Taman Bertam Perdana - anai-anai lagi

Setelah sekian 3 bulan aku buat rawatan anai-anai, petang tadi anak lelaki aku lihat ada habuk diatas tangga dipanggilnya aku dan isteri dikatanya ada anai-anai. Memang ada kesan habuk tanah diatas tangga bersama bangkai anai-anai. Anak aku yang umur 3 tahun pun dah mengenali anai-anai, itulah kehebatan Bertam Perdana yang dibangunkan oleh Bertam Properties. Anai-anai umpama jadi haiwan peliharaan.
Berbalik kepada kesan tanah tadi, kami lihat ia datangnya dari gambar yang digantung. Diselaknya gambar berduyunlah anai-anai yang keluar dari sarang yang dibuatnya dibelakang gambar itu. Apa lagi, racun penyembur lipas lah aku spray. Anai-anai itu keluar dari lubang paku bingkai gambar. Nasib baik gambar dan frame kayu tak dimakannya lagi, cuma cover belakang sahaja yang dimakan. Banyak juga anai-anai yang menginap dalam bingkai gambar itu. Habis gambar itu kena proses dan di spray ubat lipas. Gambar itu ialah cross stich yang dibuat sendiri oleh Kak Baidah, CC kat opis aku keja, hadiah aku masuk rumah baru. Gambar itu dapat diselamatkan tetapi kena cari cover belakang baru.

Sekarang ini jadi fobia dah nak ketuk paku kat dinding takut anai-anai menyelinap masuk. Anai-anai ni kira sentiasa ada disebalik dinding rumah mencari lubang untuk keluar sahaja.

SKPK dalam Berita Harian

Utara: Kontraktor gagal siap dua projek sekolah akan disenarai hitam

KEPALA BATAS: Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk kemungkinan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan dua projek bangunan di dua sekolah di sini.

Projek itu ialah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi (SKPK) dan pembinaan semula kelas kabin Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam (SKPB).

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkahsi, berkata kementerian perlu tegas berikutan kegagalan kontraktor menjejaskan pelajaran murid dan menyusahkan pihak lain.

Pembinaan kelas kabin di SKPB yang membabitkan dua blok dengan kos RM500,000, terpaksa dibuka semula kerana strukturnya tidak selamat.

“Projek pembinaan semula sedang dijalankan dan kontraktor memberi jaminan projek itu dijangka siap Rabu ini. Jika gagal, kementerian akan menyenarai hitamkan kontraktor itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas meninjau dua projek itu, kelmarin. Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mohd Puad berkata, pembinaan kelas kabin itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan tempat belajar berikutan satu daripada bangunan sekolah sedia ada didapati tidak selamat.

“Pembinaan kelas kabin perlu mengambil kira aspek keselamatan pelajar termasuk menggunakan bahan kalis api dan tahan lama," katanya.

Beliau juga berkata, pendekatan jangka panjang dalam membina sesebuah sekolah baru terutama dari segi keperluan tanah, khususnya di bandar akan dikaji dengan teliti.

Mengenai blok bangunan tambahan SKPK yang terbengkalai pula, Mohd Puad berkata, ia antara projek sakit yang dilaksanakan kontraktor baru.

"Kementerian tidak boleh lagi mendengar pelbagai alasan kontraktor tetapi mereka perlu menyiapkan sesuatu projek walau dalam keadaan apa sekalipun," katanya.

Beliau berkata, banyak lagi projek kementerian yang terbengkalai dan sakit di seluruh negara termasuk pembinaan blok tambahan dan pembinaan makmal sains, akan diberi perhatian.

***Berita diambil dar Berita Harian pada 21hb Jun 2009***

p/s: patut la pagar zink dibuka orang besar2 datang.

SKPK dalam Utusan Online

Kontraktor gagal siap projek disenarai hitam

KEPALA BATAS 20 Jun – Kementerian Pelajaran sedang mengenal pasti kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan sekolah dan makmal di seluruh negara untuk disenarai hitam daripada menerima sebarang projek kementerian itu pada masa depan.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengumpul nama-nama kontraktor terbabit berdasarkan laporan projek pembinaan sekolah terbengkalai.

Menurutnya, ia termasuk pemantauan ke atas kontraktor yang terlibat dalam 148 projek pembinaan sekolah dan makmal terbengkalai di seluruh negara setakat ini.

“Saya sudah mencatatkan maklumat mengenai kontraktor berkenaan dan mereka ini tidak layak diberi kontrak lagi pada masa akan datang.

“Kami tidak mahu lagi berkompromi dengan kontraktor begini kerana ia hanya menyusahkan banyak pihak selain menjejaskan pelajaran anak-anak,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Bertam di sini hari ini.

Beliau mengulas kes projek pembinaan bangunan baru di SK Paya Keladi di sini yang terbengkalai sejak dua tahun lalu sehingga memaksa sekolah itu dibahagi kepada dua sesi selain khemah digunakan sebagai kantin sementara.

Mohd. Puad berkata, pihaknya akan bertindak tegas dalam menyenaraihitamkan nama kontraktor terbabit bagi memastikan isu projek sekolah terbengkalai dapat ditangani secara bersungguh-sungguh.

“Kami tidak berkompromi dalam hal ini kerana berdasarkan pengalaman kontraktor terbabit hanya berdalih tanpa memberi alasan yang munasabah. Cukuplah, kami tidak mahu dengar terlalu banyak dalih,” tegasnya.

***Berita dari Utusan Online pada 21hb Jun 2009***

p/s: dok search pasai SKPK jumpa berita nie.

Yang Mana Kita Pilih

Aku kadang-kadang terfikir setiap ringgit yang kita belanjakan di restoran-restoran, supermarket, kedai-kedai runcit dan segala tempat yang boleh membeli adakah apa yang kita belanjakan memenuhi kehandak-kehandak sebagai kita seorang Islam, berbangsa Melayu dan tinggal di Malaysia. Bolehkan perbelanjaan kita itu meningkatkan ekonomi umat Islam negara ini atau adakah kita perlu meningkatkan ekonomi umat negara lain. Mungkin perkara ini tidak jelas, aku beri contoh.

Contoh pertama:

Sebuah kedai yang dibuka oleh bumiputra beragama Islam dan ia mengambil pekerja dari negara asing dimana kemungkinan segala duit yang diperolehi oleh pekerjanya itu akan dibawa ke negara asal, jadi yang kaya di Malaysia ialah towkey dia sahaja. Kadang-kadang towkey dia warganegara Malaysia tetapi mempunyai salasilah nenek moyang dari negara luar akan menghantar duit kenegara asal mereka sehinggakan dimana untuk mengahwinkan anaknya sendiri ia memilih dari keturunannya dan didatangkan terus secara langsung dari negara asal nenek moyang mereka.

Contoh kedua:

Sebuah kedai juga yang dibuka tentulah di Malaysia oleh bukan bumiputra tetapi warganegara Malaysia dan bukan beragama Islam. Dimana pekerjanya semua warganegara Malaysia tak kira bangsa ada Melayu, Cina, india Dan lain-lain. Oleh mereka warganegara Malaysia maka insyallah setiap ringgi yang diterima akan dibelanjakan dinegara ini. Towkeynya pun mungkin akan berbelanja di Malaysia juga. Jadi wang yang mereka dapat akan meningkatkan ekonomi mereka sendiri dan juga jika dibelanjakan didalam negara akan meningkatkan ekonomi negara kita.

Jadi timbul persoalan dimanakah seafdhalnya kita membelanjakan wang kita dari pandangan kita sebagai :

1- Seorang Islam
2- Seorang Berbangsa Melayu
3- Seorang warganegara Malaysia

Aku rasa aku kena cari Ustaz la nak jawab.......

Pintu Sekolah Dibuka Semula

Sebelum ini 2 pintu dibuka untuk ibubapa menghantar anak-anak kesekolah, bolehlah satu pintu masuk dan satu pintu lagi untuk kenderan keluar, selepas berita pembinaan bangunan tambahan terbengkalai keluar di akhbar tempatan ( Harian Metro dan Utusan Malaysia) satu pintu sahaja yang dibuka. Kawasan bangunan terbengkalai dipagar dengan zink sehingga ke pintu masuk, hanya dibuat pintu kecil untuk kanak-kanank sekolah melaluinya. Cepat pula ditutupnya bangkai gajah sehingga menyusahkan ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah, dimana kenderaan hanya dapat keluar masuk menggunakan satu pintu sahaja. Ibubapa hanya dapat berhentikan kenderaan dibahu jalan yang sempit dan menghantar anak mereka kesekolah, sunnguh membahayakan.


Hari ini aku hantar anak aku ke sekolah, hanya parking dibahu jalan dan membawa anak aku melintas jalan untuk kesekolah. Sampai di pintu pagar sekolah aku disapa oleh Pak Long (seorang staf sekolah), diberitahunya pintu kedua-dua belah telah dibuka. Alhamdullillah, esok senanglah sedikit tugas menghantar anak-anak kesekolah tanpa membahayakan nyawa mereka melintas jalanraya.

Hairan juga kenapa dibuka setelah mereka menutupnya adakah kerana pada hari Sabtu lepas 20hb Jun 2009 sekolah telah membuat Kem Bistari Solat untuk pelajar, ketika aku datang untuk mengambil anak aku waktu tengahari dilihat banyak lah datuk (bukan datuk tua..datuk politik ) yang ada di sekolah, jadi mungkin lah masaalah ini dibangkitkan.

Sekarang ini kalau nak projek jalan dengan lancar mestilah melibatkan pihak akhbar dan pihak politik. Betulkah ayat ini ???

Selamat Hari Bapa


Sedar tak sedar aku dah 7 tahun jadi ayah, malam ini aku dapat hadiah dari anak-anak ku Siti Sarah dan Muhammad Ammar, sebuah bunga kristal biru. Yang bestnya Siti Sarah talah tulis " HAPPY FATHER'S DAY DARIPADA SARAH DAN MUHAMMAD" menggunakan komputer dan disulami dengan tulisan tangan beliau " Saya Sayang Ayah Dan Adik Sayang Ayah juga" yang cantik bersama bentuk hati. Terima kasih anak-anak ku...

Apa ada pada papan tanda

Ketika aku singgah di hentian lebuh raya PLUS, ada sebuah papan tanda yang menarik. Apa yang anda fikirkan dari papan tanda tersebut?




Yang ini untuk orang kelainan upaya atau OKU
 

yang ini untuk motosikal sahaja
yang ini pula untuk kereta sahaja
 

Yang ini ??? jangan parking anjing anda dikawasan ini.

Cameron Highland - Wallpaper

Sebahagian dari gambar bunga dan daun yang aku rasa menarik kat Cameron Highland yang boleh buat wallpaper. Nak jadikan wallpaper sila klik gambar tersebut dan selepas gambar besar terbuka, klik mouse sebelah kanan dan pilih 'Save Picture As..."...haa simpan la kat mana suka. Semua gambar dalam saiz 1024x768.


KLCC - Wallpaper

Hari ini aku jalan-jalan kat KLCC selepas selesai kerja ambil gambar kat Kuala Lumpur Convention Centre. Ada la beberapa keping gambar yang aku ambil sekitar KLCC untuk dibuat wallpaper, tapi bukan gambar KLCC la...bosan la dah banyak orang ambil, hanya gambar bunga biasa ja, tapi aku rasa ok kot. Nak jadikan wallpaper sila klik gambar tersebut dan selepas gambar besar terbuka, klik mouse sebelah kanan dan pilih 'Save Picture As..."...haa simpan la kat mana suka. Semua gambar bersais 1024 x 768

Mee Rebus Mak Long


Petang ini aku dan famili pekena Mee Rebus Mak Long kat Paya Keladi, Kepala Batas. Rasa aku ni kali yang keberapa ntah...dah banyak kali pi makan kat situ. Yang paling spesial mee rebus laa sabab tu pon nama kedai dia kan..kan..kann. Disamping tu ada gak nasi daging, nasi ayam, nasi goreng, mee goreng dan bihun sup. Mee dia memang best...puas hati la. Gambar mee rebus spesial..ada udang. Kalau biasa ada mee ( mesti la kan nama pun mee ), telur separuh, keropok, kelempung dan daging dan bahan2 biasa sepinggan mee.
Dulu gerai mee ini menumpang bersama gerai lain di hadapan Pusat Giat Mara Paya Keladi dan dikenali sebagai Mee Terowong sebab sebelum sampai ke gerai ini ada terowong lebuhraya.

Lokasi: Permatang tinggi B, Paya Keladi, Kepala Batas, P. Pinang
Update sikit:
Harga Mee rebus special RM 4.00 dan biasa RM 3.00
Beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu. Masa 12.30 tgh - 8.00 mlm

EXPO Usahawan Bumiputra 2009

Petang tadi aku dan famili ke expo Usahawan Bumiputra Pulau Pinang, acara mula dari 29hb Mei 2009 hingga 7hb Jun 2009 di tapak Ekspo Seberang Jaya. Aku kira pi hujung2 la. seperti biasa banyak produk yang di pamerkan dan yag boleh di test. Tahun ini yang lain aku lihat produk dari AL-ARQAM ada. Mereka menyewa beberapa boot dengan nama Rufaqa dan nama satu lagi aku tak ingat...baner siap dengan gambar Asaari Muhammad.

Yang tak bestnya bilik air udahla kena bayar.. tak la mahal RM 0.20 ja tapi kena beratur....bilik air yang aku pi itu dalamnya ada 4 bilik tapi yang boleh guna 2 saja ( itu pun yang satu lagi tunggu bukan main lama tak ada orang keluar pun....rasa rosak gak kot) jadi kena beratur laaa. kalau nak buat program untuk bumiputra jangan la pandang sebelah mata tentang kemudahan awam yang disediakan. Memalu dan menyusahkan.

Satu lagi aku mushkil ialah dalam banyak-banyak produk bumiputra yang dijual oleh bumiputra tu ada gak produk bumiputra bangladesh, bumiputra pakistan dan sebagainya...mereka menjual karpet, tikar buluh/kayu, tudung dan ada la beberapa produk lagi. Bumiputra ka mereka nie ????

Gerai-gerai yang dibuat pameran/jualan tahun ini agak berkurangan berbanding dengan tahun2 lepas, mungkin gawat kot. Syarikat VPRO yang membuat walldrop kat rumah aku pun ada ambil booth pameran. Tahun nie aku tak dapat la beli rendang tok...mereka tak meniaga kot tahun ini atau time aku pi rendang dah abis jadi booth tutup. Apa2 pun banyak produk bumiputra yang menarik untuk diketengahkan.

Eksiden lagiii

Haiii...apa punya mlang nasib aku...eksiden lagiii....bukan dengan kereta atau orang ( mintak jauhkan) tapi dengan divider tol Bertam. Lepas aku tet touch n go masuk gear tetiba tayar terbertuh divider kot....BOOMMMM.....pecah tayarr. Slow aku bawa kereta ketepi. Check bonet...alamak !!! skrew driver dan lain2 tool aku tak simpan balik akibat eksiden ari tu....tak dapat la nak tukar tayarrr...tapi nasib baik lepas tol Bertam dapat la minta tolong sedara-mara. Minta tolong abang ipar aku..nasib baik juga dia ada kat komplek Kailan. Dia datang dengan sedara dari Kuala Lumpur....apa yang best orang KL nie anak dia mekanik...jadi taya kereta aku mekanik dari KL yang tukar. Terima kasih bebanyak kerana membantu....hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Lagi satu ketika nak buka tayar tu, dia dapati tayar kereta tak dikunci dengan ketat. Skrew boleh pulas dengan tangan. ini mesti ketika PERODUA repair kereta aku eksiden ari tu dia tak kunci skrew tu ketat. Apa punya servis....macm mekanik tepi jalan lain ja.

apa yang dipelajari :

1- Pastikan tools ada dalam kereta( skrew driver dan sebagainya yang kereta perlukan ada)
2- Pastikan pum angin disimpan dalam kereta kot-kot angin dalam tayar berkurangan akibat terkena paku jadi dapat la di pum sikit sementara jumpa stesen minyak atau bengkel
3- Pastikan kabel Jumper disimpan dalam kereta mana tahu tetiba bateri weak.
4- apa yang aku pelajari skrew tayar kereta Perodua Myvi ( standart) sama dengan kereta Proton Saga Aeroback. Hari ini aku pi la cari kereta MYVI yang sama dengan kereta aku, tapi tak dapat, sebab aku nak pinjam pembuka skrew tayar...bila abang ipar aku sampai dia guna pembuka tayar Proton Saga Aeroback saja....ok.
5- Jika menggunakan tayar spare ( yang macam tayar basikal buda2) cepat-cepat la pergi tukar tayar yang baru. tayar spare tak dapt menampung jarak perjalanan yang jauh.

CELCOM BROADBAND - sungguh laju

20/5/2009 - aku register Celcome Broadband di Bayan Baru, biasala isi borang dan beri RM100.00, ini untuk promosi yang terbaru bayaran bulanan RM 50.00 saja. Celcome ada runner yang hantar ke USM, dok harap dapat modem pada keesokannya tapi tak dapat sebab tak proses lagi.

22/5/2009- talifon dia kata akan dapat selasa, ok lah aku pun. Tapi dok harap jangan runner tu cabut dah, melayang RM 100.00 aku.

26/5- hari selasa talifon dia kata modem habis tunggu stok. apa boleh buat tak dak rezeki.

Ada la 2 ke 3 kali call janji hantar tapi tak tak sampai gak.

3/6/2009 - aku baru balik dari bercuti di negara kerajaan langit ( cameron highland ) ada la satu surat bill dari Celcome, aku ingat bil broadband (dah pakai dah tapi yang RM68.00) atau handphone aku, bila lihat nombor lain ja...confirm bil broadband yang baru. Tarikh bil 28/5/2009....perghhhhh hebat celcome nie sungguh laju dia punya transmitter (nak ambik duit)....reciever (modem) tak sampai lagi. Sungguh cemerlang perkhidmatan celcome, itu yang dikatakan broadband, belum sentuh dah sampai...lajuuuu.

4/6/2009 - Alhambullillah dapat gak modem dari runner celcome, selamat RM 100.00 aku. Kalau tak dapat modem dapat bil jerr laaa.

Cameron Highland

Hari ini selapas menghadiri kenduri di K.L. kami sekeluarga ke Cameron Highland. Sebelum ke Cameron Highland nie, berbagai destinasi yang berada dalam perbincangan untuk bercuti, Melaka, Bukit Merah dan Cemeron Highland dan macam-macam lagi lah. Yang bestnya Cameron highland nie duduk ditangga terbawah disebabkan berita yang dibawa oleh Karam Singh Walia mengenai pencemaran air sungai. Pi mai pi mai dipilih gak tempat tuu, nak buat cam mana disitu la lebih sejuk dan dia berada dalam perjalanan aku balik ke Pulau Pinang dari K.L..

Sebelum ke sana aku booking hotel terlebih dahulu takut sampai sana tak ada hotel, jadi jalan-jalan cari hotel jaa. Aku booking hotel Sri Juliana di Berinchang. Masa aku baru kawin, kami lepak kat sini...kira mengimbau masa lalu. Hotel nie Orang Melayu punya.

Dalam perjalanan ke Cameron, kami guna jalan lama dari Tapah, berliku macam dulu-dulu aku datang, ada orang asli berniaga ditepi jalan, dijual madu, akar2 kayu, pokok bunga. Masa ni aku datang ada pembaharuan, isteri aku muntah 2 - 3 kali, pening, jalan bengkang bengkok.

Sebelum sampai ke hotel kami singgah ke Ladang Strawberry dekat Tanah Rata, malas dah nak patah balik kalau sampai ke Berinchang, apa ntah nama tempatnya aku pun tak perasan, anak-beranak makan strawberry bersama krim dan chocklat. Sedap sehingga menjilat jari

Sampai saja aku ke Berinchang terus saja ke hotel, sampai depan hotel....aikkk dah tukar nama jadi Hotel Wira Awan. Tanya kat kaunter, di beri tahu Hotel Sri Juliana dah pindah ke tempat lain. Masa datang hari tu aku booking tak tengok alamat terbaru, kira dok ingat lokasi seperti masa datang 6 ke 7 tahun dulu tuu.

Peghhhhhh lokasi baru Hotel Sri Juliana dok atas bukit, tinggiiii, ada jalan sempit ke atas bukit tuu. Aku siap tanya staf Hotel Sri Juliana, ada lampu dak kalau waktu malam sebab jalan ke hotel nie menyeramkan dan sempit. Sebelum nie aku harap dapat hotel kat bawah (bukan atas bukit) senang kami nak ke pasar malam, jalan kaki saja, tapi tak pa lah dah booking.

Kami kena parking dan register di kaunter kat atas dan di bawa kami kebawah untuk ke bilik (tak boleh parking didepan hotel). Konsep hotel nie aku pun tak tau, tapi dia macam sebuah rumah panjang (macam kat sarawak pulak), ada banyak bilik, ada satu ruang tamu dimana diletakkan sofa dan TV dan ada sebuah ruang atau bilik untuk sembahyang berjemaah (sejadah disediakan), luas, kalau buat famili day sangat sesuai. Dalam bilik, macam biasa disediakan katil ( dah tentu takkan khemah pulak), bilik air ada water heater tapi bising sikit dan tak ada air cond (sejuk dah...). TV tidak disediakan jadi kalau nak menonton TV kena ke ruang tamu, bahagian nie yang tak best, sebab kena kongsi dengan tetamu lain, tapi OK la kalau nak datang Cameron Highland nak nonton TV balik rumah la. Kita datang nak menikmati suasana sejuk dan kehijauan. Satu lagi yang best hotel ini ada seperti kakilima yang mengadap ke pekan Berinchang, kakilima ini luas dan sepanjang rumah panjang nie, boleh buat barbique dan tempat lepak-lepak.

Selepas berehat seketika kami drive kebawah, mencari sesuap nasi, lapar laaa. Ada sebuah kedai Malayu/Islam yang menjual nasi, Nik Ikan Bakar Dan Tom Yam. Kedai nie masak sedap dan yang penting banyak sayur dalam masakannya baru la bersesuiaan dengan tempat pengeluaran sayur. Dulu aku datang Cameron highland ada kedai ( bukan kedai aku makan ni, kedai lain) yang hanya letakkkan sayur campur ( karet,jagung, kacang pies dan lain-lain yang dalam peket jaaa) punya lah susah peniaga nak guna sayur dalam masakan.
Selepas menjamu selera kami ke Pasar malam Berinchang, dah ditukar ke hadapan Balai polis Berinchang. Seingat Aku dah tiga tempat ditukar, ini tempat terbaru. Macam biasa la pasar malam Berincang, benda wajib.....makanan berasaskan strawberry ( jem, gula-gula, biskut, strawberry chocklet dan macam2 lagi la), sayur2 dan lain-lain macam pasar malam kat bawah la dan satu lagi banyak peniaga jual survinir cameron highland kira dia punya gerai macam nak sambut hari Christmas saja, warna merah/pink mengambil tema warna strawberry. Ramai juga peniaga Melayu menjual makanan seperti nasi lemak, apom balik. Dibelinya Jem Strawberry Eka, sebab dibuat oleh pengusaha bumiputra insyallah halal.


Keesokannya kami check-out, dan bersarapan di Food Court Berinchang, harga boleh tahan la. dan perjalanan diteruskan ke Sungai Palas, untuk ladang teh Boh. rasanya 2 kali aku pi sana tapi tak ada rezeki, asal datang saja kilang dah tutup. Masa aku pi kali ini, kereta biasa lah banyak, sebab musim cuti sekolah. Pandu kena berhati-hati, jalan sempit dan bengkang-bengkpok( bila pihak BOH Plantation nak buat jalan besar sikit? malumlah ia menjadi tarikan pelancong, ini mesti nak tunggu budget dari kerajaan). Walau jalan sempit tetapi pemandangan dikiri kana jalan sangat menarik dengan kehijauan pokok teh. Masa ini ketika sampai diselekoh, aku nak memeri hon tetiba tak berbunyi, baru aku perasan selepas kereta dibaiki oleh PERODUA akibat eksiden hari tu, aku tak periksa hon, aku periksa lampu ja. Apa boleh buat, aku jalan perlahan-lahan ja, dah tengah ladang dah pon bukan boleh patah balik.

Disamping melawat kilang teh dan kedai menjual teh, tarikan terbaru Boh Platation ialah cafe yang yang cantik mengadap ladang teh. Cafe ini menyediakan minuman teh yang berbagai rasa disamping kek, pai dan lain-lain makanan ringan. Harga boleh tahan la. Kalau nak murah beli uncang teh minta air panas, kacau sendiri.

Selesai melawat ladang Boh kami ke Kea Farm, beli serba sedikit sayur dan yang penting kat sini aku dapat beli sayur goreng, kim Can dan kulat. Kat tempat lain di Cameron kebanyakan bangsa lain yang jual, kalau ada pun di Pasar Malam Berinchang, tetapi cara goreng dia aku tak suka, tak seperti bangsa lain buat, warna kuning cantik.

Selepas selesai membeli sayur kami bertolak balik menggunakan jalan bari ke Simpang Pulai, adalah singgah sekali ke Restoran Teh Bharat, teh Valley untuk ke tandas.