Ketika rakyat Malaysia sedang merayakan cuti umum, ketika umat Islam Malaysia berarak berselawat menyambut maal Hijrah. Pada ketika itu rakyat Palestine di Gaza berarak mencari perlindungan dari peluru perpandu yang dihantar oleh Zionis Israel. Sekali lagi perjanjian dilanggar.
Ingat Israel sudah menjadi kawan dengan berbagai cadangan perdamaian rupanya mencari sasaran. Seluruh dunia Islam dikejutkan dengan serangan yang amat dasyat itu.
Apa yang kita buat ??
Sebagai tindak balas terhadap serangan tersebut umat Islam bangkit memprotes tindakan tersebut. Maka berlakulah perhimpunan aman dan tunjuk perasaan dengan membawa sepanduk yang mengutuk serangan tersebut. Di keluarkan memorandum kepada Amerika supaya mengambil tindakan terhadap Israel ( Orang Islam minta orang kapir menolong ~ tak paham aku ). Diminta PBB membantu memberi tekanan kepada Israel.
Ketika ini berbagai cara di keluarkan untuk memberi tekanan kepada Israel. Yang selalu kita nampak ialah tekanan ekonomi. Maka berbagai produk yang ada hubungkait dengan Israel akan di canangkan supaya di boikot. Dari produk makanan, produk kebersihan hingga produk teknologi.
Ketika ini makanan yang ada hubungkait dengan Israel terasa amat kotor dan seperti najis. Dalam diri pasti menanam azam tak akan sentuh lagi.
Begitulah juga dengan protes yang telah dilakukan sebelum ini ketika Zionis Israel membuat dajal kepada umat Islam empat tahun dahulu, 2009. Apa yang berlaku selepas sebulan dua azam itu cuma tinggal kenangan. Apa yang di lakukan ketika itu seolah-olah untuk melengkapkan satu aktiviti tahunan kepada NGO-NGO dan persatuan-persatuan.
Kita kembali seperti sediakala. Dahulunya kita yang terlantang menyeru umat Islam memboikot tapi kini kita juga yang melanggarnya. Asal anak dapat keputusan peperiksaan baik saja mesti nak belanja anak kat Mc Donald. Boi pren nak jumpa gel pren pun nak dating kat Starbuck (dulu kata makan kat situ haram membantu Israel tapi sekarang pi situ buat benda haram pula ).
Kalau nak boikot mestilah konsisten, jangan hangat-hangat taik ayam. Mungkin kita tak boleh memboikot semua produk mereka sabab kita masih lagi kekurangan ilmu untuk membangunkan produk sendiri seperti alatan teknologi. Oleh itu cuba boikot secara berterusan barangan Israel dan sekutunya US yang tak memberi makna dalam hidup kita. Barangan yang kalau tak ada pun kita tak akan kebuluran seperi Starbuck, Coca-cola dan Colgate ( seperti yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 9 Jan 2009 ). Biar ada istiqamah.
Biar sedikit dilakukan tetapi berterusan. Bukan bermusim. Asal kena serang baru nak buat bantahan, hantar memorandum sana-sini, ambil tandatangan bantahan, rentang sepanduk sana-sini, boikot semua barangan Israel dan US. Selepas sebulan lupa dan jadi kawan balik semula.
Mula boikot dengan benda-benda yang senang dulu seperti jangan lagi ke Mc Donalds, minum Coca-Cola dan mengunjungi Starbuck dan guna produk L'Oreal. Kalau tak dak benda tu pun kita boleh hidup. Walau sedikit tetapi biar istiqamah, jangan ikut musim. Baru berkesan. Ingatlah dalam Al-Quran pun dah beritahu bangsa Yahudi nie adalah musuh orang Islam yang nyata.
Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 120;
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang
telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah
(Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari
Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu.
Fikr-fikirkan......
PenBEX 2012 - Dah Sampai Dah
Hari tu aku tulis mengenaii PenBEX 2012 di Tasek Gelugor, promosi ja aku tak pi lagi. Kali ini aku dah sampai dah. Peta lokasi yang aku tampal hari tu salah. Lokasi sebenar di Taman Industri Asas Tani PERDA, Jalan Kubang Menerong. Tak tau pulak nama tempat tu depa tukar ke Dataran Transformasi Usahawan.
View Dataran Transformasi Usahawan in a larger map
Kami sampai dah malam. Malam-malam lalu ke kawasan nie menakutkan, dikelilingi ladang kelapa sawit. Tapi kat tapak expo nie terang benderang. Parking banyak tapi dengan manusia yang ramai datang, ramai yang parking di jalan utama. Cuaca pun elok. Kalau hujan boleh tahan lecah juga sebab dataran nie tanah merah.
Penat juga jalan kalau nak lawat semua gerai. Berbagai produk yang diusahakan oleh bumiputra di ketengahkan. Macam-macam ada dari makanan, minuman, pakaian, tudung, alat memasak, penternakan, makanan kesihatan dan macam-macam lagilah. Nie antara gambar yang aku sempat rakam.
Bahagian yang ada haiwan kami tak pi, dah tak larat jalan. Kat dalam ekspo nie ada juga produk konsert bumiputra. Entah kumpulan mana dok balun.
Sebelum balik nak rasa makanan jepun, beli benda kat bawah nie. Nama dia takoyaki. Tengok ramai yang beli, cara dia hias pun menyelerakan. Mula-mula oder sepeket, tapi rasa macam sedap ja oder satu lagi.
Sampai rumah makan, baru tau rasa cam mana. Ada masam ada lemak dengan tekak hari-hari kari memang tak boleh pi. Lain kali beli sepeket rasa dulu baru oder lagi, jangan tamak.
Keseluruhan PenBEX nie memang best. Bukan setakat tengok dan beli sahaja tapi ada berbagai booth yang beri sempel untuk rasa.
View Dataran Transformasi Usahawan in a larger map
Kami sampai dah malam. Malam-malam lalu ke kawasan nie menakutkan, dikelilingi ladang kelapa sawit. Tapi kat tapak expo nie terang benderang. Parking banyak tapi dengan manusia yang ramai datang, ramai yang parking di jalan utama. Cuaca pun elok. Kalau hujan boleh tahan lecah juga sebab dataran nie tanah merah.
PenBEX 2012 Dataran Transformasi Usahawan Tasek Gelugor. |
Kerepak kaduk dan bayam |
Alatan memasak |
Susah nak dapat kerepek nangka cam nie |
Jeruk Madu Pak Ali |
Sebelum balik nak rasa makanan jepun, beli benda kat bawah nie. Nama dia takoyaki. Tengok ramai yang beli, cara dia hias pun menyelerakan. Mula-mula oder sepeket, tapi rasa macam sedap ja oder satu lagi.
Takoyaki |
Keseluruhan PenBEX nie memang best. Bukan setakat tengok dan beli sahaja tapi ada berbagai booth yang beri sempel untuk rasa.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1434
Selamat tahun baru Hijrah 1434. Tak dak bunga api, tak perlu bersesak ke Dataran Merdeka, tak dak artis melompat sampai jam 12 malam, tak dak kira detik 12 malam, tak dak parti dan hiburan cuma pengisian yang amat bermanfaat, mudah dan ringkas tetapi banyak keberkatan. Baca doa untuk akhir tahun dan awal tahun.
Selamat beramal.
Klik untuk paparan lebih besar. |
Dah Redeem Kad Mesra Petronas ?
Dah periksa berapa banyak point ada kat dalam Kad Mesra Petronas? Kelmarin aku redeem point. Tak sangka ada 5632 point. Point banyak tu bukan kumpul 3 hari tapi 3 tahun sebab point sah untuk 3 tahun sahaja dan bukan sikit kena belanja kat kedai Mesra. 1 point = RM 1 jadi kena belanja lebih kurang RM 5632.
Dengan point banyak tu dapatlah pam minyak sebanyak RM 56.32. Dikira satu point bersamaan 1 sen. Dengan harga minyak Ron 95 ketika nie RM 1.90 dapatlah 29.642 liter ( minyak ni dikira sehingga 3 titik perpuluhan). Alhamdulillah jimat.
Macam mana nak tebus point Kad Mesra Petronas? mudah ja, masukkan kad dalam slot kad kredit pam minyak dan ikut arahan dan kalau nak tahu berapa point ada, minta juruwang kat stesen tu periksa. Aku tebus rapat dinding sampai kosong.
p/s: Siapa yang ada kad Mesra jangan dok simpan point lama-lama hingga lebih 3 tahun, bukan akan beranak-pinak tapi buang anak.

Hari Ihtifal Khalifah Intelek & Pra-Tahfiz Cikal 2012
Layan.... slide show ala-ala HD Hari Ihtifal Rangkaian Tadika Khalifah Intelek dan Pra-Tahfiz Cikal 2012 pada 4hb November 2012 jam 9 pagi - 12 tengahari bertempat di Dewan MPC Kepala Batas.
Tahniah dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kami.
Gambar boleh lihat kat album nie.
Tahniah dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kami.
Gambar boleh lihat kat album nie.
Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market
PERHATIAN:
26hb Mac 2019 : Untuk makluman Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market ini telah di tutup.
Sebuah restoran yang tak bernama terletak kat Bandar Bertam Perdana, baru buka dan papan tanda pun tak naik lagi. Lokasi terselit kebelakang sedikit. Saja nak test masakan kat sini.
Kami sampai lebih kurang jam 8 malam. Orang tak berapa ada lagi. Sebelum masuk dalam kedai boleh dilihat beberapa akuarium bersebelahan.
Sampai saja kami diberi menu. Baru tahu restoran nie nama The Mahi-Mahi Seafood Market. Nama nak ada ala-ala The Manhattan Fish Market.
Boleh kata kesemuanya berasaskan makanan laut dengan masakan ala melayu dan ala thai. Menu yang ringkas, cuma sekeping kertas laminate. Tak banyak pilihan. Dari menu kami oder ikan goreng cili ala Thai dan prawn buttermilk dan yang tak ada dalam menu ialah kailan ikan masin dan tomyam campur. Harga ikan ikut harga pasaran.
Sementara menunggu makanan sampai, anak-anak melawat akuarium dulu. Macam-macam hidupan air yang ada; udang kara, berbagai jenis ikan, ketam nipah dan belangkas. Yang jaga kedai kata hidupan tu untuk di masak. Kalau pilih yang dalam akuarium harga dia tambah RM 2.00 ja.
Lambat juga makanan yang dipesan sampai sebab ketika kami oder pengunjung tak berapa ada lagi. Ketika ini pengunjung yang datang makin ramai.
Alhamdulillah semua dah sampai. Boleh makan.
Restoran ini amat selesa, luas, bersih dan hiasan pula kemas dan sejuk mata memandang. Pelanggan boleh makan di dalam restoran atau di luar. Diluar berbumbung dan lebih santai. Walau berada didalam terasa seperti berada di tempat terbuka sebab dinding depan dan belakang kedai dibiar terbuka, angin luar pun boleh lalu.
Harga pula rasa aku ada sedikit mahal dan menu kalau boleh diperbanyakkan pilihan.
Dekat-dekat nak habis makan, ada famili kat meja sebelah oder kek. Nampak macam sedap ja. Jadi nak oder sehiris untuk si A.Firas. Lambat juga nak oder sebab yang dok nampak seorang ja yang bertugas layan pelanggan. Dialah hantar makanan, dialah yang ambil oder dan dialah yang nak ambil kek. Pelanggan boleh tahan ramai ketika tu. Tunggu punya tunggu, lama juga. A.Firas pun dah mula teriak, maklumlah kek yang dia nak tak datang-datang. Apa lagi makan cepat-cepat, habis ja terus kekaunter, bayar dan balik. Kesin Firas.
Restoran ini dibuka setiap hari dari petang hingga malam. Lokasi kat Pusat Bandar Bertam Perdana Kepala Batas, lihat Google Map kat bawah.
View Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market in a larger map
p/s: Mahi-mahi bermaksud dolphin atau ikan lumba-lumba.
26hb Mac 2019 : Untuk makluman Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market ini telah di tutup.
**** 5/11/2012****
Sebuah restoran yang tak bernama terletak kat Bandar Bertam Perdana, baru buka dan papan tanda pun tak naik lagi. Lokasi terselit kebelakang sedikit. Saja nak test masakan kat sini.
![]() |
Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market |
Kami sampai lebih kurang jam 8 malam. Orang tak berapa ada lagi. Sebelum masuk dalam kedai boleh dilihat beberapa akuarium bersebelahan.
Sampai saja kami diberi menu. Baru tahu restoran nie nama The Mahi-Mahi Seafood Market. Nama nak ada ala-ala The Manhattan Fish Market.
![]() |
Menu The Mahi-Mahi |
![]() |
set juga disediakan. |
![]() |
Akuarium. Boleh pilih nak masak yang mana. |
Lambat juga makanan yang dipesan sampai sebab ketika kami oder pengunjung tak berapa ada lagi. Ketika ini pengunjung yang datang makin ramai.
![]() |
Siakap goreng cili ala-Thai. Rasa seperti tiga rasa, cuma diletakkan cabai melaka potong dan kuah yang pekat. Ikan nampak segar dan dari semua menu yang dioder ini yang terbaik. |
![]() |
Kailan ikan masin. Kuah yang hitam tapi rasa OK saja. |
![]() |
Tomyam campur. Bahan banyak tapi tak kena denga selera sebab dicampur dengan fish ball dan crab stick. Rasa boleh kata sedap juga. |
Restoran ini amat selesa, luas, bersih dan hiasan pula kemas dan sejuk mata memandang. Pelanggan boleh makan di dalam restoran atau di luar. Diluar berbumbung dan lebih santai. Walau berada didalam terasa seperti berada di tempat terbuka sebab dinding depan dan belakang kedai dibiar terbuka, angin luar pun boleh lalu.
Harga pula rasa aku ada sedikit mahal dan menu kalau boleh diperbanyakkan pilihan.
![]() |
Selesa, bersih dan kemas |
Restoran ini dibuka setiap hari dari petang hingga malam. Lokasi kat Pusat Bandar Bertam Perdana Kepala Batas, lihat Google Map kat bawah.
View Restoran The Mahi-Mahi Seafood Market in a larger map
p/s: Mahi-mahi bermaksud dolphin atau ikan lumba-lumba.
Masjid Abdullah Fahim : Selamat Hari Raya Haji 2012
Tahun nie Raya Haji diputuskan akan disambut kat Bertam saja dan akan balik kampung selepas sembahyang Jumaat. Kali ini sembahyang raya kat masjid baru Masjid Abdullah Fahim.
Gambar diambil selepas sembahyang raya, orang semua dah balik.
Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas |
Kaki lima masjid |
Masjid Abdullah Fahim. Motif pucuk rebung. |
Ruang sembahyang wanita di tingkat dua. Ada lif. |
Gambar diambil selepas sembahyang raya, orang semua dah balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)