Penjara Taiping |
Kali ini juga bukan kedai Tom Yam 😂😂😂 . Kali ini kami ke Selera Warisan Abah, sebuah warong masakan ala kampung terletak di persimpangan jalan dekat saja dengan Panjara Taiping. Terletak betul-betul di tepi jalan.
Selera Warisan Abah |
Waktu tengahari orang boleh tahan ramai juga. Masakan ala kampung memang sedap kat sini. Macam-macam masakan ada. Kari, masak tempoyak, masak lemak, kerabu sambal dan ulam-ulaman dan ada juga bakar-bakar seperti ayam, ikan pari dan keli.
Macam-macam lauk ala kampung ada. Ada banyak lagi lauk tapi aku tak ambil gambar ~ entah pasai apa. |
Aku biasa makan tengahari sahaja disini dan amat memenuhi selera aku. Untuk makan tengahari, jangan sampai lewat sangat nanti lauk habis. Sarapan disini aku tak pasti macam mana ~ tak pernah lagi cuba. Kedai ini bagi aku bersih dan selesa ditambah dengan pekerja yang ramah. Harga pula berpatutan. Ramai ibu bapa yang bawa anak outing makan disini.
Selera Warisan Abah
Jalan Kemunting Lama
Facebook: Selera-Warisan-Abah
Waktu operasi:
Buka setiap hari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tutup hari Rabu
Lokasi GPS dan Google Map:
4°51'44.4"N 100°44'55.9"E
4.862333, 100.748861
No comments:
Post a Comment