Pusat Penjaja Bandar Putra Bertam

Kalau famili ramai atau kawan-kawan ramai datang dengan macam-macam punya kepala akai untuk sarapan pagi. Pening kepala untuk memenuhi nafsu setiap orang, aku cadangkan ke Bandar Bertam Putra.

Dalam kawasan bangunan perniagaan Bandar Putra Bertam tak jauh dari Mydin Mall Bertam terdapat sebaris pusat penjaja MPSP, Pusat Penjaja Bandar Putra Bertam. Dalam deretan ini terdapat lebih kurang 15 buah kedai makan dan minuman. Haaa bolehlah bersantap disini.
DSC_3367
Berbagai makanan di jual terutama waktu pagi. Antara menu sarapan yang ada disini, dah tentu nasi lemak, nasi campur, dim sum, mee, bihun, roti bakar, roti canai, tosei, apom lenggang, nasi kerabu, berbagai kuih dan cucuq dan sebagainya. Waktu pagi memang meriah disini.
DSC_0298
Pulut Kuning
DSC_0299
Nasi Kerabu
DSC_3374
Dim sum
DSC_3427
Apom lenggang
DSC_3424
Tosei
Untuk makan tengahari pula sambungan dari baki-baki sarapan pagi dan ditambah lagi seperti nasi campur, nasi set, masakan ala thai, western, mee tulang, bihun sup dan sebagainya. Malam pula ada masakan ala Thai, mee tulang, bihun sup dan sebagainya.
DSC_3379
DSC_3774
Sizling mee
DSC_3348
Koey teow gereng
DSC_3776
Set Ikan Keli
DSC_3777
Set Ayam
Antara waktu yang menjadi syurga makan disini ialah waktu sarapan pagi, sebab berbagai jenis menu ada. Apa-apa pun makanan disini tak mengecewakan. Memang sedap dan harga pun berpatutan.
DSC_3371
Jadi kepada yang nak bersarapan atau masa-masa lain  boleh datang ke sini. Tapi aku tak jamin setiap menu itu ada sentiasa sebab ada gerai yang mengubah menu mereka atau ada juga gerai yang tutup. Aku kongsikan lokasi dibawah.

Pusat Penjaja Bandar Putra Bertam

Waktu Buka:
Setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam.

Lokasi GPS:
5°31'06.9"N 100°28'51.0"E
5.518594, 100.480831

Lokasi Google Map:


No comments:

Post a Comment