Melaka - Hari 2 : Bandaraya Melaka 2

Setelah puas menyusuri Sungai Melaka. Hari pun dah gelap. Satu lagi tempat yang mesti di kunjungi. Kunjungan kami yang lalu tak sampai kesini sebab tersilap hari. Kali ini berpeluang melawat Jalan Hang Jebat yang terkenal itu. Jalan Hang Jebat yang terkenal? apa yang terkenal?

Jonker Walk

Haaa pasti tertanya-tanya apa istimewanya Jalan Hang Jebat itu. Jalan inilah yang dikenali sebagai Jonker Walk. Sebut sahaja Jonker Walk semua orang tahu.  Sebuah jalan yang dipenuhi dengan gerai-gerai jualan yang menjadi tarikan pelancong di Pekan Cina. Kebanyakan peniaga disini berbangsa cina. Berbagai barangan dapat dibeli dari makanan, cenderamata, kraftangan, hiasan, barangan antik, aksesori handphon, baju dan berbagai lagi. Aktiviti jualan di sini bermula dari jam 6 petang hingga lewat malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Jonker Walk.
Ada peniaga barang antik. Kepada yang nak buat ibu duit boleh beli heheheee.


Ada berbagai makanan yang dijual. Ada yang pelik-pelik.

Kami masuk tak sampai sekerat jalan sahaja. Tak kuasa nak jalan berhimpit-himpit, cukuplah dapat masuk sebahagian sahaja. Walau sekerat tapi dah berpeluh ditambah dengan sikecil yang dok minta dukung. Janji orang tak boleh berkunun dengan aku sudah.

Restoran Melayu Melaka

Dah berpeluh berhimpit, perut pun dah berbunyi. Haa.. cari makan dulu. Naik kereta semula dan pandu kesebuah lokasi. Kami masih ditebing Sungai Melaka. Sebuah restoran yang nampak dari Sungai Melaka, Restoran Melayu Melaka. Parking dihadapan restoran, parking pun banyak.

Restoran Melayu Melaka



Pilih tempat duduk dahulu. Kami pilih tempat terbuka, berbumbungkan langit sambil menikmati udara Sungai Melaka. Menu pun sampai, bertepatan dengan nama, maka berbagai masakan Melayu orang Melaka dan juga Melayu lain juga disediakan seperti Masak Lemak, Asak Pedas, Cencalok dan sebagainya. Layan sebahagian menu kat bawah dulu.

Hidangan set pun ada.

Menu untuk kanak-kanak pun ada.

Restoran ini menyediakan secara ala cart dan juga set. Pilih sahaja yang mana berkenan. Menu untuk kanak-kanak pun ada. Tak lama lesap pilih, hidangan pun sampai. Servis yang boleh dikatakan pantas juga. Sekarang layan gambar menu apa yang menjadi pilihan.
Masak Lemak Daging Salai. Yang ni sedap.

Asam Pedas ikan apa entah, aku dah lupa.

Sambal Tauhu

Ayam Kicap untuk budak-budak kecik.

Sayur campur.


Sambil makan bolehlah melihat keindahan Sungai Melaka dan beserta bot-bot pelancong. Bolehlah berangan jadi Mat Saleh sambil makan sambil tengok kapal-kapal dagang berlabuh di Sungai Melaka.
Sambil makan bolehlah layan pemandangan Sungai Melaka.

Alhamdulillah, boleh kata semuanya sedap dan kena dengan selera. Harga sedikit mahal maklumlah maintenance tinggi. Restoran ini boleh tahan luas dan bersih. Budak-budak kalau ada disini memang seronok berlari. Parking pun banyak dihadapan restoran. Kepada yang nak berkunjung disini aku beri sedikit maklumat.

Restoran Melayu Melaka
Lot 332, Kampung Morten, Melaka

Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad dan Isnin tutup. Dibuka dari jam 12 tengahari hingga 11.30 malam.

Telefon:
017-3944564 (Nur Aini Mahmud)
011-29295138 (Aliaa Syahirah Zulkifli)

Laman Web:
http://restoranmelayumelaka.com/

GPS:
2°12'25.5"N 102°14'59.8"E
2.207082, 102.249953

Dari Google Map:



Melaka - Hari 2 : Bandaraya Melaka 1

Hari kedua 16hb Disember 2016, Bangun pagi mengharap matahari cepat cerah. Sarapan dulu, makan saja bekal yang dibawa. Tak fikir makan sangat tapi dok nampak kolam saja. Selepas selesai sarapan, apa lagi terus ke kolam. Mandi puas-puas sampai kecut. Firas dan Fatini dah berani masuk kolam dewasa, kena pakai pelampung la. Anak-anak yang lain semua dah besar, walau tak reti berenang tapi buat renang gaya bebas pun oklah, kaki cecah lantai kolam.

Di Limastiga Homestay ini kalau bawa bekalan cukup bahan masak tak keluar pun OK sebab ada dapur. Boleh lah masak apa yang patut. Alhamdulillah walau lauk ringkas sahaja tapi sedap. Maklumlah dah kecut berendam.

Bangunan Stadthuys

Petang baru di adakan aktiviti luar. Macam nak buat team building. Petang pakat semua ke Bandar Hilir. Dah tentu ke Bangunan Merah, Bangunan Stadhthuys. Tak ke sini maka tak ke Melaka lah.
Masa cuti sekolah memang nak dapat parking amat susah, jadi parking jauh sikit.

Masih awal, Jonker Walk tak buka lagi



Gerai cenderamata di sisi Bangunan Stadthuys. Beca pun tak seperti dulu. Dah dihiasi dengan kartun.
Alhamdulillah disini dapat jumpa kawan lama semasa bertugas di MMU, Hafizan Hassin. Orang Melaka Asli. Tak jumpa lebih 18 tahun. Sekarang bertugas di Muzium Melaka.

Kawan aku nie promote untuk melawat muzium-muzium yang ada sekitar. Bila tanya bebudak, pakat kata tak mau. Hahaha.. bebudak mana  minat nak masuk muzium, lepas tu nak kena baca pula. Yang tua pula tak larat nak panjat tangga. Aku bersembang sekejap dengan dia sementara yang lain beredar untuk menaiki bot. Sembang pun tak boleh lama dia sedang bertugas. Masa tulis nie teringat ke kawan-kawan MMU dulu, lahanat dan lahabau menjadi pemanis mulut.
Tinggalan Kota Melaka.




Melaka River Cruise

Jumpa balik geng-geng yang lain di astaka hadapan Muzium Samudera. Hilangkan dahaga setelah penat berjalan. Ada juga yang hilangkan lapar. Setelah tenaga dikembalikan kami berjalan ke Jeti Sungai Melaka berhampiran Muzium Samudera nak menyusuri kegemilangan zaman silam.

Seronok juga menyusuri waktu petang. Dapat layan mural dan juga melihat metahari terbenam. Dulu-dulu mesti otang tua-tua tak bagi bawa budak kecil waktu-waktu macam nie. Nanti tersampuk hantu. Tapi sekarang ramai manusia yang jadi hantu, mengalahkan hantu sendiri.



Suasana senja di Sungai Melaka.

Sedikit maklumat harga tiket Melaka River Cruise dipenghujung tahun 2016. Lokasi tak perlu bagi tahulah kot, tempat ini terlalu femes dah.

Harga tiket sepanjang tahun tak kira hari apa seperti berikut:
Kanak-kanak: RM5.30
Kanak-kanak bawah 2 tahun: Percuma
OKU Dewasa / Kanak-kanak: RM7.50 / RM5.30
Warga Emas dan Pelajar Sekolah (kad pelajar): RM7.50

Tetapi... tetapi... tetapi harga tiket dewasa...

Hari Isnin hingga Khamis:
Dewasa: RM10.60

Hari Jumaat hingga Ahad, cuti umum dan cuti sekolah:
Dewasa: RM15.90

OKlah sambung di post yang akan datang pula...


Melaka - Hari 1 : Limastiga Homestay

Alhamdulillah setelah berhenti dibeberapa perhentian maka sampailah ke Umbai. Melalui Jalan Paya Dalam / Umbai melintasi kampung-kampung dan juga taman perumahan maka baru sampai ke destinasi. Dari luar hanya kelihatan tembok bata dan juga pokok buluh sahaja. Di tembok bata tertulis Limatiga, homestay yang kami akan inap ketika di Melaka. Setelah dibuka pintu gate kayu baru kelihatan homestay didalamnya. Perghhhh.. macam didalam kampung dengan pokok-pokok hiasan, kolam dan juga rumah kayu. Yang paling penting ada kolam renang.
Limastiga Homestay
Anak-anak tengok kolam dah tak tahan, kira nak terjun saja. Tapi sabar dulu mak bapa nak rehat sekejap. Bebudak mandi mak bapa kena ada kat kolam tu terutama yang kecil Ahmad Firas dan Nur Fatini.

OKlah malas nak tulis panjang-panjang jadi aku recap gambar-gambar selama 3 hari kami berada di Limastiga Homestay ini.

Kolam dewasa

Kolam kanak-kanak
Limastiga ini terdapat 3 buah rumah. Dinamakan rumah 1, rumah 2 dan rumah 3. Segala kemudahan lengkap dengan air cond, TV, Wifi, tuala, shampo, sabun. Rumah 1 disediakan sebuah dapur yang lengkap dengan dapur masak, peti ais, microwave, alatan memasak dan juga ada lesung batu.
Bilik tidur yang lengkap dengan 2 katil Queen, TV, aircond.


Ruang tamu Rumah 1.

Disediakan juga ubat nyamuk.
Dapur Rumah 1 yang lengkap dengan segala kelengkapan seperti dapur masak, peti ais, oven, pisau, pinggan mangkuk, camca, lesung batu pun ada.

Dapur serba lengkap, jadi boleh bawa bahan mentah dan masak di sini. Jimat.
Setiap rumah disediakan balkoni atau beranda yang mengadap kolam renang. Jadi bolehlah lepak-lepak sambil minum kopi.

Yang ini menjadi tarikan utama, asal ada masa sahaja tempat ini menjadi tumpuan, kolam renang. Asal matahari terbit sahaja nak melmpat masuk tak kira bebudak atau mak pak budak. Disediakan dua buah kolam, untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Berbagai aktiviti air boleh dilakukan.

Dua budak kecil yang kadang-kadang terlebih berani.

Game sambut belon air
Setelah penat mandi. Kakak Sarah melayan adik. Meggi menjadi rebutan. 
Selain dari itu disediakan juga sebuah dewan terbuka dimana didalamnya ada beberapa meja. Bolehlah makan-makan dan buat BBQ disini. Tempat BBQ disediakan tapi bahan kena bawa sendiri la.
Malam boleh BBQ. Alatan untuk BBQ disediakan.

Pizza bukan buat sendiri... oder saja.
Dah puas berendah, mak bapak dok pikir bilangan baju, dah banyak yang basah. Nak basuh penatlah juga ditambah dengan nak tunggu kering. Homestay ini tak disediakan mesin basuh. Nak tak nak kena hantar dobi. Kami keluar cari di Pernu  tapi tak jumpa, terus ke Telok Emas berpandu kepada maklumat penduduk disitu. Jumpa sebuah kedai Dobi Layan Diri di Taman Seri Telok Emas.
Kedai dobi layan diri.
Limastiga ini ada tiga buah rumah dan dalam rumah utama atau rumah satu disediakan dapur yang lengkap dan ditengah-tengahnya kolam renang dan terdapat satu ruang seperti tempat makan yang hanya berbumbung, bolehlah jika nak BBQ. Parking didalam kawasan Limastiga terhad, boleh masuk 4 buah sahaja. Kalau terlebih kereta boleh sahaja parking di bahu jalan.

Kalau sampai Homstay Limastiga macam tak nak keluar maklumlah semua engkap, keluar rumah saja dah boleh bernang.

Limastiga ini berkonsepkan privite homestay, oleh itu kena sewa ketiga-tiga sekali. Bila dah sewa jadi seperti hak milik sendiri lah, orang lain tak boleh tumpang-tumpang hahahahaa.  Kalau berminat hendak menginap di sini, dibawah aku letakkan maklumat.

Alamat:
Limastiga homestay
Jalan Paya Dalam / Umbai
Kampung Tasek, Melaka

Web Site:
http://limastiga.blogspot.my/

Telefon / Whatsapp:
0126237687 (Siti)

GPS:
2°10'44.8"N 102°20'42.3"E
2.179116, 102.345078

Lokasi dari Google Map: