Zoo Taiping Perak

Cerita lama juga nie... Cuti sekolah yang lepas. Bercuti dekat-dekat saja. Kali nie ke Taiping. Apa yang menariknya di sini? dah tentu Zoo dan Taman Tasik Taiping. Kami bertolak awal pagi supaya sampai awal, sejuk sikit jalan-jalan dalam zoo sambil menghirup udara pagi zoo.
Zoo Taiping.

Tiket masuk zoo dah ada GST, mungkin haiwan dalam tu dah dah kenakan GST kepada pegurusan zoo.

Disini bolehlah budak-budak melihat binatang-binatang sambil tambah ilmu pengetahuan dan keluarkan peluh. Semasa cuti sekolah pengunjung memang ramai. Kenalah parking jauh sikit. OKlah layan saja gambar dalam zoo nie.

Sampai saja ke sini, naik tram dulu pusing zoo.


Dah habis satu pusingan dengan tram baru jalan-jalan.






Peluh dah banyak keluar, rehat sebentar.


Sedikit maklumat Zoo Taiping.
Untuk lawatan waktu siang: 8.30 pagi hingga 6 petang.
Harga tiket ~ harga termasuk GST:
Dewasa RM 17.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM 8.50
Warga emas RM 8.50

Zoo Taiping ini juga ada Night Safari. Bolehlah merasai pengalaman meneroka zoo waktu malam dimana ketika ini ada beberapa haiwan seperti harimau yang aktif.

Waktu lawatan Night Safari: 8 malam hingga 11 malam.
Harga tiket untuk Night Safari ~ harga termasuk GST:
Dewasa RM 21.20
Kanak-kanak (3-12 tahun) RM 10.60
Warga emas RM 10.60


Habis saja ronda-ronda dalam Zoo dah tengahari. Waktu lalu dalam Taman Tasik Taiping nie ada ternampak taman permainan. Bebudak macam seronok nak cuba ja. Berhenti dulu bagi mereka puas hati. Boleh tahan banyak alat permainan disini. Kalaulah Vision Park ada macam ini baru best.
Taman Tasik Taiping.

Oklah jam pun dah hampir pukul 2 tengahari. Perut pun dah meminta diisi. Bebudak kalau boleh main, makan boleh lupa. Jom cari makan pula.

[ Pautan jalan-jalan ke Taiping 2/6/2015]

1. Zoo Taiping
2. Restoran Terapung JS Muara Kuala Gula


Ipoh - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Semasa di Ipoh 3 hari 2 malam nie cuma dua tempat kami keluar makan luar. Waktu siang full sponser, cuma malam sahaja kena cari sendiri.

Malam pertama, melalui kawan-kawan katanya ada nasi lemak femes di Ipoh. Berpandukan kepada GPS kami cari lokasi. Malam di Bandaraya Ipoh sangat tenang seperti pekan mati. Jalanraya tak sebok, kenderaan amat kurang berbanding Penang. Tak berapa lama ketemu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.
Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Restoran boleh tahan luas ~ gabungan beberapa shop lot. Walau luas, pengunjung penuh juga. Tengok menu dulu. Boleh kata semua masakan ada, ala thai, melayu, western. Ada pulut mempelam ada berbagai jenis bubur. Ada ala carte dan ada set. Kami pilih ala carte saja sebab semua selera lain-lain.

Menu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Ada berbagai jenis makanan, pilih saja nak ala thai, ala melayu western dan berbagai lagi.
Nie set yang aku oder, mestilah oder yang menjadi nama restoran iaitu nasi lemak ayam kampung. Kawan-kawan yang lain ada yang oder lain-lain. Untuk nasi lemak tak perlu tunggu lama, sekajap saja hidangan dah sampai. Mungkin mudah semua perkakas plug and play saja berbanding dengan tom yam dan nasi goreng yang perlu dimasak setelah di pesan.
Nasi lemak ayam kampung yang menjadi nama restoran.

Dari rasa mulut aku nasi lemak terasa lemak dan lembut tapi kuantiti sedikit dan sambal memang sedap. Ayam kampung goreng memang sedap, kalau keras biasalah ayam nie sentiasa bersenam tak sama dengan ayam yang kerja makan tidor saja.
Nasi goreng udang

Tom yam dan udang celup tepung.

Bubur cha-cha.

Lain-lain hidangan aku tak boleh komen sebab aku tak makan. Apa-apa pun alhamdulillah kenyang. Semasa keluar dari restoran dapat lihat disebelah pintu masuk di buat seperti kiosk. Bolehlah pilih sendiri apa yang berkenan.
Berbagai jenis bubur.

Pulut mempelam. Mula-mula nak pekena sepinggan tapi perut dah kenyang.
Belut hidup untuk dipilih dan dimasak.

Ikan, sotong, udang dan lain-lain makanan laut segar boleh dipilih untuk dimasak.
Nie dia tempat Nasi Lemak Ayam Kampung. Ayam kampung goreng punyalah banyak.

Keseluruhan makanan disini memang sedap dan layanan yang baik dan pantas dan juga restoran memang bersih. Kepada yang nak merasai berbagai masakan di sini bolehlah datang di alamat:

Nasi Lemak Ayam Kampung
No 43/45 Jalan Ali Pitchay
Ipoh Perak
Tel: 05-254 4318 / 016 545 9000

Waktu operasi jam 3.30 petang hingga 2 pagi.

GPS :  4.591356, 101.084814
           4°35'28.9"N 101°05'05.3"E



Malam kedua kami cuma ke Dataran MBI. Ada berbelas gerai disitu. Berbagai gerai ada dari ala thai ke westren. Kami pilih saja yang mana rasa OK. Sebab kami pun tak tahu yang mana sedap.
Gerai Makan Dataran MBI

Apa yang kami makan kira boleh kata sedap dan harga pun murah. Jadi layan sajalah sambil melihat keindahan malam Bandaraya Ipoh.


Dataran MBI

Tapi malang tak berapa lama hujan pulak turun. Pakat-pakat lari bawah bumbung. Apa-apa yang tak sempat sampai kira bungkus bawa balik sajalah.
Hujan bersama angin kuat.

OKlah setakat itu jalan-jalan ke Ipoh berkursus sambil jalan-jalan sikit-sikit.


[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Ipoh - Dataran Sungai Kinta
2. Ipoh - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung


Ipoh - Dataran Sungai Kinta

Haaa... hari ini nak cerita mengenai kursus yang aku dapat hadir pulak. Punggah ada ka punca cerita mengenai kursus. OKlah aku cerita acara sampingan ketika berkursus di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh Perak. Yang best makan di Kinta Riverfront nie masa tengahari ialah setiap hari ada menu kambing.
Hotel Kinta Riverfront
Kurus.
Biasalah kursus... kursus juga tapi acara sampingan mesti ada. Maklumlah bukan senang nak sampai tempat orang ~ macam ke luar negara. Dalam Malaysia pun banyak tempat yang menarik.
Pemandangan dataran Sungai Kinta suatu pagi dari tingkap Hotel Kinta Waterfront.
OKlah di mulai dengan acara jalan-jalan keluarkan peluh waktu petang di hadapan Hotel Kinta River Front. Jalan-jalan di dataran Sungai Kinta. Hotel nie terletak betul-betul di hadapan Sungai Kinta yang sarat dengan sejarah Bandaraya Ipoh.
Salah satu jambatan untuk menyeberangi Sungai Kinta ~ tak ada pad lock, kunci tayar basikal pun OK.

Hotel Kinta Riverfront bersebelahan Sungai Kinta.
Sungai Kinta.

Sebahagian tebing sungai ini di buat seperti dataran untuk tarikan pengunjung. Disediakan kemudahan tempat pejalan kaki dan disediakan kiosk-kiosk yang menempatkan gerai makan, sewaan basikal, cenderahati dan sebagainya.
Basikal untuk di sewa.

Berhampiran tebing sungai ini juga terdapat sebuah taman untuk beriadah iaitu Taman Dr Seenivasagam. Didalamnya terdapat alat permainan, trek joging dan sebuah tasik dan juga sebuah Taman Jepun. Bolehlah joging, tapi aku jalan saja la.
Taman Dr Seenivasagam ~ tasik cantik dah tapi air kaler gelap ja..

Taman Jepun.

OKlah sambil mengeluarkan peluh ada satu lagi tarikan di sini. Jika kita melalui laluan pejalan kaki disini akan nampak benda-benda pelik. Haaa bukan hantu tapi alat-alat yang digunakan untuk melombong bijih. Alatan teresebut diletakkan ditepi-tepi jalan menjadi tarikan pengunjung.

Sambil beriadah dapat juga generasi sekarang tahu bahawa Lembah Kinta ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah suatu ketika dulu dan pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Kalau buka buku sejarah pasti akan jumpa nama-nama seperti Long Jaafar, kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin yang mewarnai sejarah perlombongan di Kinta. Nak tahu lagi kena baca buku sejarah atau Google, banyak maklumat boleh dapat.
Alat melombong, tak tahulah apa ke nama benda tu.


Dihujung ruang pejalan kaki terdapat sebuah muzium terbuka lombong bijih timah yang menggunakan kaedah pum, Muzium Palong ~ Palong Tin Museum. Tak pastilah palong ini asli atau sekadar model sahaja. Tapi sayang telah ditutup untuk penyelenggaraan. Nampak pun dah uzur dan merbahaya. Walau ditutup dapat juga dilihat dari luar palong-palong.
Palong Tin Museum




Waktu malam Dataran Sungai Kinta di hadapan hotel ini amat cantik dihisi dengan lampu-lampu LED. Begitu juga dengan pemandangan dari tingkap bilik aku. Bolehlah lepak-lepak menghirup udara sungai.
Sungai Kinta dihiasi lampu LED waktu malam.

Pemandangan Flat Waller Court dari bilik aku.
OKlah nanti entry kedua, jalan-jalan cari makan di sini.


[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Ipoh - Dataran Sungai Kinta
2. Ipoh - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung


Kuliah Ilmu Januari 2016

Selamat tahun baru 2016. Jom ke kuliah agama untuk bulan Januari 2016 di sekitar Bertam Kepala Batas.

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al Husna Bertam Perdana:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.