KUALA LUMPUR 1 Sept. – Setelah dua kali gagal, lelaki warga Perancis yang terkenal dengan gelaran ‘Spiderman’ kerana kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan, akhirnya hari ini berjaya menawan puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas.
Alain Robert, 47, pernah memanjat bangunan yang mempunyai ketinggian 88 tingkat atau 452 meter termasuk antena pada 1997 dan 2007, namun kedua-dua percubaannya itu terhalang apabila ditahan pihak berkuasa di tingkat 60.
Sebaik menuruni salah satu puncak menara berkenaan, Menara Dua hari ini, Alain ditahan pihak keselamatan di tingkat 88 sebelum diserahkan kepada polis kira-kira pukul 8.20 pagi.
Difahamkan, dia yang hanya berbekalkan sebotol air minuman dan bedak penyerap peluh mula memanjat pada pukul 5.45 pagi dan mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke puncak Menara Dua.
Para petugas daripada beberapa agensi berita asing yang mengetahui rancangan Alain untuk menakluk Menara Berkembar Petronas, berada di lokasi sejak pukul 5.30 pagi untuk membuat liputan.
Menurut jurugambar Sipa Press yang berpusat di Paris, Halim Berbar, Alain berada di ibu negara sejak seminggu lalu untuk membuat persiapan. Dia menginap di salah sebuah hotel terkemuka ibu negara.
“Amat menakjubkan, Alain begitu tenang memanjat tingkat demi tingkat tanpa sebarang masalah dan dalam tempoh singkat.
“Saya merakamkan aksi-aksi Alain ketika di atas puncak Menara Dua itu. Dia mengibarkan bendera Malaysia dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menunjukkan tanda keamanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Halim, Alain sepatutnya turun dengan cara yang sama, tetapi terpaksa melupakan hasratnya ekoran keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Jurukamera Reuters, Yong Chee Weng, 57, yang sempat menghubungi Alain memberitahu, Alain berasa hebat dan cukup lega kerana akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas.
Alain kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan dijangka didakwa esok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis menahan Alain di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Katanya, tindakan membahayakan nyawanya sendiri.“Dia sepatutnya meminta kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.
Katanya, jika sabit kesalahan, Alain boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.
***petikan berita dari Utusan Online pada 2hb Ogos 2009***
Apa yang kita dapat dari berita ini?? Bagi aku lah, Bangunan KLCC yag canggih dan tertinggi ini boleh diceroboh dengan mudah ( rasanya kot sebab Alain ini boleh lepas sebanyak 3 kali).
Kalau pencipta virus komputer walau ditangkap dan didenda tetapi selepas itu mereka menjadi pemberi maklumat tentang kelemahan yang ada dalam sistem dan amat berguna kepada pembangun perisian.
Berbalik kepada Alain ini, setelah terbolos sebanyak 3 kali ( walau yang berjaya sekali sahaja tetapi percubaan yang lain beliau melepasi sehingga tingkat 60...boleh dianggap berjaya juga melepasi sistem keselamatan) adakah tahap keselamatan KLCC masih tidak dipertingkatkan. Kita bernasib baik sebab Alain yang memanjat atas dasar untuk mencapai kepuasan menakluki bangunan tinggi. Apa akan terjadi jika orang lain yang mempunyai agenda tertentu untuk memalukan Malaysia, rasanya tinggkat 60 pun dah cukup.
Dengan denda sebanyak RM 2000.00 atau penjara selama 2 bulan (jika tidak dapat bayar denda) adakah akan menghentikan hobi Alain ini. Rasa aku dia boleh bayar tunai sebab dia tinggal di Malysia pun dalam hotel mewah. Aku tidak kisah denda tu, tapi apa yang pihak KLCC dapat dari Alain tentang keselamatan bangunan itu??.
Persoalan yang timbul lagi bagaimana dia mengetahui kelemahan pada sistem keselamatan bangunan itu. Bagaimana dia membuat kajian dan mendapat maklumat??. Barapa lama dia berada di Malaysia untuk membuat kajian??. Atau adakah sistem keselamatan bangunan itu dapat dilihat oleh orang luar??. Atau Alain ini dapat mencapai satelite untuk melihat pergerakan sekitar KLCC??. Bagimana pemberita dari luar dapat mengesan pergerakan Alain seawal beliau hendak mendaki dari pukul 5.30 pagi lagi sedangkan keselamatan tidak mendapat maklumat??.Banyaknya persoalan.
Adakah Alain ini sengaja di biarkan memanjat sehingga kekemuncak sebelum ditangkap untuk mendapat liputan media sebagai publisiti murah??. Mahu tak dikatakan murah beliau dapat menceroboh KLCC dan dapat memanjat sampai ke antena atas itu dan hanya didenda RM2000.00 sahaja, cuba bandingkan kita buang sampah di KLCC berapa yang didenda??.... fikir-fikirkan lah.
Tapi apa-apa pun Alain ni memang hebat sebab dapat memanjat dengan berbekalkan air dan bedak (untuk tangan) sahaja dan Malaysia boleh berbangga sebab dia mengibarkan Jalur Gemilang dan memakai seluar ada logo 1 Malaysia.
No comments:
Post a Comment