Kuliah Ilmu Oktober 2016

Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan Oktober 2016 ini.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al Muttaqin Bandar Putra Bertam:


Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Hari Anugerah Kecemerlangan SKBP 2016

Hari Sabtu 6 Ogos 2016 berlangsungnya Hari Anugerah dan Kecemerlangan SK Bertam Perdana. Alhamdulillah kali ini Muhammad Ammar dapat naik pentas setelah tahun lepas tidak merasa menaiki pentas. Tahun  lepas mungkin pengajaran bagi dia. Tahun ini dengan usaha bersungguh dan juga mak dia dok perhati lebih sikit dengan izin Allah dapatlah naik pentas. Masa peperiksan yang lalu mak dia perhati lebih sikit sebab bercuti panjang, jadi tak bolehlah main-main.

Dalam jam 8.30 pagi kami dah sampai ke Dewan Terbuka SKBP. Muhammad Ammar pergi sekolah awal lagi untuk persiapan. Hampir jam 9 pagi orang dinanti untuk perasmian sampai. Kali ini ADUN Pinang Tunggal YB Dato Roslan Saidin akan merasmikan majlis.
Kedatangan ADUN Pinang Tunggal Dato Roslan Saidin disambut dengan Bungan Manggar.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Negeri Kita dan disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahfazrul.

Dikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar, En Mohd Zubir.  Antaranya GB memberitahu beberapa pencapai yang diperolehi oleh SKBP dari segi akademik dan juga prasarana sekolah. Dimasukkan juga tentang penambahan pada surau sedia ada untuk menampung pelajar yang semakin ramai.
Ucapan GB En Mohd Zubir.

SKBP juga akan menerima penambahan pelajar untuk tahun satu tahun hadapan disebabkan pertambahan penduduk disekitar (Nampak gaya tahun hadapan pun sekolah akan ada dua sesi juga lah, pagi dan petang ~ harap YB yang datang paham apa yang nak disampaikan. Sekolah tidak mencukupi di Kawasan Bertam ini).

Untuk menampung pertambahan murid, sekolah mengambil inisiatif menyiapkan 2 buah kontena yang diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah.

Tahun ini juga SKBP membina sejarah untuk hadiah kepada pelajar yang cemerlang. Pihak sekolah dengan usaha GB telah mendapat penajaan hadiah dari Bank Persatuan. Dimana setiap pelajar yang berjaya akan mendapat akaun Bank Persatuan dengan sejumlah wang.  Selepas ucapan GB, Naib Pengerusi YDP PIBG pula memberi ucapan.
Ucapan oleh Naib Pengerusi PIBG.
Ucapan dan perasmian oleh YB Dato Roslan.

Selepas itu ucapan dan perasmian oleh YB Dato Roslan Saidin. Antara yang aku suka tentang ucapannya ialah tentang kemasukan pelajar ke SKBP. Katanya ada ibu bapa yang datang jumpa beliau untuk dapat sokongan anak mereka masuk ke SKBP. Dan dia dengan kuasa yang ada meluluskan ( Terfikir aku, pening juga cikgu-cikgu dan GB untuk menerima pelajar yang ramai. Harap YB dapat selesaikan pembinaan sekolah baru dengan segera ~ dah lama dahhhh). Ucapan beliau disudahi dengan perasmian Hari Anugerah dan Kecemerlanagn SKBP.

Selesai sahaja perasmian. Acara dimulai dengan persembahahn pelajar.

Para VIP menonton persembahan pelajar.
Persembahan oleh Pelajar Pra-Sekolah.

Selesai sahaja persembahan. Acara penyampaian hadiah pun bermula. Dimulai dengan penyampaian hadiah untuk pelajar yang menunjukkan pencapaian terbaik di Tahun 6. Dato Roslaan Saidin dijemput memberi hadiah. Bagi semangat kepada tahun 6 untuk menghadapi UPSR tahun ini.


Selepas penyampaian hadiah untuk Tahun Enam, Dato terpaksa meninggalkan majlis disebabkan ada program lain. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada Pra Sekolah, Tahun Satu dan seterusnya.  Di pertengahan acara penyampaian hadiah, iklan sebantar. Selingan persembahan dari pelajar.

Persembahan dari pelajar SKBP.

Selesai peersembahan. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk Tahun Empat dan Lima. Tibalan giliran Tahun Lima, M Ammar naik pentas.
Alhamdulillah semoga mendapat kejayaan yang lebih baik di masa akan datang.



Acara penutup ialah bergambar beramai-ramai, katanya pihak Berita Harian ada disitu untuk merakamkan semua pelajar tersebut.
Bersama kawan-kawan yang naik pentas. Ammar kat mana?

Jadi setakat itu program hari ini. Mohon Allah memberi kecemerlanagn dunia akhirat kepada Muhammada Ammar dan juga kawan-kawannya. Ucapan setinggi terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengajar anak kami dan hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.


Kuliah Ilmu September 2016

Jom dengar kuliah sekitar Bertam Kepala Batas bulan September 2016 ini.


Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:


Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al Husna Bertam Perdana:

Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Majlis Ihtifal KAFA Bertam Perdana 2016

tok tok tap tap tap... dok ketuk meja, dinding dan apa saja yang boleh ketuk sampai sakit telinga. Dua tiga hari ini asyik ketuk saja. Bila ditanya katanya dia akan buat persembahan di KAFA untuk penyampaiana hadiah. Katanya dia juga akan naik pentas. Nak kata nombor 1,2 atau 3 dia tak dapat pun. Entahlah.

Dapat surat jemputan, pada pagi 30hb Julai 2016 akan diadakan Hari Ihtifal KAFA cawangan Bertam Perdana. Oklah kena datang sebab Ammar buat persembahan. Cikgu juga minta peserta yang buat persembahan pakai jubah putih. Selak dalam almari tak ada jubah putih. Tak kan nak beli. Isteri aku tanya kawan-kawan dia dan dapatlah sehelai pinjam. Sendat jugalah maklum terlebih saiz, pakai jugalah.

Awal pagi aku hantar dia ke KAFA dulu, mungkin dia nak buat persiapan. Kami datang kemudian.

Aku datang dengan Firas dan Fatini dulu. Isteri akan sampai kemudian. Semasa kami sampai hampir jam 9 pagi. Ibu bapa dah ramai ada dalam dewan. Kami dapat duduk dibelakang dewan saja. OKlah dengan dua bebudak kecik senang nak keluar masuk.

Dapat buku aturcara. Lihat nama Ammar tak ada pun untuk tahun 5. Macam mana dia boleh kata dia dapat hadiah? OKlah layan persembahan dia pun jadilah. Layan gambar acara yang berlangsung. 
Ibu bapa memenuhi dewan KAFA.

Bacaan Al Quran

Ucapan Pengerusi KAFA Bertamn Perdana, En Mohamad Hisyam
Perasmian oleh Penyelia KAFA Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, Ustaz Jafri.
Selesai sahaja ucapan perasmian oleh Ustaz. Acara pertama ialah Qasidah oleh pelajar Tahun 5. Muhammad Ammar berqasidahlah. Gendang yang diketuk kawannya tu lah yang dia dok gila ketuk kat rumah. Selepas Qasidah disusuli dengan Kalam Jamaie oleh pelajar Tahun 1.

Muhammad Ammar & The Geng ber Qasidah.
Kalam Jamaie.
Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada pelajar yang telah menunjukkan pencapaiana terbaik untuk tahun 2016. Disamping untuk tempat 1,2 dan 3 untuk setiap kelas dan hadiah untuk Sahsiah Terbaik.

Habis sahaja persembahan Ammar tadi. Aku pergi jumpa dia. Dah habis persembahan boleh balik la. Nama dia pun tak ada dalam buku aturcara penerima hadiah. Dia kata dia akan naik pentas. Macam biasalah dah nak merajuk. Tak apalah kami tunggu sampai habis program.

Sampai saja ke tahun lima selepas beberapa pelajar terima hadiah tetiba nama Ammar dipanggil. Masa tu aku ada di luar dewan. Kalut masuk. Dapatlah ambil sekeping gambar dia. Baru tahu dia dapat hadiah untuk Sahsiah Terbaik.
Harap Sahsiah terbaik bukan di KAFA saja tapi mesti di setiap masa.

Acara pentutup oleh pelajar Tahun 2 dengan tajuk Doa Pilihan dan diikuti oleh persembahan Qasidah oleh pelajar Tahun 3.

OKlah sampai disini dulu. Sebelum balik dapat bekal nasi seorang satu pek. Alhamdulillah ada makanan.
Ahmad Firas nak rasa air oran cikgu buat sebelum balik.

Disini kami ingin mengucapkan ruibuan terima kasih kepada guru-guru dan pihak pengurusan KAFA Bertam Perdana yang telah mengajar agama dan juga menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak kami. Moga dengan ilmu yang diperolehi menjadi anak-anak yang soleh.

Roti Bakaq Teloq Meleleh Kepala Batas

Nak sarapan apa di Kepala Batas? Kepada yang dah meluat pagi-pagi makan roti canai kedai mamak di Kepala Batas. Asal pagi saja makan roti canai... asal makan roti canai saja dari pagi sampai malam. Maka ada satu pilihan gerai yang menarik dan sedap untuk bersarapan di Kepala Batas.
Roti Bakaq Teloq Meleleh Kepala Batas.

Kali ini kita perkena Roti Bakar pula di Gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh. Biasalah orang utara dia punya "Q" lebih sedikit.

Gerai ini hanya menyediakan berbagai set roti bakar. Roti bakar ini di kahwinkan dengan beberapa bahan seperti telur, cheese, papperoni, sosej, kacang merah dan hirisan daging dan disiram dengan sos lada hitam dan madu dan sebagainya. Pilih saja dari menu yang diberi.
Menu Roti Bakaq Teloq Meleleh.
Tanda saja yang mana berkenan dan beri kepada mereka.

Dibawah antara roti bakar yang pernah kami makan untuk beberapa kali datang ~ koleksi yang sempat diambil gambar. Nama roti bakar ini aku dah lupa, kadang-kadang nampak sama tetapi isi berlainan.



Kepada yang tak boleh makan roti bakar, ada juga diletakkan atas meja nasi lemak bungkus. Nasi lemak berlauk bilis dan telur saja. Nasi lemak ini memang sedap, terasa seperti orang dulu-dulu masak. Aku kalau sampai ke sini mesti sambar sebungkus dua. Tapi jangan harap sangat sebab unit terhad. Siapa cepat dia dapat.
Nasi lemak mabeles. Unit terhad. Yang ni aku suka, terasa macam dulu-dulu punya nasi lemak cuma tak ada timun.

Gerai Roti Bakaq Teloq Meleleh ini rasanya berbentuk franchise sebab kami pernah melihat gerai lain yang nama dan konsep yang sama. Gerai ini boleh kata sentiasa penuh dengan pengunjung terutama waktu pagi sehingga kadang-kadang kena tunggu orang bangun dulu baru dapat duduk.


Bagi aku roti bakar disini memang sedap. Roti benggali yang tebal dibakar dengan mentega, garing diluar dan lembut didalam ditambah dengan bahan-bahan lain memang terangkatlah. Boleh datang selalu.
The making of roti bakar.
Nak sampai ke sini mudah sahaja sebab sebab gerai ini terletak bersebelahan Telekom Kepala Batas. Kawasan parking pun luas dan mudah sebab kawasan ini gerai ini sahaja yang ada. Sedikit maklumat dibawah.

Roti Bakaq Teloq Meleleh
Jln Tun Hamdan Sheikh Tahir
(Bersebelahan Telekom Kepala Batas atau seberang jalan bertentangan dengan Shell)

No Telefon: 013-2003377, 013-2007733

Dibuka hari Selasa hingga Ahad dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.
Tutup hari Isnin.

GPS:
5.516712, 100.431682
5°31'00.2"N 100°25'54.1"E

Lokasi dari Google Map:



Hari Sukan KAFA Bertam Perdana

Update cerita lama. Hari sukan yang dianjurkan oleh Kelas KAFA Bertam Perdana pada hari Sabtu 9hb April 2016. Anak aku Muhammad Ammar belajar disitu waktu petang. Rasanya tahun lepas kalau tak silap tak dibuat Hari Sukan. Hari Sukan ini diadakan di Padang Permainan Bentara. Dibelakang bangunan kelas KAFA mereka atau Surau Al Muhtadin sahaja.

Hari sukan ini lebih kepada acara sukaneka sahaja. Tak adalah lari 100x100 atau lontar peluru. Walau sukaneka tapi meriah. Layan gambar aktiviti yang dijalankan.
Isi air dalam botol guna span.

Tak pecah lagi?. Adik perempuan sebelah kiri dah tutup telinga.
Demo ambil gelang getah dengan straw. Khusyuk.

Pelajar pula buat. Bersungguh.
Ammar masuk lari dengan kaki kena ikat. 

Pulun sampai jatuh. Janji seronok.
Pertandingan makan pisang. Ammar masuk tapi kalah. Dia makan skima sangat sebab tu lambat hahahaa.

Kerusi beracun untuk ibu-ibu.

Penyampaian hadiah. Macam-macam bekas plastik ada.

Boleh kata setiap yang masuk acara akan pulang dengan hadiah.

Itulah sedikit sebanyak acara dalam Sukan KAFA cawangan Bertam Perdana. Memang meriah dan hadiah pun banyak. Boleh kata semua pelajar dapat hadiah. Terima kasih kepada guru-guru dan pihak pengurusan KAFA yang telah menganjurkan HAri Sukan yang meriah ini.