Lemang Pak Teh

Dalam perjalanan balik kampung dari Kepala Batas ke Alor Setar biasa la hari raya korban, singgah kat Tikam Batu beli lemang Pak Teh. Lemang ni memang femous kat belah Sungai Petani dan SPU. Depa juai dalam beberapa kategori, RM6,RM8 dan yang terbesar RM10 (harga ni benar untuk time tu ja laa, next time tak tau la). Lemang Pak Teh ada kat situ sepanjangtahun tapi yang meriahnya masa Hari Raya Posa dan Korban Lemang Pak Teh, masa lain ada juga tapi dengan jumlah lemang yang sedikit sahaja.

Disini depa jual dan juga bakar lemang sekali. Segala proses depa buat kat sini. Masa dekat hari raya memang semua line jalan (macam production line kilang pulak), depa bakar lebih kurang 5 baris dan setiap baris lebih kurang 10-15 kaki, bayangkan berapa banyak lemang depa buat serentak (untuk hari raya saja la). Dibawah beberapa gambar proses buat lemang sampai depa juai. Abang jual lemang tu bagi permison ambil gambar.

1-Prepare daun pisang, dipotong memanjang, kat belakang tu buluh lemang yang dipotong dalam 2 kaki.

2-Daun pisang tu digulung.
3-Dimasukkan kedalam buluh 4-Pulut pulak dimasukkan
5-Santan pulak6-Lemang yang telah disediakan tu dibakar, api jauh lebih kurang 2 kaki dari lemang, mngkin tak mau dia hangit kot cuma nak ambil haba dia ja.
7-Lemang tu dibalik-balik supaya masak sekata
8-Lemang yang telah dimasak di susun macam kayu api, banyakkkk, sedia untuk dijual.

9- Nie dia kedai pak Teh
Lepas abis menembak aku pegang kemera ku, nasib baik keras kalau tak dah lama cayaq, panasssss. Aku beli la sebatang RM10 punya wak balik kampung. Lepas bukak memang best, lembut luaq dalam, mabelesssss.

13/8/2013 ~ Update lokasi gerai:
Lokasi lebih kurang 3 KM dari pekan Tikam Batu menghala ke Sungai Petani, berdekatan simpang masuk ke Taman Sri Pinang dan Taman Rhu. Lihar Google map kat bawah.

View Larger Map


1 comment: