Lama tak tulis jalan-jalan cari makan. Cerita lama tapi selalu juga singgah ke retoran ini. Restoran ini berada di persimpangan jalan Jalan Transfer dan A.S Mashoor dan berhadapan dengan stesyen minyak CALTEX. Dari jauh tak berapa nampak restoran nie sebab ia menumpang tingkat bawah Hotel International.
|
Restoran Nasi Padang Minang ~ gambar dari Google Street View. |
Apa yang menarik dengan restoran ini? bagi aku yang menariknya ialah ia menyediakan masakan Padang yang memang sedap dan kena dengan selera aku. Setiap kali kesana kami beli bungkus sahaja. Nak makan di situ rasa macam tak berapa syok sebab air dibuat oleh tokey cina. Tapi ramai orang Melayu makan disitu.
|
Berbagai jenis lauk ~ rambang mata. |
Berbelas mungkin puluh menu masakan Padang dan Melayu disediakan. Dari masakan daging, ayam, ikan, sayur, begedil, sambal, ulam dan sebagainya disediakan. Yang menarik kebanyakan masakan minang mesti ada cili besar yang ditumbuk kasar. Ketika oder jangan lupa oder sama dengan sambal minang ~ aku pun tak pasti tapi cili ditumbuk kasar dan tak berapa pedas.
|
Yang depan sekali daging dinding. |
Menu yang menjadi kemestian bila di sini ialah ialah ikan cencaru belah belakang. Kalau lihat ikan cencaru tu memang tak sangka ia sedap disebabkan luaran yang dimasak garing dan kehitaman tapi bila kena sekali macam nak beli lagi. Ikan tu disumbat dengan bawang yang banyak dan digoreng garing. Isshhhh... cerita ikan cencaru terlebih pulak.
|
Walau pun hitam tapi rasa memang terbaik. |
|
Cencaru belah belakang digoreng panas. |
Kalau datang hari bekerja waktu makan tengahari boleh tahan penuh dengan manusia, meja pun susah nak dapat yang kosong. Jika lihat gambar kat bawah, restoran macam suram saja dan pelanggan tak ramai. Jangan terpedaya sebab kami datang diluar waktu puncak.
|
Restoran yang masih mengekalkan kerusi dulu-dulu. |
Restoran Nasi Padang Minang ini dibuka setiap hari untuk makan tengahari. Kebersihan restoran memang dijaga. Disini satu saja masalah iaitu tempat letak kenderaan, Jadi pandai-pandailah cari parking, jangan kena saman sudah. Restoran ini juga berdekatan dengan roti canai yang femes di Penang iaitu Roti Canai Tepi Longkang / Trasfer Road.
GPS: 5.421168, 100.330701
5°25'16.2"N 100°19'50.5"E
Lokasi makan sedap memang patut diterjah .
ReplyDeleteBetul tu... memang sedap
Delete