Kembali Ke Taska

Setelah bercuti lama, lebih dari sebulan mereka tak ke Taska. Taska Nur Fazham. Kami kena latih balik Ahmad Firas dan Nur Fatini ke Taska sebelum mula kerja seperti biasa minggu depan.  Cuma ada dua hari saja untuk latih mereka semula, hari nie Khamis dan esok Jumaat saja.

Kalau tanya kedua-duanya ke "Nak ke Taska?" pasti kedua-dua jawab "Tak payah!". Pakat kedua-dua macam fobia nak ke taska semula. Seronok duduk kat rumah.

Pagi hari nie bawa kedua-dua masuk kereta, masih OK. Tapi bila lihat kami bawa masuk beg perkakas mereka pula ke dalam kereta, mula si abang menangis. Paham la tu nak kena hantar ke taska.
DSCF2692
Tak mau pi....
Sebelum sampai ke taska, beli dulu sedikit makanan bagi mereka seronok makan dengan kawan-kawan, tapi tak berapa berjaya.
Menahan perasaan.
 Sampai ke taska maknya usung si adik masukkan ke dalam taska dan serah kat cikgu. Teriak dengar sampai ke luar. Si abang pula lari ke hujung kereta tak mau keluar.
DSCF2699
Tak mau keluar.
DSCF2701

Kami tunggu sekejap kat luar taska. Suara teriak mereka masih kedengaran. Rasa-rasa OK kami pun keluar.
DSCF2702
Tunggu sekejap kat laur Taska Nur Fazham,,,dok dengar suara teriak lagi.
Petang datang ambil mereka, Ahmad Firas dan Nur Fatini nampak ceria. Cikgu kata Firas makan banyak, seronok makan dengan kawan-kawan siap sembahyang lagi.

Kali nie bila tanya Firas "Esok nak ke Taska?" jawabnya "Nak!". Tapi adiknya Fatini masih "Tak payah!".


No comments:

Post a Comment