Qasar Hadramawt Bandar Perda

Arab lagiii.... aishhh pasai pa tetiba cemuih masakan Melayu. Tak kisahlah janji kenyang. Kali nie ke Bandar PERDA. Kat sini ada sebuah Restoran yang menyediakan Makanan Arab. Ramai yang kata masakan arab terbaik kat sini. Nie dia Restoran Qasar Hadramawt. Asal restoran Arab mesti guna nama Hadramawt.
Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda

Seperti biasa makanan Arab nie elok makan diwaktu lapar sebab saiz hidangan yang besar. Kami sampai hari Sabtu hampir tengahari. Orang masih tak ramai. Pilih tempat dulu, kami pilih yang ada sofa panjang. Mudah sikecil dua orang tu duduk.


Menu pun sampai. Layan menu dulu. Kali nie pun menu yang diberi terdapat gambar-gambar hidangan. Mudah nak pilih. Cuma sedikit kekurangan tak ada jenis set, semua kena pilih sendiri.

Menu nasi. Seperti biasa semua kambing dan ayam sahaja.

Kebab

Menu minuman.

Selak sana selak sini buku menu, kami pilih setalam untuk empat orang set kambing madghout. Kambing memang pilihan sekeluarga lah. Bila saja sebut pilih set 4 orang, pelayan tu siap bagi tau set tu besar untuk empat orang. Kami pun konpius pasai pa dia bagi tau. Mungkin dia tengok kami cuma 2 orang dewasa kot, yang lain kanak-kanak. Diagak mesti tak habis. Tapi apa-apa pun kami pilih untuk 4 orang juga. Air kami ambil teh arab seteko dan air biasa yang lain.

Hidangan sampai agak lambat, tapi taklah tunggu berejam. Layan gambar kat bawah.
Nasi dengan kambing madghout.

Teh arab. Gula masukkan sendiri secukup rasa.

 Nasi dengan kambing Madghout datang dengan kuah/sup dan sambal saja, tak ada salatah. Aku ingat dia datang dengan salatah sekali. Selalu kalau pi restoran arab, salatah datang bersama nasi. Tak syok la kalau makan nasi saja, kena ada sayuq sikit. Jadi kena oder asing. Lambatlah sikit datang nya salad arab nie.
Salatah.

Saiz hidangan macam piawaian arab, memang besar. Set untuk empat orang licin. Sarah dengan Ammar biasalah pulun, sikecil Firas dengan Fatini pun boleh tahan makan. Teh pula memang sedap terasa rempah dengan pudinanya. Boleh datang lagi kedai nie.
Alhamdulillah licinnnn. Baru pelayan tu tau, IC saja rakyat Malaysia tapi makan ikut Arab.

Hampir ke tengahari, pengunjung makin ramai. Boleh kata hampir semua meja dalam restoran penuh. Nasib baik kami sampai awal sikit. Kalau tidak tak dapatlah pilih port yang menarik.
Kalau sampai lewat nak dok kat mana?

Keseluruhan makan kat sini memang sedap dan berbaloi. Harga pun boleh kata murah kat sini. Cuma kurangnya tak ada hidangan set. Kena pandai-pandailah sesuaikan dengan selera.

Kepada yang bak merasi nasi arab disini, dibawah aku beri sedikit maklumat.

Alamat:
Restoran Qasar Hadramawth
G-09, Ground Floor
Jalan Perda Selatan, Bandar PERDA
Bukit Mertajam Pulau Pinang

Dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 11.30 malam.

Telefon : 010-543 2503, 012-529 9108, 04-537 2673

GPS:
5.367430, 100.436451
5°22'02.8"N 100°26'11.2"E

Nak mudah tengok kat Google Map kat bawah.





No comments:

Post a Comment