26hb Mac 2019 : Untuk makluman Restoran Original Hadramout ini telah di tutup.
**** 23/12/2015****
Macam dah malas nak tulis blog. Tapi tulis juga lah kisah jalan-jalan cari makan di Kepala Batas nie. Restoran yang diterjah kali ini baru saja dibuka di Pusat Bandar Bertam Perdana (masa aku makan kat situ bukan masa aku tulis). Mula-mula restoran nie dibuka berhadapan Telekom Kepala Batas, selepas ditutup, lalu dibuka disini pula menggantikan Restoran Asiatica. Restoran ini menyediakan masakan Arab macam biasalah menggunakan nama Hadramout... Restoran Original Hadramout.
Restoran Original Hadramout, Bandar Bertam Perdana. |
Suasana dalam yang mengekalkan ciri-ciri arab. |
Menu makanan arab yang disediakan seperti nasi Mandy, Madghout, Kabsah dengan kambing, ayam ada juga kebab, shawarma dan lain-lain. |
Kami pilih set nasi Madghout untuk empat orang dengan campuran ayam dan kambing bersama teh lemon ais sejug dan teh arab secerek. Tunggu sekejap saja hidangan sampai. Layan gambar di bawah.
Nasi Madghout dengan kambing dan ayam. Set datang dengan salatah dan juga sup. Nasi memang sedap dan kambing pun lembut. Aku tak pasti rempah apa yang ditabur warna merah atas nasi tu. |
Rasa masih mengekalkan rasa seperti tempat lama. Layan yang amat mesra oleh tokey kedai dan restoran pun dijaga bersih dan selesa. Parking tak jadi masalah sebab banyak lot parking kat depan kedai.
Tokey kedai yang amat peramah. |
GPS: 5.517029, 100.447862
5°31'01.3"N 100°26'52.3"E
No comments:
Post a Comment