Kepada yang nak berenti merokok nie masanya, kepada yang nak sihat pun nie masanya, kepada yang nak kurus pun nie masanya dan kepada yang nak pendapatan lebih pun nie masanya tapi satu saja jangan terubah niat puasa sebagai ibadat. Layanzzzz videoo
Salam Ramadhan 1433
Dah diumumkan puasa jatuh hari Sabtu 21hb Julai 2012. Selamat berpuasa dan beribadah. Pulun ibadat sunat, jangan tinggal ibadat wajib.
Kepada yang nak berenti merokok nie masanya, kepada yang nak sihat pun nie masanya, kepada yang nak kurus pun nie masanya dan kepada yang nak pendapatan lebih pun nie masanya tapi satu saja jangan terubah niat puasa sebagai ibadat. Layanzzzz videoo
Kepada yang nak berenti merokok nie masanya, kepada yang nak sihat pun nie masanya, kepada yang nak kurus pun nie masanya dan kepada yang nak pendapatan lebih pun nie masanya tapi satu saja jangan terubah niat puasa sebagai ibadat. Layanzzzz videoo
Nasi Kandar Ayam Bawang
Hari nie kena OT, balik lambat ( hari nie yang dimaksudkan minggu lepas punya). Dah petang dan perut pun dah bunyi. Nak makan apa malam nie? Selalu sangat pekena nasi kandar kat Shariff Nasi Kandar Gelugor. Tokey dia pun dah kenai. Kena ubah selera pulak.
Kali ini jauh sikit perjalanan, ke Flat Jalan Tengah, Bayan Baru. Gerai nasi kandar kecil sahaja, Nasi Kandar Ayam Bawang. Gerai ini terletak di sebelah foodcourt cina dan bersebelahan parking motosikal dalam kawasan flat tu. Dibuka waktu petang hingga malam sahaja.
Aku sampai dalam jam 6.30 petang, dah ramai beratur. Boleh kata semua bangsa ada, Cina, India, Melayu. Susah nak cari kedai yang boleh menarik ramai bangsa.
Lauk tak banyak pilihan tapi kira OKlah dengan saiz gerai. Lauk seperti telur, sotong goreng, kari ikan, ayam, sotong, bendi dan macam-macam lagi, kira lauk-lauk yang membuktikan kekandarannya.
Kat gerai nie nak makan situ pun boleh, nak bawa balik boleh, nak drive-thru tak ada. Kalau nak makan kat situ kena kongsi meja foodcourt cina sebelah (jangan buat pasai makan kat situ, tak tergamak). Boleh kata kebanyakan bungkus termasuk aku.
Yang paling istimewa tentulah ayam goreng bawang yang digoreng panas-panas kat situ. Kalau minta ayam goreng nie, tokey kedai akan taruh sikit bawang goreng. Memang sedap la ayam nie, tambahan dengan minyak bawang goreng (kolesterol letak tepi ). Ayam garing diluar lembut didalam.
Kuah campur dia pun OK sedap tapi tak berapa banyak jadi kepada yang suka kuah banjir kena bagi tau tokey. Harga OKlah ikut taraf nasi kandar Penang.
Kepada yang terasa nak makan Nasi Kandar Ayam Bawang, ia terletak di foodcourt cina kat Flat Jalan Tengah Bayan Baru. Kat bawah nie Google map.
View Nasi Kandar Ayam Bawang in a larger map
| Nasi Kandar Ayam Bawang, kena beratur. |
Aku sampai dalam jam 6.30 petang, dah ramai beratur. Boleh kata semua bangsa ada, Cina, India, Melayu. Susah nak cari kedai yang boleh menarik ramai bangsa.
Lauk tak banyak pilihan tapi kira OKlah dengan saiz gerai. Lauk seperti telur, sotong goreng, kari ikan, ayam, sotong, bendi dan macam-macam lagi, kira lauk-lauk yang membuktikan kekandarannya.
| Harga makanan |
Kat gerai nie nak makan situ pun boleh, nak bawa balik boleh, nak drive-thru tak ada. Kalau nak makan kat situ kena kongsi meja foodcourt cina sebelah (jangan buat pasai makan kat situ, tak tergamak). Boleh kata kebanyakan bungkus termasuk aku.
Yang paling istimewa tentulah ayam goreng bawang yang digoreng panas-panas kat situ. Kalau minta ayam goreng nie, tokey kedai akan taruh sikit bawang goreng. Memang sedap la ayam nie, tambahan dengan minyak bawang goreng (kolesterol letak tepi ). Ayam garing diluar lembut didalam.
| Tarikan utama, ayam bawang |
Kepada yang terasa nak makan Nasi Kandar Ayam Bawang, ia terletak di foodcourt cina kat Flat Jalan Tengah Bayan Baru. Kat bawah nie Google map.
View Nasi Kandar Ayam Bawang in a larger map
Api... Terbakar... Tolong!!! : Nak Buat Apa?
Api... Api... Tolong... Terbakar!!! Apa tindakan kita ?? Sementara kehadiran pasukan bomba apakah bantuan awal yang boleh diberikan ?
Hari ini ada taklimat percuma mengenai keselamatan kebakaran yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Diceritakan kepentingan menjaga keselamatan dan cara menghadapinya jika berlaku kebakaran. Penceramah Sue.
Ditunjuk slide peristiwa-peristiwa kebakaran dan kesan kepada mangsa. Kami ditanya cara dilakukan jika baju atau badan terbakar. Lalu dijawablah berguling, percik air, tuang pasir dan tutup dengan selimut. Ditunjukkan gambar kesan dari penggunaan kaedah-kaedah tersebut dimana jika tutup dengan selimut berkemungkinan kain selimut akan melekat pada kulit dan jika ditarik kulit akan tertarik sama. Jika di letakkan air tempat kena bakar akan mengelembung sebab panas bertemu sejuk. Jika menggunakan pasir akan menyebabkan pasir melekat pada kulit. Ngeri tengok gambar mangsa kebakaran.
Lalu ditunjukkan alat yang Insyallah ( dia tak sebut la Insyallah sebab non-musliam) dapat membantu ketika berlaku kebakaran.
1- Alat Pemadam Api / Fire Extiguisher : Diterangkan cara penggunaannya. Dicadangkan alat nie mestilah ringan sebab mudah di gunakan terutama untuk kediaman. Senang kanak-kanak pun boleh guna. Juga diterangkan bahawa tempat pemadam api tak boleh berkunci sebab ia mesti cepat dicapai. Dalam video ditunjukkan satu bilik musnah dalam 48 saat sahaja.
Kat alat pemadam api nie ada tertulis A,B,C, nie bukan untuk tadika tapi simbol pada alat pemadam api untuk kebakaran tertentu.
Piawaian lain yang mesti ada pada alat ini mesti di sahkan oleh British Standard dan Marine Standard supaya tahan karat.
Alat ini juga mestilah dipastikan tekanan yang betul ( kena tengok meter ). Jika tekanan kurang, pacut tak lawas, jika terlebih meter takut terlampau kuat menyebabkan kita terpelanting kebelakang.
Kalau beli yang bagus, ada waranty dan juga boleh di servis jika terkanan kurang atau jika telah digunakan.
Alat pemadam api ini bukan sahaja untuk rumah tetapi juga di syorkan di letakkan dalam kereta bukan dalam bonet supaya mudah dicapai. Ada 3 kegunaan jika berada dalam kereta: 1- Dah tentu sabagai pemadam api jika berlaku kebakaran; 2- Sebagai tukul untuk memecahkan cermin kereta jika tarperangkap, perlu jenis yang kuat; 3- Jika ada peragut atau makhluk-makhluk jahat sebur ja, biar makan asap atau ketuk dengan benda nie.
2- Alat Pengesan Asap / Smoke Detector : Alat ini akan mengesan asap dan memberi isyarat bunyi. Dicadangkan yang menggunakan bateri sebab jika elektrik terputus masih boleh digunakan. Disarankan juga yang mengeluarkan bunyi yang kuat supaya terjaga dari tidur.
Alat penggera dicadangkan diletakkan berdekatan DB atau ditengah-tengah rumah seperti ruang tamu atau dikawasan yang menggunakan banyak peralatan elektrik.
3- Topeng Asap / Smoke Mask : Jika berlaku kebakaran untuk keluar dari asap dan percikan api disarankan menggunakan topeng ini untuk kita keluar. Ada berbagai jenis. Kalau yang jenis bomba pakai memang mahal. Ada juga yang jenis mickey mouse ( betui ka nie ) yang hanya tutup hidung dengan mulut sahaja tetapi tidak di syorkan sebab bahaya muka dan mata masih terdedah dan juga percikan api boleh sambar.
Dicadangkan jenis yang serlum keseluruhan kepala sebab semua bahagian kepala terselamat. Ia juga tahan panas. Ada satu kelemahan sebab pakai buang, boleh guna sekali sahaja. Benda nie kecil dan nipis, boleh dibawa dalam bag tangan.
Aku tak pasti betul atau tak dikatakan untuk rumah yang bertingkat-tingkat, DB perlu disediakan di setiap tingkat. Kalau rumah 2 tingkat, ada 2 DB. Betulkah nie Bertam Properties? Tolong jawab.
Terakhir sekali untuk yang hadir ceramah di berikan potongan harga untuk ketiga-tiga alat di atas.
Walau taklimat satu jam sahaja dan mungkin juga untuk promosi tetapi boleh memberi kesedaran betapa pentingnya mengetahui cara mengawal kebakaran dirumah. Ada yang mengatakan jika berlaku kebakaran insuran ada, tapi samakah nilai insuran dengan kecacatan atau kematian orang yang disayangi?
Setiap apa-apa yang turun kepada manusia itu adalah kehendak yang Esa tetapi kita sebagai makhluknya perlulah berusaha.
** Gambar yang aku tempek kat sini semua dari internet, bukan produk yang dibawa oleh amoi tu.
Hari ini ada taklimat percuma mengenai keselamatan kebakaran yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Diceritakan kepentingan menjaga keselamatan dan cara menghadapinya jika berlaku kebakaran. Penceramah Sue.
Ditunjuk slide peristiwa-peristiwa kebakaran dan kesan kepada mangsa. Kami ditanya cara dilakukan jika baju atau badan terbakar. Lalu dijawablah berguling, percik air, tuang pasir dan tutup dengan selimut. Ditunjukkan gambar kesan dari penggunaan kaedah-kaedah tersebut dimana jika tutup dengan selimut berkemungkinan kain selimut akan melekat pada kulit dan jika ditarik kulit akan tertarik sama. Jika di letakkan air tempat kena bakar akan mengelembung sebab panas bertemu sejuk. Jika menggunakan pasir akan menyebabkan pasir melekat pada kulit. Ngeri tengok gambar mangsa kebakaran.
Lalu ditunjukkan alat yang Insyallah ( dia tak sebut la Insyallah sebab non-musliam) dapat membantu ketika berlaku kebakaran.
1- Alat Pemadam Api / Fire Extiguisher : Diterangkan cara penggunaannya. Dicadangkan alat nie mestilah ringan sebab mudah di gunakan terutama untuk kediaman. Senang kanak-kanak pun boleh guna. Juga diterangkan bahawa tempat pemadam api tak boleh berkunci sebab ia mesti cepat dicapai. Dalam video ditunjukkan satu bilik musnah dalam 48 saat sahaja.
![]() |
| Alat pemadam api |
Kat alat pemadam api nie ada tertulis A,B,C, nie bukan untuk tadika tapi simbol pada alat pemadam api untuk kebakaran tertentu.
![]() |
| Jenis-jenis pemadam api |
Piawaian lain yang mesti ada pada alat ini mesti di sahkan oleh British Standard dan Marine Standard supaya tahan karat.
Alat ini juga mestilah dipastikan tekanan yang betul ( kena tengok meter ). Jika tekanan kurang, pacut tak lawas, jika terlebih meter takut terlampau kuat menyebabkan kita terpelanting kebelakang.
Kalau beli yang bagus, ada waranty dan juga boleh di servis jika terkanan kurang atau jika telah digunakan.
Alat pemadam api ini bukan sahaja untuk rumah tetapi juga di syorkan di letakkan dalam kereta bukan dalam bonet supaya mudah dicapai. Ada 3 kegunaan jika berada dalam kereta: 1- Dah tentu sabagai pemadam api jika berlaku kebakaran; 2- Sebagai tukul untuk memecahkan cermin kereta jika tarperangkap, perlu jenis yang kuat; 3- Jika ada peragut atau makhluk-makhluk jahat sebur ja, biar makan asap atau ketuk dengan benda nie.
2- Alat Pengesan Asap / Smoke Detector : Alat ini akan mengesan asap dan memberi isyarat bunyi. Dicadangkan yang menggunakan bateri sebab jika elektrik terputus masih boleh digunakan. Disarankan juga yang mengeluarkan bunyi yang kuat supaya terjaga dari tidur.
![]() |
| Pengesan asap |
Alat penggera dicadangkan diletakkan berdekatan DB atau ditengah-tengah rumah seperti ruang tamu atau dikawasan yang menggunakan banyak peralatan elektrik.
3- Topeng Asap / Smoke Mask : Jika berlaku kebakaran untuk keluar dari asap dan percikan api disarankan menggunakan topeng ini untuk kita keluar. Ada berbagai jenis. Kalau yang jenis bomba pakai memang mahal. Ada juga yang jenis mickey mouse ( betui ka nie ) yang hanya tutup hidung dengan mulut sahaja tetapi tidak di syorkan sebab bahaya muka dan mata masih terdedah dan juga percikan api boleh sambar.
![]() |
| Topeng asap |
Aku tak pasti betul atau tak dikatakan untuk rumah yang bertingkat-tingkat, DB perlu disediakan di setiap tingkat. Kalau rumah 2 tingkat, ada 2 DB. Betulkah nie Bertam Properties? Tolong jawab.
Terakhir sekali untuk yang hadir ceramah di berikan potongan harga untuk ketiga-tiga alat di atas.
Walau taklimat satu jam sahaja dan mungkin juga untuk promosi tetapi boleh memberi kesedaran betapa pentingnya mengetahui cara mengawal kebakaran dirumah. Ada yang mengatakan jika berlaku kebakaran insuran ada, tapi samakah nilai insuran dengan kecacatan atau kematian orang yang disayangi?
Setiap apa-apa yang turun kepada manusia itu adalah kehendak yang Esa tetapi kita sebagai makhluknya perlulah berusaha.
** Gambar yang aku tempek kat sini semua dari internet, bukan produk yang dibawa oleh amoi tu.
D'King Seafood : Selamat Hari Jadi 2012
Sekali lagi ke Sungai Petani untuk bertemu dengan D'King Seafood. Kali ini menyambut hari jadi isteri aku. Nie cerita minggu lepas. Dari kunjungan kami yang sebelum ini walau tak berapa menarik tapi bila dilihat sekeliling ketika itu ramai yang oder mee udang jadi kunjungan kali ini dengan matlamat mee udang. Kat baner diletakkan Mee Udang Banjir. Harap-harap OK.
Lawatan sambil makan yang lepas klik D'King Seafood Mee Udang Banjir.
Masa kami datang hari ni pun orang yang datang memang ramai. Ingat minggu lepas ramai sebab hari bapa. Takkan hari nie semua pakat sambut hari jadi pula. Apa-apa pun yang datang ramai-ramai tu kebanyakan oder mee udang.
Kami oder mee udang banjir yang femes tu dua pinggan, diletak dalam satu mangkuk. Nak oder lebih takut tak habis. Pelayan tanya nak udang apa, udang laut atau udang sungai? Kami pun tak tau nak udang jenis apa. Dia kata udang laut lebih sedap, jadi pilih udang laut. Muhammad Ammar oder burger ayam tak pedas dan Siti Sarah bebai tak mau makan sebab panas. Kami duduk bawah pondok tak ada kipas.
Sementara menunggu makanan sampai pula, M Ammar tetiba teriak sebab kena serang dengan nyamuk. Manja betuii.
Burger sampai dulu. Apa lagi M Ammar belasah sampai licin. Rasa OKlah.
Ahmad Firas nak juga burger jadi di oder roti burger bakar sahaja kat dia.
Kemudian menu yang ditunggu-tunggu sampai, mee udang semangkuk.
Nie yang aku cedok letak dalam piring.
Siti Sarah nak sepiring walau dengan muka bebai. Muhammad Ammar pun nak sepiring walau dah belasah buger.
Lepas saja makan baru pakat-pakat ceria balik. Semua nak tambah, sat saja dah licin. Nak oder baru malas, sebab orang ramai tak larat tunggu lama-lama.
Sebelum makan aku dok sangka mesti mee udang nie rasa seperti mee bandung atau mee kuah. Meleset, tak sama pun. Rasa kuah mee ni seperti kuah char kuey teow. Telur dihancur jadikan kuah. Udang boleh kata banyak juga. Sayur yang ada cuma toge dan tomato sahaja. Sangat simpel tapi sedap.
OK lah sampai disini sambutan hari jadi isteri aku. Tak ada kek cuma menambah sedikit kolesterol.
Masa kami keluar ada satu geng kelam Proton Persona kat luar. Minta depa ambil gambar kami berenam.
Lokasi dan alamat sila klik D'King Seafood yang lalu.
p/s: Nak cari kedai makan yang masak udang tak kiralah mee, tom yam atau apa-apa saja yang buang taik itam kat belakang udang. Kolesterol tuuu.
Lawatan sambil makan yang lepas klik D'King Seafood Mee Udang Banjir.
Masa kami datang hari ni pun orang yang datang memang ramai. Ingat minggu lepas ramai sebab hari bapa. Takkan hari nie semua pakat sambut hari jadi pula. Apa-apa pun yang datang ramai-ramai tu kebanyakan oder mee udang.
Kami oder mee udang banjir yang femes tu dua pinggan, diletak dalam satu mangkuk. Nak oder lebih takut tak habis. Pelayan tanya nak udang apa, udang laut atau udang sungai? Kami pun tak tau nak udang jenis apa. Dia kata udang laut lebih sedap, jadi pilih udang laut. Muhammad Ammar oder burger ayam tak pedas dan Siti Sarah bebai tak mau makan sebab panas. Kami duduk bawah pondok tak ada kipas.
Sementara menunggu makanan sampai pula, M Ammar tetiba teriak sebab kena serang dengan nyamuk. Manja betuii.
| Burger ayam |
| Untuk ibu |
Kemudian menu yang ditunggu-tunggu sampai, mee udang semangkuk.
| Mee udang |
| Mai sepiring |
Lepas saja makan baru pakat-pakat ceria balik. Semua nak tambah, sat saja dah licin. Nak oder baru malas, sebab orang ramai tak larat tunggu lama-lama.
| Harga udang semasa |
OK lah sampai disini sambutan hari jadi isteri aku. Tak ada kek cuma menambah sedikit kolesterol.
| Ibu bersama anak-anak |
| Selamat hari jadi buat isteriku yang ke ???? |
p/s: Nak cari kedai makan yang masak udang tak kiralah mee, tom yam atau apa-apa saja yang buang taik itam kat belakang udang. Kolesterol tuuu.
Sesiapa Pun Boleh Jadi Sesiapa
Zaman dulu-dulu boleh kata setiap pekerjaan mesti ada alatnya. Penggunaan alat-alat tu mesti ada kemahiran. Kalau tak dak kemahiran boleh bengong sekejap. Kat bawah aku letakkan beberapa alat yang selalu atau kadang-kadang digunakan.
Tau apa kebenda benda nie?? Abacus atau sempoa. La nie budak-budak sekolah kembali belajar menggunakan benda nie untuk mengira. Zaman aku dulu-dulu banyak kedai cina kira duit guna benda nie. Kira zaman tak ada kalkulator benda nie kira hebat dah. TOK..TAK..TAK...TAK...12 ringgit 2 kupang 5 det.
Yang nie pula apa?? benda nie digunakan terutama untuk melukis benda yang ada skill seperti untuk arkitek, pelukis plan dan sebagainya. Orang panggil dalam bahasa melayu drawing set. Nak guna benda nie mesti ada kemahiran, bukan cucuk sesuka hati ja. La nie tak pasti masih digunakan.
Haaaa yang nie mesti tau, buku conteng. Apa-apa saja nak catit, tenyeh saja kat sini. Dulu-dulu kalau jalan sambil keleng buku nie kira hebat la. Ahli perniagaan yang berjaya. Yang nie tak ada kemahiran pun tak pa tapi mesti tahu tujuan penggunaan samaada nak catit memo, temujanji dan sebagainya. Orang Malaysia panggil organizer.
Yang ni kalau tak tau saja. Bebudak pun tahu. Alat untuk menconteng. Nak guna benda nie selalunya orang seni. Kalau orang seni calit sikit atas kertas dah kira seni agung. Kalau orang biasa buat cam tu dikata membazir. Nak dapat hasil yang cantik perlu bakat dan kemahiran.
Yang ini pun tak tau saja, mesin taip. Dulu-dulu kalau buat tugasan diberi pilihan nak tulis tangan atau ketuk banda nie. Kalau guna benda nie dapat markah lebih. Sebab senang baca, tak payah merenung tulisan bengkang-bengkok. Dulu-dulu juga dalam alam pekerjaan ada jawatan typist atau jurutaip. Bukan senang nak dapat status typist nie, kena belajar menaip, lepas tu kena ambil ujian, dilihat kelajuan dan kesilapan dilakukan, lepas lulus baru dapat sijil, lepas dapat sijil baru boleh mohon jawatan typist nie. Dalam temuduga ditanya berapa kelajuan menaip dan diadakan ujian sekali lagi. Uiehhhh.... bukan mudahhh.
Yang nie benda apa?? gambar pun hitam putih. Nie la alat untuk mengedit audio dan video. Dulu-dulu semua banda merakam dibuat dalam bentuk tape yang bergulug-gulung. Tape inilah yang menyimpan maklumat rakaman. Selepas dibuat rakaman, dibuat editing. Lalu di potong dan sambung tape-tape ini mengikut citarasa. Kemahiran yang tinggi diperlukan dalam proses ini.
Itu sebahagian yang aku dapat senaraikan. Semua pekerjaan tersebut menggunakan alatan berbeza. Dari memerlukan kemahiran yang tinggi sampai yang mudah-mudah. Tetapi sekarang semua dah berubah. Komputer telah mengambil alih semua pekerjaan alatan-alatan tersebut.
Kemahiran-kemahiran untuk melakukan pekerjaan boleh disimpan dalam komputer. Manusia yang menggunakannya hanya perlu tahu apa yang hendak dibuat dan install perisian tertentu untuk komputer melaksanakan. Dengan komputer sesiapa pun boleh menjadi sesiapa. Seorang kerani mungkin boleh jadi jurukaun, seorang jurteknik boleh menjadi ahligrafik. Lagi pun kesilapan dapat diperbetul dengan mudah.
Jika tiada kemahiran menggunakannya, intenet dihujung jari. Berbagai maklumat dipaparkan dari sumber bertulis sehingga cara melaksanakan melalui grafik dan video boleh didapati. Pekerjaan pun boleh dilakukan di rumah. Yang penting rajin. Jadi apa yang membezakan pengiktirafan kepakaran dari prof IPT dengan prof Google dan Yahoo.
Apa yang membezakan ialah belajar sacara formal, tersusun dan ada sijil pengiktirafan yang mengesahkannya dilengkapi dengan pengetahuan yang mantap. Oleh itu ia berkebolehan menggunakan sumber yang ada dimana kebolehan mendapatkan maklumat dan mengolahnya dalam berbagai bentuk dan cara. Kualiti yang dihasilkan menepati kehendak pelanggan. Tempoh masa menghasilkan kerja yang efisyen, tak tertangguh-tangguh dan hasil keluaran yang berkualiti. Tak perlulah sikit-sikit nak google, nak tanya sini sana. Membuang masa.
Oleh itu jika yang lulusan dari prof IPT tapi terkial-kial buat kerja baik belajar dari prof Google dan Yahoo, jimat.
Walau apa pun aku tulis kat atas tu yang penting ialah kreativiti dimana kebolehan mengolah sesuatu perkara dari baik ke cemerlang dan dapat memberi ide-ide baru. Seperti semua orang boleh mengambil gambar tetapi siapakah yang memberi suatu kelainan dalam gambar tersebut mungkin dari segi teknik, sudut dan sebagainya. Yang ini mungkin boleh belajar tetapi kebolehan dan perlaksanaan bergantung kepada individu. Ini yang kadang-kadang membezakan seseorang.
Contoh yang terdekat ialah dalam dunia hiburan. Ada penyanyi yang menangis entah berapa gelan air mata atas pentas nak dapat sokongan tetapi ada yang hanya upload klip video dia nyanyi dalam Youtube dah boleh buat album.
Ketika ini dunia tanpa sempadan, yang dapat mengetengahkan kelainan akan berada dihadapan.
P/s : Apa aku tulis nie sukar berlaku dalam sektor kerajaan sebab betapa kreatif dan hebat pun kau tuuu kalau tak ada sijil boleh jalan. Kerja sendiri dan sektor swasta mungkin ada kelonggran. Rezeki ada dimana-mana.

Mee Bilal
Minggu lepas ketika balik dari kampung, masih awal petang. Perut pun minta diisi, kena cari apa-apa yang patut nie. Nak cari makanan atas sikit dari ringan dan bawah sikit dari berat.
Jadi ke Mee Bilal. Kat kawasan sini memang terkenal. Dulu dia letak kereta tolak tepi bangunan kedai saja tapi sekarang dah ambil satu lot di kawasan perniagaan Bertam Indah.Walau dah ada kedai, masih mengekalkan kereta tolak juga. Mengekalkan tradisi.
Kat dalam kedai pun banyak kerusi meja. Kami lepak kat luar, nak rasa santai dan terasa macam dulu-dulu.
Kat sebelah kereta tolak nie dia menggoreng. Antara yang dijual mee goreng, mee rebus, koey teow dan pasembor. Boleh kata semua memang sedap. Harga pun berpatutan RM 2.50 saja bersamaan dengan kuantitinya.
Memang sedap la makan kat sini. Muhammad Ammar telah membelasah 2 pinggan mee goreng. Kedai Mee Bilal nie juga menyediakan murtabak, roti sardin, nasi kandar pada waktu-waktu tertentu. Aku tak pernah makan lagi.
Waktu operasi untuk mee dibuka dari jam 11 pagi hingga lebih kurang jam 7 petang. Untuk makanan lain aku tak pasti, rasanya dari pagi hingga malam.
Lokasi di Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Mee Bilal nie sebaris dengan satu lagi kedai makan yang pernah aku tulis, Restoran Miezuri Briyani House. Nak mudah Google Map saja kat bawah.
View Mee Bilal in a larger map
| Mee Bilal bersama kereta tolak dihadapan kedai |
Kat dalam kedai pun banyak kerusi meja. Kami lepak kat luar, nak rasa santai dan terasa macam dulu-dulu.
| Tokey sedang menggoreng sebelah kereta tolak |
| Pasembur |
| Koew teaw goreng |
| Mee goreng |
| Mee rebus |
Waktu operasi untuk mee dibuka dari jam 11 pagi hingga lebih kurang jam 7 petang. Untuk makanan lain aku tak pasti, rasanya dari pagi hingga malam.
Lokasi di Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Mee Bilal nie sebaris dengan satu lagi kedai makan yang pernah aku tulis, Restoran Miezuri Briyani House. Nak mudah Google Map saja kat bawah.
View Mee Bilal in a larger map
Anugerah Kecemerlangan SKBP 2012
Hari yang ditunggu-tunggu terutama Muhammad Ammar, Sabtu 30hb Jun2012. Nak naik pentas terima hadiah. Begitu juga kakaknya Siti Sarah sebab akan buat persembahan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Bertam Perdana 2012. Tapi sebelum itu dibuat perjumpaan guru kelas dengan ibu bapa, ditetapkan antara jam 9 - 10 pagi.
Seawal 9 pagi kami ke kelas Siti Sarah dulu, 4 Persada di tingkat 3. Dengar apa yang cikgu kelas kata, Cikgu Aziah. Adalah kurang sana-sini terutama dalam membuat karangan tapi keseluruhan Alhamdulilah semua OK.
Lepas tu ke kelas M Ammar, 1 Perdana. Berjumpa dengan Cikgu Rosnani. Pujian untuk Ammar suka menolong tapi suka berjalan dalam kelas dan tulisan macam doktor.
Habis saja berjumpa cikgu kelas kami ke dewan terbuka SKBP dimana acara penyampaian hadiah akan diadakan. Ammar dan Sarah dah pergi untuk persiapan mereka. Ibu bapa boleh kata dah ramai.
Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Eddly
Seterusnya ucapan Guru Besar Tn Hj Ahmad Baker.
Beliau menerangkan hadiah yang di berikan mungkin tak seberapa disebabkan penerima yang ramai jadi kalau nak lebih menarik ibu bapa boleh top up.
Diikuti ucapan oleh YDP PIBG En Abd Latif Saidin .
Akhir sekali ucapan perasmian oeh Tn Hj Mohd Zaki B Hj Harun dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Beliau menyarankan ibu bapa membantu murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran. Jangan mengharap kepada guru sahaja sebab seorang guru menjaga hampir 15 murid ( Tn Hj kira congak otak ) sedangkan ibu bapa menjaga paling ramai pun 5 orang anak.
Beliau juga menggalakakan ibubapa menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan memberi bantuan apa yang patut. Diceritakan bahawa ada sekolah yang dahulunya corot menjadi cemerlang disebabkan penyertaan ibu bapa. Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu aktiviti sekolah, jadi untuk mengwar-warkan program mereka telah menampal poster aktiviti sekolah seperti di kedai runcit.
Begitulah ucapan serba sedikit yang aku ingat.
Acara seterusnya ialah persembahan murid-murid. Persembahan kalam jamaie atau dalam bahasa melayu choral speaking.
Acara yang dinanti-nanti oleh ibu bapa bermula. Penyampaian hadiah kecemerlangan dalam pelajaran.
Dimulai dengan Penerima Hadiah Top 10 untuk setiap tahun. Sebelum ini Ammar kata dia terima hadiah untuk "tok te". Puas nak paham benda apa dia cakap lalu kakak dia kata Ammar dapat hadiah "top ten" kat sekolah, baru paham apa tu "tok te". Alhamdulillah M Ammar termasuk dalam senarai untuk tahun 1, dia menduduki tempat kesepuluh bersama seorang lagi kawannya.
Seleseai saja untuk Tahun 6, seterusnya Penerima Hadiah untuk nombor satu hingga tiga bagi setiap kelas.
Alhamdulillah Ammar dapat nombor 3 dalam kelas. Kali ini juga berkongsi tempat dengan rakannya. Beliau juga terbaik untuk Bahasa Inggeris.
Selesai semua kelas mendapat hadiah, diteruskan dengan acara persembahan. Kali ini Siti Sarah ambil bahagian. Persembahan kalam jamaie.
Habis sahaja persembahan, acara disambung dengan penyampaian hadiah untuk Penerima Mata Pelajaran Tertinggi pula.
Aku tak tunggu acara habis, sebab ada acara lain perlu hadir. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada guru-guru SKBP yang telah mendidik anak-anak kami menjadi manusia berguna dan ucapkan terima kasih juga kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah menjayakan acara ini.
Walau kali ini Siti Sarah tak naik pentas terima hadiah tetapi beliau telah meningkat dalam pelajarannya. Semoga anak-anak kami menjadi orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat, Insyaallah.
Gambar-gambar lain klik kat sini.
| Kelas 4 Persada |
| Kelas 1 Perdana |
Habis saja berjumpa cikgu kelas kami ke dewan terbuka SKBP dimana acara penyampaian hadiah akan diadakan. Ammar dan Sarah dah pergi untuk persiapan mereka. Ibu bapa boleh kata dah ramai.
Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Eddly
Seterusnya ucapan Guru Besar Tn Hj Ahmad Baker.
Beliau menerangkan hadiah yang di berikan mungkin tak seberapa disebabkan penerima yang ramai jadi kalau nak lebih menarik ibu bapa boleh top up.
Diikuti ucapan oleh YDP PIBG En Abd Latif Saidin .
Akhir sekali ucapan perasmian oeh Tn Hj Mohd Zaki B Hj Harun dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Beliau menyarankan ibu bapa membantu murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran. Jangan mengharap kepada guru sahaja sebab seorang guru menjaga hampir 15 murid ( Tn Hj kira congak otak ) sedangkan ibu bapa menjaga paling ramai pun 5 orang anak.
Beliau juga menggalakakan ibubapa menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan memberi bantuan apa yang patut. Diceritakan bahawa ada sekolah yang dahulunya corot menjadi cemerlang disebabkan penyertaan ibu bapa. Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu aktiviti sekolah, jadi untuk mengwar-warkan program mereka telah menampal poster aktiviti sekolah seperti di kedai runcit.
Begitulah ucapan serba sedikit yang aku ingat.
Acara seterusnya ialah persembahan murid-murid. Persembahan kalam jamaie atau dalam bahasa melayu choral speaking.
| Kalam Jamaie @ Choral Speaking |
Dimulai dengan Penerima Hadiah Top 10 untuk setiap tahun. Sebelum ini Ammar kata dia terima hadiah untuk "tok te". Puas nak paham benda apa dia cakap lalu kakak dia kata Ammar dapat hadiah "top ten" kat sekolah, baru paham apa tu "tok te". Alhamdulillah M Ammar termasuk dalam senarai untuk tahun 1, dia menduduki tempat kesepuluh bersama seorang lagi kawannya.
| Tok te, piala tak dapat lagi. |
Seleseai saja untuk Tahun 6, seterusnya Penerima Hadiah untuk nombor satu hingga tiga bagi setiap kelas.
| Nombor 3 dalam kelas. Ada bayang manusia dalam gambar nie. Sayang, benda tak boleh diulang. |
Alhamdulillah Ammar dapat nombor 3 dalam kelas. Kali ini juga berkongsi tempat dengan rakannya. Beliau juga terbaik untuk Bahasa Inggeris.
Selesai semua kelas mendapat hadiah, diteruskan dengan acara persembahan. Kali ini Siti Sarah ambil bahagian. Persembahan kalam jamaie.
| Sarah, kalam jamaie |
Aku tak tunggu acara habis, sebab ada acara lain perlu hadir. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada guru-guru SKBP yang telah mendidik anak-anak kami menjadi manusia berguna dan ucapkan terima kasih juga kepada guru-guru dan AJK PIBG yang telah menjayakan acara ini.
Walau kali ini Siti Sarah tak naik pentas terima hadiah tetapi beliau telah meningkat dalam pelajarannya. Semoga anak-anak kami menjadi orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat, Insyaallah.
Gambar-gambar lain klik kat sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)