Kepala Ikan GST

Kepala ikan pun nak kena GST ka? mau tersungkur pekena kari kepala ikan lepas nie. Ishhh apa merepek nie. GST tu nama kilang kat Simpang Ampat SPS, GST Fine Foods Sdn Bhd. Kilang memproses makanan laut.
GST Fine foods Sdn Bhd
 Apa kepunca pi kilang nie? Haaa nie dia tujuan utama untuk memancing kepala ikan. Dapat kepala saja isi kilang ambik.
P_20140927_084626_HDR
Kepala ikan merah.
P_20140927_084721_HDR
Hanya kepala ikan asja.
Macam mana tau tempat nie? Mula-mula ada sahabat yang buat kari kepala ikan kat opis. Tak tau dia dapat kat mana. Dalam dok sembang-sembang ada sahabat yang teringin nak pi situ dan ada sahabat yang nak tunjuk jalan. Apa lagi aku pun ikut sama la, nak tengok tempat. Pagi Sabtu seawal 7.30 pagi berangkat kesana.
P_20140927_084609_HDR
Kat kilang nie dibuat macam kedai runcit. Pelanggan boleh lah beli hasil laut, macam-macam jenis ikan, sotong, ketam. Yang ramai serbu ialah kepala ikan. Yang segar ada, yang beku pun ada. Selain tu dijual juga barangan runcit seperti rempah, telur, tepung, bawang dan lain-lain, tapi tak banyak pilihan la.
P_20140927_084749_HDR
Siakap dan sotong kembang.
P_20140927_084914_HDR
Ikan segar
P_20140927_085101_HDR
Kepala Salmon
P_20140927_084830_HDR
Barang runcit

Harga aku tak pasti, tapi orang memang tak putus. Aku angkut kepala ikan saja, macam murah ja. Lepas pilih boleh minta depa belah siap-siap. Balik basuh terus masak.
P_20141002_182852_HDR
Nie dia hasil tangkapan yang di karikan. Kari kepala ikan merah, isteri aku masak bersama sambal hijau cekur.
IMG-20140928-WA0002
IMG-20140928-WA0004
Kari kepala ikan dan sambal hijau
Kalau sesiapa yang teringin nak pekena kari kepala ikan boleh cari kat sini. Kepala ikan saja, kari kena buat sendiri la. Kilang dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang dan tutup hari Ahad dan cuti umum.

Alamat:
No 9 Lorong IKS Simpang Ampat D,
MK15 Kws Industri Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan

Telefon: 04-568 2277

GPS: 5°15'41.5"N 100°28'35.4"E
Fullscreen capture 1032014 41732 PM
Gambar kilang GST Fine Foods dari Google Street View

Kuliah Ilmu Oktober 2014

Selamat Hari Raya Idul Adha. Jom pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:



Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:




Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:






Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Warung Kelapa Sawit Juru - Bawal Panas

Lepas servis kereta kat Autocity Juru terus cari gerai jual bawal goreng panas yang dah lama dengar cerita macam best ja.

Aku tak tau kat mana, isteri aku yang tunjukan. Tak berapa jauh dari Autocity, sebuah warong tepi jalan yang berdebu bersebelahan ladang kelapa sawit. Warong nie nampak buruk ja tapi pengunjung punyalah ramai. Nama gerai ni pun pelek sikit, Warong Kelapa Sawit. Macam tempat kumpul tandan kelapa sawit pulak. Tapi ramai yang sebut Bawal Panas Juru saja.
Beratur ambil bawal goreng.
 Kami sampai dah tengahari. Kat sini nak makan kat bawah bumbung kedai atau khemah boleh atau nak makan kat bawah pokok kelapa sawit pun boleh. Walau cuaca panas tapi terasa selesa sebab teduh dengan pokok sekitar. Kami pilih dok kat bawah khemah kat situ.
Makan bawah pokok kelapa sawit.

 Selalu kalau sebut bawal goreng mesti diletakkan set bawal goreng yang terdiri dari bawal goreng panas-panas, kuah kari, ulam, sambal belacan dan sambal kicap.  Tapi kat sini tak disediakan semua tu. Pelanggan kena ambil sendiri ikut suka lah macam mana nak buat set, layan diri. Janji sedap.


Selain bawal goreng disediakan berderet masakan ala kampung. Macam-macam ada, masak kari, cabai, kicap, sayur, sambal. Ulam tak berapa banyak jenis dan biasa-biasa saja.

Masakan ala kampung.
 Kami ambik nasi campur dengan sedikit lauk saja sebab nak menikmati bawal goreng. Tak lupa ulam dengan sambal kicap dan sambal belacan.
Kepala hidang, bawal goreng panas.

Bawal digoreng panas-panas dicicah dengan sambal kicap kena pula kari ikan memang terangkat. Sambal kicap tak berapa pedas.
Bawal goreng panas, sambal kicap, ulam.
Harga makanan boleh kata berpatutan. Bawal mengikut harga pasaran lebih kurang RM5 ke RM6 seekor. Kedai pun bersih, luas dan selesa. Tempat parking bolehlah ditepi jalan atau lorong masuk kegerai.
Bawal goreng panas


Sekitar warong nie ada juga gerai-gerai kecil yang jual air nyoq dan kuih muih kalau tak silap aku. Sambil makan bolehlah menjamu mata dengan suasana hijau.

Warung Kelapa Sawit juru nie dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 3 petang dan tutup hari Ahad. Alamat di Jalan Tok Kangar, Juru Pulau Pinang. Lokasi tengok peta kat bawah.

GPS : 5°19'12.6"N 100°26'00.1"E
          5.320176, 100.433346


Anugerah Kecemerlangan SKBP 2014

Nie pun cerita lama juga. Majlis Kecemerlanagn SK Bertam Perdana pada 16hb Ogos 2014. Aku letakkan gambar ja lah. Tak banyak cerita nak tulis.

Mula-mula kami macam tak mau datang ke majlis nie. Siti Sarah saja akan persembahan di majlis tu, Muhammad Ammar pun tak terlibat. Tapi bila nak dekat ketarikh tu, dapat surat Muhammad Ammar akan naik pentas terima hadiah. Yang nie boleh jadi alasan yang kukuh sikit untuk ke majlis tu. Hadiah apa??? tunggu baca sampai habis.
DSC_6801
Ketika daftar, dapat bihun sepeket. Apa lagi Firas dan Fatini balun dulu. Tinggai sayoq saja tak makan.
DSC_6810
Ibu bapa memenuhi dewan terbuka SKBP.
DSC_6807
Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahfazrul. Mula-mula ingat tahun nie SKBP jemput ustaz luar baca doa. Dekat nak habis program baru tahu ustaz nie baru saja pindah ke SKBP.
DSC_6814
Ucapan Guru Besar
DSC_6816
Ucapan YDP PIBG, Ustaz Ahmad Jelani. Dalam ucapan baru tahu beliau dengan YB Reezal Merican kawan seuniversiti.
DSC_6817
Ucapan perasmian oleh YB Dato Seri Reezal Merican.
DSC_6822
Selepas ucapan perasmian, pelajar membuat persembahan.
DSC_6838
Barisan VVIP.
DSC_6829
Persembahan oleh darjah 6, Siti Sarah dan kawan-kawan.
DSC_6836
Siapa cikgu yang bertudung merah nie? Beliau sentiasa menjadi orang kuat dalam persembahan.
DSC_6843
Siti Sarah bersama kawan-kawan baik darjah 6. Yang kecik bawah tu macam mana boleh ada?
Selepas persembahan baru acara penyampaian hadiah dijalankan. Nie dia Muhammad Ammar dapat Anugerah Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab. Kami macam tak percaya. Alhamdulillah moga kejayaan ini berkekalan dan terus meningkat.

DSC_6848
Muhammad Ammar menerima sijil Matapelajaran Terbaik Bahasa Arab.
DSC_6850

Nasihat sebelum balik sekolah.
Selepas Ammar naik pentas kami pun beransur balik. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak kami. Tahun nie merupakan tahun terakhir Siti Sarah berada di SKBP, diharap mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

 

LA Tea Garden Sg Dua

Jangan stres UPSR kena ulang. Nie cerita makan-makan yang lama dah. Kali nie kami ke Sg Dua Penang. Lokasi masakan western Chef terbaik. Bukan terbaik buat aksi lambung-lambung, pusing-pusing masa masak tapi terbaik dengan hasil western food.

Chef Fahmy, kami dah test dia punya hasil masa dia ber western food kat stall di Bafana Roaster Bertam Perdana. Lepas tak berapa lama dia telah menyepi diri dan kadang-kadang terjumpa. Dari google baru terjumpa lokasi terbaru dia berniaga.

LA Tea Garden
Dah tau lokasi pun ambil masa yang lama nak terjah tempat dia berniaga. Kali nie tercapai hajat. Sebuah restoran atau lebih kepada sebuah rumah kampung yang di jadikan restoran. LA Tea Garden. Nama macam ladang teh kat Cameron Highlang.

Lokasi berhadapan mudah sebab bersebelah dan berhadapan dengan stesen Minyak PETRON Sg Dua sebab ada dua stesen minyak tuu yang berdekatan. Parking saja di tepi jalan, hati-hati kereta boleh tahan laju juga kat sini.
Dibalik pokok buluh.
Masuk kelokasi kedai, terasa ala-ala Jepun sikit dengan pokok buluh dan tradisional Melayu dengan rumah kayu. Pengunjung boleh tahan ramai. Berbilang bangsa datang makan kat sini. Apa lagi cari meja dulu. Boleh duduk kat bawah rumah atau di luar, kami duduk berbumbungkan langit.

Menu sampai. Oder dulu. Menu banyak pilihan, western ada ala-thai pun ada.

Menu
Servis memang cepat. Tak berapa lama hidangan pun sampai. Layannn gambar kat bawah.

French fries dan mushroom soup dengan garlic bread untuk Fatini dan Firas.

Spageti bolognese  untuk Sarah. Saiz besar, memang kenyang dan sedap.

Lamb chop untuk ayah. kambing di grill lembut bersama sos lada hitam memang sedap dihidang dengan french fries, coslaw dan salad. Sedikit kurang, tak ada kentang putar. Kentang putar yang chef nie buat kat Bafana memang terbaik.

Fish and Chip untuk ibu, Isi ikan besar dan hidangan sampingan sama seperti lamb chop.
Chicken chop untuk Ammar. Ayam bolehkata besar juga, sos lada hitam memang sedap.

Lepas semua sampai Ahmad Firas nak nasi goreng udang pula, tak mau makan french fries yang kami oder. Mana best orang lain makan sedap-sedap aku makan french fries saja.

Panggil pelayan tanya nasi goreng udang ada ka? pelayan tu cakap ada, tapi lambat sikit sebab orang ramai. Oder juga lah. Kami dok ingat akan sampai dalam setengah jam lagi, tapi dok sat ja dah sampai. Memang terbaiklah servis kat sini.
Nasi goreng udang untuk Firas. Nasi biasa saja tapi udang besar. Harga mahal mungkin kerana udang tuu.

Dah kami habis makan, sementara menunggu Fatini dan Firas makan sambil main-main bolehlah lawat kawasan. Ada sedikit ruang yang di ubah menjadi taman dengan dibuat kolam ikan.
Makan kat ruang terbuka, sejuk mata dikelilingi pokok hijau.

makan kat bawah rumah
Kepada yang nak merasa western food yang sedap boleh datang sini. Masakan ala thai aku tak boleh komen sebab tak oder. Harga untuk makanan western rasanya lebih kurang kedai-kedai lain juga (tengok kat menu diatas) tapi keseapan tu kena datang sini.

Chef Fahmy sedang beraksi.
 LA Tea Garden dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 12 malam dan cuti hari Isnin. Kalau waktu siang lokasi kedai  nie sukar nampak sikit sebab dilindungi pokok buluh, waktu malam OKlah sebab ada lampu dan kereta banyak berhenti kat sini. Lokasi bersebelahan stesen minyak Petron dan berhadapan stesen Petron ( ada dua stesen minyak Petron kat situ). Alamat No 887 Jalan Sungai Dua Kampung Teluk, Butterworth, Penang. No talifon ada kat peta tu. Nak mudah tengok Google Map kat bawah.

GPS :
5°26'45.3"N 100°25'22.0"E
5.445902, 100.422765