Tuesday, September 27, 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan SKBP 2016

Hari Sabtu 6 Ogos 2016 berlangsungnya Hari Anugerah dan Kecemerlangan SK Bertam Perdana. Alhamdulillah kali ini Muhammad Ammar dapat naik pentas setelah tahun lepas tidak merasa menaiki pentas. Tahun  lepas mungkin pengajaran bagi dia. Tahun ini dengan usaha bersungguh dan juga mak dia dok perhati lebih sikit dengan izin Allah dapatlah naik pentas. Masa peperiksan yang lalu mak dia perhati lebih sikit sebab bercuti panjang, jadi tak bolehlah main-main.

Dalam jam 8.30 pagi kami dah sampai ke Dewan Terbuka SKBP. Muhammad Ammar pergi sekolah awal lagi untuk persiapan. Hampir jam 9 pagi orang dinanti untuk perasmian sampai. Kali ini ADUN Pinang Tunggal YB Dato Roslan Saidin akan merasmikan majlis.
DSC_9445
Kedatangan ADUN Pinang Tunggal Dato Roslan Saidin disambut dengan Bungan Manggar.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Negeri Kita dan disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahfazrul.
DSC_9448
Dikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar, En Mohd Zubir.  Antaranya GB memberitahu beberapa pencapai yang diperolehi oleh SKBP dari segi akademik dan juga prasarana sekolah. Dimasukkan juga tentang penambahan pada surau sedia ada untuk menampung pelajar yang semakin ramai.
DSC_9450
Ucapan GB En Mohd Zubir.
SKBP juga akan menerima penambahan pelajar untuk tahun satu tahun hadapan disebabkan pertambahan penduduk disekitar (Nampak gaya tahun hadapan pun sekolah akan ada dua sesi juga lah, pagi dan petang ~ harap YB yang datang paham apa yang nak disampaikan. Sekolah tidak mencukupi di Kawasan Bertam ini).

Untuk menampung pertambahan murid, sekolah mengambil inisiatif menyiapkan 2 buah kontena yang diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah.

Tahun ini juga SKBP membina sejarah untuk hadiah kepada pelajar yang cemerlang. Pihak sekolah dengan usaha GB telah mendapat penajaan hadiah dari Bank Persatuan. Dimana setiap pelajar yang berjaya akan mendapat akaun Bank Persatuan dengan sejumlah wang.  Selepas ucapan GB, Naib Pengerusi YDP PIBG pula memberi ucapan.
DSC_9452
Ucapan oleh Naib Pengerusi PIBG.
DSC_9459
Ucapan dan perasmian oleh YB Dato Roslan.
Selepas itu ucapan dan perasmian oleh YB Dato Roslan Saidin. Antara yang aku suka tentang ucapannya ialah tentang kemasukan pelajar ke SKBP. Katanya ada ibu bapa yang datang jumpa beliau untuk dapat sokongan anak mereka masuk ke SKBP. Dan dia dengan kuasa yang ada meluluskan ( Terfikir aku, pening juga cikgu-cikgu dan GB untuk menerima pelajar yang ramai. Harap YB dapat selesaikan pembinaan sekolah baru dengan segera ~ dah lama dahhhh). Ucapan beliau disudahi dengan perasmian Hari Anugerah dan Kecemerlanagn SKBP.

Selesai sahaja perasmian. Acara dimulai dengan persembahahn pelajar.
DSC_9461
DSC_9465
Para VIP menonton persembahan pelajar.
DSC_9470
Persembahan oleh Pelajar Pra-Sekolah.
Selesai sahaja persembahan. Acara penyampaian hadiah pun bermula. Dimulai dengan penyampaian hadiah untuk pelajar yang menunjukkan pencapaian terbaik di Tahun 6. Dato Roslaan Saidin dijemput memberi hadiah. Bagi semangat kepada tahun 6 untuk menghadapi UPSR tahun ini.
DSC_9472

Selepas penyampaian hadiah untuk Tahun Enam, Dato terpaksa meninggalkan majlis disebabkan ada program lain. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada Pra Sekolah, Tahun Satu dan seterusnya.  Di pertengahan acara penyampaian hadiah, iklan sebantar. Selingan persembahan dari pelajar.
DSC_9476
DSC_9478
Persembahan dari pelajar SKBP.
Selesai peersembahan. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk Tahun Empat dan Lima. Tibalan giliran Tahun Lima, M Ammar naik pentas.
DSC_9492
Alhamdulillah semoga mendapat kejayaan yang lebih baik di masa akan datang.
DSC_9497

Acara penutup ialah bergambar beramai-ramai, katanya pihak Berita Harian ada disitu untuk merakamkan semua pelajar tersebut.
DSC_9506
Bersama kawan-kawan yang naik pentas. Ammar kat mana?
Jadi setakat itu program hari ini. Mohon Allah memberi kecemerlanagn dunia akhirat kepada Muhammada Ammar dan juga kawan-kawannya. Ucapan setinggi terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengajar anak kami dan hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...