Bila lalu lebuhraya. Dalam berbaris jem masa lalu lorong Smart Tag atau Touch n Go tetiba lalu kereta dengan pantas melalui lorong RFID.
Sebelah Seberang Perai ada beberapa lebuhraya yang disediakan RFID. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB atau BORR) ~ Tuuu.. lebuhraya yang ada Plaza Tol Sungai Nyior yang femes katanya tol akan dimansuhkan jika kerajaan bertukar tapi yang dapat tol dinaikkan, Butterworth Kulim Expressway (BKE) dan Jambatan Kedua Sendirian Berhad (JKSB). Selalu aku ikut BORR sebab tak nak menghadapi jem di Seberang Jaya Darul Jem waktu pagi dan petang.
Lama cari tempat pasang benda RFID ni belah Utara. Orang sebelah KL dah lama guna. Lama-lama benda ini melintas di FB. Banyak juga tempat pemasangan benda ini, kebanyakan di pasaraya sebelah Pulau. Ketika ini pemasangan masih lagi percuma.
|
Senarai tempat pemasangan RFID Touch n Go. Promosi Julai hingga Ogos. |
Sebelum pamasangan kita kena register dahulu. Jadi cari lokasi yang membuat pemasangan benda ini. Ketika ini, selalunya didalam pasaraya. Bawa sekali salinan dan asal IC atau lesen memandu atau pasport (jika kau tu bukan rakyat Malaysia), salinan geran kereta atau cover note insuran, Kalau kereta orang lain tolong bawa surat kebenaran dan akhir sekali kalau boleh download siap-siap app Touch n Go eWallet ke handphone. Geng yang akan pasang akan register dan bla.. bla.. Siap sahaja daftar mereka suruh bawa kereta ke lokasi pemasangan.
|
Daftar dulu. |
RFID ini seperti stiker yang akan dilekatkan pada kereta. Sebelum lekatkan stiker ini, mereka akan buat ujian kesesuain tempat yang hendak dilekatkan. Nak lekatkan benda ini bukan boleh suka hati saja. Ia di lekatkan di tempat yang tidak ada unsur logam dan lokasi yang memberi isyarat yang kuat sahaja. Selalunya dipasang pada lampu dan cermin kereta.
|
Bawa kereta ke lokasi yang diberitahu. Mereka akan buat ujian dan lekatkan stiker RFID. |
Siap lekatkan, ada pantang larangnya. Menurut bro yang lekatkan RFID itu, stiker yang di tampal jangan dibasuh dalam 2 hari sebab nak bagi gam kering. Selepas tampal jangan di bawa melintas dengan bangganya di plaza tol yang ada RFID, tunggu dapat SMS pengaktifan dulu, katanya dalam dua hari. Tapi selepas 2 jam aku dah dapat SMS pengaktifan. Jadi hari ini aku balik kerja terus cari lebuhraya yang ada RFID dan dengan bangganya melintas. Ingat sebelum melintas dengan bangga pastikan top-up duit cukup-cukup dulu dalam eWalet, kalau tidak buat malu kena reverse ja.
|
Aku minta lekatkan di cermin hadapan. |
Buat masa sekarang boleh lah laju di lorong RFID sebab orang tak ramai guna lagi. Jika RFID telah digunakan menyeluruh dan pengguna pun dah ramai tetapi lorong yang disediakan tak mencukupi akan tetap jem juga seperti sistem Smart Tag. Jadi kenafikir-fikirkan. Oklah selamat berRFID dan tol tetap kena bayar.
*Tajuk sepenuhnya ialah pembayaran tol menggunakan sistem RFID dan pembayaran tol menggunakan Smart Tag akan dimansuhkan. Tol bila akan dimansuhkan??? redho ja lah.
ReplyDeleteشركة كشف تسربات المياه براس تنورة
شركة مكافحة الثعابين بعنك
cumrimonshe-Billings Donald Robinson Free download
ReplyDeleteFree download
uneninel