Puncak Mutiara Cafe - 2

Sekali lagi ke Puncak Mutiara Cafe. Kali ini bersama bapa, mama dan adik aku. Saja nak bawa bapa aku lihat kandang kambing, kot-kot berminat nak buat kat kampung. Kali ini dipilih pondok yang mempunyai pangkin atau meja rendah, sebab senang nak letak Ahmad Firas yang baru 5 bulan kat lantai dan makan bersila.

Masa aku datang ini ada sedikit perubahan dimana ditambah pondok tempat makan dan ada sebuah pondok yang ada air terjun. Menu makanan tak berubah seperti dulu juga.



Kali ini masakan ala thai tak boleh dihidangkan lagi sebab tukang masak masih bercuti raya. Jadi cendawan goreng pun tak boleh dipesan, kempunan lagiii sebab ramai orang kata cendawan goreng di sini sedap.
Kali ini menu yang lain dari kunjungan yang lepas ialah, untuk anak-anak mereka order mushroom soup datang bersama roti bun dan mentega.
Yang ini ibu bapa pula order. Isteri aku order ayam grill yang datang bersama kentang goreng dan coslow

Kambing grill datang bersama roti bun, coslow dan semangkuk sos lada hitam. Kambing yang dihidangkan nampak dalam gambar seperti banyak, yang pastinya sedikit sahaja sebab ia datang daging bersama tulang. Rasa aku lamb chop banyak lagi. Sos lada hitam sedap.
Ini pula adik aku order set nasi briani diberi air asam dan dalca dan dah tentu kambing grill. Air asam tu jangan pandang rendah sebab kalau tambah harga dia RM 1.50 sepiring kecil tuuu.
Air chocolate banana shake dan strawberry shake.
Sampai kat sini acara yang menjadi kegemaran anak aku ialah melawat kambing dalam bangsal. Pusing-pusing tempat ni terjumpa satu banting, haaa tuu dia kambing punya kolestrol rendah, siapa kata tinggi. Jadi jangan takut, makan saja. Apa-apa pun kalau berlebihan memang bawa penyakit.

Lawatan aku yang dahulu ke Puncak Mutiara Cafe klik sini.

Damiral's Grill Restaurant - Perjumpaan SKHA

Kali ini aku berpeluang makan di Damiral's Grill Restaurant di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Makan-makan ini dianjur oleh bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Hashim Awang bertujuan untuk berjumpa semula kawan-kawan lama yang telah belajar bersama ketika di sekolah rendah. Yang alumni nya isteri aku.

Acar dimulai dengan ucapan dan doa oleh bekas-bekas penuntut sekolah tu. Kami sampai pun dah lewat hampir jam 9.00mlm seba jem, raya ke 3 orang kota pulang ke desa.

Suasana dalam restoran suram dan romantik, tapi oleh kerana ada alumni nie jadi riuh juga dalam restoran.

Untuk membuka selera di hidangkan...jang...jeng..jenggggg...aku pun tak tau apa kebenda, ada rasa kentang, mayonis, ikan ada rasa masam..entah lah benda apa. Sebelum datang penganjur dah email suruh pilih menu apa yang berkenan, disenaraikan bberapa menu untuk dewasa dan kanak-kanak.

Untuk kanak-kanak anak aku pilih mushroom soup dengan spaghetti bolognaise.

Sebenarnya spaghetti nie sampai lambat sekali. Tak apa lah aku himpun makanan untuk kanak-kanak dulu. Rasa aku spaghetti ni datang dengan sos tapi yang datang macam kat bawah, hantam saja lah.
Ini nasi goreng untuk budak, gambar dari meja sebelah yang tak ada orang lagi.

Ini untuk bapa dia, kambing datang bersama nasi goreng, acar timun dan air asam ( air asam sedap ada kerisik ).
Isteri aku pilih daging masak hitam kot ( dah kaler hitam), nasi goreng, acar timun dan air asam. Rasa aku pekej nie tak dak dalam menu, mungkin khas untuk program ini kot.
Air pula, honey dew.

Aku tengok menu restoran ini tak ada seperti yang di order, mungkin menu khas untuk program ini. Tokey restoran Damirals ini merupakan kawan kepada salah seorang alumni SKHA.


Gambar sebelum menghabiskan makanan atas pinggan.

Dalam program ni ada cabutan bertuah dan Muhammad Ammar dapat hadiah. Tak sabar nak balik rumah, nak buka hadiah.
Sampai di rumah buka saja hadiah...jeng...jeng...jenggggg...seterika.... hahahahaa . Apa lagi muka jadi masam la. Dia dok harap mainan kot. Tak pa la boleh guna gak.
Maklumat mengenai Restoran Damiral's Grill sila klik. Lokasi seperti kat bawah.



View Damiral's Grill in a larger map

Taman Jubli Emas

Waktu keluar dari Tol Alor Setar Utara, ternampak satu baner tertulis Muzikal Fountain Show di Taman Jubli Emas. Pertunjukan dibuat dari jam 8.30 mlm pada 10 hingga 16 September 2010 .

Lebih kurang jam 8.30 mlm kami bertolak ke Taman Jubli Emas yang berada di Jalan Suka Menanti. Sampai di sana lebih kurang jam 9.00 mlm. Orang yang datang tak berapa ramai, parking pun senang. Aku pacak kamera atas teres tangga, snap tiga empat das sambil tu anak-anak dan isteri aku pi tengok air pancut lebih dekat lagi.

Air pancut itu berfungsi mengikut alunan muzik bersama dengan permainan cahaya warna-warni.

Lepas puas ambil gambar kat atas teres aku pi la kat anak-anak dan isteri aku berhampiran air pancut. Tiba-tiba saja dah tak ada air pancut lagi. Mungkin rehat sekejap. Kami ambil keputusan pusing-pusing di sekitar tiba-tiba lampu disekitar pula di dipadam. Laaa... dah habis rupanya. Lebih kurang jam 9.30 mlm. Untuk kenang-kenangan, pacak kamera snap la kami sekeluarga berlatar belakang menara tengkolok tapi tak ada air pancut lagi.
Masa nak keluar, ada satu kumpulan yang datang tetapi hampa sebab pertunjukan dah habis dan pintu pun dah nak ditutup. Ini mungkin disebabkan maklumat yang ada pada baner cuma diletakkan masa mula sahaja iaitu 8.30 mlm tapi tak diberitahu bila tamat. Aku pun rasa keciwa juga, sudah la datang dari jauh dapat tengok lebih kurang 20 minit saja. Tak puas lagi. Ada juga dengar rungutan dari pengunjung yang baru sampai dah kena balik, pertunjukan tamat. Lain kali pihak penganjur perlulah meletakkan maklumat terperinci sebab pertunjukan itu cuma sejam sahaja. Kasihan pengunjung yang lewat.
Pertunjukan yang diadakan mungkin sempena Hari Raya, menyambut kepulangan anak-anak Kedah dari perantauan. Kenapa perrtunjukan tidak dilakukan setiap hari atau hari cuti? sebab kemudahan dah ada. Masuk adalah percuma.
Maklumat dibawah diperolehi dari http://razifphotos.blogspot.com/

Sedikit "Introduction" tentang Taman Jubli Emas

Taman Jubli Emas diilhamkan oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Taman Jubli Emas yang merancang untuk membina satu mercu tanda Jubli Emas di Bandaraya Alor Star bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 15 Julai 2008.

Sebuah kolam pancutan air berirama dibina mengelilingi Mercu Tanda Jubli Emas. Memiliki rekabentuk yang tersendiri bagi menggambarkan kemakmuran Negeri Kedah di bawah Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Lambang bulatan dibahagian tengah menggambarkan Negeri Kedah yang makmur. 14 bintang pula menggambarkan pemerintahan oleh 28 orang Sultan. Setiap penjuru bintang mewakili pemerintahan 2 orang Sultan.

Pancutan air berirama pula menggambarkan rakyat Negeri Kedah yang dedikasi, rajin, bersemangat waja memajukan sosio ekonomi Negeri Kedah di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Masukkan Google Map Dalam Blog

Selalu aku print screen Google Map untuk menunjukkan lokasi dan aku edit sikit untuk lebih jelas kedudukan. Aku buat macam nie bukan sebab rajin tapi rasa aku la, masa tu aku dah cuba untuk masukkan interaktif map tapi tak boleh. Kelmarin aku cuba search sekali lagi cara untuk masukkan Google Map dan jumpa link ini menunjukkan cara memasukkannya.

http://maps.google.com/help/maps/getmaps/quick.html

Pasai apa dulu aku tak jumpa link nie sebab ia datang dari Google sendiri.

Nurul Ikan Bakar

Dah ujung-ujung baru geng-geng kat Bahagian terfikir nak buat makan-makan berbuka puasa. Tapi bukan buka puasa sebab kami berbuka kat opis dulu baru pi sana, senang tak payah kalut-kalut balik solat. Boleh sembang lama sikit.

Mula dirancang pada hari Jumaat lepas di Teluk Tempoyak, tapi setiausaha pula masa tu sakit mata, MC, jadi tunda Isnin. Hari ni di pilih Nurul Ikan Bakar, tempahan menu dibuat seawal pagi. Teluk Tempoyak depa kata mahal dan tak sedap dah. Dulu sedap tapi sekarang kurang sikit. Nurul Ikan Bakar pun OK, janji sedap.

Lepas azan Maghrib, makan dulu alas perut ambil berkat berbuka yang disponser oleh En Husni, ayam KFC dengan oren segar botol. Ayam KFC pilih yang kecik sebab nak balun lepas nie.

Lebih kurang jam 8 malam kami bertolak dari pejabat ke Nurul Ikan Bakar. Aku tak berapa reti jalan ke tempat nie. Jadi En Azhar dan En Ahmad selaku Pengarah dan Setiausaha tak bertauliah untuk projek ini menjadi juru pandu.
Nurul Ikan Bakar Special

Sampai disana kereta memang banyak tetapi tak ada masalah, sebab parking luas. Masa sampai orang dah beransur keluar sebab pakat-pakat balik la lepas berbuka kat situ, solat. Jadi bila kami sampai dalam kedai dah clear. Baru selesa nak makan. Tak payah berebut.

Kawasan ini terdapat tiga buah kedai makan, semuanya ikan bakar. Setelah membelok dari lebuhraya ke kawasan ini, mula-mula akan jumpa Marton Ikan Bakar , dihadapan sikit (kena belok) Idrus Ikan Bakar dan yang terakhir Nurul Ikan Bakar, haaa...inilah destinasi perut. Parking lah tempat mana yang kosong, janji tak ganggu lalu lintas.

Dihadapan Nurul Ikan Bakar nie di letakkan replika perahu diatasnya diisi dengan ikan, ketam, udang untuk pilihan tetamu.
DSC_0880
DSC_0881

Dalam kedai memang menarik dan luas, macam-macam pilihan tempat duduk ada. Ada yang meja berkerusi dalam kedai, bersila, makan bawah pokok pun boleh dan nak makan atas pokok pun boleh ( bukan atas pokok tapi tempat tinggi macam rumah kampung yang mempunyai tiang yang dan kena naik melalui tangga - menarik ).
DSC_0876
DSC_0866
Ruan Bersila
DSC_0868
DSC_0872
Boleh makan atas pokok
DSC_0875
Kami pilih makan bersila, kira macam ala-ala kampung Thailand.
DSC_0863
Tak berapa lama, hidangan pun sampai. Pesanan telah dibuat pagi tadi oleh setiausaha tak bertauliah. Yang diorder untuk 6 orang ( 2 set) tetapi yang dapat hadir 5 orang saja. Tapi main dengan puasa, balun macam lebih dari 6 orang. Betul manusia makan sebab bulan puasa syaitan masa nie kena ikat.

Menu di order 2 set terdiri dari: Seekor ikan siakap masam manis (sweet & sour la tuu, besar), sotong celup tepung untuk 2 orang, telur bungkus untuk 2 orang, kangkong goreng belacan untuk 2 orang, tomyam campur untuk 2 orang, nasi dan sejug air tembikai.
Siakap masam manis, ikan rapuh ( feberet aku la kalau rapuh) dan besar dan sos memang sedap tapi sikit.
DSC_0856
Siakap masam manis.
DSC_0858
Telur Bungkus ~ lama dah aku tak makan.
DSC_0861
Tom yam  campur

Kangkong goreng belacan, sedap dan kuantiti yang puas hati lah. Mula-mula nak order kailan ikan masin tapi setiausaha tak makan kailan jadi tukar ke kangkong.
DSC_0857
Terakhir sekali sotong celup tepung, tepungnya dia rangup dan bila dicicah dengan sos memang sedap. Yang kurang, minyak terlebih sedikit. Beli sebungkus bawa balik.
DSC_0886
Sotong celup tepung
Harga keseluruhan tak termasuk sotong yang aku bungkus, rasa aku RM 130.00 kot, nanti aku check balik dengan setiausaha. Keseluruhan makan di sini memang selesa dan sedap tambahan pula harga yang diberikan berpatutan.

Nurul Ikan Bakar di buka setiap hari dari jam 5.00 ptg hingga 1 pagi. Menurut pemilik kedai iaitu En Idris, mereka telah membuka kedai tersebut lebih kurang 8 tahun. Kebanyakan pekerjanya merupakan anak-anak serta saudara mara dan tukang masak merupakan isteri beliau. Kedai-kedai ikan bakar yang bersebelahan juga dimiliki oleh saudara mara beliau. Kira kedai ikan bakar kawasan tu mempunyai tali kekeluargaan.

Nak booking Nurul ikan Bakar sila lawat mukabuku / facebook la tuu.
http://www.facebook.com/pages/gelugor-penang/nurul-ikan-bakar-special/121949727815471

Jalan ke sana aku nak cerita susah sikit sebab ia berada selepas sedikit sahaja dari Jambatan Pulau Pinang untuk ke Bayan Lepas. Dari Lebuh Raya Jelutong menghala ke Bayan Lepas akan melalui flyover Jambatan Pulau Pinang. Selepas flyover nie sila rapatkan kenderaan kebahu jalan (jangan sampai bergeser dengan divider sudah lah). Jangan pandu laju sangat sebab dah nak sampai, lebih kurang 100- 150M dari flyover tu akan ada satu lorong disebelah kiri. Masuk saja anda akan nampak kedai Ikan Bakar. Ada tiga buah kedai, pilih saja yang mana berkenan. Kalau nak pilih Nurul Ikan Bakar, terus ke hujung.Restoran nie juga berhadapan dengan Merin Polis Batu Uban.

Kalau dari Bayan Lepas kena terus sehingga lepas jambatan dan buat U-turn ( kalau tak silap aku kat jalan nak masuk TESCO ) patah balik ke arah Bayan Lepas. Lihat peta dibawah untuk lebih jelas (klik imej untuk paparan lebih besar).

View Ikan Bakar in a larger map