Ipoh - Dataran Sungai Kinta

Haaa... hari ini nak cerita mengenai kursus yang aku dapat hadir pulak. Punggah ada ka punca cerita mengenai kursus. OKlah aku cerita acara sampingan ketika berkursus di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh Perak. Yang best makan di Kinta Riverfront nie masa tengahari ialah setiap hari ada menu kambing.
Hotel Kinta Riverfront
Kurus.
Biasalah kursus... kursus juga tapi acara sampingan mesti ada. Maklumlah bukan senang nak sampai tempat orang ~ macam ke luar negara. Dalam Malaysia pun banyak tempat yang menarik.
Pemandangan dataran Sungai Kinta suatu pagi dari tingkap Hotel Kinta Waterfront.
OKlah di mulai dengan acara jalan-jalan keluarkan peluh waktu petang di hadapan Hotel Kinta River Front. Jalan-jalan di dataran Sungai Kinta. Hotel nie terletak betul-betul di hadapan Sungai Kinta yang sarat dengan sejarah Bandaraya Ipoh.
Salah satu jambatan untuk menyeberangi Sungai Kinta ~ tak ada pad lock, kunci tayar basikal pun OK.

Hotel Kinta Riverfront bersebelahan Sungai Kinta.
Sungai Kinta.

Sebahagian tebing sungai ini di buat seperti dataran untuk tarikan pengunjung. Disediakan kemudahan tempat pejalan kaki dan disediakan kiosk-kiosk yang menempatkan gerai makan, sewaan basikal, cenderahati dan sebagainya.
Basikal untuk di sewa.

Berhampiran tebing sungai ini juga terdapat sebuah taman untuk beriadah iaitu Taman Dr Seenivasagam. Didalamnya terdapat alat permainan, trek joging dan sebuah tasik dan juga sebuah Taman Jepun. Bolehlah joging, tapi aku jalan saja la.
Taman Dr Seenivasagam ~ tasik cantik dah tapi air kaler gelap ja..

Taman Jepun.

OKlah sambil mengeluarkan peluh ada satu lagi tarikan di sini. Jika kita melalui laluan pejalan kaki disini akan nampak benda-benda pelik. Haaa bukan hantu tapi alat-alat yang digunakan untuk melombong bijih. Alatan teresebut diletakkan ditepi-tepi jalan menjadi tarikan pengunjung.

Sambil beriadah dapat juga generasi sekarang tahu bahawa Lembah Kinta ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah suatu ketika dulu dan pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Kalau buka buku sejarah pasti akan jumpa nama-nama seperti Long Jaafar, kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin yang mewarnai sejarah perlombongan di Kinta. Nak tahu lagi kena baca buku sejarah atau Google, banyak maklumat boleh dapat.
Alat melombong, tak tahulah apa ke nama benda tu.


Dihujung ruang pejalan kaki terdapat sebuah muzium terbuka lombong bijih timah yang menggunakan kaedah pum, Muzium Palong ~ Palong Tin Museum. Tak pastilah palong ini asli atau sekadar model sahaja. Tapi sayang telah ditutup untuk penyelenggaraan. Nampak pun dah uzur dan merbahaya. Walau ditutup dapat juga dilihat dari luar palong-palong.
Palong Tin Museum




Waktu malam Dataran Sungai Kinta di hadapan hotel ini amat cantik dihisi dengan lampu-lampu LED. Begitu juga dengan pemandangan dari tingkap bilik aku. Bolehlah lepak-lepak menghirup udara sungai.
Sungai Kinta dihiasi lampu LED waktu malam.

Pemandangan Flat Waller Court dari bilik aku.
OKlah nanti entry kedua, jalan-jalan cari makan di sini.


[ Pautan jalan-jalan kursus ke Ipoh 14/4/2015 hingga 16/4/2015]

1. Ipoh - Dataran Sungai Kinta
2. Ipoh - Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung


Kuliah Ilmu Januari 2016

Selamat tahun baru 2016. Jom ke kuliah agama untuk bulan Januari 2016 di sekitar Bertam Kepala Batas.

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al Husna Bertam Perdana:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.



Restoran Original Hadramout Bertam

PERHATIAN:

26hb Mac 2019 : Untuk makluman Restoran Original Hadramout ini telah di tutup.

**** 23/12/2015****

Macam dah malas nak tulis blog. Tapi tulis juga lah kisah jalan-jalan cari makan di Kepala Batas nie. Restoran yang diterjah kali ini baru saja dibuka di Pusat Bandar Bertam Perdana (masa aku makan kat situ bukan masa aku tulis). Mula-mula restoran nie dibuka berhadapan Telekom Kepala Batas, selepas ditutup, lalu dibuka disini pula menggantikan Restoran Asiatica. Restoran ini menyediakan masakan Arab macam biasalah menggunakan nama Hadramout... Restoran Original Hadramout.
P_20150813_211931_HDR
Restoran Original Hadramout, Bandar Bertam Perdana.
Dulu kami pernah makan di lokasi lama restoran ini dihadapan TM Kepala Batas, masakan memang sedap. OKlah kali nie datang untuk makan malam disini pula. Restoran makanan Arab nie tak boleh makan ketika perut kenyang atau setakat nak santai-santai. Maklumlah saiz hidangan yang besar, jadi datang untuk membedal baru OK.
Suasana dalam yang mengekalkan ciri-ciri arab.
Masa kami sampai, pengunjung tak ramai. Kami pilih saja meja mana nak duduk. Suasana dalam restoran menampakkan ciri-ciri arab dengan lampu dan hiasan dinding. OKlah kita tengok menu dulu. Menu diletakkan gambar hidangan sekali, senang nak pilih.
P_20150813_202250_HDR
P_20150813_202341_HDR
P_20150813_202424_HDR
P_20150813_202501_HDR
Menu makanan arab yang disediakan seperti nasi Mandy, Madghout, Kabsah dengan kambing, ayam ada juga kebab, shawarma dan lain-lain.

Kami pilih set nasi Madghout untuk empat orang dengan campuran ayam dan kambing bersama teh lemon ais sejug dan teh arab secerek. Tunggu sekejap saja hidangan sampai. Layan gambar di bawah.
P_20150813_202956_HDR
Nasi Madghout dengan kambing dan ayam. Set datang dengan salatah dan juga sup. Nasi memang sedap dan kambing pun lembut. Aku tak pasti rempah apa yang ditabur warna merah atas nasi tu.
P_20150813_203119_HDR

Rasa masih mengekalkan rasa seperti tempat lama. Layan yang amat mesra oleh tokey kedai dan restoran pun dijaga bersih dan selesa. Parking tak jadi masalah sebab banyak lot parking kat depan kedai.
P_20150813_202729
Tokey kedai yang amat peramah.
Kepada yang nak merasai masakan dari Arab bolehlah ke Restoran Original Hadramout  nie yang terletak bersebelahan Kiosk Bertam. Restoran ini dibuka dari tengahari hingga malam setiap hari. Telefon 019-4455930, lokasi GPS tengok bawah.

GPS:   5.517029, 100.447862
           5°31'01.3"N 100°26'52.3"E





Restoran Nasi Padang Minang Jalan Transfer

Lama tak tulis jalan-jalan cari makan. Cerita lama tapi selalu juga singgah ke retoran ini. Restoran ini berada di persimpangan jalan Jalan Transfer dan A.S Mashoor dan berhadapan dengan stesyen minyak CALTEX. Dari jauh tak berapa nampak restoran nie sebab ia menumpang tingkat bawah Hotel International.
Restoran Nasi Padang Minang ~ gambar dari Google Street View.

Apa yang menarik dengan restoran ini? bagi aku yang menariknya ialah ia menyediakan masakan Padang yang memang sedap dan kena dengan selera aku. Setiap kali kesana kami beli bungkus sahaja. Nak makan di situ rasa macam tak berapa syok sebab air dibuat oleh tokey cina. Tapi ramai orang Melayu makan disitu.
Berbagai jenis lauk ~ rambang mata.
Berbelas mungkin puluh menu masakan Padang dan Melayu disediakan. Dari masakan daging, ayam, ikan, sayur, begedil, sambal, ulam dan sebagainya disediakan. Yang menarik kebanyakan masakan minang mesti ada cili besar yang ditumbuk kasar. Ketika oder jangan lupa oder sama dengan sambal minang ~ aku pun tak pasti tapi cili ditumbuk kasar dan tak berapa pedas.
Yang depan sekali daging dinding.


Menu yang menjadi kemestian bila di sini ialah ialah ikan cencaru belah belakang. Kalau lihat ikan cencaru tu memang tak sangka ia sedap disebabkan luaran yang dimasak garing dan kehitaman tapi bila kena sekali macam nak beli lagi. Ikan tu disumbat dengan bawang yang banyak dan digoreng garing. Isshhhh... cerita ikan cencaru terlebih pulak.
Walau pun hitam tapi rasa memang terbaik.


Cencaru belah belakang digoreng panas.

Kalau datang hari bekerja waktu makan tengahari boleh tahan penuh dengan manusia, meja pun susah nak dapat yang kosong. Jika lihat gambar kat bawah, restoran macam suram saja dan pelanggan tak ramai. Jangan terpedaya sebab kami datang diluar waktu puncak.
Restoran yang masih mengekalkan kerusi dulu-dulu.

Restoran Nasi Padang Minang ini dibuka setiap hari untuk makan tengahari. Kebersihan restoran memang dijaga. Disini satu saja masalah iaitu tempat letak kenderaan, Jadi pandai-pandailah cari parking, jangan kena saman sudah. Restoran ini juga berdekatan dengan roti canai yang femes di Penang iaitu Roti Canai Tepi Longkang / Trasfer Road.

GPS:   5.421168, 100.330701
           5°25'16.2"N 100°19'50.5"E






Kuliah Ilmu Disember 2015

Jom ke kuliah agama Disember 2015 di sekitar Bertam Kepala Batas.
gambar hiasan.
Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:




Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Kuliah Ilmu November 2015

Jom ke kuliah agama sekitar Bertam Kepala Batas.


Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:




Surau Al Husna Bertam Perdana:




Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:


Jadual Kuliah terkini di Surau Al Muttaqin
Posted by Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam on Thursday, November 5, 2015


Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Senarai Galeri Upside Down House

Selapas galeri 3D sekarang dah gila pulak dengan rumah terbalik atau upside down house pulak. Yang aku pernah sampai cuma ke Rumah Terbalik Sabah sahaja. Kepada yang suka posing pelik-pelik, kat sini aku senaraikan galeri rumah terbalik yang ada kat Malaysia. Ada yang panggil muzium rumah terbalik, lantaklah.
Rumah Terbalik Sabah

Masa nie ada 4 buah negeri yang mempunyai Upside Down Gallery iaitu di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah. Yang menarik ketika nie aku lihat ramai yang upload posing-posing dalam rumah terbalik. Masa aku berkunjung Rumah Terbalik Sabah, kami semua tak boleh ambil gambar dalam rumah. Cuma dapat lihat-lihat saja dan kalau ambil gambar juga akan di denda. Jadi pastikan dapatkan maklumat peraturan untuk setiap galeri sebelum posing-poing bagai. Dibawah aku senaraikan rumah terbalik yang ada kat Malaysia.


Penang

Upside Down Museum

Alamat:
45 Kimberley Street
10100 George Town,
Penang

Telefon: 04-264 2660

GPS : 5°24'56.8"N 100°20'00.5"E
          5.415778, 100.333480

Tiket:
Dewasa: RM16
Kanak-kanak: RM8
Pelajar: RM11

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 8.45 pagi hingga 6.30 petang
Sabtu, Ahad : 8.45 pagi hingga 7.00 petang

Website:
https://www.facebook.com/upsidedownmuseum


Melaka

Upside Down House Melaka

Alamat:
G12 & G14,Jalan PM 7,
Plaza Mahkota,Bandar Hilir,
Melaka, 75000 Melaka, Malaysia


Telefon: 011-1072 2260

GPS : 2°11'21.4"N 102°14'45.0"E
           2.189270, 102.245842

Tiket:
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM10
Warga emas: RM15
OKU: 50% discount

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis: 10 pagi hingga 7 petabg
Jumaat hingga Ahad / Cuti umum : 10 pagi hingga 9 malam

Website:
https://www.facebook.com/upsidedownhousemelaka


Negeri Sembilan

Upside Down Art Galery

Alamat:
No. 15 Jalan Kemang 13 Si Rusa,
Jalan Pantai, Port Dickson,
Negeri Sembilan
(Near Ostrich Farm and Politeknik Port Dickson)

Telefon: 016-336 8751

GPS : 2°26'45.7"N 101°51'33.8"E
           2.446030, 101.859395

Tiket:
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM10
Warga emas: RM10
Kanak-kanak bawah 90cm: Percuma

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad: 10 pagi hingga 9 malam

Website:
https://www.facebook.com/Upside-Down-Port-Dickson


Sabah

Upside Down House of Borneo

Alamat:
Batu 21, Jalan Telibong - Tamparuli,
Tuaran Sabah.


Telefon:
088-783 911
019-861 4688

GPS : 6°08'39.6"N 116°15'21.9"E
          6.144331, 116.256080

Tiket:
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5
Kanak-kanak bawah 3 tahun: Percuma

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad: 7 pagi hingga 7 malam

Website:
http://www.upsidedownhouse.com.my/
https://www.facebook.com/Rumah-Terbalik-The-Upside-Down-House-in-Borneo

Segala maklumat seperti alamat, talifon untuk dihubungi dan harga tiket aku dapat dari laman web galeri tersebut dan juga tulisan-tulisan blog kat internet. Oleh itu jika ada sebarang kesilapan boleh commen kat bawah.