Dari logo-logo ini yang mana tulin? dan bagaimana nak kenal ketulinannya. Kalau logo itu tulin bagai mana nak tahu adakah ia diiktiraf oleh JAKIM ini disebabkan ada pengiktirafan halal oleh sesetengah badan atau negara luar yang tidak diterima pakai oleh JAKIM. Dimanakah maklumat mengenai tanda-tanda halal ini dapat diperolehi. Adakah maklumat mengenai perkara ini ada pada JAKIM. Perlukah setiap kali hendak membeli kena talifon JAKIM atau kena melayari laman web JAKIM?.
Kenapa Malaysia yang tak seberapa luas ini mempunyai perbezaan dari segi logo seolah-olah setiap negeri mempunyai kayu ukur sendiri menentukan halal-haramnya. Sebolehnya diujudkan satu standard penentuan yang mengguna pakai satu logo sahaja.
Cadangan aku saja, kalau boleh JAKIM atau Jabatan Agama Negeri membuat satu direktori / makalah yang diedarkan atau diletakkan di tempat orang ramai seperti pintu masuk pasaraya. Atau boleh juga di paparkan dalam akhbar. Tak perlu setiap hari cukuplah sekadar sekali atau dua kali setahun.
Satu lagi buat pada logo tersebut diletakkan bar-code. Kita selalu lihat di pasaraya besar diletakkan bar-code reader untuk melihat harga. Jadi guna konsep yang sama untuk memudahkan pengguan memastikan produk yang dibeli halal dan sijil yang digunakan masih sah.
Harap isu halal-haram ini bukan setakat isu bermusim sahaja tetapi perlu tindakan berterusan.