Dividen Bank Rakyat 2019

Sudah masuk bulan Mac. Bulan yang dinantikan untuk pemegang saham Bank Rakyat. Kebiasaannya di penghujung Mac, Bank Rakyat akan mengumumkan pengagihan dividen. Untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disembar 2018, berapakah dividen yang akan diumumkan?
Sekadar hiasan, kalau dapat 20% menarik juga ~  Gambar dari internet.

Dari tahun 2013 hingga 2017, cuma pada tahun 2015 sahaja Bank Rakyat memberi dividen yang rendah iaitu sebanyak 13%. Tahun 2017, Bank Rakyat memberi dividen tertinggi iaitu 16%. Ada juga tahun-tahun yang terdahulu Bank Rakyat pernah memberi dividen sehingga 20%.

TahunTarih Pengumuman Dividen
2013 13 Mac 2014 15%
2014 24 Mac 201515%
2015 22 Mac 2016 13%
2016 5 May 201715%
2017 27 Mac 201816%
2018????

Adakah dividen untuk tahun 2018 meningkat atau menurun dari tahun sebelumnya? Sama-samalah kita tunggu. Moga-moga meningkat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Sirajudeen Nasi Kandar - Jalan Transfer

Dah menyantap di beberapa kedai di Kamunting dan Taiping kini kita kembali ke Pulau Pinang Pulau Mutiara. Kita boh pantun sikit.

Jumpa hidung mancung,
Bukan pelancong,
Combi Anak Tanjung ,
Anak Mami dok Jelutong.
(petikan lagu)

Kali ni kita jalan-jalan cari makan di Tanjung. Saa kata di Tanjung makan Nasi Kandarlah jawabnya. Tempat ni terkenal dikalangan warga Penang dan sedikit sedikit orang luar. Jadi tak berapa nak beratur panjang. Tapi buka bisher-biasherr (aduhhhh terlekat dari BOSSKU) sebab nasi kandar ini sekejap saja habis. Seawal jam 7 pagi dah di buka dan dalam jam 11 pagi kalau bernasib baik adalah lagi kalau tidak, boleh tolong angkat periuk ja lah.
Sirajudeen Nasi Kandar menumpang di Toon Leong Coffee Shop.
Kali ini kita terjah Nasi Kandar Sirajudeen. Nasi kandar ini buka awal pagi. Peminatnya pun bukan saja bangsa Melayu malah bangsa Cina dan India pun turut sama memeriahkannya. Orang lain sarapan dengan kuih, roti canai, bihun, nasi lemak tapi disini kita sarapan dengan nasi kandar.
Pengunjung beratur menunggu giliran.

Nasi Kandar Sirajudeen ini kalau dilihat tak adalah papan tanda kedai yang besar sebab ia menumpang di sudut hati sahaja - Pengaruh drama la pula. Ia menumpang di kedai kopi cina di hujung simpang bertentangan stesyen minyak Caltex, Toon Leong Coffee Shop. Kedai kopi ini menyediakan minuman. Jadi jika makan disini air disediakan oleh Toon Leong.

Kalau berada di Toon Leong Coffee shop ini terasa kita telah balik ke zaman 70'an. Dengan suasana kedai dan juga meja dan kerusi lama yang masih digunakan lagi. Berbagai bangsa dapat berada di satu tempat yang sama dan berbual dan bergurau. Nostalgia betul kedai ni.



Toon Leong Coffee Shop masih mengekalkan kerusi dan meja kayu lama disini.

Disini tak ada roti canai atau capati atau apa-apa menu mamak, jangan dok minta. Cuma ada Nasi Kandar dan Toon Leong menyediakan air dan roti bakar. Lauk yang disediakan boleh kata setiap hari sama dan tak banyak pilihan. Yang ada ialah kari ikan, ayam, telur ikan, ayam goreng, ikan goreng, daging masak hitam, sotong, telur rebus dan goreng dan sayur lebih kurang macam tu lah.
Kuah campur jangan lupa.

Antara hidangan yang ada disini. Kari ikan keli menjadi tarikan istimewa..
Yang istimewa disini ialah kari ikan keli. Jarang kedai mamak sediakan ikan keli. Tapi disini kari keli antara yang menjadi pilihan istimewa - macam mana rasanya aku tak pasti sebab aku tak berapa dengan ikan keli.
Telur ikan dan kambing.

Boleh tahan sedap nasi kandar disini, walau menu tak banyak tapi dengan kuah campur memang boleh ulang lagi. Kuah campur disini tak berapa pedas.
Tuu dia ayam goreng, telur rebus dan bendi dan jangan lupa kuah campur. Gabunagn terbaik. Aku beli bungkus ja.

Tokey Nasi Kandar Sirajudeen ini merupakan adik beradik dengan tokey Nasi Kandar Deen Maju Jalan Gurdwara dan juga Nasi Kandar Beratur Jalan Masjid Kapitan Keling. Pandai mereka bahagi. Sirajudeen buka pagi, Deen Maju buka tengahari dan Nasi Kandar Beratur buka malam. Siang malam nasi kandar, balik boleh tersandar.

Kepada yang hendak menjamu selera disini. Dibawah aku letakkan maklumat:

Alamat:
Sirajudeen Nasi Kandar
(Toon Leong Coffee Shop)
84, Jalan Transfer,  Pulau Pinang

Waktu operasi:
Buka Isnin hingga Sabtu dari jam 7.00 pagi hingg 12.00 tengahari.
Tutup hari Ahad.

Lokasi GPS dan Google Map:

5°25'17.3"N 100°19'51.0"E
5.421478, 100.330834



Swedish Meatball IKEA Batu Kawan Halal?

14 Mac 2019 ini, maka berbahagia orang belah utara terutama Penang. Apa lagi dapat bergumbira membeli belah di IKEA, Batu Kawan. Pasti ramai yang dah google laluan ke IKEA ini. Jalan mana yang tak jem. Penuhlah rumah dengan perabut IKEA.
IKEA Batu Kawan. Gambar dari IKEA Malaysia

Selain dari perabut dan hiasan pastinya medan selera IKEA menjadi tumpuan. Tentunya Meatball Swedish menjadi rebutan. Beratur mengalahkan Deen Maju.

Maka berbondong-bondonglah nanti yang meng"update" dalam facebook masing-masing menikmati Swedish Meatball yang terfemes dengan bangganya. Tapi adakah Swedish Meatball IKEA Halal? Dan juga makanan-makanan lain yang disediakan juga halal. Kalau lihat dari dari dulu sehingga sekarang Syarikat Sweden ini tidak paparkan Sijil Halal dari JAKIM atau badan-badan lain di Restoran IKEA Malaysia.

Aku screen capture jawapan dari IKEA berkenaan isu ini.
Balasan dari komen 6 tahun lepas. Ada natizen yang minta IKEA percepatkan permohonan Sijil Halal.
Balasan komen tahun lepas.

Dari jawapan yang didapati, pihak IKEA cuma mengesahkan bahan untuk membuat makanan datang dari pengeluar yang mempunyai sijil HALAL. Rasanya kena tanya resepi bahan-bahan digunakan diambil dari mana. Dapat resepi, lepas ini boleh buat sendiri.

Dari carian di Laman Web Halal Malaysia, bila di taip sahaja nama IKEA, maka keluar beberapa produk yang digunakan oleh Restoran IKEA Malaysia. Sijil ini diberikan kepada syarikat yang membekal produk kepada IKEA seperti meatball, sos black pepper, mushroom sup, kepak ayam, gula, kremer dan lain-lain. Jenuh cari satu persatu. Nak kena tahu resepi baru tahu bahan yang digunakan.
Bahan-bahan halal yang dibekalkan kepada IKEA.

Untuk memendekkan cerita, mohon pihak IKEA mendapatkan sijil halal kepada makanan yang disediakan dan juga pengiktirafan halal untuk restoran itu sendiri supaya tidak bercampur makanan halal dan non-halal didalam tempat yang sama.

Kalau restoran non muslim rakyat Malaysia, kita marah, kita boikot jika jual makanan kepada Muslim dengan hanya mendakwa makanan mereka halal tanpa sijil. Tapi, datang syarikat luar negara kita boleh senyum sambil menikmati dan selfie lagi. Double standard betul lah.

Kalau IKEA betul menjaga hati kaum Muslim di Malaysia mohon mereka mendapatkan pengesahan Halal dari JAKIM atau mana-mana badan pengeluar Sijil Halal yang diiktiraf dan paparkan di premis. Halal baru OK.

Badan-badan yang mengeluarkan Sijil Halal yang diiktiraf oleh JAKIM klik sini.

Klik Sini


Restoran Hadramawt Tower - Kamunting

Yang ini tak ada dalam perancangan. Dalam dok biasa jalan ke Tesco Taiping boleh tersesat. Dalam jam 2 tengahari, dah la sesat ditambah dengan lapar maka terlintas dihadapan restoran ini. Terpampang signboard yang besar, maka dibuat pusingan U kesini. Haaa sampai ke Restoran Hadramawt Tower. Kali ini bersantap dengan masakan arab pula.
Restoran Hadramawt Tower - Kamunting

Parking di hadapan kedai masih lapang. Kami masuk sahaja kedalam. Ada lebih kurang dua meja yang menjamu selera disini. Tapi dengan saiz restoran yang luas mungkin ada masa-masa tertentu pengunjung ramai. Kami pilih sahaja meja mana yang suka.

Masa sampai, ada satu dua famili yang menyantap disini. Bersih dan kemas. Surau pun ada.

Pelayan pun datang dengan menu, memang muka arab. Apa lagi pilih menu yang diberi. Ada a la cart dan juga set. Lihat menu, seperti lain-lain resoran arab. Masakan-masakan yang sama sahaja. Cuma sedap dengan tidak, saiz hidangan dan harga sahaja yang membezakannya.


Set untuk beberapa orang dan juga a la cart disediakan.
Berbagai menu nasi Arab ada.




Mula-mula nak oder set tetapi oleh kerana nak mencuba maka kami pilih a la cart sahaja. Kami ambil Nasi Kambing Maqlubah dan Nasi Kambing Madghout, setengah kilo setiap satu dan air sejug.
Nasi Maqlubah kambing 1/2 kilo.

Nasi Madghout kambing 1/2 kilo.

Nasi datang dengan kuah / sup dan juga sambal tomato sahaja. Tak diletakkan apa-apa salad seperti timun, cabai hijau atau bawang, cuma ada hirisan terung panggang sahaja. Maka kami tambah salatah.
Salatah atau salad Arab.

Bagi citarasa aku, masakan arab disini biasa-biasa sahaja. Kambing di masak lembut dan nasi pun terasa rempah-rempahnya. Layanan memang terbaik ditambah dengan suasana restoran yang luas amat selesa dan bersih. Surau juga disediakan. Harga pula boleh kata sama sahaja dengan nasi arab di restoran lain.
Bersebelahan kaunter ada barangan dari Timur Tengah di jual.

Kepada yang datang ke Kamunting atau Taiping hendak merasai nasi Arab bolehlah datang kesini. Dibawah aku letakkan sedikit info:

Alamat:
Restoran Hadramawt Tower
No 24, Taman Happy,
Jalan Kamunting,
Kamunting, Perak

No Telefon:
011-1119 0565

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 12 .00 malam.

GPS dan lokasi dari Google Map:
4°52'14.7"N 100°43'42.1"E
4.870760, 100.728358





Rumah Makan Nasi Talam - Taiping

Satu lagi yang kami pernah singgah untuk makan tengahari di Taiping iaitu Rumah Makan Nasi Talam yang terletak di tepi Jalan Pokok Assam. Nama warung seperti di Indonesia. Nak rasa macam ke Indonesia pula.
Rumah Makan Nasi Talam Taiping

Dah nama macam warung Indonesia jadi cara hidagan disaji pun ala-ala Nasi Padang. Dimana setiap lauk dah di cedok dan dihidang dalam piring. Jadi pelanggan cuma pilih sahaja apa yang ada dalam piring dan diletak dalam talam.

Menu masakan yang ada boleh kata banyak juga. Tapi yang menjadikannya nampak banyak sebab ditambah dengan pring-piring yang telah diisi lauk.
Walau ala-ala nasi padang tetapi masakannya citarasa orang Melayu kita, ala kampung gitu. Ada patin tempoyak, bawal 3 rasa, kerabu, kerang rebus, ikan bakar, kari ikan, sayur-sayuran, ulam dan banyak lagi. Yang menarik disini ada pekasam daging dan ikan.
Piring-piring kecil terisi dengan lauk untuk dipilih pelanggan.

Berbagai masakan ada.

Ikan 3 rasa.


Disini ada set talam yang standard iaitu setalam yang mengandungi beberapa masakan disertakan dengan sebekas nasi dan sejug air sirap dengan harga RM20.00, bolehlah untuk 2 ke 3 orang makan. Kalau rasa tak cukup boleh tambah lauk lain dengan tambahan harga.
Ini set talam yang standard bersama sebekas nasi dan sejug air sirap berharga RM20.00

Kami tak ambil set ini sebab ada masakan yang kami tak nak. Jadi pilihlah apa yang berkenan dihati. Jadi berpiring-piring yang ada diatas meja bila makan.

Antara pilihan kami.
Yang nampak klasik disini ialah pinggan yang digunakan. Pinggan porselin seperti pinggan orang dulu-dulu bercampur-campur bunga nya dan juga nasi di letakkan dalam lekaq. Haaa orang sekarang ni mana tahu apa itu lekaq. Lekaq itu dalam bahasa baku ialah lekar 😁😁😁, iaitu bekas yang di buat dari anyaman rotan.
Inilah lekar, bekas nasi yang dibuat dengan rotan.

Bagi aku, rasa masakan disini biasa-biasa sahaja tetapi yang menjadikan ianya menarik dan unik ialah cara hidangan ini di sajikan dalam piring. Cara hidangan ini memudahkan tokey kedai kira. Walau dalam piring-piring yang sama saiz tapi harga bukan macam kedai RM2 tau, semua harga sama. Setiap piring harganya ikut jenis lauk.


Kepada yang nak merasai makan ala-ala Nasi Padang boleh kesini. Dibawah aku letakkan maklumat ringkas.

Alamat:
Rumah Makan Nasi Talam,
Jalan Pokok Assam,
Taiping, Perak.

Telefon:
017-538 9331

Waktu operasi:
Dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis jam 10 pagi hingga 5.00 petang
Tutup hari Jumaat.

GPS dan lokasi dari google map:
4°50'13.3"N 100°44'48.6"E
4.837029, 100.746829

Kuliah Ilmu Mac 2019

Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan Mac nie sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:

Masjid At Taqwa Taman, Bertam Indah, Kepala Batas:


Surau Al-Husna Taman Bertam Perdana:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.