Pasar Ikan walau lokasi bersebelahan. Jadi kalau nak yang murah kena bangun awal dan pergi ke Pasar Ikan. Oklah layanzzz gambar kat bawah.
Ketammmm
Lobster ~ terbaik dari ladang
Jual ketam nipah ~ kalau salah tolong betulkan
Ketam nipah atau ketam batu?
Siput yang telah dibuang kulit
Ikan warna warni ~ lepas masak warna tuu ada lag tak?

Yang aku lihat jika peniaga nie jika menjual ikan temenung mesti diletakkan macam nie. Pacak kepala. Tanya peniaga kat situ, kenapa letak ikan macam tuu? Dijawab supaya orang nampak. Dia pun gelak.

Ikan pacak kepala.
Nak tahu apa benda nie? Nie la gamat. Segar dari laut.

Untuk penduduk luar seperti kat semenanjung macam aku nie, kalau melihat hasil laut kat sini memang terbaik ~ cinta kolestrol. Nak masak kat hotel memang nak kena perambat dengan tokey hotel, jadi kalau tercabar keimanan nak merasa hasil laut yang murah dan segar boleh saja beli dan bawa balik semenanjung. Peniaga-peniaga kat pasar tu ada perkhidmatan untuk packing dan disejuk beku. Boleh bawa naik kapal terbang. Kalau nak tau lebih lanjut caranya boleh lawati kat sini http://mamaqist.blogspot.com/2011/08/cara-bawa-ikan-segar-dari-sabah.html . Kami beli untuk masak kat sini ja.

Pasar Kering:

Komplek yang kedua, Pasar Kering. Komplek dua tingkat. Terletak antara jalanraya dan Pasar Basah. Tingkat atas menempatkan kedai-kedai makan. Kalau nak rasa masakan orang Sabah bolehlah cuba. Dibahagikan dua bahagian untuk yang halal dan tak halal.
Tingkat atas ~ makan-makan
 Tingkat bawah pula menempatkan berpuluh-puluh kedai yang menjual barang-barang kering dan juga ayam dan daging segar. Macam-macam barang-barang kering seperti rempah ratus, beras, halia, lengkuas, sayur, buah-buahan, ikan / udang kering, kuih-kuih, plastik, polystrin dan macam-macam lagilah. Layanzzzz gambar kat bawah nie.
Ayam, daging
Pasar kering. Berpuluh-puluh kedai dibawah satu bumbung.
Sayur segar






Udang kering besar-besar ~ kat Semenanjung tak boleh jumpa.
close-up sikit


Sagu berbagai warna-warni
Kuih tradisional Sabah seperti kuih cincin dan amplang


Kedai mamak ~ rempah

Nak buat gulai senang, All-in-one, rempah sekali dengan daun kari.
Kat pintu masuk terjumpalah apa yang nak dicari. Iaitu  pinggan polystrin buat makan tengahari (Kondo yang kami duduk ada dapur, bolehlah masak-masak yang mudah) dan juga Kopi Tenom yang terfemes di Sabah.
Hok Min Kopi Tenom. Aku beli kopi kat sini.

Kat market ini tak silap aku ada enam peniaga kopi tenom dengan jenama sendiri. Tak pastilah yang mana sedap, janji kat bungkusan di tulis Kopi Tenom maka dengan sendirinya ia sedap. Kopi Tenom nie tak terdapat kat semenanjung sebab keluaran terhad.
Kopi Tenom, berbagai gred dan berbagai jenis bungkusan.

Kopi Tenom yang dijual terdapat berbagai jenis gred dan berbagai jenis peket. Ada yang jenis kena tapis, tak perlu tapis, dua dalam satu dan berbagai lagilah.
Beberapa pengusaha Kopi Tenom
  Apa yang istimewa Kopi Tenom nie? Menurut tokey kedai tu, pada masa dahulu Daerah Tenom mempunyai ladang kopi dan mengeluarkan kopi yang bermutu dan sedap, jadi Daerah Tenom menjadi sinonim dengan kopi. Tapi ketika ini biji kopi diperolehi dari sekitar Sabah dengan piawaian tertentu untuk menjamin mutu dan kualiti kopinya. Kepada penggemar kopi jangan lupa beli Kopi Tenom ~ iklan tak berbayar.
Kisar dan packing kopi depan kedai

Nie aku dapat dari blog http://jebatdurjana.blogspot.com/2012/02/khasiat-kopi-yang-sebenarnya.html mengenai khasiat kopi. Jangan dok berkunun dengan kopi walau dia hitam.

OKlah, habis pusing Pasar Besar KK. Jadi kat sini macam-macam ada. Kalau yang jenis hari-hari mesti kari, jangan risau kat pasar nie boleh dapat semua rencahnya masak dengan ikan segar. Terbaikkk.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Masjid Abdullah Fahim : Kuliah Mac 2013

Jom kita menambah ilmu di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas. Kuliah bulan Mac 2013

Pakat-pakat mai dengaq, faham dam amal.

Maklumat diperpanjangkan dari http://masjidabdullahfahim.blogspot.com/.  Sebarang kemushkilan sila layari blog masjid.

Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan

[ 8hb Disember 2012, Sabtu - Pagi ]

Bangun... bangun.. bangunnnn... kalau nak rasa airkon kat rumah pun ada. Lepas sembahyang subuh, adalah sebelum jam 6 pagi geng-geng masak turun ke pasar. Kat kondo Marina Court nie ada dapur boleh masak. Tapi kena masak cermat-cermat tak bolehlah masak macam chef yang api menjulang atau minyak terpelanting penuh dapur, nanti tokey kondo tu halau. Tokey kondo tuu cina, jadi kak ipaq aku samak semua periuk belang semalam.

Aku pun turun juga walau tak masak. Nak lihat suasana Pasar Ikan. Rasanya lebih kepada pasar borong.

Kat Kota Kinabalu nie banyak pasar yang di himpun dalam kawasan yang sama. Cuba lihat kat entry aku mengenai pemandangan dari tingkat 7 hotel Le Meridien.

6 pagi, suasana masih gelap. Kami jalan adalah dalam 400 meter sampai ke pasar. Orang dah ramai. Mula-mula ikut geng tukang masak, lama-lama aku entah kemana depa entah kemana. Kat sini apa sahaja yang seafood ada, ikan, sotong, udang, kerang dan macam-macam benda laut lagi ada. Layanzzzzz gambar kat bawah.
Pasar Ikan
 
Benda-benda eksotik pun ada. Siput nie kata tukang juai sedap buat sup.



Bot ikan


Punggah ke lori oleh pembeli
 

La ni femes sangat kolegen. Haaaa kat pasar nie berlambak kolegen. Mak cik-mak cik tua yang juai. Nieee dia kolegen ~ rumpai luat.
Kolegen ~ rumpai laut
Hasil laut kat sini memang murah dan segar. Sesetengah ikan tu insang masih bergerak lagi. OKlah seterusnya pasar lain pula kat cerita akan datang.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran

[ 7hb Disember 2012, Jumaat - Tengahari ]

Dah tertinggal lama pula travelog ke Sabah nie. Sambung balik. Masih lagi dalam perjalanan ke KK. Hampir tengahari. Singgah lagi, kali ini ke Taman Buaya Tuaran. Lihat buaya pulak. Tak jauh dari tempat makan lokan bakar tadi.
Taman Buaya Tuaran

Seperti biasa ambil tol dulu baru serbu masuk. Masa kami sampai sebuah petunjukan kebudayaan baru nak mula. Jadi pakat-pakat serbu ke sebuah rumah panjang untuk melihat persembahan.
Persembahan kebudayaan etnik Sabah.
 Dapatlah bebudak lihat sedikit tarian orang Sabah dan habis persembahan pakat ramai-ramai bergambar dengan penari-penari kat situ.
Rumah panjang ~ tempat persembahan tadi.

Dah selesai bergambar, baru pi lawat buaya. Yang bestnya aku tak ambil pun gambar buaya hidup kat sini. Macam tak best saja. Semua buaya pakat dok tidor. Tak ada aksi berjalan guna mulut atau melompat dalam gelung api ~ dia la tuuuu. Yang pastinya kat sini ada persembahan buaya tetapi masa kami datang persembahan dah habis, melepas. Tapi tak pa boleh lihat buaya-buaya tidur.
Peminat setia ayam

Kat sini bukan sahaja ada buaya tetapi juga binatang lain seperti ayam yang ikut kami seperti gambar kat atas, burung unta, burung merak, memerang, ikan keli, kijang dan macam-macam lagilah. Jadi kepada yang tak suka buaya boleh  lihat binatang lain. Jangan susah hati, pilihan di tangan anda. Ada tempat-tempat menyediakan makanan dalam peket yang boleh dibeli untuk diberi kepada haiwan kat situ. Jadi bolehlah menjamu mereka.

Taman Buaya Tuaran ini merupakan salah satu dari 3 buah taman buaya di Malaysia yang dimiliki oleh tokey yang sama. Taman-taman lain terletak di Langkawi dan Sandakan. Akhir sekali dapat posing dengan replika buaya. Seronok bebudak posing.
Batu berani la, mau bagi yang hidup. Sapa nganga dulu.

Haaaa nie dia maklumat Taman Buaya Tuaran. Harga tiket, aku tulis untuk rakyat Malaysia saja. Dewasa RM 10.00 dan Kanak-kanak ( 4-12 tahun) RM 5.00. Dibuka 8.30 pagi - 5.30 petang.

Persembahan yang diadakan kat situ.
Pertunjukan Buaya:
  • Isnin - Sabtu : 11 pagi dan 3 petang.
  • Ahad dan cuti umum : 11 pagi, 1 tengahari, 3 petang.
Persembahan Kebudayaan:
  • Isnin - Sabtu : 11.30 pagi dan 3.30 petang.
  • Ahad dan cuti umum : 11.30pagi, 1.30 petang, 3 petang.
Masa buaya makan: 9 pagi, 10.30 pagi, 12 tengahari, 1.30 petang, 2.15 petang, 4.15 petang dan 4.45 petang ~ setiap hari kena bagi makan.

Lokasi Taman Buaya dari Google Map.


View Taman Buaya Tuaran in a larger map

Habis sahaja, cepat-cepat keluar dan destinasi seterusnya ialah Masjid. Aishhh.. tetiba teringat masjid pulak ~ hari lain sembahyang kat mana-mana saja. Apa taknya hari Jumaat. Berdezuppp abang driver bawak sebab masa dah nak waktu.

Masjid Terapung KK. Ada perahu kayuh. Gambar dari http://salamborneo.blogspot.com/

Jauh juga untuk berjumpa masjid. Kami sampai ke Masjid Terapung Kota Kinabalu di Likas. Memang menarik la masjid nie, dikelilingi air dan ada perahu kayuh kalau tak silap aku.

Selepas sembahyang, perjalanan diteruskan lagi untuk memenuhkan perut dan akhir sekali check in di sebelah Hotel Promenade. Marina Court Resort, sebuah kondo 3 bilik lengkap dengan dapur, menghadap Laut China Selatan. Disewa dua unit, tingkat 7 dan satu lagi aku lupa tinggkat berapa entah. Petang ini menikmati pemandangan Laut Cina Selatan sambil merehatkan kaki.
Laut Cina Selatan ~ pembangunan pesat di Waterfront KK
 Malam, aktiviti makan di Restoran Sri Nurain KK. Pakar masakan Melayu, Padang dan Ala India. Masa kami sampai dah tutup, tapi dibuka untuk jamuan kat tingkat atas.
Sri Nurain Restoran ~ kari mantap.

Masakan memang mabeles, terasa makan kat belah utara. Kena dengan cita rasa aku.

Cukuplah tu untuk hari ini. Balik tidor.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah