Hampir malam kami keluar semula. Kali nie acara untuk meningkatkan ekonomi penduduk HCMC. Apa lagi cuci-cuci mata sam bil membeli belah.
Destinasi pertama lewat petang ini ialak sebuah komplek membeli belah Saigon Square. Kami diberi masa hampir dua jam untuk serbu.
Komplek Saigon Square setinggi dua tingkat menempatkan lot-lot kedai kecil seperti bazar didalamnya yang menjual beg, pakaian, cenderamata dan sebagainya. Tapi kedai disini tak boleh tawar-menawar, harga tetap. Tapi kami beli minta tawar juga ~ suka hati kamilah, bukan senang nak bagi duit kat orang.
|
Siagon Square |
Difahamkan disini terdapat pakaian kaum Adam. Hahahhaa susah benar nak jumpa tempat jual barangan lelaki, tapi taklah banyak pilihan. Aku mencari seluar untuk Muhd Ammar tapi tak ada. Saiz dia nie susah nak dapat sebab saiz dia antara kanak-kanak dan dewasa.
Destinasi kedua malam ini ialah melayan perut sekejap. Maklumlah tengahari selepas penat berjalan di Cu Chi Tunnel pakat-pakat perabih bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia, masih banyak lagi, takkan nak bawak balik pulak. Ok destinasi makan-makan malam ini di
Restoran Banana Leaf Saigon.
|
Restoran Banana Leaf. Meyediakan masakan India, Malaysia, Vietnam dan Indonesia dan yang penting Halal. |
Restoran Banana Leaf Saigon menyediakan masakan India, Malaysia, Indonesia dan tentunya Vietnam. Tuuu dia semua dia boleh masak. Apa-apa pun mesti Halal. Semasa kami sampai pengurus restoran ini beritahu bahawa restoran ini akan berpindah ke lokasi baru dan diberi nama Restoran Kampung Pandan.
Malam nie makan yang simpel saja tapi sedap.
|
Kari ayam. |
|
Sotong celup tepung. |
|
Kalau tak silap bunga teratai. |
|
Pencuci mulut, macam kerepek. |
|
Sijil Halal untuk Restoran Banana Leaf. |
Alhamdulillah kenyang. Malam masih muda kali nie perjalanan diteruskan ke
Pasar Malam Ben Thanh. Pasar malam ini di buka bersebelahan dengan Cho Ben Thanh. Ketika ini Cho Ben Thanh telah tutup maka pasar malam ini pula ambil alih tetapi di luar bangunan. Pasar malam ini menjual pakaian-pakaian siap, kasut, beg, cenderamata dan makanan.
|
Nur Fatini bergaya dengan face mask. |
Disini jangan malu-malu untuk tawar menawar. Di sini ada juga peniaga yang berniaga di Cho Ben Thanh Market yang membuka gerai disini waktu malam. Boleh kata kebanyakan barangan berjenama adalah tiruan jadi tawar menawar tahap tiruan lah nooo. Walau pun tiruan ramai orang kata beg disini amat berkualiti seperti Deuter, Kippling dan sebgainya. Aku dok nampak harga disini lebih murah dari di Thailand.
|
Antara beg galas yang ada. |
|
Nie dia face mask yang kebanyakan rakyat HCMC pakai ketika menunggang motor. |
Disamping pasar malam, bangunan di kiri kanan jalan ini ada juga butik-butik pakaian. Berbagai pakaian yang dijual terutama untuk wanita seperti baju kurung, jubah dan telekong. Bolehlah membeli borong disini. Walau penduduk Muslim adalah minoriti tapi kunjungan orang Islam terutama dari Malaysia yang ramai membolehkan pakaian orang Malaysia dijual dengan banyaknya.
|
Antara butik pakaian yang ada disini. |
Berdekatan dengan Pasar Malam Ben Thanh dan Cho Ben Thanh Market nie ada ada banyak restoran yang menyediakan masakan Halal antaranya Restoran Kampung Melayu, Hajah Basiroh, Warong Sai Gon, Restoran Aysah, Restoran Amin. Mudah untuk orang Islam yang berkunjung ke sini. Begitu juga dengan hotel bajet bersepah disekitar tempat ini.
|
Ada banyak restoran yang menyediakan masakan Halal. |
Dah penat berjalan kita kena kopi dulu. Kenapa kopi amat femes di sini? Dari sampai ke HCMC nie, entah berapa gelas aku dah minum. Vietnam merupakan pengeluar kopi no dua tebesar dunia selepas Brazil. Jadi dimana-mana saja ada orang yang jual kopi, kalau tak di kedai makan ada yang bancuh di atas motor saja. Nak kata sedap? bolehlah layan.
|
Kopi ais. |
Oklah balik tidur dulu.
[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]
1.
Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2.
Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3.
Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4.
Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5.
Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6.
Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7.
Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8.
Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay