Mesin Basuh Extend Waranty

Hari ini tetiba bunyi geduk geduk geduk.... Mesin basuh berbunyi ketika spin. Dah nak boleh habuan kedai dobi dah lepas ni.

Mesin basuh Toshiba ni dah lama, aku pun dah lupa bila dan kedai mana yang beli. Apa yang aku tahu masa beli selalunya top up extend waranty, ada kut sehingga 6 tahun. Extend waranty ni bukan waranty dari pengeluar alatan tetapi insuran. Jadi aku talifon kedai-kedai yang selalu kami beli alat elektik. Kedai-kedai ini ada maklumat pembeli. Alhamdulillah jumpa kedainya. SEC Elektrik Sungai Petani.

16 Mei Khamis report ke SEC SP - Mesin basuh ada bunyi bila spin. Bagilah maklumat gedebuk gedebaq. Masih ada insuran cover (extend waranty). Diberitahu pihak Toshiba akan call balik 2 ke tiga hari. Untuk makluman bahagian servis cuma bekerja Isnin hingga Jumaat sahaja. Jadi memandangkan hari ini Khamis maka minggu depan mereka akan call.

Selepas aku report ke SEC beberapa hari, mesin basuh yang masih boleh berfungsi tetiba pejam terus sekali dengan elaktrik rumah trip. Pakaian masih terendam dalam mesin tetapi tak boleh buka pintu nak bawa keluar sebab "Child Lock". Cari di You Tube cara nak buka child lock. Tak jumpa model yang sama atau seakan-akan sama. Alhamdulillah terjumpa cara buka penutup atas semua sekali - semua mesin lebih kurang sama sahaja. Apa lagi selamat dapat keluarkan pakaian. Kalau tidak jadi pekasamlah pakaian tu. Maka bermulalah ulang alik ke kedai Dobi.

23 Mei tengahari - pihak Toshiba talifon nak datang rumah. Dah bagi tahu ke SEC nak datang talifon dulu dan set tarikh. Apa dia ingat kami kerja tunggu dia kat rumah. Minta datang hari Sabtu atau Ahad pula geng servis ini tak kerja. Jadi kami minta tarikh lain. Minggu depan sekolah cuti. Anak-anak ada kat rumah. Jadi minta dia datang minggu depan, anak-anak boleh tolong tengokkan. Ok lah senang.

27 Mei Isnin - Talifon SEC, report pihak Toshiba tak call confirm tarikh. Tak sampai 5 minit pihak Toshiba talifon  dan confirm tarikh. Dan mereka datang hari ini. Anak aku tengok mereka repair. Kata yang servis, mereka kata board rosak dan akan tukar. Jadi mereka balik dan nanti akan datang semula ganti board tu. Pintu mesin basuh mereka buka dulu. Balik nanti bolehlah cedok air keluar.

30 Mei Khamis- pihak Toshiba datang semula dan ganti board. Mereka masukkan air dan mesin berfungsi. Anak aku yg tengok masa ini.

Balik kerja dengan heppppy. Tak payah ke kedai dobi lagi. Apa lagi masukkan pakaian kotor dan START. Tengok air masuk cantik saja dan tutup pintu mesin basuh. Tak berapa lama tergerak hati nak tengok apa jadi. Laaa.. semua lampu LED dah padam. Pejam balik.

Talifon SEC SP dan report kejadian. Mereka akan beritahu pihak servis Toshiba. Mereka minta no telefon Toshiba. Macam biasa dijanji 2 ke 3 hari bekerja mereka akan call balik. Kebetulan hari ini Khamis, maka kena tunggu minggu depanlah.

31 Mei Jumaat - Talifon sendiri Toshiba. Jadi aku ceritalah apa terjadi. Lalu disuruh sambung direct ke soket tanpa guna extention board. Mana boleh, kebel mesin basuh pendek. Lagi pun extention tu memang untuk mesin basuh sahaja. Mungkin nak salahkan extention rosak kot. Extention board aku boleh check sendiri lah. Nak set tarikh minggu depan tak boleh sebab kami balik kampung,  ini kan minggu raya. Mereka pun tak kerja juga. Kena tunggu minggu lepas raya. Oklah nanti talifon semula.

7 Jun - Telefon SEC tanya apa cerita dengan Toshiba. Mereka tak tahu mesin rosak balik, tak pasti hari itu mereka ambil report atau tidak. Sekali lagi mereka akan beritahu pihak Toshiba.

12 Jun - Pihak Toshiba tak call. Jadi aku call SEC tanya apa cerita. Biasalah ulang balik cerita awal. Mereka akan confirm dengan Toshiba dan akan talifon aku. Hari yang sama SEC talifon semula dan bagi tahu Toshiba minta buat report aduan semula. Laaa… Apa punya cerita.

13 Mei - Pihak Toshiba call. Kali ini lelaki Melayu call. Biasalah cerita balik apa berlaku. Dia janji juruteknik dia akan call confirm tarikh mereka akan datang. Dan macam biasa aku bagi tahu kena confirm tarikh dulu. Bukan datang bila-bila. Aku bukan suri rumah sepenuh masa tunggu mereka.

17 Mei lewat petang - Talifon SEC tanya apa cerita. En Amin jawab. Laaa mereka kata tak tahu pihak Toshiba tak datang lagi. Macam biasa mereka akan buat report.

18 Jun tengahari - Toshiba Pn Nur talifon. Kali ini depa call set tarikh. Esok katanya nak datang tapi masa tak tahu. Yang ni lagi satu, setakat dia datang nak check, aku kena ambik cuti. Lepas tu dia kata juruteknik akan datang dalam jam 2 petang keatas. Oklah bila juruteknik tu nak keluar esok, talifon aku bagitahu masa. Biasalah kontraktor tak keluar awal pagi, boleh jadi jam 11 pagi baru gerak. Oklah esok aku tunggu call.

19 Jun - Hampir jam 1 tengahari SEC talifon tanya Toshiba dah confirm masa ka. Aku tersilap, kata tak talifon lagi. Check balik henphon, baru perasan kelmarin Toshiba dah talipon dan set masa. Call balik SEC bagi tahu. Lepas tu aku call juruteknik Toshiba. Dia tengah makan dan akan ke kebeberapa tempat dulu baru sampai ke rumah aku lebih kurang jam 3 petang.

19 Jun - Balik ke rumah jam 3 lebih sikit mereka datang. 2 orang dari Toshiba. Cerita serba sedikit apa yang berlaku. Mungkin yang datang kali ini lebih pakar dan lebih pemerhatiannya. Yang dulu datang terus tukar board, selesai. Tapi yang datang kali ini dia mendengar rentetan kerosakan. Dari mesin berbunyi sehingga pejam. Dengan mudah dia dapat kesan punca kerosakan bukan dari board tetapi kondenser terjatuh dan wayarnya short ke badan mesin basuh. Bila berlaku perkara ini board yang diatas pun akan trip/rosak juga.

Lalu dibuka bawah mesin dan memang kondenser dah terjuntai kebawah dan ada kesan spark pada wayar. Memang betul diacakap tadi. Diskrew balik kondenser itu. Baliau juga periksa valve air keluar. Ada sedikit masalah,  apabila dia menarik picu valve, ia tidak bergerak dengan licin. Masalah ini menyebabkan air keluar tidak lancar dan akan ada lebihan air tertinggal dalam drum. Beliau adjust balik dan diletakkan grease. OK lancar semula.

Juruteknik yang datang kali ini memang tak kedekut ilmu, diberitahu sebab-sebab berlaku kerosakan.  Lebihan air yang tertinggal dalam drum akan memberi dua kesan. Satunya, ia meyebabkan air lebihan berkocak ketika spin menyebabkan mesin bergoyang/bergetar kuat, ini salah satu menyebabkana kodenser terjatuh. Yang kedua pakaian tak akan di perah/keringkan dengan baik ketika spin disebabkan air masih ada dalam drum. Alhamdulillah ilmu baru aku belajar hari ini.

Tak boleh "ON" lagi. Dibuka penutup board dan dapat dilihat Fuse dah terbakar. Jadi mereka tukar board (jadi ini board yang kedua lah mereka tukar). Pasang balik dan test. Alhamdulillah  semua berjalan lancar.

Di rumah, lubang di lantai tempat air basuhan keluar tinggi sedikit, lalu dinasihatkan sama ada letakkan mesin basuh lebih tinggi ( letak atas pelapik) atau potong paip/adjust tempat keluar air bagi rendah dari lubang keluar air mesin basuh. Ini bagi mengelakkan air tak dapat dikeluarkan sepenuhnya yang akan menambah beban kepada mesin basuh.

Alhamdulillah, walau sebulan menunggu tapi berbaloi. Bila dihantar yang pakar maka mereka akan menyelesaikan masalah yang berlaku dan juga benda-benda lain yang bersangkut paut supaya tidak berulang. Dan yang penting tak kedekut ilmu, berbagai perkara diberitahu. Moga juruteknik itu murah rezeki dan hayat mesin basuh ini panjang untuk berbakti.


1 comment: