Lemang Pak Teh sekali lagi

Sekali lagi Lemang Pak Teh jadi buah tangan. Hari Raya nie singgah lagi beli Lemang Pak Teh buat buah tangan balik Alor Setar. Harga dari RM8.00, 9.00 dan yang terbesar RM 10.00.
Lokasi : Tepi jalan berhampiran simpang Taman Sri Pinang danTaman Rhu, Tikam Batu, Sungai Petani. Klik sini.

Celcom lagiiii

Tak habis-habis dengan line CECOM jemmmm..... Kali ni kat handphone ada line/bar tetapi bila call keluar massage " Error On Connection"....line tak cukup la tuu. Dah tahu line tak berapa banyak dok nak ambil line orang lain nak jadi CELCOM. Disuruhnya Harith Iskandar pakai baju kecik tunjuk perut la....dipakainya baju hujan kuning la.....semua nombor dia nak ambil jadi CELCOM....012, 016,017, 014 dan entah apa lagi talian talifon lain. Lain kali ukur baju di badan sendiri...jangan tamak sangat.

CELCOM Jem....

Dua kali dah line Celcom buat hal...dikatanya jem. Masa aku kat Alor Setar, Hari Raya pertama waktu petang tengok handphone tak ada bar langsung, jadi tak leh call sesapa pon.

Kali kedua hari raya keberapa ntah 24hb Sept. waktu petang sekali lagi tak ada line.

Apa kejadahnya line Celcom nie. Dengar kata line Celcome orang pakai banyak ketika tu, sebab tu jadi jem. Kira line pun macam tol lebuhraya jugak la, bila banyak orang pakai kena que panjang. Hampehhhhh...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 2009


Malam Raya di Kepala Batas



Apa kata perut....

Terpikir aku bila sampai bulan Ramadhan nie. Pikir punya pikir dapat la satu graf cara orang kita sambut Ramadan dan Syawal.

BIRU - Akhir bulan Syaaban, kita mula terasa bahang Ramadhan...bulan posa la tu. Apa lagi sambutan kedatangan Ramadhan lalu dijamunya perut dengan berbagai macam. Sana sini buat jamuan sambutan puasa. Sampai tak menang mulut nak mengisi perut.

HIJAU - Dah sampai bulan puasa, apa lagi kena la berlapar dan dahaga. Jadi graf turun mendadak. Tapi graf awal-awal tinggi gak sebab masa nak berbuka dicarinya bermacam-macam juadah di pasar Ramadhan. Tak cukup meja. Jadi di pulunnya makan time berbuka, perut pun boleh meri (meri - macam belon yang terlebih angin).

UNGU - Masa pertenghahan Ramadhan, corak cara pemakanan kembali stabil. Perut pun tak meri dah.

OREN - Takbir pun bergema, apa lagi seawal bangun pagi balunnn. Kedai mamak jadi tumpuan dah lama tak kena roti canai dan teh tarik. Hari Raya tak sah kalau tak ada nasi spesial, lemang dan ketupat kalau tak dak tak lengkap. Asal sampai rumah orang balun, asal balun pi rumah orang, asal tetamu datang kita balun sama. Berpusu-pusu diadakan rumah terbuka, sekali lagi mulut tak menang nak mengisi perut. Meriii lagiiii.

Aku buat nie bukan apa...saja peringat kat aku sendiri. Corak pemakanan yang kita amalkan tak baik. Perut kita sentiasa terkejut. Terkejut ketika awal Ramadhan dan terkejut ketika sambut Syawal.
Harap amalan berpuasa ini dapat meningkatkan kesihatan badan dan manjadi amalan diluar bulan Ramadhan.

Pertandingan Mewarna Bertam Perdana


Hari ini anak aku masuk pertandingan mewarna di Pusat Bandar Bertam Perdana. Ramai la yang masuk. Meriah juga kawasan perniagaan Bertam Perdana kali ni. Tapi yang tak bestnya dibuat pertandingan masa bulan puasa. Tak leh la lepak-lepak minum.Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak ni kira salah satu acara dalam perogram bulan puasa Walk at Bertam. Program bazar ni tak berapa berjaya, masa aku pi hantar anak aku melukis dapat di lihat cuma beberapa booth/bazar saja yang buka, itu pun tak berapa menarik. Untuk hari ini gerai yang menjual cenderahati upin dan ipin mendapat sambutan. Aku beli la bekas pensil upin dan ipin.

SPIDERMAN TAWAN PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETRONAS

SPIDERMAN TAWAN PUNCAK MENARA BERKEMBAR PETRONAS



KUALA LUMPUR 1 Sept. – Setelah dua kali gagal, lelaki warga Perancis yang terkenal dengan gelaran ‘Spiderman’ kerana kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan, akhirnya hari ini berjaya menawan puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas.

Alain Robert, 47, pernah memanjat bangunan yang mempunyai ketinggian 88 tingkat atau 452 meter termasuk antena pada 1997 dan 2007, namun kedua-dua percubaannya itu terhalang apabila ditahan pihak berkuasa di tingkat 60.

Sebaik menuruni salah satu puncak menara berkenaan, Menara Dua hari ini, Alain ditahan pihak keselamatan di tingkat 88 sebelum diserahkan kepada polis kira-kira pukul 8.20 pagi.

Difahamkan, dia yang hanya berbekalkan sebotol air minuman dan bedak penyerap peluh mula memanjat pada pukul 5.45 pagi dan mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke puncak Menara Dua.

Para petugas daripada beberapa agensi berita asing yang mengetahui rancangan Alain untuk menakluk Menara Berkembar Petronas, berada di lokasi sejak pukul 5.30 pagi untuk membuat liputan.

Menurut jurugambar Sipa Press yang berpusat di Paris, Halim Berbar, Alain berada di ibu negara sejak seminggu lalu untuk membuat persiapan. Dia menginap di salah sebuah hotel terkemuka ibu negara.

“Amat menakjubkan, Alain begitu tenang memanjat tingkat demi tingkat tanpa sebarang masalah dan dalam tempoh singkat.

“Saya merakamkan aksi-aksi Alain ketika di atas puncak Menara Dua itu. Dia mengibarkan bendera Malaysia dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menunjukkan tanda keamanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Halim, Alain sepatutnya turun dengan cara yang sama, tetapi terpaksa melupakan hasratnya ekoran keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Jurukamera Reuters, Yong Chee Weng, 57, yang sempat menghubungi Alain memberitahu, Alain berasa hebat dan cukup lega kerana akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas.

Alain kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan dijangka didakwa esok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis menahan Alain di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Katanya, tindakan membahayakan nyawanya sendiri.“Dia sepatutnya meminta kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, Alain boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.


***petikan berita dari Utusan Online pada 2hb Ogos 2009***
Apa yang kita dapat dari berita ini?? Bagi aku lah, Bangunan KLCC yag canggih dan tertinggi ini boleh diceroboh dengan mudah ( rasanya kot sebab Alain ini boleh lepas sebanyak 3 kali).
Kalau pencipta virus komputer walau ditangkap dan didenda tetapi selepas itu mereka menjadi pemberi maklumat tentang kelemahan yang ada dalam sistem dan amat berguna kepada pembangun perisian.
Berbalik kepada Alain ini, setelah terbolos sebanyak 3 kali ( walau yang berjaya sekali sahaja tetapi percubaan yang lain beliau melepasi sehingga tingkat 60...boleh dianggap berjaya juga melepasi sistem keselamatan) adakah tahap keselamatan KLCC masih tidak dipertingkatkan. Kita bernasib baik sebab Alain yang memanjat atas dasar untuk mencapai kepuasan menakluki bangunan tinggi. Apa akan terjadi jika orang lain yang mempunyai agenda tertentu untuk memalukan Malaysia, rasanya tinggkat 60 pun dah cukup.
Dengan denda sebanyak RM 2000.00 atau penjara selama 2 bulan (jika tidak dapat bayar denda) adakah akan menghentikan hobi Alain ini. Rasa aku dia boleh bayar tunai sebab dia tinggal di Malysia pun dalam hotel mewah. Aku tidak kisah denda tu, tapi apa yang pihak KLCC dapat dari Alain tentang keselamatan bangunan itu??.
Persoalan yang timbul lagi bagaimana dia mengetahui kelemahan pada sistem keselamatan bangunan itu. Bagaimana dia membuat kajian dan mendapat maklumat??. Barapa lama dia berada di Malaysia untuk membuat kajian??. Atau adakah sistem keselamatan bangunan itu dapat dilihat oleh orang luar??. Atau Alain ini dapat mencapai satelite untuk melihat pergerakan sekitar KLCC??. Bagimana pemberita dari luar dapat mengesan pergerakan Alain seawal beliau hendak mendaki dari pukul 5.30 pagi lagi sedangkan keselamatan tidak mendapat maklumat??.Banyaknya persoalan.
Adakah Alain ini sengaja di biarkan memanjat sehingga kekemuncak sebelum ditangkap untuk mendapat liputan media sebagai publisiti murah??. Mahu tak dikatakan murah beliau dapat menceroboh KLCC dan dapat memanjat sampai ke antena atas itu dan hanya didenda RM2000.00 sahaja, cuba bandingkan kita buang sampah di KLCC berapa yang didenda??.... fikir-fikirkan lah.
Tapi apa-apa pun Alain ni memang hebat sebab dapat memanjat dengan berbekalkan air dan bedak (untuk tangan) sahaja dan Malaysia boleh berbangga sebab dia mengibarkan Jalur Gemilang dan memakai seluar ada logo 1 Malaysia.