Ayam Penyet - AP

Mula-mula sampai ke Jusco Bandar Perda, memang tak dak arah jadi pusing-pusing kat situ cari tempat makan, akhir sekali pilih la sebuah restoran berangkai yang menyediakan masakan ala indonesia yang lebih tepat masakan Jawa Timur dan Minang seperti yang tertulis kat menu dia.
Nak rasa macam mana masakan Jawa. Aku nak banding pun tak tau. Kat menu tu di bahagikan masakan Jawa Timur, Sup, Green (sayur la tu) , Minang dan berjenis air. Masakan Jawa Timur banyak yang penyet-penyet seperti ayam penyet, udang penyet dan tempe penyet. Baca punya baca yang dipilih : ayam penyet (mesti pilih satu yang dipenyet, nama restoran pun ayam penyet), soto ayam sebab aku nak ada kuah, gado-gado dan air pula teh ais indonesia dan strawberi (anak aku punya pilihan la nie).
Ayam penyet datang dengan seketul paha ayam bersama, kangkong rebus, kubis, tempe goreng, tokua goreng dan sambal. Ayam di goreng rangup. Aku guna camca saja untuk koyak ayam tu. Ayam tu di ketuk kot, sebab tu ayam tu lembut atau di leyet dengan tayar kereta. Rasa sedap, ada garing ada lembut dan sedikit berempah.
Soto ayam, macam sup ayam la tapi ditambah dengan sup hoon, telur dan ada la benda-benda lain.

Gado-gado macam orang kita buat juga, sayur, keropok, telur dan dituang dengan kuah kacang.
Yang kiri sekali tu teh susu ais indonesia, ingat ada rasa jamu, tapi sangkaan meleset, rasa macam teh ais yang kita biasa minum saja.
Makan kat sini kira kena order satu-satu tak ada pakej yang ditawarkan seperti pakej makan tengahari ka yang ada nasi, lauk, sayur dan air. Jadi kena order asing-asing la. Pandai-pandai la menjodohkan makanan tu. Harga yang ditawarkan boleh tahan juga.

Surau Al-Husna : Gotong Royong

Pada hari Rabu yang lepas, setelah melihat kertas pengumuman gotong-royong yang ditampal di pintu surau, baru aku tahu Surau Shahbandar telah diberi nama baru, Surau Al-Husna. Gotong-royong di adakan pada 28hb Mei 2010 hari Jumaat bersempena cuti Hari Wesak.

Seingat aku Persatuan Penduduk Shahbandar, Bertam Perdana ada hantar satu memo untuk menamakan surau ini. Mungkin ada yang telah memberi nama Al-Husna dan telah terpilih. Tahniah.

Aktiviti di lakukan diawal pagi. Masa aku sampai dah ramai orang dah, aku pun sampai lewat. Inilah aktiviti yang dilakukan. Pemasangan speaker ke bumbung. Semua kerja ini dilakukan oleh penduduk Shahbandar. Gayat aku tengok depa buat kerja. Macam Spider-Man pun ada.

Membersih tandas dan tempat berwuduk. Bersinar-sinar.
Mengangkut kayu dari kawasan padang ke surau. Adalah tu depa nak buat apa pada masa hadapan.
Ada satu team yang buat kerja-kerja memasak untuk jamuan selepas gotong royong. Masak nasi lemak, sambal bilis, telur rebus dan timun. Selepas penat bekerja pekena nasi lemak, Alhamdulillah kenyang. Orang lelaki pun terrer nasak, mabelesss.

Itulah antara aktiviti yang dikukan. Hampir 40 orang yang hadir memberi sumbangan. Semoga Surau Al-Husna menjadi tempat penduduk Shahbandar berhimpun untuk beribadat dan mengeratkan tali salaturahim.

Rojak Dot Com



Ada sebuah restoran baru dibuka di Kawasan Perniagaan Bertam Putra, bertentangan dengan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Restoran Rojak Dot Com. Gambar yang aku ambil nie merupakan kunjungan aku yang ke berapa ntah la. Konsep restoran ini lebih kepada relex. Berbeza dari restoran lain yang menyajikan makanan yang berat-berat. Kira makan kat sini makanannya lebih santai, ada berat ada ringan. Malam-malam mana boleh makan berat-berat, cukup sekadar lapik perut saja. Jaga kesihatan la tu.
Kalau lihat menunya ada makan berat seperti set nasi ( nasi dengan ikan bawal/ayam/kembung bersama sambal kicap dan kari ), nasi goreng, mee, beehoon, western, nasi lemak, nasi lemuni ( hari Sabtu dan Ahad saja) dan sebagainya.
Kalau yang nak ringan banyak pilihan seperti pelbagai jenis roti canai, bun, burger, peknga ( nyok /pisang ), rojak dan yang setiap kali pi sana mesti anak aku order roti telur. Roti telur nie memang best dan berbeza dari tempat lain, 2 keping roti yang disalut telur bersama bahan-bahan seperti daun yang aku pun tak tau apa kebendanya dan diatasnya di letakkan sos dan mayonis. Rasa memang best.
Restoran ni buka setiap hari kecuali hari Jumaat. Dari tengahari sampia malam. Nak pi sana nie dia peta lokasi.

Kemaskini:
19/4/2012 : Untuk maluman Restoran Rojak Dot Com telah berpindah.

Penyerahan Kunci Surau Shahbandar

Sekian lama penduduk Shahbandar, Bertam Perdana ini telah berkunjung ke surau kawasan berdekatan untuk menunaikan solat. Malam ini sah lah kawasan Shahbandar yang aku duduk nie ada surau. Dari surat jemputan penyerahan kunci tu tertulis nama surau ni, Surau Shahbandar, mengambil sempena nama lorong kawasan ini.

Acara bermula dengan solat Maghrib selepas itu diikuti dengan upacara yang ditunggu-tunggu iaitu penyerahan kunci.
Ini lah pengerusi majlis.
Kata alu-aluan dari Pengarah Bertam Properties selaku penaja majlis ini. Menurut beliau Surau ini dibina dengan kos RM 300,000.00 dan merupakan yang surau terbesar yang pihak beliau bina untuk kawasan perumahan yang dibangunkan mereka. Wakil dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ( JAIP ). beliau mencadangkan surau ini bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga menjadi tempat untuk mengadakan majlis-majlis seperti kenduri.
Dato Roslan Saidin pun ada, beliau merupakan ADUN kawasan ini.

Jemaah sekitar surau yang hadir pada malam ini.

Upacara penyerahan kunci kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang dilakukan oleh Pengarah Bertam Properties kepada Wakil JAIP.

Penyerahan kunci dari Wakil JAIP kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Shahbandar. dengan ini sah lah surau ini boleh di gunakan.
Upacara disambung dengan penyerahan sumbangan dari Bertam Properties kepada Surau Shahbandar.
Diikuti oleh penyerahan sumbangan peribadi Dato Roslan Saidin kepada Surau Shahbandar.Terakhir sekali beberapa upacara pemberian cenderamata kepada tetamu kehormat.

Acara berhenti seketika untuk menunaikan solat Isyak. Selesai sahaja sembahyang acara terakhir sekali berlangsung, upacara makan beramai-ramai. Makanan : nasi tomato, ayam ros, gulai daging, acar timun, agar-agar dan buah-buahan. Alhamdulillah kenyang.


Semoga surau yang dibina ini bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga menjadi hub yang dapat menghimpun dan menyatukan umat Islam dan dapat meningkatkan kerjasama dan sikap tolong-menolong dan setiakawan diantara penduduk kawasan ini.

Untuk kali ini aku ucapkan terima kasih kepada Bertam Properties Sdn Bhd yang menganjurkan majlis ini walau ada beberapa perkara yang aku tak puas hati dengan anai-anai yang masih bermaharaja lela kat rumah aku.

Kemaskini:

Surau Shahbandar telah ditukar ke Surau Al-Husna, Shahbandar, Bertam Perdana