Melaka - Hari 4 : R&H Cafe Satay Maharani Muar

Hari ke 4, kali ini tak sempat mandi sebab masing-masing nak ke Muar, kena keluar awal. Cadangnya nak sarapan di Muar. Tuuu dia dari Melaka nak sarapan di Muar Johor. Jarak antara Umbai ke Muar dalam satu jam perjalanan. Kalau sadap kena terjah juga.
Terminal Bentayan Muar atau Stesyen Bas Muar

Dalam satu jam kami sampai ke destinasi di Muar iaitu R&H Cafe Satay Maharani. Cafe ini terletak bertentangan dengan Stesyen Bas Muar atau Terminal Bentayan Muar. Kami sampai dalam jam 8.30 pagi, bila sampai pelanggan bukan main ramai.

Dipintu masuk kami dah disapa dengan bau satay. Kalau di utara satay menjadi menu ketika malam atau di pasar malam, tapi di Muar satay menjadi hidangan sarapan. Boleh kata kebanyakan restoran yang dibuka waktu pagi ketika kami pusing-pusing di bandar Muar menyediakan satay untuk sarapan.  Berasaplah di pintu masuk restoran.
Satay Maharani yang femes.

Masuk kedalam cafe kebanyakan tempat duduk dah penuh. Jadi terpaksa menunggu. Kalau nak berkumpul makan sekali rasanya tak boleh. Jadi dimana ada meja kosong kami duduk saja. Dalam perjalanan mencari tempat duduk bolehlah layan hiasan didalam cafe. Digantung gambar-gambar dan juga menu-menu yang ada.
Pelanggan punyalah ramai tapi insyaalah ada tempat yang kosong.

Dimuka depan restoran nampak kecil sahaja, cuma satu lot kedai, tapi bila masuk dalam baru tahu, luas. Ruang belakang shop lot ini juga di jadikan cafe dengan dekorasi ala-ala kampung.


Dalam mencari tempat duduk, alhamdulillah ada satu ruang yang kosong. Bagi dulu kat anak-anak duduk. Kalau nak berkumpul makan sekali rasanya tak boleh. Jadi dimana ada meja kosong kami duduk saja.



Walau katanya sarapan pagi, tapi menu yang ada boleh lajak kenyang sampai tengahari. Berbagai masakan disediakan dari barat sampai ke Jawa.
Menu yang ada di R&H Cafe Satay Maharani

Hidangan yang dipesan boleh kata cepat sampai walau pelanggan yang datang ramai. Layan apa yang kami pesan ~ bukan aku balun sorang-sorang.
Satay Maharani. Lembut dan terasa rempah yang diperap.

Nasi lemak telur sebiji RM 1.50.

Tauhu Lentok seperti tauhu sumbat. 
Lontong.

Mee Jawa

Western pun orang Muar balun pagi-pagai. Meat ball dengan sas lada hitam.



Boleh kata semuanya sedap dan harga berpatutan. Yang menariknya ada berbagai pilihan makanan disini dengan harga yang sangat berpatutan. Bolehlah nak ngada-ngada atau buat-buat alergik. Kebersihan pun dijaga dengan baik. Tapi kena bersabarlah untuk mendapat tempat duduk, pelanggan ramai. Berbaloilah datang sini.
Dibelakang kedai dibuat ala-ala taman bunian gitu.

Kepada yang nak makan satay waktu pagi datanglah ke Muar dan yang nak terjah ke R&H Cafe Satay Maharani dibawah aku letak sedikit maklumat. Memang tak sia-sia datang.

Alamat:
R&H Cafe Satay Maharani
130 Bangunan MARA
Jalan Maharani
Muar Johor
(Bertentangan Terminal Bas Muar atau  Terminal Bentayan Muar)

Telefon:
016-6253 666 (Kak Yati)

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tutup hari Jumaat

GPS:
2°03'02.0"N 102°34'13.7"E
2.050568, 102.570478

Lokasi dari Google Map:


Kuliah Ilmu Julai 2017

Dah lepas Ramadhan, dah lengang masjid dan surau. Mugkin masih mud raya sambil jalan-jalan. OKlah cari kesempatan tambah ilmu. Kuliah bulan Julai 2017 sekitar Bertam, Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas

Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:



Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.