Melaka - Hari 4 : R&H Cafe Satay Maharani Muar

Hari ke 4, kali ini tak sempat mandi sebab masing-masing nak ke Muar, kena keluar awal. Cadangnya nak sarapan di Muar. Tuuu dia dari Melaka nak sarapan di Muar Johor. Jarak antara Umbai ke Muar dalam satu jam perjalanan. Kalau sadap kena terjah juga.
Terminal Bentayan Muar atau Stesyen Bas Muar

Dalam satu jam kami sampai ke destinasi di Muar iaitu R&H Cafe Satay Maharani. Cafe ini terletak bertentangan dengan Stesyen Bas Muar atau Terminal Bentayan Muar. Kami sampai dalam jam 8.30 pagi, bila sampai pelanggan bukan main ramai.

Dipintu masuk kami dah disapa dengan bau satay. Kalau di utara satay menjadi menu ketika malam atau di pasar malam, tapi di Muar satay menjadi hidangan sarapan. Boleh kata kebanyakan restoran yang dibuka waktu pagi ketika kami pusing-pusing di bandar Muar menyediakan satay untuk sarapan.  Berasaplah di pintu masuk restoran.
Satay Maharani yang femes.

Masuk kedalam cafe kebanyakan tempat duduk dah penuh. Jadi terpaksa menunggu. Kalau nak berkumpul makan sekali rasanya tak boleh. Jadi dimana ada meja kosong kami duduk saja. Dalam perjalanan mencari tempat duduk bolehlah layan hiasan didalam cafe. Digantung gambar-gambar dan juga menu-menu yang ada.
Pelanggan punyalah ramai tapi insyaalah ada tempat yang kosong.

Dimuka depan restoran nampak kecil sahaja, cuma satu lot kedai, tapi bila masuk dalam baru tahu, luas. Ruang belakang shop lot ini juga di jadikan cafe dengan dekorasi ala-ala kampung.


Dalam mencari tempat duduk, alhamdulillah ada satu ruang yang kosong. Bagi dulu kat anak-anak duduk. Kalau nak berkumpul makan sekali rasanya tak boleh. Jadi dimana ada meja kosong kami duduk saja.



Walau katanya sarapan pagi, tapi menu yang ada boleh lajak kenyang sampai tengahari. Berbagai masakan disediakan dari barat sampai ke Jawa.
Menu yang ada di R&H Cafe Satay Maharani

Hidangan yang dipesan boleh kata cepat sampai walau pelanggan yang datang ramai. Layan apa yang kami pesan ~ bukan aku balun sorang-sorang.
Satay Maharani. Lembut dan terasa rempah yang diperap.

Nasi lemak telur sebiji RM 1.50.

Tauhu Lentok seperti tauhu sumbat. 
Lontong.

Mee Jawa

Western pun orang Muar balun pagi-pagai. Meat ball dengan sas lada hitam.



Boleh kata semuanya sedap dan harga berpatutan. Yang menariknya ada berbagai pilihan makanan disini dengan harga yang sangat berpatutan. Bolehlah nak ngada-ngada atau buat-buat alergik. Kebersihan pun dijaga dengan baik. Tapi kena bersabarlah untuk mendapat tempat duduk, pelanggan ramai. Berbaloilah datang sini.
Dibelakang kedai dibuat ala-ala taman bunian gitu.

Kepada yang nak makan satay waktu pagi datanglah ke Muar dan yang nak terjah ke R&H Cafe Satay Maharani dibawah aku letak sedikit maklumat. Memang tak sia-sia datang.

Alamat:
R&H Cafe Satay Maharani
130 Bangunan MARA
Jalan Maharani
Muar Johor
(Bertentangan Terminal Bas Muar atau  Terminal Bentayan Muar)

Telefon:
016-6253 666 (Kak Yati)

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tutup hari Jumaat

GPS:
2°03'02.0"N 102°34'13.7"E
2.050568, 102.570478

Lokasi dari Google Map:


Kuliah Ilmu Julai 2017

Dah lepas Ramadhan, dah lengang masjid dan surau. Mugkin masih mud raya sambil jalan-jalan. OKlah cari kesempatan tambah ilmu. Kuliah bulan Julai 2017 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Melaka - Hari 3 : Ikan Bakar Terapung Umbai

Dah puas menyelam kali ini kita naik ke atas pulak. Selesai di Klebang kita ke Bnadar Hilir pula. Hari dah beransur senja. Destinasi seterusnya ke Menara Taming Sari. Ini merupakan kali kedua kami naik. Tak ada bezanya dari dulu.

Menara Taming Sari
Tuuu dia beratur nak masuk ke Taming Sari.



Tak payah tulis panjang-panjang sebab boleh kata semua orang tahu. Aku bagi harga tiket untuk tahun 2016 sudahlah.

Dewasa: RM17.00
Kanak-kanak (umur 2 - 12 tahun) : RM11.00
Warga Emas (umur 55 Tahun keatas) : RM9.00
OKU : RM8.00

Dah puas di Bandar Hilir, hari pun dah hampir malam. Dalam perjalanan balik ke Homestay kami singgah di Umbai. Tempat ini seperti Medan Selera yang dibina atas air menghadap Selat Melaka.

Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai

Tertera di gerbang masuk Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai. Tapi didalam bangunan tertulis pula Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Entahlah yang mana satu namanya.
Medan Selera Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai atau Perkampungan Ikan Bakar Terapung.

Tempat ini seperti tempat untuk pelancong sebab sebelum sampai ke medan ikan bakar akan lalui kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga satu dataran yang luas ditengah-tengahnya. Budak-budak sampai sini memang seronok berlari.


Macam-macam cenderahati ada.

Disekitar sini terdapat banyak gerai tetapi ketika kami sampai rasanya dalam dua buah kedai makan sahaja yang buka. Kami pilih yang di hujung sekali, Shima Cafe. Pengunjung juga ramai disini. Sampai sini susun meja dahulu maklumlah ramai rakyat jelata.
Ada dataran yang luas mungkin untuk aktiviti-aktivi jika ada. Disekeliling dataran ada terdapat banyak lot-lot kedai makan. Tetapi kalau tak silap cuma dua sahaja kedai makan yang di buka.

Shima Cafe


Seperti tempat-tempat makan di Melaka ini, akan ada otak-otak yang dihidang dahulu sementara menu utama sampai. Tak berapa lama hidangan pun sampai. Yang lain sikit ialah nasi putih tidak sampai tapi dihidang dengan nasi lemak bungkus. Nasi lamak ini dah ada sambal dan telur. Di Melaka mungkin kebiasaan makan ikan bakar dengan nasi lemak bungkus sebab kebanyakan kedai berbuat demikian. Layan hidangan yang dipesan.
Nasi lemak daun pisang. Yang ini aku suka tak payah tambah lauk lain pun sedap.

Siakap entah berapa rasa aku pun dah lupa.

Pari bakar.

Siput.
Udang buter.

Sotong celup tepung.


Kerang bakar atau rebus (tak pasti)

Alhamdulillah memang sedap masakan di Shima Cafe. Harga jangan tanya sebab abang ipar aku yang sponser. Gambar menu pun aku tak ambil.
Gambar terakhir sebelum meja dilicinkan.

Medan Selera ini dibina diatas air, jadi bolehlah layan pemandangan laut dan kepada yang datang waktu petang bolehlah melihat matahari terbenam disini dan disediakan sebuah menara pemerhati. Aku sampai dah malam jadi boleh cerita sahajalah.
Medan selera dibina atas air menghadap Selat Melaka. Bolehlah menghirup udara laut.

Medan Selera Perkampunga Ikan Bakar Terapung ini dari pemerhatian aku sangat selesa sebab luas dan bersih. Tempat parking pun banyak. Kepada yang nak datang Shima Cafe atau gerai makan lain disini, dibawah aku letakkan sedikit maklumat.


Perkampunga Ikan Bakar Terapung
Umbai Melaka

Shima Cafe
Telefon: 012-7413331 / 019-6812882 / 019-2497369

GPS:
2°09'17.8"N 102°20'16.6"E
2.154955, 102.337935

Lokasi dari Google Map:



Melaka - Hari 3 : Muzium Kapal Selam Klebang

Hari ke tiga di Melaka. Macam biasa waktu pagi bersiram dalam kolam sampai kecut sehingga tengahari. Makan tengahari di rumah cheewahhh macam bapak aku punya homestay. Masak sendiri apa yang ada.

Coconut Shake Klebang

Waktu petang baru pakat reramai ke Klebang. Kalau sampai Klebang pasti ramai yang dah tahu, mesti pekena Coconut Shake yang terkenal tu. Memang sedap pekena coconut Shake waktu petang tambahan pula panas terik.
Coconut Shake Klebang



Tak perlu cerita panjang Coconut Shake Klebang nie memang dah femes. Harga minum dikedai untuk Coconut Shake Biasa RM1.90 dan Spesial RM2.40. Jadi apa yang menarik lagi berdekatan Klebang? Dalam 3KM dari coconut shake ini terdapat sebuah Muzium Kapal Selam yang terletak di Dataran 1Malaysia Klebang.

Muzium Kapal Selam

Kapal selam ini didatangkan dari Perancis ke Melaka untuk dijadikan muzium. Hubung kait kapal ini dengan sejarah negara ialah ia menjadi tempat latihan kru kapal selam pertama Malaysia dan juga kos yang tinggi dan teknologi digunakan untuk membawa kapal selam ini. Nak tahu sejarahnya klik sini.

Jom kita lihat apa ada dalam Muzium ini. Layan saja gambar kat bawah.
Muzium Kapal Selam



Dari luar dapat dilihat bertapa besar kapal ini tetapi tak semua tempat boleh dilawati. Ada beberapa tempat yang di tutup, dapat lihat dari jauh sahaja.



Disebelah Kapa Selam ada dua buah jet yang dipamerkan. Jet ini tak boleh masuk, tengok dari luar sajalah.



Kepada yang hendak berkunjung kesini dibawah aku letakkan sedikit info.

Bayaran Masuk:
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM2.00
Kanak-kanak (bawah 6 tahun) : Percuma

Waktu lawatan:
Isnin - Khamis : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat - Ahad : 9.00 pagi hingga 6.30 petang
Hari Jumaat rehat antara jam 12.15 tengahari - 2.45 petang

GPS:
2°12'38.0"N 102°11'50.8"E
2.210564, 102.197431

Lokasi dari Google Map:

Melaka - Hari 2 : Bandaraya Melaka 2

Setelah puas menyusuri Sungai Melaka. Hari pun dah gelap. Satu lagi tempat yang mesti di kunjungi. Kunjungan kami yang lalu tak sampai kesini sebab tersilap hari. Kali ini berpeluang melawat Jalan Hang Jebat yang terkenal itu. Jalan Hang Jebat yang terkenal? apa yang terkenal?

Jonker Walk

Haaa pasti tertanya-tanya apa istimewanya Jalan Hang Jebat itu. Jalan inilah yang dikenali sebagai Jonker Walk. Sebut sahaja Jonker Walk semua orang tahu.  Sebuah jalan yang dipenuhi dengan gerai-gerai jualan yang menjadi tarikan pelancong di Pekan Cina. Kebanyakan peniaga disini berbangsa cina. Berbagai barangan dapat dibeli dari makanan, cenderamata, kraftangan, hiasan, barangan antik, aksesori handphon, baju dan berbagai lagi. Aktiviti jualan di sini bermula dari jam 6 petang hingga lewat malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Jonker Walk.
Ada peniaga barang antik. Kepada yang nak buat ibu duit boleh beli heheheee.


Ada berbagai makanan yang dijual. Ada yang pelik-pelik.

Kami masuk tak sampai sekerat jalan sahaja. Tak kuasa nak jalan berhimpit-himpit, cukuplah dapat masuk sebahagian sahaja. Walau sekerat tapi dah berpeluh ditambah dengan sikecil yang dok minta dukung. Janji orang tak boleh berkunun dengan aku sudah.

Restoran Melayu Melaka

Dah berpeluh berhimpit, perut pun dah berbunyi. Haa.. cari makan dulu. Naik kereta semula dan pandu kesebuah lokasi. Kami masih ditebing Sungai Melaka. Sebuah restoran yang nampak dari Sungai Melaka, Restoran Melayu Melaka. Parking dihadapan restoran, parking pun banyak.

Restoran Melayu Melaka



Pilih tempat duduk dahulu. Kami pilih tempat terbuka, berbumbungkan langit sambil menikmati udara Sungai Melaka. Menu pun sampai, bertepatan dengan nama, maka berbagai masakan Melayu orang Melaka dan juga Melayu lain juga disediakan seperti Masak Lemak, Asak Pedas, Cencalok dan sebagainya. Layan sebahagian menu kat bawah dulu.

Hidangan set pun ada.

Menu untuk kanak-kanak pun ada.

Restoran ini menyediakan secara ala cart dan juga set. Pilih sahaja yang mana berkenan. Menu untuk kanak-kanak pun ada. Tak lama lesap pilih, hidangan pun sampai. Servis yang boleh dikatakan pantas juga. Sekarang layan gambar menu apa yang menjadi pilihan.
Masak Lemak Daging Salai. Yang ni sedap.

Asam Pedas ikan apa entah, aku dah lupa.

Sambal Tauhu

Ayam Kicap untuk budak-budak kecik.

Sayur campur.


Sambil makan bolehlah melihat keindahan Sungai Melaka dan beserta bot-bot pelancong. Bolehlah berangan jadi Mat Saleh sambil makan sambil tengok kapal-kapal dagang berlabuh di Sungai Melaka.
Sambil makan bolehlah layan pemandangan Sungai Melaka.

Alhamdulillah, boleh kata semuanya sedap dan kena dengan selera. Harga sedikit mahal maklumlah maintenance tinggi. Restoran ini boleh tahan luas dan bersih. Budak-budak kalau ada disini memang seronok berlari. Parking pun banyak dihadapan restoran. Kepada yang nak berkunjung disini aku beri sedikit maklumat.

Restoran Melayu Melaka
Lot 332, Kampung Morten, Melaka

Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad dan Isnin tutup. Dibuka dari jam 12 tengahari hingga 11.30 malam.

Telefon:
017-3944564 (Nur Aini Mahmud)
011-29295138 (Aliaa Syahirah Zulkifli)

Laman Web:
http://restoranmelayumelaka.com/

GPS:
2°12'25.5"N 102°14'59.8"E
2.207082, 102.249953

Dari Google Map: