Terorist

Hari ini semasa drive ke USM nampak la dua buah kenderaan, Proton Satria dan NAZA kalau tak silap. Aku dok dibelakang mengikuti mereka, lalu ternampak cermin kedua-dua kenderaan ini dilekatkan stiker Shahadah dalam tulisan khat yang sama. Lalu terbisik dalam hati ini mesti terorist yang nak masuk USM nak letupkan.

Tak lama kemudian baru aku terperasan satu kesalahan besar aku. Otak aku dah di tune dimana jika ternampak ayat-ayat Quran pada kenderaan maka mereka itu adalah teroris. Mungkin ini adalah kesan dari berita-berita TV dan akhbar yang sering memaparkan kekejaman yang dilakukan oleh umat Islam, adakah berita ini benar???. Adakah yang meletupkan diri itu mengikut jalan Islam yang benar. Tapi apa yang dipaparkan telah menjadikan umat Islam itu sendiri telah melebelkan apa-apa yang bersangkutan dengan
Islam adalah extreme.

Ini aku yang dewasa berikiran begitu, bagaimana pula dengan anak-anak kecil yang sejak dari awal telah disogokkan dengan berita-berita sebegitu.

1 comment:

  1. Kadang2 yang tune macam tu orang kita jugak . Aku ingat lagi filem apa tah yang mengambarkan kumpulan lelaki berserban ni jahat. Waktu dulu kalau main takraw waktu petang ..pakat lari kalau nampak tabligh mai asrama.. padahal depa ajak pi surau saja..
    SKBI sekolah tempat anak aku pun ramai yg tak mai.. Anak aku pun minggu lepas cuti seminggu. Periksa pun tak pi. Minggu ni baru ambik..

    ReplyDelete