Taman Bertam Perdana - anai-anai lagi

Setelah sekian 3 bulan aku buat rawatan anai-anai, petang tadi anak lelaki aku lihat ada habuk diatas tangga dipanggilnya aku dan isteri dikatanya ada anai-anai. Memang ada kesan habuk tanah diatas tangga bersama bangkai anai-anai. Anak aku yang umur 3 tahun pun dah mengenali anai-anai, itulah kehebatan Bertam Perdana yang dibangunkan oleh Bertam Properties. Anai-anai umpama jadi haiwan peliharaan.
Berbalik kepada kesan tanah tadi, kami lihat ia datangnya dari gambar yang digantung. Diselaknya gambar berduyunlah anai-anai yang keluar dari sarang yang dibuatnya dibelakang gambar itu. Apa lagi, racun penyembur lipas lah aku spray. Anai-anai itu keluar dari lubang paku bingkai gambar. Nasib baik gambar dan frame kayu tak dimakannya lagi, cuma cover belakang sahaja yang dimakan. Banyak juga anai-anai yang menginap dalam bingkai gambar itu. Habis gambar itu kena proses dan di spray ubat lipas. Gambar itu ialah cross stich yang dibuat sendiri oleh Kak Baidah, CC kat opis aku keja, hadiah aku masuk rumah baru. Gambar itu dapat diselamatkan tetapi kena cari cover belakang baru.

Sekarang ini jadi fobia dah nak ketuk paku kat dinding takut anai-anai menyelinap masuk. Anai-anai ni kira sentiasa ada disebalik dinding rumah mencari lubang untuk keluar sahaja.

SKPK dalam Berita Harian

Utara: Kontraktor gagal siap dua projek sekolah akan disenarai hitam

KEPALA BATAS: Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk kemungkinan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan dua projek bangunan di dua sekolah di sini.

Projek itu ialah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Paya Keladi (SKPK) dan pembinaan semula kelas kabin Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam (SKPB).

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkahsi, berkata kementerian perlu tegas berikutan kegagalan kontraktor menjejaskan pelajaran murid dan menyusahkan pihak lain.

Pembinaan kelas kabin di SKPB yang membabitkan dua blok dengan kos RM500,000, terpaksa dibuka semula kerana strukturnya tidak selamat.

“Projek pembinaan semula sedang dijalankan dan kontraktor memberi jaminan projek itu dijangka siap Rabu ini. Jika gagal, kementerian akan menyenarai hitamkan kontraktor itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas meninjau dua projek itu, kelmarin. Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mohd Puad berkata, pembinaan kelas kabin itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan tempat belajar berikutan satu daripada bangunan sekolah sedia ada didapati tidak selamat.

“Pembinaan kelas kabin perlu mengambil kira aspek keselamatan pelajar termasuk menggunakan bahan kalis api dan tahan lama," katanya.

Beliau juga berkata, pendekatan jangka panjang dalam membina sesebuah sekolah baru terutama dari segi keperluan tanah, khususnya di bandar akan dikaji dengan teliti.

Mengenai blok bangunan tambahan SKPK yang terbengkalai pula, Mohd Puad berkata, ia antara projek sakit yang dilaksanakan kontraktor baru.

"Kementerian tidak boleh lagi mendengar pelbagai alasan kontraktor tetapi mereka perlu menyiapkan sesuatu projek walau dalam keadaan apa sekalipun," katanya.

Beliau berkata, banyak lagi projek kementerian yang terbengkalai dan sakit di seluruh negara termasuk pembinaan blok tambahan dan pembinaan makmal sains, akan diberi perhatian.

***Berita diambil dar Berita Harian pada 21hb Jun 2009***

p/s: patut la pagar zink dibuka orang besar2 datang.

SKPK dalam Utusan Online

Kontraktor gagal siap projek disenarai hitam

KEPALA BATAS 20 Jun – Kementerian Pelajaran sedang mengenal pasti kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan sekolah dan makmal di seluruh negara untuk disenarai hitam daripada menerima sebarang projek kementerian itu pada masa depan.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengumpul nama-nama kontraktor terbabit berdasarkan laporan projek pembinaan sekolah terbengkalai.

Menurutnya, ia termasuk pemantauan ke atas kontraktor yang terlibat dalam 148 projek pembinaan sekolah dan makmal terbengkalai di seluruh negara setakat ini.

“Saya sudah mencatatkan maklumat mengenai kontraktor berkenaan dan mereka ini tidak layak diberi kontrak lagi pada masa akan datang.

“Kami tidak mahu lagi berkompromi dengan kontraktor begini kerana ia hanya menyusahkan banyak pihak selain menjejaskan pelajaran anak-anak,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Bertam di sini hari ini.

Beliau mengulas kes projek pembinaan bangunan baru di SK Paya Keladi di sini yang terbengkalai sejak dua tahun lalu sehingga memaksa sekolah itu dibahagi kepada dua sesi selain khemah digunakan sebagai kantin sementara.

Mohd. Puad berkata, pihaknya akan bertindak tegas dalam menyenaraihitamkan nama kontraktor terbabit bagi memastikan isu projek sekolah terbengkalai dapat ditangani secara bersungguh-sungguh.

“Kami tidak berkompromi dalam hal ini kerana berdasarkan pengalaman kontraktor terbabit hanya berdalih tanpa memberi alasan yang munasabah. Cukuplah, kami tidak mahu dengar terlalu banyak dalih,” tegasnya.

***Berita dari Utusan Online pada 21hb Jun 2009***

p/s: dok search pasai SKPK jumpa berita nie.

Yang Mana Kita Pilih

Aku kadang-kadang terfikir setiap ringgit yang kita belanjakan di restoran-restoran, supermarket, kedai-kedai runcit dan segala tempat yang boleh membeli adakah apa yang kita belanjakan memenuhi kehandak-kehandak sebagai kita seorang Islam, berbangsa Melayu dan tinggal di Malaysia. Bolehkan perbelanjaan kita itu meningkatkan ekonomi umat Islam negara ini atau adakah kita perlu meningkatkan ekonomi umat negara lain. Mungkin perkara ini tidak jelas, aku beri contoh.

Contoh pertama:

Sebuah kedai yang dibuka oleh bumiputra beragama Islam dan ia mengambil pekerja dari negara asing dimana kemungkinan segala duit yang diperolehi oleh pekerjanya itu akan dibawa ke negara asal, jadi yang kaya di Malaysia ialah towkey dia sahaja. Kadang-kadang towkey dia warganegara Malaysia tetapi mempunyai salasilah nenek moyang dari negara luar akan menghantar duit kenegara asal mereka sehinggakan dimana untuk mengahwinkan anaknya sendiri ia memilih dari keturunannya dan didatangkan terus secara langsung dari negara asal nenek moyang mereka.

Contoh kedua:

Sebuah kedai juga yang dibuka tentulah di Malaysia oleh bukan bumiputra tetapi warganegara Malaysia dan bukan beragama Islam. Dimana pekerjanya semua warganegara Malaysia tak kira bangsa ada Melayu, Cina, india Dan lain-lain. Oleh mereka warganegara Malaysia maka insyallah setiap ringgi yang diterima akan dibelanjakan dinegara ini. Towkeynya pun mungkin akan berbelanja di Malaysia juga. Jadi wang yang mereka dapat akan meningkatkan ekonomi mereka sendiri dan juga jika dibelanjakan didalam negara akan meningkatkan ekonomi negara kita.

Jadi timbul persoalan dimanakah seafdhalnya kita membelanjakan wang kita dari pandangan kita sebagai :

1- Seorang Islam
2- Seorang Berbangsa Melayu
3- Seorang warganegara Malaysia

Aku rasa aku kena cari Ustaz la nak jawab.......

Pintu Sekolah Dibuka Semula

Sebelum ini 2 pintu dibuka untuk ibubapa menghantar anak-anak kesekolah, bolehlah satu pintu masuk dan satu pintu lagi untuk kenderan keluar, selepas berita pembinaan bangunan tambahan terbengkalai keluar di akhbar tempatan ( Harian Metro dan Utusan Malaysia) satu pintu sahaja yang dibuka. Kawasan bangunan terbengkalai dipagar dengan zink sehingga ke pintu masuk, hanya dibuat pintu kecil untuk kanak-kanank sekolah melaluinya. Cepat pula ditutupnya bangkai gajah sehingga menyusahkan ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah, dimana kenderaan hanya dapat keluar masuk menggunakan satu pintu sahaja. Ibubapa hanya dapat berhentikan kenderaan dibahu jalan yang sempit dan menghantar anak mereka kesekolah, sunnguh membahayakan.


Hari ini aku hantar anak aku ke sekolah, hanya parking dibahu jalan dan membawa anak aku melintas jalan untuk kesekolah. Sampai di pintu pagar sekolah aku disapa oleh Pak Long (seorang staf sekolah), diberitahunya pintu kedua-dua belah telah dibuka. Alhamdullillah, esok senanglah sedikit tugas menghantar anak-anak kesekolah tanpa membahayakan nyawa mereka melintas jalanraya.

Hairan juga kenapa dibuka setelah mereka menutupnya adakah kerana pada hari Sabtu lepas 20hb Jun 2009 sekolah telah membuat Kem Bistari Solat untuk pelajar, ketika aku datang untuk mengambil anak aku waktu tengahari dilihat banyak lah datuk (bukan datuk tua..datuk politik ) yang ada di sekolah, jadi mungkin lah masaalah ini dibangkitkan.

Sekarang ini kalau nak projek jalan dengan lancar mestilah melibatkan pihak akhbar dan pihak politik. Betulkah ayat ini ???

Selamat Hari Bapa


Sedar tak sedar aku dah 7 tahun jadi ayah, malam ini aku dapat hadiah dari anak-anak ku Siti Sarah dan Muhammad Ammar, sebuah bunga kristal biru. Yang bestnya Siti Sarah talah tulis " HAPPY FATHER'S DAY DARIPADA SARAH DAN MUHAMMAD" menggunakan komputer dan disulami dengan tulisan tangan beliau " Saya Sayang Ayah Dan Adik Sayang Ayah juga" yang cantik bersama bentuk hati. Terima kasih anak-anak ku...

Apa ada pada papan tanda

Ketika aku singgah di hentian lebuh raya PLUS, ada sebuah papan tanda yang menarik. Apa yang anda fikirkan dari papan tanda tersebut?




Yang ini untuk orang kelainan upaya atau OKU
 

yang ini untuk motosikal sahaja
yang ini pula untuk kereta sahaja
 

Yang ini ??? jangan parking anjing anda dikawasan ini.