EKSPEN 2009 USM


28 Feb - 1 mac 2009 berlangsung EKSPEN 2009 ( Ekspo Kerjaya dan Pendidikan USM ) di Dewan utama pelajar. Berbagai agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dalam ekspo ini. Terdapat berbagai ruang-ruang pameran untuk dikunjungi, setiap ruang menawarkan berbagai info tentang pekerjaan yang ditawarkan dan sesiapa berminat boleh mendaftar.

Temuduga terbuka terbuka juga diadakan. Terdapat beberapa agensi pencari kerja secara online juga mengambil bahagian untuk memudahkan pencari kerja memilih kerja yang sesuai untuk mereka.


Diisamping itu juga diadakan selama 3 hari program berjalan diadakan ceramah bersangkut dengan kerja, seperti cara temuduga, cara jawab temuduga, cara berpakaian, cara pembawakan diri ketika temuduga, motivasi, peluang-peluang pinjaman membuaka perniagaan sendiri, cara-cara membuka perniagaan dan terakhir sekali dah semua tak boleh juga nak dapat income di buat ceramah menyambung belajar peringkat lebih tinggi. Ceramah-ceramah ini disampaikan oleh pihak swasta, kerajaan dan USM sendiri. La ni sampai macam tu la, dulu rasa tak dak yang buat ekspo macam ni nak bagi peluang kerja dan pengetahuan kepada graduan. Zaman dah berubah, dunia semakin maju.


Disamping itu terdapat juga ruang yang menawarkan insuran ( aku tak pasti ditawarkan pekerjaan sebagai agen insuran atau dia jual insuran atau yang hebat insuran menjamin dapat kerja) dan jualan makanan kesihatan ( gerai ni aku beli vitamin, sangkut paut dengan EKSPEN aku tak tau, mungkin badan yang sihat menjamin mendapat kerja yang baik).

Kedatangan pengunjung bukan setakat para graduan tetapi juga dari sekolah-sekolah yang membuat rombongan untuk melihat secara lebih dekat USM dan mendengar ceramah peluang-peluang melanjutkan pelajaran di USM.


1 comment:

  1. Genial post and this post helped me alot in my college assignement. Gratefulness you as your information.

    ReplyDelete